Pages

Showing posts with label selawat. Show all posts
Showing posts with label selawat. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

20 Fadhilat berselawat kepada Rasulullah SAW-Ibnu Qayyim


http://infosyiah.files.wordpress.com/2007/03/nabi1.jpg?w=352&h=447
Ibnul Qoyyim menyebutkan 39 manfaat sholawat untuk nabi sollallohu ‘alaihi wa sallam, di antaranya adalah sebagai berikut:
1.Melaksanakan perintah Allah subhaanahu wa ta’aala
2.Mendapatkan sepuluh sholawat dari Allah bagi yang membaca sholawat satu kali.
3.Ditulis baginya sepuluh kebaikan dan dihapus darinya sepuluh kejahatan.
4.Diangkat baginya sepuluh derajat.
5.Kemungkinan doanya terkabul bila ia mendahuluinya dengan sholawat, dan doanya akan naik menuju kepada Tuhan semesta alam.
6.Penyebab mendapatkan syafa’at sollallohu ‘alaihi wa sallam bila diiringi oleh permintaan wasilah untuknya atau tanpa diiringi olehnya.
7.Penyebab mendapatkan pengampunan dosa.
8.Dicukupi oleh Allah apa yang diinginkannya.
9.Mendekatkan hamba dengan nabi sollallohu ‘alaihi wa sallam pada hari kiamat.
10.Menyebabkan Allah dan malaikat-Nya bersholawat untuk orang yang bersholawat.
11.Nabi sollallohu ‘alaihi wa sallam menjawab sholawat dan salam orang yang bersholawat untuknya.
12.Mengharumkan majelis dan agar ia tidak kembali kepada keluarganya dalam keadaan menyesal pada hari kiamat.
13.Menghilangkan kefakiran.
14.Menghapus predikat “kikir” dari seorang hamba jika ia bersholawat untuk nabi sollallohu ‘alaihi wa sallam ketika namanya disebut.
15.Orang yang bersholawat akan mendapatkan pujian yang baik dari Allah di antara penghuni langit dan bumi, karena orang yang bersholawat, memohon kepada Allah agar memuji, menghormati dan memuliakan rasul-Nya, maka balasan untuknya sama dengan yang ia mohonkan, maka hasilnya sama dengan apa yang diperoleh oleh rasul-Nya.
16.Akan mendapatkan berkah pada dirinya, pekerjaannya, umurnya dan kemaslahatannya, karena orang yang bersholawat itu memohon kepada Tuhannya agar memberkati nabi-Nya dan keluarganya, dan doa ini terkabul dan balasannya sama dengan permohonannya.
17.Nama orang yang bersholawat itu akan disebutkan dan diingat di sisi Rasul sollallohu ‘alaihi wa sallam seperti penjelasan terdahulu, sabda Rasul: “Sesungguhnya sholawat kalian akan diperdengarkan kepadaku.” Sabda beliau yang lain: “Sesungguhnya Allah mewakilkan malaikat di kuburku yang menyampaikan kepadaku salam dari umatku.” Dan cukuplah seorang hamba mendapatkan kehormatan bila namanya disebut dengan kebaikan di sisi Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam.
18.Meneguhkan kedua kaki di atas Shirath dan melewatinya berdasarkan hadits Abdurrahman bin Samirah yang diriwayatkan oleh Said bin Musayyib tentang mimpi Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam: “Saya melihat seorang di antara umatku merangkak di atas Shirath dan kadang-kadang berpegangan lalu sholawatnya untukku datang dan membantunya berdiri dengan kedua kakinya lalu menyelamatkannya.” [H.R. Abu Musa Al-Madiniy]
19.Akan senantiasa mendapatkan cinta Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam bahkan bertambah dan berlipat ganda. Dan itu termasuk ikatan Iman yang tidak sempurna kecuali dengannya, karena seorang hamba bila senantiasa menyebut nama kekasihnya, menghadirkan dalam hati segala kebaikankebaikannya yang melahirkan cinta, maka cintanya itu akan semakin berlipat dan rasa rindu kepadanya akan semakin bertambah, bahkan akan menguasai seluruh hatinya. Tetapi bila ia menolak mengingat dan menghadirkannya dalam hati, maka cintanya akan berkurang dari hatinya. Tidak ada yang lebih disenangi oleh seorang pecinta kecuali melihat orang yang dicintainya dan tiada yang lebih dicintai hatinya kecuali dengan menyebut kebaikankebaikannya. Bertambah dan berkurangnya cinta itu tergantung kadar cintanya di dalam hati, dan keadaan lahir menunjukkan hal itu.
20.Akan mendapatkan petunjuk dan hati yang hidup. Semakin banyak ia bersholawat dan menyebut nabi, maka cintanyapun semakin bergemuruh di dalam hatinya sehingga tidak ada lagi di dalam hatinya penolakan terhadap perintah-perintahnya, tidak ada lagi keraguan terhadap apa-apa yang dibawanya, bahkan hal tersebut telah tertulis di dalam hatinya, menerima petunjuk, kemenangan dan berbagai jenis ilmu darinya. Ulama-ulama yang mengetahui dan mengikuti sunnah dan jalan hidup beliau, setiap pengetahuan mereka bertambah tentang apa yang beliau bawa, maka bertambah pula cinta dan pengetahuan mereka tentang hakekat sholawat yang diinginkan untuknya dari Allah.
Rujukan :
http://kubahkuning.blogspot.com/
sumber: peribadirasulullah

