Pages

Tuesday, November 16, 2010

Secebis kisah-kisah pelik di Mekah


MELONTAR JAMRAH PADA ZAMAN DAHULU: Selepas wukuf di Arafah, para jemaah ke Mina pula untuk melontar jamrah tanpa berasak-asak seperti sekarang.




KES 1:

KETIKA di Mina untuk melontar jamrah, saya tertinggal sebuku sabun yang dibalut dengan sehelai plastik merah di dalam bilik mandi. Saya menyesal kerana sabun itu baru sekali dipakai.

Sepanjang perjalanan dari Mina ke hotel di Makkah, saya asyik teringatkan sabun itu. Setiba di Makkah, saya bersiap-siap untuk mandi dan membawa sebuku sabun baru.

Ketika masuk ke bilik air, saya hampir pengsan kerana di depan saya ada sabun dalam plastik merah. Saya amati sabun itu dan saya kenal, itulah sabun yang saya gunakan sewaktu di Mina.

Saya bertanya kepada teman-teman sebilik sama ada mereka membawa balik sabun tersebut. Tetapi, mereka semua menafikan perkara itu. Lalu saya fikir kembali, kalau bukan mereka yang membawa balik sabun saya itu dari Mina ke Makkah, mustahil mereka yang meletakkan sabun itu dalam bilik air kami. Ini kerana sayalah orang pertama yang masuk ke dalam bilik air hotel itu sebaik-baik kami tiba dari Mina.

Saya beristighfar dan bersyukur berkali-kali. Hebat sungguh kuasa-Mu, Ya Allah. -- SULAIMAN.
KES 2:
Dalam perjalanan di lebuh raya dari Madinah ke Makkah, bas kami singgah di sebuah kawasan rehat, seperti kawasan rehat R&R di lebuh raya Utara Selatan di Semenanjung Malaysia, untuk makan dan minum atau sekadar berehat. Sewaktu semua penumpang turun dan menuju ke kedai, seorang jemaah wanita turun dahulu dan terus ingin menuju ke seberang jalan.

Saya lantas mengikutinya dan bertanya: 'Mak Haji nak ke mana?'

Jawabnya, 'Aku nak balik ke rumah aku... tu di sebelah sana jalan.' Saya lihat warna matanya seperti seorang yang sedang marah.

Saya terus berkata kepadanya: 'Mak Haji, kita berada di Makkah, bukan di Singapura.'

Saya lantas membaca ayat Kursi dan menghembuskan ke arahnya. Dia tiba-tiba tunduk dan mengikut kami semua menuju ke kedai makan. -- MUHAMMAD ISKANDAR.
KES 3:
INI cerita dari ayah saya dalam musim haji 1993. Biasanya selepas solat isyak di Masjidil Haram, ayah tidak terus pulang ke hotel. Setelah sekitaran lengang barulah ayah berjalan pulang dan akan makan malam di ruang makan hotel yang disediakan oleh agensi haji bersama-sama jemaah yang lain.

Setibanya di situ tempat sudah penuh. Meja-meja yang masih kosong hanya di ruang tengah tempat itu. Tiba giliran ayah mengambil nasi dan terus duduk di ruangan yang kosong itu.

Ayah baru sahaja meletakkan punggungnya di kerusi, tiba-tiba beliau ditegur oleh pengurus agensi. Katanya 'Encik Haji, tempat ini sudah saya reservedkan untuk VIP. Encik Haji cari tempat lain.'

'Hai? Di Tanah Suci, musim haji pun masih ada pilih bulu? Masih ada VIP?' sindir jemaah-jemaah yang lain di situ, yang bersimpati pada ayah. Rupa-rupanya sebelum ayah, ramai jemaah lain sudah terkena. Mereka terasa kecil hati dan melepaskan geram. Ayah relaks macam tidak ada apa-apa berlaku.

Pada waktu yang sama, muncullah para VIP yang dimaksudkan. VIP yang terpenting itu rupa-rupanya sahabat lama ayah, rakan sekolah dan teman sedarjahnya.

Mereka saling bertegur sapa dan bertanya khabar. Maklumlah, sudah sekian lama tidak bertemu. Mereka berbahasa 'engkau' dan 'aku'.

Kemudian, VIP (sahabat ayah) mempelawa ayah makan bersama-sama semeja dengannya. Malahan duduk makan bersebelahan.

