Pages

Wednesday, April 28, 2010

Maulidur Rasul : Kita Hayati Pengorbanan Rasullulah



Author Al-Zuhud    
Assalamualaim dan Salam Ukhwah Islamiah,
Sempena menyambut maulidur rasul 2010 yang tak lama lagi menjelang.Saya menyeru kepada semua pembaca blog saya untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi mengagungkan tarikh kelahiran nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak berjasa terhadap kita sebagai umatnya.Sesungguhnya pengorbanan dan perjuangan Rasullulah terhadap ummatnya dalam menegakkan agama islam tidak terbalas sekalipun dengan wang emas dan pangkat.
Marilah sama sama kita renungkan sejarah dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W dan sambil kita dengari sebuah lagu nasyid dari kumpulan Raihan
Pengorbanan Rasullulah Dalam Menegakkan Islam
Nabi kita SAW. Baginda mendapat tentangan yang begitu hebat dari pimpinan quraisy kerana baginda membawa Islam. Sebab mereka menentang bukan kerana Islam itu salah tetapi sebab islam membuatkan mereka rugi, zaman sebelum Islam mereka mengaut keuntungan dari berhala-berhala yang terdapat di sekitar kaabah, bila nabi SAW datang dan menyuruh menyembah ALLAH maka mereka menentang kerana keuntungan yang mereka dapat selama ini terputus kerana ajaran Nabi Muhammad SAW.
Sehingga sampai tahap pemulauan terhadap orang-orang islam, dan mereka keluar dari kota mekah dan berkampung di luar kota, tetapi pemulauan itu berakhir dalam masa beberapa tahun. Tetapi pakatan musyrikin masih belum berpuas hati dan merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW kerana mendapat idea dari iblis yang berupa manusia. Tetapi mereka tidak berjaya untuk membunuh baginda, baginda berhijrah dengan penuh strategi dan berhati-hati. Sesamapai di kota madinah baginda disambut dengan meriah oleh penduduk madinah. Dan baginda di angkat menjadi pemimpin madinah. Itulah serba ringkas tentang hijrah Nabi Muhammad SAW.
Tetapi dalam mendengar kuliah saya terfikir, sejauh mana kesyukuran diriku terhadap nikmat yang ALLAH berikan kepadaku, iaitu nikmat untuk menjadi umat islam, menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Baginda bergadai nyawa untuk menyampaikan Islam, tetapi kebanyakan umat Islam sekarang lebih suka kepada barat, style pakaian secara barat, colour rambut style barat, semua berkaitan islam dipandang remeh. Dan saya bertanya kepada diri sendiri, sejauh mana sumbangan diri ini kepada Islam? Dalam sehari, berapa kali kita berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW? Dimanakah tanda syukur kita kepada ALLAH yang memberi nikmat kepada kita?
Semua soalan diatas, sahabat dan sahabiah boleh mnjawab dengan sendiri, saya bukan nak kata diri ini hebat tetapi sekadar ingatan kepada saudara saudari sekalian, kerana manusia sering lupa, sedangkan kawan saya yang beragama Buddha pun mengingatkan tentang maal hijrah, terkejut bercampur malu, mesej dari kawan saya yang menyuruh buang segala sifat jahat dan buruk. Adakah Islam akan kembali gemilang? Jika lihat pada umat islam yang melayu makin ramai yang memandang remeh kepada islam. Jika dunia ini ibarat lautan, ramailah manusia yang lemas jika tidak mempunyai taqwa sebagai bahtera, iman sebagai layar, dan Islam sebagai nakhoda. Sama-sama kita muhasabah balik diri kita wahai ikwan wa akhawaat sekalian.
Sama Sama kita hayati Maulidur Rasul yang akan datang tidak lama lagi dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan dan kita tauladani sifat mulia Rasullulah S.A.W.Amin..

Apa itu facebook dan disebalik facebook?



Author Al-Zuhud    
Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan.
Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.
Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.
Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.
Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?
Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want!! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”
Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita:
Cuba bayangkan!!!
Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai “professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.
Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.
Halo…
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:
Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?
Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.
Sila klik banner di bawah untuk pemahaman lanjut:
Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.
Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.
Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…
Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

Kenapa Perlu Tulis Blog?