Sunday, January 30, 2011

Fadhilat Selawat Ke Atas Nabi S.A.W...

FADHILAT-FADHILAT SELAWAT
Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Surah Al-Ahzab)
Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)
Rasul s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut.
Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)
Riadus Solehin oleh Imam Nawawi

10 Fadhilat Selawat Ke atas Nabi Muhammad saw.

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa juamasalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
Selain dari itu juga menurut sumber yang lain, selawat adalah amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala sehingga Allah Taala dan Malaikat-Nya juga berselawat ke atas RasulNya:
(Al Ahzab : 56 )

Di dalam hadis Rasulullah juga ada menyatakan tentang kelebihan selawat ini yang bermaksud:
"Orang yang paling mulia dan lebih utama, di sisi-Ku pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat keatas-Ku" ( Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya b Syarafuddin An-nawawi, T.Th : 316 )

Kelebihan-kelebihan selawat adalah seperti berikut: 1. Para malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah akan menurunkan rahmat-Nya. 2. Allah akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya Mereka yang berselawat 500 kali sehari, insyaAllah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selamanya. 3. Akan terhapus sifat marah dan terjauh dari bala bencana Menjadi kekasih kepada kekasih Allah 4. Terhindar daripada mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya dan terlindung daripada bala bencana 5. Mendapat syafaat di dunia dan di akhirat ( Hj. Johari Hj. Alias, 2001: 46-48)
Ada banyak lagi kelebihan selawat itu jika diamalkan secara ikhlas. Di sini jelas, selawat adalah salah satu kaedah yang telah Allah SWT ajar kepada kita untuk menyelesaikan kemelut nafsu Ammarah dan Lawwamah. Nabi Adam A.S, manusia pertama di dunia, juga menyelesaikan kemelutnya ketika dikeluarkan daripada syurga, iaitu bertawassul dengan menggunakan nama Nabi Muhammad SAW. Apabila Nabi Adam A.S tercampak ke dunia, selama 40 tahun, baginda menangis memohon keampunan daripada Allah Taala. Setelah diketemukan semula baginda dengan isterinya Hawa, iaitu di Jabal Rahmah, Adam A.S dibuka kasyafnya oleh Allah Taala untuk melihat perkataan:
Perkataan ini dilihat oleh Nabi Adam A.S tertera di tiang arash syurga. Dengan menggunakan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, Adam memohon keampunan daripada Allah sambil mengucap dua kalimah syahadah ini. Allah Taala kemudiannya mengampunkan Nabi Adam A.S. (Hj. Abdul Al Hadhi :26-28)
Contoh lain ialah kisah Qabil dan Habil (anak Nabi Adam A.S). Ketika Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil, sedang ditenggelamkan oleh Allah SWT hingga ke paras pinggang ke dalam tanah, tiba-tiba teringat dia akan pengalaman ayahnya iaitu Nabi Adam A.S. lalu Qabil bertawassul dengan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, sehingga azabnya diringankan daripada ditelan bumi kepada dicampakkan sahaja di tengah-tengah padang pasir. (Hj. Abdul Al Hadhi : 26-28)

Fadhilat Selawat Ke Atas Nabi S.A.W...