Jemaah-jemaah haji yang lain, apa lagi, terus menegur pengurus agensi tadi. 'Lain kali jangan tengok orang macam tidak ada mata, jangan pandang kecil dan hina seseorang. Kerana hendak mengampu, awak kelaskan diri manusia. Tengok apa sudah jadi?'

Pengurus agensi itu duduk diam membatu dan malu. -- MARINI.
Sumber asal : http://cyberita.asia1.com.sg

IKHLAS BERIBADAH, SEGALANYA JADI MUDAH


KAABAH: Setiap jemaah berpeluang dan dengan cukup selesa bersolat betul-betul di depan Kaabah beberapa zaman yang lampau, walaupun ruang solat ketika itu belum ada jubin marmar dan belum dibentangkan permaidani seperti sekarang.



Jemaah yang suci hatinya dapat bantuan dan sambutan sepanjang berada di Tanah Suci


BANYAK kejadian aneh, pelik serta ganjil berlaku di Tanah Suci Makkah dan Madinah dalam setiap musim haji atau umrah. Ada kejadian yang sengaja Allah timpakan kepada tetamu pilihan-Nya itu sebagai kifarat kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan.
Ada kejadian yang bermaksud sebagai ujian daripada Allah swt bagi menguji kekuatan iman dan taqwa seseorang hamba-Nya itu sebelum Allah kurniakan sebarang keampunan atau sebelum Allah anugerahkannya tingkatan martabat dan darjat yang tinggi dan mulia di sisi-Nya.Tidak kurang juga kejadian-kejadian pelik dan ganjil yang berlaku disebabkan oleh kelancangan, keceluparan atau kemeluluan tutur kata, tingkah laku serta tindak-tanduk para bakal haji itu sendiri disebabkan oleh misi serta visi hajinya yang samar dan kusam, cetek dan dangkal pengetahuannya, longlai dan londeh penghayatannya atau disebabkan juga oleh gara-gara nafsu mamurnah mereka yang masili liar dan tidak dibendung atau dikawal itu.Berikut adalah kisah seorang jemaah haji yang dimudahkan perjalanan hajinya dan diistimewakan di kalangan jemaah-jemaah haji yang lain di Tanah Suci hanya kerana keikhlasannya mengerjakan ibadah terhadap sang Khalik.Ceritanya benar-benar berlaku, cuma nama orang itu telah diubah kepada 'Zakaria', 65 tahun, dan isterinya, 63 tahun, pula kepada 'Salmah'.Mereka adalah pasangan Islam yang menjaga kewajipan solat fardu dan kewajipan-kewajipan asas lain dengan baik. Namun, mereka tidaklah tinggi ilmu agamanya. Pasangan tersebut bukan juga orang senang. Wang yang mereka perolehi sentiasa digunakan untuk keperluan hidup harian. Walaupun sesekali timbul juga keinginan untuk menunaikan fardu haji, tetapi mereka tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan ke sana.Ketika rakan sekerjanya, Haji Hamdan, menyuruhnya menunaikan rukun Islam kelima, Encik Zakaria hanya tersenyum.Pertama, beliau berasa ibadahnya belum sebaik mana lagi, jauh sekali dibandingkan dengan Haji Hamdan. Kedua, masalah kewangannya sentiasa menjadi batu penghalang.'Engkau masih tak cukup duit, ya Zek?' Tanya Haji Hamdan.'Biasalah Ji. Aku bukan orang senang.' Balas Encik Zakaria.'Nah! Baca ini...' Tingkah Haji Hamdan sambil menghulurkan sehelai kertas bertulis bahasa Arab.SELAWAT NABIMelihat Encik Zakaria tersipu-sipu, Haji Hamdan menulis ayat-ayat tersebut dalam tulisan rumi. Barulah kawannya itu mengerti bahawa yang tercatat pada kertas tersebut adalah selawat Nabi.'Betulkah ini, Ji?''Engkau baca dan amalkanlah dulu!' Haji Hamdan membalas ringkas.Semenjak saat itu, Encik Zakaria sentiasa membaca selawat Nabi setiap kali selesai bersolat fardu. Berkat nasihat kawannya itu juga, beliau mula mengamalkan solat malam (tahajud).Menurut Haji Hamdan, di keheningan malamlah doa seorang hamba yang ikhlas akan dimakbulkan oleh Al-Khaliq. Dengan penuh kesabaran, Encik Zakaria mendirikan solat malam dan memohon agar Allah swt mempermudahkan jalan baginya untuk menunaikan ibadah haji.DOA TERKABUL AKHIRNYAAlhamdulillah, dua tahun kemudian, doa Encik Zakaria termakbul. Malah dengan wang simpanan yang cukup, beliau berupaya membawa sama isterinya, Cik Salmah, menunaikan fardu haji di Makkah. Disebabkan mereka mengerjakan Haji Tamattuk, pasangan suami isteri ini pergi ke Madinah terlebih dahulu sebelum memasuki Makkah.Di Madinah, Encik Zakaria didatangi oleh seorang lelaki Arab berumur antara 30 hingga 35 tahun dan amat fasih bertutur bahasa Melayu. Lelaki itu mengaku sengaja mencari Encik Zakaria kerana disuruh oleh seseorang yang bernama Haji Ali.'Boleh ana tahu, siapa yang bernama Haji Zakaria dari ...?' tanya lelaki tersebut.'Haji? Aku 'kan baru sampai ke Madinah, siapa lelaki ini yang memanggil aku Haji? Ah, tak