Author Al-Zuhud    
Assalamualaikum dan salam ukhwah
Tulis blog ni dapat pahala ..lagi banyak menulis lagi banyak pahala.. so kepada yang nak tambah pahala tu, buatlah blog..hehe..tapi bukan sebarang blog tau..Blog artis2 atau gosip tu leh pahala jugak ke? Banyaklah korang..blog camtu tak taulah nak cakap makruh ke haram,fitnah pun ada. biarlah mereka faham sendiri.. ok kenapa saya cakap dapat pahala?
Seperti kita tahu, Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
“Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.”
Ingin saya tekankan disini ialah ilmu yang dimanfaatkan itu. Jika apa jua ilmu yang kita kongsikan di blog dan orang guna pakai, ianya akan menjadi pelaburan pahala yang sangat besar untuk kita di akhirat nanti. Bertuah tak kita sebagai blogger??Besar pahalanya dan ganjaranya.
Kita sebenarnya sangat bertuah..kita sekarang dah boleh sebarkan ilmu dengan mudah melalui internet…mudah dan pantas..tapi,apa yang kita buat sekarang dalam internet? tengok benda yang tak sepatutnya,bercakap benda yang tak baik,perkataan lucah dan tidak sepatutnya dikata, walaupun dalam bentuk singkatan,sebagai contoh WTH,WTF,YMF,fuk,Sh1t ini memberikan maksud yang sama.Adakah itu yang kita nakkan? jadilah bangsa yang bertamadun.tentu anda tau maksud tamadun dari sudut islam,ketinggian budi bahasa dan akal fikir manusia..berbalik kepada topik yang asal,kongsilah ilmu anda.melalui blog atau apa jua cara sekalipun.tetapi bog ini tidak mempunyai nyawa atau hayat..ia akan terus berdiri dan berada di situ menyebarkan ilmu yang kita tulis..dan sampaikan (ilmu yang baik atau memberi kesedaran)
..Contoh yang boleh kita kongsikan ilmu untuk kegunaan dan kefahaman orang ramai yang boleh digunakan ialah Cara bayar bil online guna online banking, Aktifkan paypal guna maybankard debit kad dan berkongsi ebook percuma yang penting.
Jadi kepada sabahat blogger, juga nasihat kepada diri sendiri..Jom kita naikkan nama blogger sebagai pemberi ilmu yang sangat diminati.. Jangan malu nak kongsi walaupun sekerat ayat, sebab ianya lebih baik dari tak berkongsi langsung..

Signs of Satan?



Author Al-Zuhud     
Juga dikenali sebagai simbol “El Diablo”, dicipta oleh Helen Keller. Helen juga merupakan pencipta isyarat tangan bagi orang bisu. Namun, persoalannya, adakah Helen sengaja mencipta isyarat tangan “El Diablo” ini masih menjadi misteri.

Helen Keller

El Diablo hand signal
Bagi penggemar muzik rock dan sebagainya, kerap juga ditonjolkan simbol El Diablo ini kononnya simbolik kpd “I Love You”.
Kesetanan atau kebetulan?

Clinton

Bush

Bush

Anak Bush

Anak Bush

Bush dan gambar kiri, Presiden Iran (psl Ahmadinejad ni, aku 50/50 samada betul atau tidak)

Cover album kumpulan rock band Dio (US)

King Abdullah dan Vladimir Putin

Sarkozy – Presiden France

US Vice President, Dick Cheney

Elizabeth Taylor
Lagi……….

Courtney Love + Daughter

Tommy Franks

Prince William

Metallica
 
The first image Represents the horned god of witchcraft, Pan or Cernunnos.  Note the thumb under the fingers and given by the right hand.  The next image is a sign of recognition between those in the Occult.  When pointed at someone it is meant to place a curse.  Note the thumb over the fingers and given by the left hand.
Spiderman???

Maria (Kennedy) Shriver dan Arnold Schwarzenegger

Arafat?? Wallahu’alam
CEO Mcdonald
Kemungkinan dua, samada meniru rupa muka Baphomet:
atau simbol muka burung hantu (Bohemian Club, dipelopori golongan Illuminati):
“Buah” (Teknik) salam golongan Illuminati:
Thanks to CZ

Disebalik Simbol “Peace”



Author Al-Zuhud    Category Kajian Akhir ZamanKospirasi Dunia Hiburan     Tags
1 2 3! Kebiasaanya kita selalu angkat tangan Peace semasa mengambil gambar. Tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang Peace itu? Ok, di sini aku kongsi sikit tentang rahsia lambang Peace!