Wednesday, January 26, 2011

Keajaiban Selawat



Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a’lam.

Wednesday, January 5, 2011

Nabi Daud & Ulat Merah

"Anak Soleh": "
Hikayat: Pada suatu hari Nabi Daud as duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia melihat seekor ulat merah. Maka dalam hati dia berkata:

'Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?'

Maka dengan izin Allah ulat itu dapat berbicara, seraya berkata:

'Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca 'subhanAllahi walhamdulillahi wala ilaha illa Allahu akbar' seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkanku agar membaca 'Allahumma solli ala Muhammadinin nabiyyil ummiyyi wa'ala alihi wasohbihi wasallim' seribu kali. Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil manfaat daripadamu?'

Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa amat takut pada Allah, lalu bertaubat dan bertawakkal kepadaNya..."

Friday, December 10, 2010

Manfaat Selawat



Di antara manfaat itu adalah:

1. Selawat merupakan bentuk kataatan kepada perintah Allah s.w.t.

Maka makin banyak salawat yang kita berikan kepada Nabi Muhammad salallahu alayhi wasalam, baik ketika kita memperingati Mawli Nabi Muhammad salallahu alayhi wasalam, maka makin banyak ketaatan dan cinta kita kepada Allah swt.

2. Mendapatkan sepuluh kali selawat dari Allah bagi yang berselawat sekali (1x) untuk beliau s.w.t. apabila satu salawat saja mendapat ganjaran 10x lipat dari Allah swt maka bagaimana bila kita salawat kepada Nabi saw sebanyak yg kita mampu berikan kepada kecintaan kita semua Nabi saw.


Maka dikatakan,” orang yang pertama mendapat syafaatku pertama kali adalah orang yg paling banyak bersalawat kepadaku, yg kedua adalah yg kedua terbanyak dst”. Maka perbanyaklah salawat kepada baginda Nabi saw. Jangan takut berlebihan bersalawat kepada Nabi saw, krn kita bukanlah umat nasrani yang menuhankan Isa as. Tak ada satupun umat nabi saw yg bersalawat banyak yg menganggap Nabi saw adalah Tuhan. Jangan kawatir utk bersalawat sebanyak mungkin, dengan segala pujian yg indah. salawat seperti dalam quran ataupun salawat yg dibuat oleh para Wali Allah seperti salawat Dalail Khairat, Salawat Barzanji, Salawat Diba, Salawat Simtud Duror dll. Para murid2 habaib merekalah yg terbanyak bersalawat kepada baginda Nabi saw sebagai bukti kecintaan mereka.

3. Diharapkan dikabulkannya doa apabila didahului dengan selawat tersebut.

Demikianah, makin banyak salawat maka doa makin cepat terkabul.

4. Selawat merupakan sebab mendapatkan syafaat dari Nabi s.a.w. jika ketika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah (darjat yang tinggi di syurga) untuk beliau s.a.w..

Ini benar sekali, maka siapa yg terbanyak salawat maka akan terbanyak mendapatkan syafaat Nabi saw

5. Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa.

Mohonlah ampun dengan istigfar dan kemudian salawat, inilah dua perpaduan yg menyebabkan dosa mudah diampuni krn Allah sangat mencintai Nabi Muhammad saw.

6. Selawat merupakan sebab sehingga Nabi menjawab orang yang mengucapkan selawat dan salam kepadanya. Semoga Selawat dan salam dilimpahkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi yang mulia ini.

Maka Nabi saw akan bersaksi kepada mereka yang banyak mengirimkan salwat kepada beliau saw. Jangan takut menghadiri salawat dalam Mawlid Nabi saw, silahkan datang dan bersalawatlah, inilah kesempatan yg sangat indah utk mnegucapkan salawat berjamaah dan berlama2.

RAHSIA 24 – SELAWAT


Banyak membaca selawat adalah penyebab yang kuat untuk terang hati dan menambahkan daya ingatan. Abu Hurairah r.a. berkata,
“Siapa takutkan kelupaan dirinya, maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.”
Rasullullah s.a.w. sendiri pun pernah bersabda,
“Selawat kepadaku itu adalah nur di dalam hati, nur di dalam kubur dan nur di Titian As-Sirat.”

