Pages

Thursday, May 24, 2012

Bersih 4.0 tawar hadiah kereta Lamborghini, BMW

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:



Kereta Lamborghini dan BMW yang ditawarkan kepada orang ramai melalui kempen Bersih 4.0 Cintakan Keamanan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
KUALA LUMPUR 23 Mei - Penganjur Bersih 4.0 menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen 'Bersih 4.0 Cintakan Keamanan'.
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
"Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut.
"Kemuncak hadiah adalah sebuah Lamborghini yang akan dicabut sebagai hadiah utama apabila pengikut mencapai sejuta orang," katanya kepada pemberita di Restoran Sekinchan di sini hari ini.
Jamal berkata, hadiah akan ditawarkan kepada pengguna Facebook yang berbelanja di mana-mana Restoran Sekinchan dengan mengemukakan bukti pembelian di laman berkenaan.
Beliau yang juga pemilik rangkaian restoran itu berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan.
"Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen 'Cintakan Keamanan' sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi.
"Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara," katanya.
Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya akan meneruskan perhimpunan peniaga dan penjaja di kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga walaupun pihaknya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.
"Pasar malam di Jalan Setiakasih 1 akan diteruskan sebagai protes terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian para peniaga dan penjaja pada hari perhimpunan Bersih.
"Kami golongan peniaga dan penjaja yang tidak tahu undang-undang akan berniaga walaupun petak niaga yang dicat sebelum ini sudah dipadam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.
Jamal turut menangkis tohmahan yang mengaitkan pihaknya sebagai alat kepada parti-parti tertentu.
"Apa yang kita lakukan bukan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak kerana kami bebas daripada pengaruh parti politik.
"Ini adalah tindakan susulan kerana pada Bersih 1.0 ramai yang masih bersabar, Bersih 2.0 mereka mula marah dan baru-baru ini Bersih 3.0 ramai yang hilang sabar," katanya.
Jamal berkata, pasar malam yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini turut mendapat sokongan daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk.

'via Blog this'

Rusia uji peluru berpandu balistik

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


MOSCOW 23 Mei - Rusia hari ini berjaya melaksanakan ujian peluru berpandu balistik antara benua baru yang dikatakan mampu menembusi sistem pertahanan yang dibangunkan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Agensi berita Interfax melaporkan jurucakap Tentera Strategik Nuklear Rusia, Vadim Koval sebagai berkata, peluru berpandu itu mencapai sasarannya di kawasan ujian Kura di Semenanjung Kamchatka.
"Sasaran ujian pelancaran ini telah dicapai,'' katanya.
Pengumuman tersebut berlaku kurang seminggu selepas NATO mengaktifkan peringkat pertama sistem pertahanan peluru berpandu yang ditentang Rusia kerana ia mungkin digunakan dalam menyerang kemudahan senjata nuklearnya.
Sumber tentera berkata, pelancaran peluru berpandu itu merupakan ujian kedua.
"Ujian pertama pada 27 September lalu gagal kerana kerosakan yang tidak dinyatakan dan terhempas 10 kilometer dari lokasi pelancaran,'' kata sumber itu.
Pelbagai sumber memberitahu, peluru berpandu baru itu dilengkapi teknologi lebih canggih untuk menembusi sistem pertahanan peluru berpandu di Eropah yang disokong AS.
Peluru berpandu Rusia itu menggunakan sejenis minyak baru yang membantu mengurangkan masa untuk menggunakan bahan dorong semasa peringkat pengaktifan pelancaran.
Pegawai Rusia percaya, keadaan itu membuatkan peluru berpandu tersebut sukar dikesan dan lebih mudah dikawal. - AFP

'via Blog this'

Yemen hadapi krisis makanan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "RIYADH 23 Mei - Tujuh pasukan bantuan hari ini memberi amaran kepada diplomat bahawa Yemen kini berada di ambang krisis makanan dan menggesa untuk meningkatkan lagi usaha bagi menyelamatkan keadaan.

Menurut Pengarah Antarabangsa, Oxfam, Penny Lawrence yang membuat lawatan ke Yemen, negara tersebut kehabisan kaedah untuk menyelamatkan penduduknya dan suku daripada keseluruhan penduduk Yemen kini terpaksa berhutang untuk membeli makanan.