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ni telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).
Richard Nixon
Winston Churchill
Yasser Arafat
Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati!!Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa tu adalah tanda kegemarannya.Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

Buku Gerakan Freemasonry



Author Al-Zuhud    Category Kajian Akhir ZamanKospirasi Dunia Hiburan     Tags
Gerakan bawah tanah seperti Freemasonry dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang dibentuk. Gerakan seumpama ini menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada gerakan yang bersifat kebangsaan. Kehadiran gerakan seperti ini membawa masuk slogan yang zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya, mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam. Buku ini membincangkan secara terperinci mengenai Gerakan Freemasonry termasuk latar belakang gerakan dan bahayanya terhadap umat Islam.
Buku ini sangat bagus untuk dibaca oleh para ilmuan yang berminat mendalami tentang freemasonry..anda boleh dapatkan buku ini di
http://hijjazrecords.com/hrp/index.php?main_page=product_info&cPath=2&products_id=3

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah



oleh Ibnuyaacob

Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
• Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
• Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah – maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, – Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu’alam.

DAJJAL - PERTEMUAN KEDUA DENGAN SEORANG NABI


Setelah diusir oleh Nabi Musa, Samiri (Dajjal) mulai mengembara sendirian melalui jalan-jalan di Sina 'menjauhi Nabi Musa dan kaumnya. Lalu satu ketika dia duduk-duduk di puncak suatu gunung tinggi memperhatikan orang-orang yang sedang pergi menaiki perahu di lautan. Dia berharap dapat menumpang perahu mereka untuk pergi ke negeri mana saja yang ingin dikunjunginya.

Pertama, dia pun pergi ke sebuah negeri yang dikenali dengan nama Bilad al-Ghal yang bermakna negeri makmur. Dia tinggal disitu buat sementara. Kemudian dia pergi menuju kabilah-kabilah al-Bulghar. Kemudian dia tinggal agak lama dengan penduduk-penduduk al-Awral


Sebenarnya sebelum Christopher Columbus sampai di Amerika Utara. Dajjal sudah sampai terlebih dahulu , tujuh abad lebih terdahulu daripada dia. Dajjal berada di Amerika Selatan dan sedang melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya bertempat di Puerto Rico. Dajjal berencana mau menjadikan antara Puerto Rico dan Pulau Bermuda sebagai bentuk piramid sebagaimana piramid Fir'aun. Dia mau piramidnya lebih besar pengaruhnya daripada piramid Fir'aun. Dajjal mau puncak bagi piramidnya itu terletak di dirinya sendiri, yaitu sebagai "kota bomoh yang ditunggu-tunggu"(gw ga ngerti ini apa maksudnya).

Dia pun mulai mengirim orang-orangnya sebagai pedagang ke beberapa negara di dunia. Sebenarnya pedagang-pedagang itu adalah mata-mata yang mengumpulkan segala maklumat, mengumpul segala gambar dan mengutip berita dan maklumat untuk Dajjal.

Pada abad ke 8 M bersamaan dengan abad ke 2 Hijrah, Dajjal berlayar menggunakan kapal yang menggunakan tenaga matahari di Segitiga Bermuda, dia berencana untuk mengunjungi Pantai Florida. Tetapi ditengah malam yang gelap gelita itu dia melihat cahaya dari arah kejauhan. Cahaya itu semakin •dekat. Dari pancaran cahaya itu terlihat bayangan istana dari kaca seolah-olah istana kristal. Pengawal-pengawal Dajjal pula terlihat seperti makhluk berkepala anjing dan keledai dari kilauan cahaya itu. Mereka bercakap-cakap dalam bahasa yang dia bertemu tidak faham.Dajjal pun berkata kepada pengawalnya,"Apa yang aku lihat ini?"