Tuesday, November 16, 2010

IKHLAS BERIBADAH, SEGALANYA JADI MUDAH


KAABAH: Setiap jemaah berpeluang dan dengan cukup selesa bersolat betul-betul di depan Kaabah beberapa zaman yang lampau, walaupun ruang solat ketika itu belum ada jubin marmar dan belum dibentangkan permaidani seperti sekarang.



Jemaah yang suci hatinya dapat bantuan dan sambutan sepanjang berada di Tanah Suci


BANYAK kejadian aneh, pelik serta ganjil berlaku di Tanah Suci Makkah dan Madinah dalam setiap musim haji atau umrah. Ada kejadian yang sengaja Allah timpakan kepada tetamu pilihan-Nya itu sebagai kifarat kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan.
Ada kejadian yang bermaksud sebagai ujian daripada Allah swt bagi menguji kekuatan iman dan taqwa seseorang hamba-Nya itu sebelum Allah kurniakan sebarang keampunan atau sebelum Allah anugerahkannya tingkatan martabat dan darjat yang tinggi dan mulia di sisi-Nya.Tidak kurang juga kejadian-kejadian pelik dan ganjil yang berlaku disebabkan oleh kelancangan, keceluparan atau kemeluluan tutur kata, tingkah laku serta tindak-tanduk para bakal haji itu sendiri disebabkan oleh misi serta visi hajinya yang samar dan kusam, cetek dan dangkal pengetahuannya, longlai dan londeh penghayatannya atau disebabkan juga oleh gara-gara nafsu mamurnah mereka yang masili liar dan tidak dibendung atau dikawal itu.Berikut adalah kisah seorang jemaah haji yang dimudahkan perjalanan hajinya dan diistimewakan di kalangan jemaah-jemaah haji yang lain di Tanah Suci hanya kerana keikhlasannya mengerjakan ibadah terhadap sang Khalik.Ceritanya benar-benar berlaku, cuma nama orang itu telah diubah kepada 'Zakaria', 65 tahun, dan isterinya, 63 tahun, pula kepada 'Salmah'.Mereka adalah pasangan Islam yang menjaga kewajipan solat fardu dan kewajipan-kewajipan asas lain dengan baik. Namun, mereka tidaklah tinggi ilmu agamanya. Pasangan tersebut bukan juga orang senang. Wang yang mereka perolehi sentiasa digunakan untuk keperluan hidup harian. Walaupun sesekali timbul juga keinginan untuk menunaikan fardu haji, tetapi mereka tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan ke sana.Ketika rakan sekerjanya, Haji Hamdan, menyuruhnya menunaikan rukun Islam kelima, Encik Zakaria hanya tersenyum.Pertama, beliau berasa ibadahnya belum sebaik mana lagi, jauh sekali dibandingkan dengan Haji Hamdan. Kedua, masalah kewangannya sentiasa menjadi batu penghalang.'Engkau masih tak cukup duit, ya Zek?' Tanya Haji Hamdan.'Biasalah Ji. Aku bukan orang senang.' Balas Encik Zakaria.'Nah! Baca ini...' Tingkah Haji Hamdan sambil menghulurkan sehelai kertas bertulis bahasa Arab.SELAWAT NABIMelihat Encik Zakaria tersipu-sipu, Haji Hamdan menulis ayat-ayat tersebut dalam tulisan rumi. Barulah kawannya itu mengerti bahawa yang tercatat pada kertas tersebut adalah selawat Nabi.'Betulkah ini, Ji?''Engkau baca dan amalkanlah dulu!' Haji Hamdan membalas ringkas.Semenjak saat itu, Encik Zakaria sentiasa membaca selawat Nabi setiap kali selesai bersolat fardu. Berkat nasihat kawannya itu juga, beliau mula mengamalkan solat malam (tahajud).Menurut Haji Hamdan, di keheningan malamlah doa seorang hamba yang ikhlas akan dimakbulkan oleh Al-Khaliq. Dengan penuh kesabaran, Encik Zakaria mendirikan solat malam dan memohon agar Allah swt mempermudahkan jalan baginya untuk menunaikan ibadah haji.DOA TERKABUL AKHIRNYAAlhamdulillah, dua tahun kemudian, doa Encik Zakaria termakbul. Malah dengan wang simpanan yang cukup, beliau berupaya membawa sama isterinya, Cik Salmah, menunaikan fardu haji di Makkah. Disebabkan mereka mengerjakan Haji Tamattuk, pasangan suami isteri ini pergi ke Madinah terlebih dahulu sebelum memasuki Makkah.Di Madinah, Encik Zakaria didatangi oleh seorang lelaki Arab berumur antara 30 hingga 35 tahun dan amat fasih bertutur bahasa Melayu. Lelaki itu mengaku sengaja mencari Encik Zakaria kerana disuruh oleh seseorang yang bernama Haji Ali.'Boleh ana tahu, siapa yang bernama Haji Zakaria dari ...?' tanya lelaki tersebut.'Haji? Aku 'kan baru sampai ke Madinah, siapa lelaki ini yang memanggil aku Haji? Ah, tak mengapalah, mudah-mudahan Allah menerima ibadah haji saya.' Fikir Encik Zakaria.'Sayalah Zakaria. Maaf, awak ni siapa?''Ana Umar, ana disuruh Haji Ali membawa tuan haji