mengapalah, mudah-mudahan Allah menerima ibadah haji saya.' Fikir Encik Zakaria.'Sayalah Zakaria. Maaf, awak ni siapa?''Ana Umar, ana disuruh Haji Ali membawa tuan haji dengan keretanya, ke mana sahaja tuan haji mahu pergi, sepanjang masa tuan haji di Tanah Suci ini,' jelas Umar kepada Encik Zakaria.Perasaan gembira dan tidak sedap hati bercampur-baur dalam hati Encik Zakaria. Gembira kerana beliau diberi kemudahan yang sebegitu rupa sepanjang mengerjakan haji di Makkah. Tidak sedap hati kerana beliau tidak mengenali siapakah Haji Ali yang begitu bermurah hati meminjamkan kenderaan kepadanya. Mungkinkah Umar tersilap orang?Di samping itu, jika benar beliau orangnya, beliau tidak tergamak meninggalkan rombongannya yang lain demi kepentingan dirinya dan isteri. Apabila beliau menyuarakan kegusaran hatinya kepada lelaki tersebut, Umar tersenyum dan menjawab:'Tidak, saya tidak tersilap orang. Haji Ali memberikan saya senarai tetamu Allah dalam kumpulan jemaah tuan haji, dan tuan haji adalah orang yang saya cari. Bagi rombongan tuan, Haji Ali telah menyediakan sebuah bas mini untuk kegunaan mereka jika tuan risaukan mereka.'BANTUAN SEPANJANG MASA Subhanallah! Encik Zakaria begitu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada 'Haji Ali' dan Umar di atas bantuan sepanjang masa beliau dan rombongannya berada di Makkah.Setiap hari Umar menunggunya menunaikan ibadah dengan sabar. Umar tidak akan berganjak selagi Encik Zakaria tidak menyuruhnya pergi. Soal minyak benzin dan bayaran tidak pernah timbul. Semuanya di atas tanggungan dan arahan Haji Ali. Encik Zakaria dan isterinya dilayan sebagai tetamu terhormat.'Ya Allah, Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selama di tanah air, aku tidak pernah meminjamkan kepada sesiapa kenderaan aku, apa lagi berpuluh-puluh hari. Sedangkan di Makkah, aku diberi pinjam kereta dan pemandunya sekali selama 42 hari oleh seseorang yang tidak aku kenali dan tidak pernah berjumpa pun, malah ditanggung petrolnya pula!' Encik Zakaria memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa.Sepanjang masa menunaikan haji di Tanah Suci, Encik Zakaria banyak diberi kemudahan oleh Allah swt. Sewaktu melakukan tawaf, melontar di ketiga-tiga jamrah, mencium Hajar al-Aswad, dan mendirikan solat sunat di Masjid Nabawi, adalah sebahagian daripada perjalanan ibadah haji di mana ketabahan, kekuatan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan.Di situ, umat manusia berjuta-juta orang, umpama semut yang berkerumun. Setiap masa manusia berasak-asak sehingga ada yang terjatuh, terseret, malah terpijak dengan tidak sengaja.Bagaimanapun, Encik Zakaria diberi laluan yang senang dicelah-celah kepadatan lautan manusia tersebut.Didorongi keinginan mencium Batu Hitam (Hajar al-Aswad) yang suci itu, Encik Zakaria berdoa (dalam bahasa Melayu) kepada Allah kerana beliau yakin Allah pemilik semua bahasa di dunia ini.'Ya Allah, aku ingin mengucup Hajar al-Aswad. Berikanlah jalan kemudahan kepadaku...' Doanya sambil menadah tangan, tanpa selawat, tanpa talbiah. Tidak lebih dan tidak kurang.Sungguh luar biasa, setiap kali hujung jari Encik Zakaria menyentuh tubuh orang yang berada di hadapannya, mereka memberi laluan kepadanya untuk mencelah masuk.MUDAH KUCUP HAJAR AL-ASWADSaat itu, beliau merasakan beliau diberi kekuatan pada kedua-dua tangannya untuk membuka kerumunan manusia sehingga tidak lama kemudian, beliau sudah berada di hadapan Hajar al-Aswad. Encik Zakaria mencium dan mengucup Batu Hitam itu sambil mengagungkan nama Allah. Air matanya mencurah keluar kerana terlalu gembira dan bersyukur di atas rahmat Allah kepadanya.Sewaktu melakukan lontaran jamrah, jemaah-jemaah lain seolah-olah memberikan ruang kepada Encik Zakaria untuk melontarkan batu dan lontarannya pula tepat mengenai sasaran. Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semua perkara dan kejadian berada dalam ketentuan-Nya.Encik Zakaria juga mendapat layanan yang baik dari semua orang yang ditemuinya sepanjang berada di Tanah Suci.Beliau disambut dengan hormat, termasuklah para pemilik kedai. Seringkali dia dapat membeli barangan dengan separuh harga daripada para pedagang di sana yang terkenal sukar ditawar harga barangan mereka.Sesungguhnya hati Encik Zakaria yang ikhlas dalam beribadah kepada Allah telah mendapat ganjaran besar dari Maha Pencipta terhadap hamba-Nya. -- Oleh SUE.
diambil dari : http://cyberita.asia1.com.sg