Mereka menjawab," Wahai tuhan kami, kami hanya melihat cahaya dan mendengar bisikan. Coba tuhan kabarkan kepada kami apa yang engkau lihat karena kami tidak dapat melihatnya. Engkau adalah tuhan kami dan melihat apa yang kami tidak lihat." Dajjal menjawab,"Baiklah, itu adalah tugas aku."

Kemudian dia pun mengeluarkan beberapa jenis bahan dari biliknya di atas kapal itu dan mencampurkan bahan-bahan itu. Setelah itu semua orang bisa melihat seolah-olah ada gunung bercahaya atau binatang liar berbadan besar yang bersinar-sinar. Dia juga lihat seluruh makhluk yang mengelilingi istana itu dalam keadaan berjaga-jaga dan kelihatan mereka berjalan tergesa-gesa masuk ke dalam istana itu. Ada sesetengahnya pula terbang menjauhi istana itu dan mejauhkan diri dari kapal Dajjal yang semakin dekat dengan istana itu. Bertambah aneh lagi, setelah kapal Dajjal rapat, pengawal-pengawal Dajjal mulai menguap dan tertidur seolah-olah mereka dibius dengan obat bius. Dajjal pun turut menguap dan secara tidak dia sadari, dia pun menutup hidung dan mulut dengan tangan dan bersiap-siap untuk masuk ke dalam istana yang membingungkan dia itu.

Ketika masuk ke dalam, dia amat terkejut melihat beratus-ratus makhluk mirip seperti anjing, keledai, kucing dan ular mengelilinginya sambil tunduk sebagai tanda hormat. Salah satu makhluk di antara mereka mau maju ke depan untuk mengulurkan tangan. Mereka semuanya berwarna hitam. Bulu-bulu mereka hitam. Makhluk itu berbicara dalam bahasa yang dia tidak pernah ia dengar tetapi dia faham, sebagaimana manusia bercakap dengan manusia lain dengan bahasa masing-masing. Antara makna percakapan makhluk itu ialah." Raja agung menantimu. Dia adalah tuhan alam ini. Malam ini engkau menjadi tetamunya untuk mengikat ikatan cinta dan menjalin satu kerja sama. Engkau menjadi raja yang boleh dilihat sementara dia. menjadi raja yang tidak boleh dilihat, yakni tersembunyi."

Dajjal mengerti dengan seluruh perkataan itu, lalu dia melalui celah-celah makhluk yang sedang berkumpul itu, Sementara itu syaitan-syaitan dengan jumlah yang banyak sekali mencoba hendak mendekatinya. Bukan sedikit jumlah syaitan itu, hampir berjuta-juta, dalam berbagai bentuk, dari sekecil sebesar semut sehingga sebesar lebah, sebesar jari, selebar tapak tangan dan ada yang panjang sampai seukuran dengan manusia. Mereka menari-nari dan menyanyi lagu yang dia sendiri tidak faham

Tetapi Dajjal tahu. mereka semua sedang bergembira, kegembiraan mereka itu amat luar biasa seperti sangat gembira mendapat sesuatu . Dajjal terus maju ke depan dan terus maju ke mimbar yang besar. Di situ terpampang gambar-gambar syaitan yang berbagai ukuran dan bentuk. Ada gambar binatang yang dikenali oleh manusia ada yang tidak dikenali. Paling aneh sekali gambar seekor monyet yang tertulis kata-kata yang khusus untuk manusia dan jin

Memang jin ada kemampuan untuk mendirikan bangunan dan menyerupai seperti manusia. Dalam firman Allah SWT (Saba1, 34: 12 -13) Dan kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, maka Kami rasakan kepada azab neraka yang apinya menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarjga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih

Tiba-tiba mereka menyuruh Dajjal berhenti di hadapan salah satu makhluk yang sedang tunduk dan meminta yang lain pun tunduk sambil masuk menghadap tuan besarnya. Dajjal tidak mau tunduk walaupun yang lain semuanya tunduk, mereka pun berbisik kepadanya "Tunduklah, karena ini adalah etika untuk masuk bertemu raja yang menjadi tuhan." Dajjal menjawab,"Aku adalah raja yang menjadi tuhan."