dengan keretanya, ke mana sahaja tuan haji mahu pergi, sepanjang masa tuan haji di Tanah Suci ini,' jelas Umar kepada Encik Zakaria.Perasaan gembira dan tidak sedap hati bercampur-baur dalam hati Encik Zakaria. Gembira kerana beliau diberi kemudahan yang sebegitu rupa sepanjang mengerjakan haji di Makkah. Tidak sedap hati kerana beliau tidak mengenali siapakah Haji Ali yang begitu bermurah hati meminjamkan kenderaan kepadanya. Mungkinkah Umar tersilap orang?Di samping itu, jika benar beliau orangnya, beliau tidak tergamak meninggalkan rombongannya yang lain demi kepentingan dirinya dan isteri. Apabila beliau menyuarakan kegusaran hatinya kepada lelaki tersebut, Umar tersenyum dan menjawab:'Tidak, saya tidak tersilap orang. Haji Ali memberikan saya senarai tetamu Allah dalam kumpulan jemaah tuan haji, dan tuan haji adalah orang yang saya cari. Bagi rombongan tuan, Haji Ali telah menyediakan sebuah bas mini untuk kegunaan mereka jika tuan risaukan mereka.'BANTUAN SEPANJANG MASA Subhanallah! Encik Zakaria begitu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada 'Haji Ali' dan Umar di atas bantuan sepanjang masa beliau dan rombongannya berada di Makkah.Setiap hari Umar menunggunya menunaikan ibadah dengan sabar. Umar tidak akan berganjak selagi Encik Zakaria tidak menyuruhnya pergi. Soal minyak benzin dan bayaran tidak pernah timbul. Semuanya di atas tanggungan dan arahan Haji Ali. Encik Zakaria dan isterinya dilayan sebagai tetamu terhormat.'Ya Allah, Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selama di tanah air, aku tidak pernah meminjamkan kepada sesiapa kenderaan aku, apa lagi berpuluh-puluh hari. Sedangkan di Makkah, aku diberi pinjam kereta dan pemandunya sekali selama 42 hari oleh seseorang yang tidak aku kenali dan tidak pernah berjumpa pun, malah ditanggung petrolnya pula!' Encik Zakaria memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa.Sepanjang masa menunaikan haji di Tanah Suci, Encik Zakaria banyak diberi kemudahan oleh Allah swt. Sewaktu melakukan tawaf, melontar di ketiga-tiga jamrah, mencium Hajar al-Aswad, dan mendirikan solat sunat di Masjid Nabawi, adalah sebahagian daripada perjalanan ibadah haji di mana ketabahan, kekuatan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan.Di situ, umat manusia berjuta-juta orang, umpama semut yang berkerumun. Setiap masa manusia berasak-asak sehingga ada yang terjatuh, terseret, malah terpijak dengan tidak sengaja.Bagaimanapun, Encik Zakaria diberi laluan yang senang dicelah-celah kepadatan lautan manusia tersebut.Didorongi keinginan mencium Batu Hitam (Hajar al-Aswad) yang suci itu, Encik Zakaria berdoa (dalam bahasa Melayu) kepada Allah kerana beliau yakin Allah pemilik semua bahasa di dunia ini.'Ya Allah, aku ingin mengucup Hajar al-Aswad. Berikanlah jalan kemudahan kepadaku...' Doanya sambil menadah tangan, tanpa selawat, tanpa talbiah. Tidak lebih dan tidak kurang.Sungguh luar biasa, setiap kali hujung jari Encik Zakaria menyentuh tubuh orang yang berada di hadapannya, mereka memberi laluan kepadanya untuk mencelah masuk.MUDAH KUCUP HAJAR AL-ASWADSaat itu, beliau merasakan beliau diberi kekuatan pada kedua-dua tangannya untuk membuka kerumunan manusia sehingga tidak lama kemudian, beliau sudah berada di hadapan Hajar al-Aswad. Encik Zakaria mencium dan mengucup Batu Hitam itu sambil mengagungkan nama Allah. Air matanya mencurah keluar kerana terlalu gembira dan bersyukur di atas rahmat Allah kepadanya.Sewaktu melakukan lontaran jamrah, jemaah-jemaah lain seolah-olah memberikan ruang kepada Encik Zakaria untuk melontarkan batu dan lontarannya pula tepat mengenai sasaran. Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semua perkara dan kejadian berada dalam ketentuan-Nya.Encik Zakaria juga mendapat layanan yang baik dari semua orang yang ditemuinya sepanjang berada di Tanah Suci.Beliau disambut dengan hormat, termasuklah para pemilik kedai. Seringkali dia dapat membeli barangan dengan separuh harga daripada para pedagang di sana yang terkenal sukar ditawar harga barangan mereka.Sesungguhnya hati Encik Zakaria yang ikhlas dalam beribadah kepada Allah telah mendapat ganjaran besar dari Maha Pencipta terhadap hamba-Nya. -- Oleh SUE.
diambil dari : http://cyberita.asia1.com.sg