ANGKARA TIDAK KAWAL MULUT

JAM PALING TINGGI DI DUNIA: Tidak seperti zaman dahulu, Masjidil Haram hari ini dikelilingi semakin banyak bangunan pencakar langit, termasuk menara dengan jam besar yang tertinggi di dunia. - Foto REUTERS



Banyak kejadian berlaku secara tiba-tiba di depan mata


MUSIM haji tiba lagi. Seperti tahun-tahun yang lalu, setiap kali bulan Zulhijah menjelma, setiap itu jugalah beraneka peristiwa yang saya dialami semasa mengerjakan ibadah haji pada 2001 dan 2004 menjelma kembali dalam ingatan.
Ada yang menggembirakan, ada yang menginsafkan, ada yang mengharukan, ada yang lucu dan ada juga yang aneh-aneh atau pelik-pelik belaka.Saya rasa, bukan saya seorang yang menempuh pengalaman-pengalaman sedemikian. Kebanyakan jemaah yang pergi ke Tanah Suciรƒ‚ร‚  pastiรƒ‚ร‚  ada melaluinya atau mendengar pengalaman-pengalaman sedemikian dari rakan-rakan jemaah yang lain, terutama peristiwa-peristiwa yang aneh atau pelik.Satu perkara yang saya pelajari daripada peristiwa-peristiwa itu ialah jaga mulut dan jaga tabiat ketika berada di Tanah Suci.Bagi jemaah yang terlepas cakap dan suka bertakbur, biasanya balasan akan dikenakan selang beberapa minit sahaja danรƒ‚ร‚  di situ juga, kecuali dia segera sedar lalu beristighfar dan memohon ampun kepada Allah swt.Tujuan kita berada di Tanah Suci Makkah adalah untuk mengerjakan ibadah. Oleh itu, seeloknya kita kurang bercakap ketika berada di sana. Lagipun, sudah beribu-ribu hari dan berjuta-juta jam kita bercakap semasa di Singapura. Apa salahnya kita kurang bercakap ketika berada di Makkah dan di Madinah.Sebaliknya, kita jaga solat, banyakkan berselawat, bersyukur, bertasbih dan bertahmid sepanjang masa. Inilah yang saya amalkan ketika mengerjakan ibadah haji pada 2004: kurang bercakap dan sedaya upaya mencuba tidak memberi komen terhadap apa sahaja yang saya rasa tidak kena.รƒ‚ร‚ Ini kerana pada haji 2001, saya pernah lihat ada jemaah dalam kumpulan kami yang sesat jalan sepulang dari solat di Masjidil Haram, ada yang tidak semena-mena diherdik oleh pengurup wang atau oleh pekedai ataupun oleh orang yang tidak dikenalinya.Ada yang dibenci oleh setiap pekedai di kedai yang disinggahnya.Ada jemaah yang dikejar dan hendak dipukul oleh jemaah lain yang tidak dikenali ketika melakukan tawaf.Ada jemaah yang mulanya tidak suka air zamzam, tetapi kemudian setiap malam selepas tawaf sunat membawa pulang ke bilik hotel satu demi satu bekas berisi air zamzam sehingga semuanya terkumpul menjadi 14 bekas besar berisi air zamzam yang hendak dibawanya pulang ke Singapura.Ada jemaah yang tiba-tiba jatuh sakit dan ada pula pasangan suami isteri yang bergaduh sepanjang masa.