Lalu yang lain itu pun terus tunduk dan meninggalkan dia sendirian. Akhirnya Dajjal masuk sambil tunduk. Dia mendapati dirinya berada dalam satu ruang yang luas dan gelap. Kemudian ada cahaya jingga tua bersinar dari sisinya. Selepas itu, tiba-tiba saja dia dapati ruang itu diterangi oleh cahaya seperti api. Kemudian dia dapati dia berhadapan dengan satu makhluk yang buruk rupanya dan sanyat menyeramkan apabila dipandang. Iblis itu pun mendekatkan-diri kepada Dajjal, dan mereka berjabat tangan. Iblis berkata, "Wahai manusia (tanda) kiamat, aku telah menantimu sejak jutaan tahun. Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kami. Permusuhan antara kita dan mereka tidak akan hilang. Entah mereka yang menang atau kita yang menang. Kalau kita menang, kita telah mengalahkan Allah

Kalau kita mengalahkan Allah, kita menjadi tuhan bersama-Nya, yang tidak ada sekutu bagi kita. Itulah saatnya kita mencipta sebagaimana Dia mencipta. Jika tidak, katakanlah padaku dari mana Allah mendatangkan makhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun? Pasti Dia belajar dari tuhan sebelumnya dan dapat memahami rahasia-rahasianya, kemudian mengkhianatinya dan menciptakan ini dengan apa yang diketahuiNya dari rahasia-rahasia itu. Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapaiNya hanya dengan memusnahkan umat ini. Allah telah mengampunkan Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang, memberi mereka malam lailatul-qadar yang lebih baik daripada seribu bulan, memberi mereka tempat wukuf di Arafah. Mereka kembali dari Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya, memberi mereka istighfar (permohonan ampun) dan lalu Dia pun menerima ampunan mereka dan memberi mereka taubat dan menerima taubat mereka selama belum sekarat. Dia telah memuliakan mereka. Lantas mengapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan yang rendah dan cobaan hidup berupa harta, anak, wanita, emas, hukum, kekuasaan dan kedudukan? Kita kirim pada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan, jin dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta mengoyak AI-Quran yang ada dalam dada mereka sehingga mereka menjadi Islam hanya pada nama saja. Kita jadikan orang-orang Yahudi, bangsamu itu, sebagai pemegang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga mereka menetapkan pajak dan memperoleh apa yang dijanjikan pada mereka untuk menguasai Palestina. Dengan begitu mererka menjadi penguasa seluruh dunia. Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas 'arsy dan kekuasaan.