Thursday, July 8, 2010

5 Rahsia Selawat Di Sisi Allah SWT





http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs067.snc3/13443_107015286015495_100001210731518_49861_4111021_n.jpg
1-Selawat Allah SWT ke atas Rasul Junjungan bermakna Allah memberi Rahmat.
2-Selawat Malaikat ke Rasul Junjungan bermakna memohon Keampunan untuk Baginda.
3-Selawat dari semua hamba Allah kepada Baginda bermakna Doa.
4-Selawat bagi kahtib berkhutbah dalam khutbah bermakna Doa atau Solat.
5-Kalimah Selawat dikalangan orang mukmin apabila bersalam atau bertemu pada umumnya membawa makna Memohon Rahmat.
إنَّ الصَّلاةَ مِن الله : الرحمة ،
ومن الملائكة : الاستغفار ،
ومن الآدميين : الدُّعاء .
فإذا قيل : صَلَّتْ عليه الملائكة ، يعني : استغفرت له .
وإذا قيل : صَلَّى عليه الخطيبُ ، يعني : دعا له بالصلاة .
وإذا قيل : صَلَّى عليه الله ، يعني : رحمه .
ما معنى الصلاة والسلام على رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟
الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم " فمعناها - عند جمهور العلماء - : من الله تعالى : الرحمة ، ومن الملائكة : الاستغفار ، ومن الآدميين : الدعاء ، وذهب آخرون – ومنهم أبو العالية من المتقدمين ، وابن القيم من المتأخرين ، وابن عثيمين من المعاصرين – إلى أن معنى " الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم " هو الثناء عليه في الملأ الأعلى ، ويكون دعاء الملائكة ودعاء المسلمين بالصلاة عليه صلى الله عليه وسلم بأن يثني الله تعالى عليه في الملأ الأعلى ، وقد ألَّف ابن القيم – رحمه الله – كتاباً في هذه المسألة ، سمّاه " جلاء الأفهام في فضل الصلاة والسلام على خير الأنام " وقد توسع في بيان معنى الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ، وأحكامها ، وفوائدها ، فلينظره من أراد التوسع .
قال الشيخ محمد بن صالح العثيمين رحمه الله :" قوله : " صلِّ على محمد " قيل : إنَّ الصَّلاةَ مِن الله : الرحمة ، ومن الملائكة : الاستغفار ، ومن الآدميين : الدُّعاء .
فإذا قيل : صَلَّتْ عليه الملائكة ، يعني : استغفرت له .
وإذا قيل : صَلَّى عليه الخطيبُ ، يعني : دعا له بالصلاة .
وإذا قيل : صَلَّى عليه الله ، يعني : رحمه .
وصايا النبي صلى الله عليه وسلم...
لمتابعة جديد الأدعية والأذكار على بريدك وذلك
// 
وهذا مشهورٌ بين أهل العلم ، لكن الصحيح خِلاف ذلك ، أن الصَّلاةَ أخصُّ من الرحمة ، ولذا أجمع المسلمون على جواز الدُّعاء بالرحمة لكلِّ مؤمن ، واختلفوا : هل يُصلَّى على غير الأنبياء ؟ ولو كانت الصَّلاةُ بمعنى الرحمة لم يكن بينهما فَرْقٌ ، فكما ندعو لفلان بالرحمة نُصلِّي عليه .
وأيضاً : فقد قال الله تعالى : ( أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ ) البقرة157 ، فعطف " الرحمة " على " الصلوات " والعطفُ يقتضي المغايرة فتبيَّن بدلالة الآية الكريمة ، واستعمال العلماء رحمهم الله للصلاة في موضع والرحمة في موضع : أن الصَّلاة ليست هي الرحمة .
وأحسن ما قيل فيها : ما ذكره أبو العالية رحمه الله أنَّ صلاةَ الله على نبيِّه : ثناؤه عليه في الملأ الأعلى .
فمعنى " اللَّهمَّ صَلِّ عليه " أي : أثنِ عليه في الملأ الأعلى ، أي : عند الملائكة المقرَّبين .
فإذا قال قائل : هذا بعيد مِن اشتقاق اللفظ ؛ لأن الصَّلاة في اللُّغة الدُّعاء وليست الثناء : فالجواب على هذا : أن الصلاة أيضاً من الصِّلَة ، ولا شَكَّ أن الثناء على رسول الله صلى الله عليه وسلم في الملأ الأعلى من أعظم الصِّلات ؛ لأن الثناء قد يكون أحياناً عند الإنسان أهمُّ من كُلِّ حال ، فالذِّكرى الحسنة صِلَة عظيمة .وعلى هذا فالقول الرَّاجح : أنَّ الصَّلاةَ عليه تعني : الثناء عليه في الملأ الأعلى " انتهى .
ثانياً :وأما معنى " السلام عليه صلى الله عليه وسلم " : فهو الدعاء بسلامة بدنه – في حال حياته - ، وسلامة دينه صلى الله عليه وسلم ، وسلامة بدنه في قبره ، وسلامته يوم القيامة .