รƒ‚ร‚ Pengalaman yang paling meninggalkan kesan pada diriรƒ‚ร‚ saya berlaku pada musim haji 2001.Pada suatu pagi selepas solat subuh di bumbung Masjidil Haram, saya turun melalui tangga kerana tangga bergerak terlalu padat dengan jemaah-jemaah lain yang berebut-rebut hendak turun keluar.Setiba di tangga tingkat dua masjid, begitu ramai jemaah dari Indonesia sedang melepak di situ sehingga menghadang dan menyendatkan laluan jemaah-jemaah lain yang sedang turun.รƒ‚ร‚ Entah macam mana, mulut celupar ini bertindak lebih pantas berbanding akal fikiran. Lalu saya memarahi jemaah-jemaah Indonesia itu kerana duduk melepak beramai-ramai di landasan tangga di tingkat dua tadi sehingga menghadang serta menyempitkan laluan.รƒ‚ร‚ Pendekkan cerita, akhirnya saya berhasil lolos dari laluan tangga yang sempit itu dan beberapa saat kemudian sudah berada di luar masjid.รƒ‚ร‚ Setiba di tempat penginapan saya di hotel White Palace yang terletak di depan Masjidil Haram, saya tahu bahawa pagi-pagi begitu sarapan belum disediakan. Tetapi saya turun juga ke ruang makan di besmen hotel itu untuk mengambil secangkir kopi dan membawanya ke bilik saya.Ketika menuruni tangga hotel itu untuk ke besmen, entah bagaimana saya tersalah langkah dan jatuh tergolek-golek dari anak tangga atas sampai ke anak tangga paling bawah. Bukan sahaja jam tangan saya yang saya sayangi habis ranap dek terhantuk kuat ke dinding tangga, malah lengan dan siku kiri saya berdarah akibat terluka.รƒ‚ร‚ Apakah itu satu pembalasan ke atas saya akibat memarahi jemaah-jemaah yang berlepak di tangga Masjidil Haram awal sebelum itu? Saya serahkan kepada pembaca untuk menjawabnya sendiri.รƒ‚ร‚ Biasanya, selepas solat subuh dan kemudian bersarapan, sesetengah jemaah akan kembali ke bilik masing-masing dan menyambung tidur.Tetapi saya lain sedikit. Saya gemar mengambil angin dulu di kaki lima luar bangunan hotel selepas bersarapan.รƒ‚ร‚ Pada suatu pagi, ketika menyaksikan kesibukan lalulintas di sebelah kanan bangunan hotel itu bersama seorang teman sebilik, saya tiba-tiba bersuara kepadanya. 'Hebat ya?รƒ‚ร‚  Pemandu-pemandu kenderaan di sini cekap betul. Tak pernah ada pelanggaran!'Tidak sampai seminit kemudian, berdentam! Di depan kami sebuah kereta besar jenis Dodge berlanggar dengan sebuah kereta besar Toyota.รƒ‚ร‚ Adakah ini kerana mulut?Selang beberapa hari kemudian, saya berada di kaki lima sebelah kiri bangunan hotel White Palace pula selepas sarapan, bersama teman sebilik yang sama.Ketika berbual-bual dengannya,รƒ‚ร‚  saya berkata: 'Haji tengoklah sekitar kawasan ini, hanya manusia, kenderaan dan burung merpati. Tak pernah ada binatang.'Tup, tup... beberapa saat kemudian tiba-tiba seorang lelaki Arab separuh umur berjalan perlahan-lahan di depan kami dengan seekor keldai.Adakah ini juga kerana mulut? Atau sekadar kebetulan?รƒ‚ร‚ Demikianlah sebahagian daripada pengalaman saya ketika mengerjakan haji di Makkah Mukkaramah.Semoga ia serba sedikit dapat memberi manfaat dan iktibar, dan semoga bakal-bakal haji atau umrah berjaya merapatkan diri kepada Allah dengan kurang bercakap dan menjaga tabiat.