Gelaran dan Maharaja Benua Siam Islam Kedah



Dalam penulisan sejarah, kekadang kita terlupa bahawa sejarah mereka yang terkenal yang kita tulis itu bukanlah sehebat mana pun. Dengan perkataan yang indah, mereka yang telah lama meninggalkan kita itu menjadi seolah-olah satu figura yang kuat, hebat , baik, terpuji, idola dan sebagainya. Hakikat sebenar, kita tidak akan dapat mengetahuinya secara terperinchi namun kita harus sedar bahawa mereka juga adalah seperti kita juga, lapar kena makan, sakit kena cari ubat, letih pula perlu tidor. Yang tidak memerlukan itu semua hanyalah Allah SWT yang menjadikan mereka dan juga kita. Oleh kerana itu Allah bersifat maha segala-galanya. Di kalangan yang besar, DIA lah yang Maha Besar dalam semua aspek kebesaran dan tiada lagi dapat menyaingi NYA.
Sepanjang hayat mereka masih ada, dalam kerjaya mereka sebagai ketua Negara, orang besar empat, orang besar lapan, pentadbir dan penghulu sudah pasti ada peningkatan kerjaya disepanjang karier mereka. Kita sendiri sebagai individu, mempunyai peningkatan karier dari bergelar Encik ke Tuan, terima anugerah mungkin menjadi Datuk, Tan Sri dan sebagainya akan tetapi individu itu tetap orang yang sama. Kita tetap kita. Sebagai individu berkeluarga mungkin pada mulanya kita bergelar adik, kemudiannya menjadi abang, setelah berkahwin bergelar suami atau isteri, bergelar Ayah setelah mendapat cahayamata, kemudiannya menjadi Pak Cik, Datuk atau nenek setelah memperolehi cucu.
Jika sekiranya kita hari ini ada peningkatan dalam karier dan gelaran, tidakkah pemerentah kita dizaman dahulu tidak berhak untuk dinilai sebagai pemerentah yang mempunyai peningkatan dalam kariernya. Apakah Laksemana Hang Tuah di Melaka itu tidak ada peningkatan kariernya, sampai bila-bila kekal sebagai Laksemana?. Kononnya Hang Tuah di riwayatkan hilang atau ghaib, seolah-olah kisahnya cuba ditutup oleh mereka-mereka yang berkepentingan, dengan itu makamnya tidak di ketahui. Makam yang dikatakan Makam Hang Tuah di Melaka pun baru sahaja diwartakan, kurang lebih 10 tahun yang lalu. Hakikat sebenarnya baginda telah menaiki takhta Kerajaan Benua Siam di Ayuthia dan dikenali sebagai Narai. Setelah tamat tempoh memerentah, baginda dilantik menjadi Raja Acheh dan mangkat disana.
Sedangkan kita tahu dalam Undang Undang Kedah orang nombor dua dalam pemerentahan beraja ialah Bendahara dan sekiranya raja tidak ada Bendahara lah menjadi ganti raja. Bendahara lah yang menggantikan tempat raja apabila raja yang memerentah itu mangkat kerana jawatan Bendahara ini dilantik darianakanda sulong raja yang memerentah ketika itu.
Bukti
Menurut buku Sejarah, “Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak”, ms22,MA Fawzi Basri yang menulis dan mengemukakan fakta dari tulisan Winstedt dalam bukunya, “Riwayat Negeri Perak” menulis seperti berikut,
“ Sultan Mudzafar Shah III Kedah meninggalkan Berahman Indera (Balai Besar, Alor Star Kedah) dan bersemayam di Kuala Kangsar. Manakala Raja Alang,Putera raja dari Kedah menjadi bendahara”.
Bendahara Kedah yang dimaksudkan ialah Nai Lang, Raja Siam Songkhla Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin Shah. Baginda juga di kenali sebagai Panglima Bukit Gantang. Pasti kita menjadi hairan bagaimana nama-nama ini tidak direkodkan dalam Salasilah Kesultanan Kedah hari ini. Pada masa yang sama kenapa nama Sultan sultan yang memerentah contohnya, Syah Alam Yang maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka, lengkap dengan gelaran masing-masing ditulis dalam Undang-Undang Kedah, tidak dalam Undang-Undang negeri lain. Bahasa Siam pula turut ditulis jawi dan turut tercatit dalam Undang-Undang Kedah. Pasti ada sesuatu yang ingin di terangkan kepada kita hari ini untuk kita kaji dan membuat penyelidikan.
Dari buku sejarah “A History Of South East Asia”, DGE Hall.1955 menyatakanMaharaja Dinasti Ayut’ia Ke 31 bergelar Maha Tammaraja II Boromokot. Dengan memadankan maklumat ini dengan tahun yang disebut dalam Undang-Undang Kedah kita dapat tahu bahawa Maha Tammaraja II Boromokot tak lain tak bukan adalah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah yang bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi. Jangan kita pedulikan gelaran dalam bahasa siam kerana seperti yang kami sebut diawal artikel ini, gelaran walaupun pelbagai, orangnya tetap sama. Lagi pun mereka ini bukannya orang kebanyakan tetapi Maharaja Besar Benua Siam, sudah pasti sejarah mereka ada direkodkan dan tak mungkin tersilap orang kerana tahunnya pun juga sama.
‘Cross reference’ kita akan tepat sebab memang ada bukti bertulis yang tidak di edit atau diusik iaitu Undang Undang Kedah. Tidak ada muka suratnya yang hilang, di koyak malah semuanya diterjemahkan oleh Maryam Salim kecuali beberapa perkataan sahaja. Sebab kita memadankan dengan maklumat ini adalah kerana Undang-Undang Kedah memperkatakan mengenai kerajaan Benua Siam, dengan merujuk kepada kerajaan Benua China dan Benua Keling dalam sebuah buku bertajuk Undang-Undang Kedah, bukannya Undang-Undang Melaka (setakat pelabuhan sahaja) atau negeri lain yang kononnya sangat gagah dimasa itu. Tidak ada undang-undang, bermakna tidak ada kerajaan, sekadar wilayah sahaja dalam kerajaan Benua Siam kedah, menggunakan Undang-Undang Kedah. Tak perlu diceritakan secara terperinchi disini kerana kita semua tahu Semenanjong Tanah Melayu dikenali sebagai Melaka di zaman dahulu dan Melaka inilah yang berada di bawah wilayah Benua Siam Islam Kedah.
Catatan Tom Pires dalam The Suma Oriental of Tom Pires yang ditulis di Melaka dan India dalam tahun 1512-1515 mengatakan,
“There are three ports in the Kingdom of Siam on the Pegu side , and on the Pahang and Champa side there are many. They all belong to the said kingdom and are subject to the king of Siam. The land of Siam ia large and very plentous, with many people and cities, with many lords and many foreign merchants, and most of these foreigners are Chinese, because Siam does a great deal of trade eith China. The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China.”

