Pages

Tuesday, March 3, 2015

Lelaki mengembara 11,000 km untuk dikecewakan


JIANGSHAN - CHINA. Cinta seorang remaja Amerika Syarikat ditolak selepas mengembara lebih 11,000 km untuk bertemu kekasih internetnya itu.
 
Lelaki mengembara 11,000 km untuk dikecewakan
Pratt ditemui tidak bermaya berhampiran sebuah sungai
Menurut Dailymail, Pratt, 18, ditemui mabuk dan hampir lemas di pinggir sebuah sungai selepas cintanya terhadap seorang gadis China ditolak.
 
Pratt yang berasal dari Ohio, Amerika Syarikat dihantar ke hospital dan disahkan mengalami hypothermia.
 
Pihak polis berjaya mengesan gadis berkenaan yang menggunakan nama samaran Xiaoqian di internet namun, masih tidak mahu berjumpa dengan Pratt atas sebab yang tidak diketahui.

Bill Gates terkaya di dunia sejak 21 tahun lalu


Bill Gates terkaya di dunia sejak 21 tahun lalu
Bill Gates
PENGASAS Microsoft, Bill Gates dinobatkan orang terkaya di dunia untuk kali ke-16 oleh Forbes di dalam senarai tahunan billionair dengan jumlah kekayaan AS$79.2 billion (RM 2.9 trilion). 
 
Gates menduduki carta teratas untuk kali ke-16 sejak 21 tahun lalu, lapor BBC.
 
Ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS) berkenaan juga kerap membuat sumbangan wang kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.
 
Pelabur terkenal, Warren Buffet pula berjaya menduduki semula tempat ketiga dengan kekayaan berjumlah AS$72.7 billion.
 
Berikut senarai 10 terkaya pada 2015 oleh Forbes:
 
1. Bill Gates AS$79.2 bilion (Microsoft) = RM2.9 trilion
 
2. Carlos Slim Helu AS$77.1 bilion (Pembinaan dan telefon di Mexico) RM2.8 trilion
 
3. Warren Buffett AS$72.7 bilion (Pelabur Global) = RM2.6 trilion
 
4. Amancio Ortega AS$64.5 bilion (Zara) = RM2.3 trilion
 
5. Larry Ellison AS$54.3 bilion (Oracle) = RM1.9 trilion
 
6. Charles Koch AS$42.9 bilion (Industrialis) = RM1.6 trilion
 
7. David Koch AS$42.9 bilion (Industrialis) = RM1.5 trilion
 
8. Christy Walton AS$41.7 bilion (Walmart) = RM1.5 trilion
 
9. Jim Walton AS$40.6 bilion (Walmart) = RM1.4 trilion
 
10. Liliane Bettencourt AS$40.1 bilion (L'Oreal ) = RM1.4 trilion

Gajah putih ditemui di Myanmar



AP - GAMBAR fail bertarikh 4 Januari 2012 ini menunjukkan salah seekor gajah putih yang ditemui dan kini ditempatkan di sebuah zoo di Naypyidaw, Myanmar.


NAYPYIDAW, Myanmar – Seekor gajah putih yang sangat jarang ditemui berjaya ditangkap di sini sekali gus didakwa sebagai satu petanda baik untuk politik negara ini menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi, lapor media tempatan semalam.
Akhbar berbahasa Inggeris Myanmar, The Global New Light of Myanmar melaporkan haiwan dengan kulit sedikit berwarna merah jambu itu ditangkap di sebuah hutan simpan di kawasan Delta Irrawaddy dan dikenali sebagai Pathein.
Haiwan itu merupakan gajah putih kesembilan yang ditangkap dan kini hidup dalam kurungan di bandar ini. Gajah betina itu dianggarkan berusia tujuh tahun dengan ketinggian 1.9 meter.
Walaupun digelar ‘gajah putih’, haiwan yang dipuja itu sebenarnya tidak berwarna putih sepenuhnya, tetapi memiliki beberapa ciri unik termasuk kulit yang sedikit merah jambu.
Pakar sejarah, Thant Myint-U menjelaskan, gajah putih sejak dahulu lagi disayangi raja dan pemimpin Myanmar yang melihat haiwan itu sebagai satu simbol kedaulatan negara ini.
Haiwan unik itu kerap ditemui pada detik-detik penting negara yang kini diperintah oleh kerajaan separa awam sejak 2011.
Myanmar kini bersedia untuk satu lagi pilihan raya umum yang bakal menguji reformasi politik di negara ini dan dijangka bakal menyaksikan kemenangan besar parti Suu Kyi.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3TH0udtY5 
Hakcipta terpelihara 

Pasangan kembar tidak seiras


LONDON 2 Mac. – Apabila bercakap tentang kembar, kita pastinya membayangkan persamaan yang wujud antara pasangan kembar terbabit, sama ada daripada segi bentuk muka, warna kulit atau jenis rambut.
Lucy (kiri) dan Maria mempunyai perbezaan ketara walaupuan mereka adalah sepasang kembar kerana ibu bapa mereka adalah pasangan kacukan. – AGENSI
Tetapi lain pula kisahnya di Britain, apabila sepasang kembar perempuan, Lucy dan Maria Aylmer mempunyai perbezaan ketara dalam tiga perkara tersebut kerana seorang daripada mereka berkulit gelap dan seorang lagi berkulit cerah.
Pasangan kembar Lucy dan Maria dilahirkan dalam keadaan demikian disebabkan ibu bapa mereka daripada bangsa yang berbeza. Ibu mereka, Donna adalah daripada kacukan Jamaica, manakala bapa mereka, Vince merupakan rakyat Britain yang berkulit cerah.
Dilahirkan pada Januari 1997, Lucy yang berkulit cerah juga mempunyai rambut yang lurus dan memiliki sepasang mata berwarna biru berbanding kembarnya, Maria yang berkulit gelap, berambut kerinting serta mata berwarna perang.
Lucy yang kini berusia 18 tahun, berkata, mereka berdua mempunyai dua orang abang dan seorang kakak iaitu George, 23, Chynna, 22, dan Jordan, 21, yang mempunyai kulit berbeza seperti mereka.
“Saya dan Maria dilahirkan dalam keadaan yang sangat berbeza dan ramai orang tidak percaya kami adalah kembar.
“Walaupun memakai pakaian yang sama, mereka masih tidak percaya kami adalah pasangan kembar dan kami terpaksa menunjukkan sijil kelahiran untuk membuktikannya,” katanya seperti yang dilaporkan portal Mail Online.
Tetapi Lucy berasa gembira dengan keadaan itu kerana tiada kesilapan boleh berlaku di sekolah atau mencetuskan kekeliruan pada rakan-rakan mereka.
“Kami belajar di kelas yang sama dan tiada masalah yang timbul yang kebiasaannya boleh berlaku kepada kembar-kembar lain yang seiras.
“Maria lebih banyak bercakap berbanding saya dan dia gemar memberitahu semua orang di kolej bahawa dia mempunyai kembar yang berkulit cerah,” katanya, sambil menambah kata, kedua-dua ibu bapa mereka telah berpisah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pasangan-kembar-tidak-seiras-1.65507#sthash.tso7jnal.dpuf