6 Perkara yang mesti kita jaga


http://vb.tarb.net/uploaded/20915_11259173295.jpg
  1. Memelihara agama- memelihara supaya kita tidak menjadi kafir, tidak meninggalkan perkara wajib, tidak melakukan perkara haram dan memelihara Silatul Rahim.
  2. Memelihara diri- memelihara diri daripada perkara membinasakan dan memudharatkan.
  3. Memelihara akal-memelihara akal agar sihat dan suci supaya dapat beribadat kepada Allah SWT.
  4. Memelihara keturunan-memelihara zuriat agar tidak terhasil zuriat daripada zina.
  5. Memelihara kemaluan-memelihara agar kemaluan tidak mengikut hawa nafsu sehingga boleh menimbulkan fitnah atau tuduhan jahat.
  6. Memelihara harta- memelihara agar segala harta kurniaan Allah SWT tidak digunakan ke jalan maksiat.
Kitab Faridah Faraid, m/s : 52.

3 Yang Menghancurkan Manusia

Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;
“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara:
1) Sifat takabbur.
2) Sifat Tamak.
3) Sifat dengki.
Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )
Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu anhum di syurgaNya.

Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.
Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud kepada Adam alaihissalam. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran, lalu iblis dilaknat Allah.
Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati ‘pokok sambung nyawa’ di syurga itu. Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga menikmati anugerah Allah. Adam memakan daripada pokok itu, lalu baginda dihukum dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah.
Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil kerana sifat dengki yang meluat – luat sehingga membutakannya daripada mendengar nasihat yang benar daripada saudaranya itu.
Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga – tiga sifat buruk inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada itu. Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita – cerita awal kejadian manusia itu, gagal mengesan keburukan sifat – sifat tersebut di dalam tubuh mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya.
Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu’. Ia bermaksud membesar diri dan membangga – banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat – sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata – mata.
Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda – tanda yang zahir, antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan, tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.
Selain itu, antara tanda – tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji – mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk – nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya, penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain – lain lagi.
Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan kedudukan. Tamak terhadap harta ada 2 peringkat;
Pertama, terlalu inginkan harta dan bersungguh – sungguh menperolehinya melalui jalannya yang harus dan dibenarkan. Ini tetap tercela kerana betapa banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas yang lebih bernilai daripada harta. Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.
Kedua, ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui had yang dibenarkan syara’. Ia memasuki jalan – jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan Allah. Inilah penyakit ‘asy syuhh’ ( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di dalam al Quran agar dijauhi.
Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam: ” Berhati – hatilah kamu daripada sifat asy syuhh. Sesungguhnya asy syuhh itu telah menghancurkan orang sebelum kamu. Ia menyuruh kepada putus hubungan, lalu mereka memutuskannya. Ia menyuruh kepada kebakhilan, lalu mereka menjadi bakhil. Ia menyuruh kepada kejahatan, lalu mereka melakukan kejahatan.” ( Riwayat Abi Daud. Albani mensahihkannya.)
Adapun tamak kepada kedudukan, maka ia adalah lebih buruk daripada tamak kepada harta. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;
Pertama, tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta. Ini cukup bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya. Orang yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta.
Kedua, tamak kepada kedudukan melalui perkara – perkara ugama seperti ilmu, amal, kezuhudan dan sebagainya. Inilah seburuk – buruk ketamakan. Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya, tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan.
Manakala sifat dengki pula, maka ia adalah lawan sifat suka dan mengimpikan kebaikan untuk orang lain. Dengki menjadikan tuannya terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Ia adalah penyakit yang buruk, hina dan menghancurkan segala kebaikan. Allah menyuruh nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. ( Surah al ‘alaq; 5 )
Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara; permusuhan, kebencian, ujub, cintakan kedudukan, busuk hati dan lain – lain penyakit hati. Ia terlalu buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri, kawan – kawan, para ulama dan peniaga dan keluarga.
Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin Ali radhiaLlahu anhu.
Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak dengan akhlak – akhlak yang buruk dan terhina. Bersamalah menghias diri dengan sifat – sifat ugama yang mulia.