The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China. Peta dari tahun 1574.

Ini bukanlah sebahagian peta yang menunjukkan wilayah Thailand dahulu tetapi peta Benua Siam Islam yang dimaksudkan dalam Undang-Undang Kedah. Peta sekitar tahun 1730 ini adalah sebelum Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah mangkat (1758, Marhum Kota Palas Pulau Langkawi). Kerajaan Tai masih belum wujud lagi. Kewujudan mereka hanyalah selepas mereka menyerang dan menawan Ayuthia mulai tahun 1767dan Raja Rama I Buddha mula memerentah. Merekalah penjajah negeri Siam Islam. Logikkah jika kita fikirkan perbezaan Bahasa Tai dan Melayu begitu jelas walaupun sempadan kedua negara hanya tanah dan sungai sahaja, bukannya lautan. Perbezaan bahasa yang jelas ketara menunjukkan bahawa bahasa dan bangsa Tai ini muncul secara tiba-tiba di alam melayu sebagai penjajah.
Walaupun kita tahu Maharajanya berada di Odia (atau Ayutthaya, ibu negara Benua Siam) akan tetapi lokasi itu hanyalah pusat pemerentahan sahaja. Raja-raja wilayahnya bergilir menaiki takhta kerajaan sepertimana kita di Malaysia hari ini bergilir melantik raja-raja negeri sebagai Yang Di pertuan Agong negara. Renungkan, dari mana Tunku Abdul Rahman mendapat idea ini sewaktu menggubal perlembagaan negara kita dulu kalau bukan dari sejarah juga. Beliau tahu kaedah yang digunakan kerana beliau kerabat diraja Kedah. Kami pun tahu juga.
Putera baginda Maha Tammaraja II Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ialah Raja Siam Tong Oo (Burma) digelar Maha Dammaiyaza dari bahasa arab yang bermakna pembesar dari darah berlainan raja. Maha Dammaiyaza juga dikenali dengan nama Syarif Abu Bakar Syah. Baginda bersemayam di Istana Ayut’ia Mandalay Burma (Myanmar) sebelum diserang oleh Aluangphaya. Pada tahun 1752 Masihi baginda diusir oleh tentera Buddha Burma, Raja Aluang Praya Lanna Chakri Sokho Thai. Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin(iaitu puteri Sultan Langkat, Sumatra Pasai Acheh) kemudiannya berpindah ke Kota Ayut’ia Bangkok Siam. Sultan Langkat ini adalah putera dari Maharaja Ayut’ia sebelum ini iaitu Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh(pernah menjadi Laksemana di Melaka bergelar Hang Tuah). Makam baginda Sultan Langkat terletak di Jeti Kuala Kedah dan di kenali sebagai Makam Tok Pasai.
Penipuan mereka
Semua ‘clue’ kepada persoalan siapa maharaja Siam sebenarnya ada di depan mata kita. Kita tak peduli apa sejarah Thailand hari ini nak tulis kerana mereka adalah penjajah negeri Siam yang dulunya beragama Islam. Kita bukan berada di negeri mereka. Mereka telah mencaturkan sejarah negeri Siam Islam dahulu mengikut acuan mereka sebagai pemerentah yang berkuasa melalui penulis upahan. Mereka bukan orang Siam tetapi dari puak Sukhuthai yang beragama Buddha dan merupakan penjajah kepada negeri Siam Islam mulai dari pemerentahan Rama I yang beragama Buddha. Mereka lah penyamun dan telah meng’hijack’ sejarah bangsa Siam Islam dan turut mengakui diri mereka sebagai orang Siam hanya kerana mereka ketandusan tamadun dan ingin menumpang ketamadunan bangsa Siam Islam ini, lalu merampasnya.