قال الشيخ محمد بن صالح العثيمين رحمه الله :قوله : " السلام عليك " : " السَّلام " قيل : إنَّ المراد بالسَّلامِ : اسمُ الله ؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إنَّ اللَّهَ هو السَّلامُ " كما قال الله تعالى في كتابه : ( الملك القدوس السلام ) الحشر/23 ،

Saturday, April 10, 2010

Fadhilat beristighfar: zikir dan selawat


Fadhilat beristighfar:a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelumnyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapaitarget ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalanharian kita.b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yangtidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan berertiberdukacita"Fadilat Selawat - untuk renungan  Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata
Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke
atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat
menyambar."Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata
pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud
kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga
Allah S.W.T mengampuni orang itu."Malaikat Izrail A.S pula
berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para
nabi-nabi."Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?
Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang
berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.Dengan kisah yang
dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang
untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para
malaikat.    Fadilat zikir# Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.# Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.# Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.# Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.#
Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat. Dapat
merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.# Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.# Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.# Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.# Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.# Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.# Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.# Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.Fadilat selawat# Rasulullah SAW akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas Baginda.# Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.# Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.# Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah.# Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.# Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.# Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.# Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui.wallahu''alam.

Sunday, March 21, 2010

Berkat selawat 100 kali sebelum tidur


Ayah Si Pemuda Menjadi Himar
Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.
“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja.”

Wajah mayat bertukar jadi himar
“Saya ada alasan tersendiri,” jawab pemuda itu. “Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?
“Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, “Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?”
“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?”
“Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.
“Engkau siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.
“Saya yang terpilih (Muhammad).”
“Saya lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?”

Rahsia selawat 100 kali
“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.
“Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.”
...........