PERBETULKAN NIAT- JANGAN TEBANG POKOK TU

Ada sebuah pokok. Bila orang lalu-lalang disana perlu meminta izin dahulu. Maka iblis pun mengambil kesempatan dengan perbuatan orang- orang tersebut. Jadilah adat, bila sesiapa hendak lalu dipokok tu kena minta izin dulu atau bagi salam, sehingga sekumpulan manusia menyembah pokok tersebut.

Seorang yang sentiasa beribadat (‘Abid) yang miskin, yang fahaman tauhidnya tinggi telah berniat dan berazam untuk menebang pokok tersebut sebab perbuatan tersebut telah menjadi syirik yang jelas.
Masa dia hendak pergi menebang pokok tersebut ialah telah dihalang oleh iblis tadi yang menyamar sebagai orang tua.

Iblis bertanya : “Apakah pentingnya sehingga tuan meninggalkan ibadat tuan untuk menebang pokok ini?”.

Jawab si ‘Abid : “Ia sebahgian daripada ibadatku”.

Iblis tidak membenarkan dia menebang pokok itu. Maka berlakulah pergelutan. Si ‘Abid tadi dengan mudah menewaskan iblis dan duduk diatas dada iblis. Iblis merayu minta dilepaskan berserta tipudaya. Berlaku pergelutan lagi, masih ‘Abid dapat menewaskan Iblis.

Tipudaya iblis berterusan. Iblis menawarkan dia duit dua dinar setiap malam diletakkan dikepalanya. “Duit itu boleh digunakan untuk belanja diri, keluarga, atau bersedekah, tidak menyakiti penyembah-penyembah pokok dan tak ada faedah keuntungan kepada orang-orang Islam jika pokok itu ditebang,” kata Iblis pada ‘Abid.

Iblis tersebut takut jika pokok itu ditebang. Pujuk rayu dan tipudaya Iblis yang bijak telah berjaya membisikkan dan memesongkan dia bahawa setiap kali dia akan dapat duit dua dinar dibawah kepalanya.

‘Abid percaya kata-kata orang tua itu dan membatalkan niat asalnya dan pulang kerumah setelah membuat perjanjian dengan orang tua iblis itu tadi. Esoknya dia dapati betul ada duit dikepalanya begitu juga pada hari kedua berikutnya. Tapi pada hari ketiga duit tidak ada!.

‘Abid marah, bingkas berang dan terus pergi menebang pokok itu. Dia bergelut lagi dengan iblis tersebut tapi kalah. Iblis tadi tidak takut langsung dan tidak halang perbuatan Abid tersebut.

Iblis pun berkata:” Kali pertama aku kalah sebab engkau marah kerana Allah. Tapi kali ni aku tidak takut dan menang sebab kau marah pasal duit dua dinar”.

Cerita masyur sejak zaman dahulu ini selalu di sampaikan oleh alim ulama, adalah contoh yang baik untuk pergerakkan kita. Ia diolah dari kitab Min Sifat al-Sabbagh oleh Ustaz Muhammad al-Sabbagh, halaman 45, yang juga dipetiknya daripada “Ihya”.


Ikthibar dari al kisah diatas ialah : Betulkan niat, tujuan mesti ikhlas kerana Allah taala suci dari ‘kongsi’ atau menduakan Allah.

Perbualan Nabi S.A.W Dengan Iblis



  1. Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
  2. Soalan Nabi s.a.w : : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?" Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."
  3. Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
  4. Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
  5. Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
  6. Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?" Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".
  7. Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?" Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".
  8. Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“ Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu". "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".
  9. Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang". Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"
  10. Maka firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".
    • Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
    • Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu
    • Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
    • 2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.
    • Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu
    • Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad
    • dua kebahagiaan;
    • Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"
  11. Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW. SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI SEGALA TIPUDAYA IBLIS INI DAN DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI SEMASA KE SEMASA...............
  12. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat" (mutpg.20.4.05)

Budak perempuan umur setahun mengandung



PERUT Mengru didapati mempunyai janin yang merupakan 
kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.

BEIJING - Doktor-doktor di China terkejut apabila mendapati terdapat bayi di dalam perut seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak perempuan tersebut, Kang Mengru mengejutkan petugas-petugas perubatan apabila perutnya beransur-ansur menjadi besar.

Beberapa doktor melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk mencari punca perut kanak-kanak itu membesar dan menemui satu janin di dalam perut Mengru.

Mereka percaya janin itu ialah kembar parasit iaitu kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.

