Pages

Showing posts with label algeria. Show all posts
Showing posts with label algeria. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

37 warga asing, 29 militan maut

ANGGOTA bomba Algeria mengusung keranda salah seorang mangsa 
yang terbunuh dalam tragedi di kompleks pemprosesan minyak dan gas In Amenas kelmarin.


ALGIERS - Pihak berkuasa Algeria semalam bertindak meneruskan gerakan mencari lima lagi warga asing yang masih hilang selepas menjadi tebusan di kompleks pemprosesan minyak dan gas In Amenas di gurun Sahara, kata beberapa sumber keselamatan.
"Masih belum ada sebarang berita mengenai kelima-lima warga asing yang masih hilang itu," sumber tersebut memberitahu agensi berita AFP.
Sabtu lalu, skuad khas tentera Algeria bertindak menyerbu kompleks minyak dan gas tersebut dan berjaya menawan kembali daripada kumpulan militan Islam.
Sehingga semalam pemerintah Algeria mengesahkan 37 warga asing dan 29 militan Islam maut dalam krisis tebusan itu. Dua rakyat Malaysia pula dikuatiri masih hilang.
Drama tebusan kompleks kendalian syarikat minyak BP dari Britain, Statoil milik Norway dan firma Algeria, Sonatrach itu bermula pada 16 Januari lalu.
Sementara itu, menurut sumber yang sama, kerja-kerja memulihkan kompleks tersebut telah bermula.
Katanya, sekurang-kurangnya tempoh seminggu lagi diperlukan sebelum semuanya kembali beroperasi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2IkBVvmpD 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 23, 2012

Perbicaraan pemimpin Al-Qaeda Afrika Utara bermula



23/01/2012 2:16am

ALGIERS 23 Jan. - Perbicaraan pemimpin tertinggi Al-Qaeda Afrika Utara, Mokhtar Belmokhtar dimulakan di Algeria.
Belmokhtar dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian dua askar Algeria di mana perbicaraan tersebut dijalankan tanpa kehadirannya.
Beliau dan sembilan yang lain turut menghadapi dakwaan terlibat dengan aktiviti pengganas termasuk menyerang tentera di Djelfa, Algeria pada Mei 2010.
Pemimpin yang berasal dari tengah Algeria itu merupakan pengasas kumpulan Salafis for Preaching and Combat yang kini dikenali sebagai kumpulan Al-Qaeda Maghreb. - AFP

Monday, April 18, 2011

Enam terbunuh dalam dua pertempuran militan di Algiers


ALGIERS 18 April - Dua pertempuran berasingan di timur bandar Algiers oleh puak militan Islam hari ini menyebabkan enam orang tentera termasuk anggota polis terbunuh.

Menurut pihak berkuasa dan saksi, pertempuran pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan di daerah Lakhdaria, 75 kilometer timur Algiers menyebabkan seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi cedera.
Dalam pada itu, pertempuran kedua berlaku di Amal, daerah Boumerdes, menyebabkan lima anggota tentera dan dua pemberontak puak militan Islam terkorban. - Reuters

Monday, February 14, 2011

Polis, penunjuk perasaan bertempur di Algeria

Berita Harian Online | Polis, penunjuk perasaan bertempur di Algeria:


2011/02/14

ALGIERS: Ratusan penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.

Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hari selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.
“Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat,' kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.

Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata
Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.

Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.

Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia. - AFP"