Pages

Showing posts with label cerut. Show all posts
Showing posts with label cerut. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Cerut paling panjang di dunia dihasilkan



CERUT paling panjang di dunia dipamerkan di sebuah kubu lama Sepanyol di Havana, Cuba pada Ahad lalu.


HAVANA - Sebatang cerut yang sepanjang 81.8 meter dihasilkan oleh beberapa orang diketuai oleh penggulung cerut di Cuba, Jose Castelar.
Castelar berharap cerut itu akan mencipta rekod sebagai yang paling panjang di dunia.
Dia dan pekerja-pekerjanya mula menghasilkan cerut itu pada penghujung April lalu dan ia berjaya disiapkan kelmarin.
Sebelum ini, Castelar, 67, mencipta rekod dunia kerana dia menggulung cerut sepanjang 45 meter pada 2008.
Cerut itu kini menunggu pengesahan rasmi daripada pihak pengurusan Guinness World Records di London untuk disahkan sebagai yang paling panjang di dunia.
- Agensi, kosmo

Monday, April 19, 2010

Legenda cerut meninggal dunia





HAVANA - Penanam tembakau Cuba, Alejandro Robaina (gambar), yang merupakan simbol penghasilan cerut bermutu di negara itu meninggal dunia kelmarin pada usia 91 tahun.
Stesen televisyen Cuba menyatakan Robaina meninggal dunia kerana sakit.
Satu-satunya penanam tembakau Cuba yang mengeluarkan cerut dengan jenama menggunakan namanya sendiri, Robaina telah menjelajah ke seluruh dunia sebagai duta tidak rasmi negara tersebut.
Dia menghembuskan nafas terakhir di rumahnya yang terletak dalam ladang seluas 16 hektar berdekatan bandar San Luis.
Robaina menyambut hari kelahirannya yang ke-91 pada 20 Mac lepas dalam keadaan yang tidak sihat bersama lebih 20 teman dan keluarganya.
Menurut seorang rakannya, Sergio Hernandez, Robaina jatuh sakit selepas disahkan menghidap kanser pada tahun lalu. - Agensi