Dengan itu apabila berkuasa sepenuhnya dalam negeri Siam dengan bantuan Inggeris, mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka iaitu Sukuthai dan turut menukar bahasa Siam yang digunakan beratus tahun lamanya dinegeri Siam kepada bahasa Tai. Bahasa Tai dan bahasa Siam tetap tidak sama, datang lah apa pun, tulis lah apa pun. Jangan nak mengaku mengatakan ia sama. Kebencian mereka terhadap orang Siam Islam ini berterusan hingga ke hari ini, sehinggakan mereka sanggup membunuh rakyat negara mereka sendiri di Patani hanya kerana mereka beragama Islam.
Apakah kita tidak faham lagi kenapa lebih banyak pelarian Vietnam ditahun 70an dulu sanggup mengharungi laut China Selatan datang ke semenanjong berbanding negara jiran lain?. Kenapa semenanjong ini menjadi lubuk pendatang tanpa izin dari negara-negara berdekatan yang masih lagi ditimpa kesusahan?. Apakah hubungan sejarah yang kita tidak ketahui, ditutup oleh penjajah ini?. Dimanakah kekuatan pemerentah negara dan bangsa kita? Apakah erti Benua Siam, Benua Keling dan Benua China yang tercatat dalam Undang-Undang Kedah.
Tidakkah terfikir oleh kita kenapa orang-orang melayu di Utara semenanjong hari ini tidak mempunyai rumpun sepertimana di selatan semenanjong, ada Bugis, ada Mandaling, ada Minang, ada Banjar, ada Jawa dll. Hanya sebahagian kecil orang Melayu didaerah Yan adalah dari rumpun Acheh tetapi bagaimana pulak dengan yang lain, seperti di Kelantan dan Terengganu. Apakah rumpun mereka sebenarnya?. Ini kerana mereka adalah asalnya orang  Siam Islam. Kami juga telah menemuduga ramai orang di Kedah hari ini di mana asal usul keturunan mereka adalah pelarian dari Patani, terutama sekali di daerah Baling, Kuala Nerang dan Pedu (melalui Durian Burung). Mereka melarikan diri dari Patani kerana yang menyerang Patani dahulu bukannya Siam Islam lagi tetapi bangsa Thai Buddha yang baru saja menjajah negeri Siam.
Tindakan Kita
Sejarah Kedah harus di bongkar habis-habisan oleh semua pengkaji sejarah dan sastera tempatan. Kita bentangkan kertaskerja di peringkat seminar, forum dan bengkel sejarah, kita jalankan penyelidikan di peringkat Phd agar terdapat lebih banyak rujukan sejarah sebenar. Semua ini adalah mengenai sejarah bangsa kita dan kita berhak memperkatakan sejarah kita tanpa perlu merujuk kepada mereka. Walaupun kita dimaki, dihamun, diaibkan, kita tidak harus menyerah kalah, kerana kita adalah satu bangsa yang merdeka bukan sekadar 50 tahun saja tetapi semenjak tahun 222 Hijrah bersamaan tahun 812 masihi, iaitu tahun yang disebut dalam Undang-Undang Kedah. Itulah perlembagaan negara Islam kita yang pertama, itulah kebijaksanaan bangsa kita. Selagi kita bernama manusia selagi itulah kita harus memperjuangkan nasib sejarah bangsa kita yang telah dirampas oleh mereka. Harus diingat juga bahawa sejarah ini adalah sejarah tamadun Islam dan setiap jihad walaupun melalui penulisan mata pena, ia tetap ada ganjarannya di akhirat kelak.
Kami sambut dengan rasa penuh kesyukuran dan berterima kasih di atas keberanian pakar bahasa dari universiti tempatan yang sanggup menjalankan kajian setelah terkejut mengetahui bahawa bahasa Siam yang digunakan di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak sama dengan Bahasa Tai yang digunakan di Thailand hari ini.
by-kuzairi