Kanak-kanak itu kini menunggu untuk menjalani pembedahan bagi membuang janin itu. - Agensisumber asal

Ibu gelap lahir anak cerah

OLINDA - Seorang wanita kulit hitam di Brazil, Rosemere Fernandes de Andrade mengejutkan ramai saintis selepas melahirkan tiga orang anak berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam

Seorang profesor genetik dari Universiti Persekutuan Pernambuco, Valdir Balbino berkata, perkara itu jarang berlaku kerana ibu-bapa dan dua adik beradik mereka berkulit hitam.

Menurutnya, peluang mendapat seorang anak albino adalah satu dalam empat hanya jika kedua-dua ibu dan bapa merupakan pembawa gen albino.

Keluarga tersebut tinggal di sebuah setinggan di sini, timur laut Brazil. Tiga kanak-kanak itu kerap menjadi bahan ejekan rakan-rakan di sekolah mereka

Pesakit albino tidak cukup pigmen melanin yang memberi warna gelap pada kulit, rambut dan mata serta melindungi badan daripada sinaran matahari.

"Saya bimbang mereka dijangkiti barah kulit kerana tiada wang membeli perlindungan yang mereka perlukan," kata ibu berusia 27 tahun itu.

Selain itu, dia pernah ditahan seorang pengawal keselamatan sekolah yang menuduh dia cuba menculik tiga anaknya itu kerana perbezaan warna kulit. - Agensi

4 Cara menghilang kesamaran di dalam jiwa


http://www.ibtesama.com/vb/imgcache2/76109.gif
  1. Suluhlah jiwa dengan Nur Ilahi yakni Al-Quran.
  2. Suluhlah jiwa dengan Hadis Rasulullah SAW.
  3. Jadikan Pendapat-Pendapat Ulama sebagai panduan.
  4. Berushalah mendapat Hidayah Allah SWT agar hati sentiasa disirami Cahaya Hidayah Allah SWT.
Menyelesai Masalah dari kacamata rohani.m / s : 134.

7 Tanda Hati Sudah Mati


http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSSAHozJQycDQqK-cpfq6V4U9G8zwKK4_b8ixcl2pl2oRez3p8l
  1. Payah hendak ingat akan Allah SWT pada waktu susah atau waktu senang.
  2. Payah hendak mendapat kesan dari peringatan yang datang dari ayat-ayat Allah SWT.
  3. Terlalu cinta dunia dan mementingkan diri sendiri.
  4. Cenderung kepada perkara haram dan syubahat.
  5. Berbangga dengan pendapat-pendapat batil.
  6. Cenderung melakukan ketidakadilan dan penzaliman.
  7. Menafikan Allah SWT dan kekuasaan-Nya.
Cara mengubat hati yang mati:
  1. Berusaha menjauhi makanan yang haram dan syubahat.
  2. Usaha supaya mendapat pendidikan dan  pimpinan yang mursyid.
  3. Selalu mencari kebenaran dan berusaha berada dalam kebenaran.
  4. Bersahabat dengan orang yang hatinya suci dan murni.
  5. Membuang sifat cinta terhadap dunia.
Menyelesai Masalah dari kacamata rohani. m/s : 25 & 26.

Saintis cipta bintang kecil RM11 bilion



GAMBAR menunjukkan bentuk bintang kecil yang sedang dalam pembinaan di Livermore, California.


LIVERMORE - Saintis-saintis sedang membina sebuah reaktor lakuran lestari pertama di dunia dengan mencipta sebutir bintang kecil di California, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam
Projek bintang kecil berharga AS$3.5 bilion (RM11 bilion) itu dibina oleh Fasiliti Penyalaan Kebangsaan (NIF) bagi menjana tenaga untuk menyelesaikan krisis kekurangan tenaga dunia yang semakin meruncing.
Lakuran merujuk kepada pencantuman dua atau lebih nukleus atom yang menghasilkan banyak tenaga.
Apabila siap pada tahun 2012, bintang kecil itu berpotensi menjana tenaga menyamai 1,135 liter petrol dengan menggunakan cuma 3.7 liter air laut.
Satu siri ujian menunjukkan tenaga yang dibebaskan bintang kecil itu mencecah 1.3 juta mega joule (MJ) sekali gus mencatat rekod dunia.
"Reaktor lakuran juga mesra alam dan bebas pencemaran karbon selain menghasilkan sisa radioaktif yang lebih mudah untuk disimpan berbanding loji nuklear," kata Pengarah NIF, Ed Moses. - Agensi