Katanya, walaupun penderma lebih memberi tumpuan kepada politik dan isu-isu keselamatan, kegagalan untuk menyediakan keperluan asasi akan membuatkan lebih banyak nyawa terancam. - AFP"

'via Blog this'

Pelajar maut motosikal dirempuh kereta

Berita Harian Online | Pelajar maut motosikal dirempuh kereta:
IPOH: Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 14 Jalan Lekir-Sitiawan, semalam. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superitendan Ahmad Mat Isa, berkata Nursyazlin Lumri, 13, pelajar SMK Batu 10, Lekir, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Mayatnya dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad berkata, kejadian berlaku pada jam 7 malam ketika pelajar itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di sebuah kedai runcit di tepi jalan berkenaan. 

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal sendirian dikatakan melintas jalan lalu dirempuh kereta Perodua Alza yang dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan. 

Pemandu kereta yang tidak mengalami kecederaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 
'via Blog this'

WWW 1 terima bidaan tertinggi RM520,000

Berita Harian Online | WWW 1 terima bidaan tertinggi RM520,000:
KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, siri WWW juga mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.
Katanya, bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.
"Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida, telah habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Katanya, 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini. 

Kong berkata, sebanyak 4,908 nombor dalam siri WWW dibida manakala bakinya 5,091 akan menjadi nombor semasa Apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran kelak. 

Katanya, keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini, dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012. 
Beliau berkata, nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju. 

"Bagi pembida yang berjaya, bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik. 

"Manakala pembida yang tidak berjaya, akan dipulangkan bayaran deposit berdasarkan alamat yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan," katanya. - BERNAMA 
'via Blog this'

Lelaki Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma

Lelaki Membaca Al-Quran Dalam Keadaan Koma — Harian Metro Online:


Seorang pemuda yang bertugas sebagai Imam telah mengalami kemalangan lalu koma. Namun satu kejadian yang luar biasa telah berlaku apabila pemuda itu tiba-tiba membaca al-quran ketika sedang koma.
Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.


Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.

'via Blog this'

Kenapalah Jadi Begini Nasib ku...?

Kenapalah Jadi Begini Nasib ku...?

Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah. Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.


Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.


Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Gempa 6.1 pada skala Richter gegar timur laut Jepun

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


TOKYO 24 Mei - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Ritcher yang berlaku di bawah laut menggegarkan timur laut Jepun malam tadi.
Namun, tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa pada kedalaman 40 kilometer itu berlaku kira-kira 120 kilometer dari bandar Hakodate, utara pulau Hokkaido, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat. - AFP

'via Blog this'

Majlis Keselamatan Britain bincang reaksi jika Iran diserang

myMetro | Majlis Keselamatan Britain bincang reaksi jika Iran diserang:

LONDON: Pemimpin Britain membincangkan bagaimana negara itu akan bertindak balas terhadap sebarang konfrontasi tentera di antara Israel dan Iran, termasuk mungkin membabitkan tentera lautnya.
Stesen penyiaran BBC semalam melaporkan, ketika enam negara kuasa besar dunia memulakan rundingan dengan Iran di Baghdad, BBC melaporkan, Majlis Keselamatan Kebangsaan dipengerusikan Perdana Menteri David Cameron bertemu minggu lalu bagi membincangkan isu itu.

“Mereka berbincang bukan sekadar kemungkinan konfrontasi ketenteraan, tetapi apa peranan, jika ada, yang akan dimainkan Britain dan adakah ia sah,” kata BBC.
Menurut BBC, Peguam kerajaan mula menyemak kesahihan sebarang pembabitan Britain dalam konflik itu, termasuk sokongan diplomatik untuk Israel melalui kemungkinan pembabitan tentera laut di rantau Teluk.

Menteri kanan dalam majlis itu juga diberitahu bahawa, jika rundingan dengan Iran gagal dan Israel menyerang kemudahan nuklear negara itu, ia mungkin mencetuskan perang di Timur Tengah. - AFP

'via Blog this'

Bayi perempuan jadi habuan anjing doktor

myMetro | Bayi perempuan jadi habuan anjing doktor:

DI SEBALIK keindahan kuil Hindu di bandar Beed, berlaku amalan kejam membabitkan pakar bedah yang melakukan aktiviti pengguguran haram.
DI SEBALIK keindahan kuil Hindu di bandar Beed, berlaku amalan kejam membabitkan pakar bedah yang melakukan aktiviti pengguguran haram.
MUMBAI: Sekumpulan doktor memberi anjing peliharaan mereka makan janin bagi melindungi kegiatan pengguguran haram di bandar Beed, Maharashtra.
Media semalam melaporkan, kegiatan itu berlaku akibat kecenderungan pasangan tempatan yang mahukan anak lelaki berbanding perempuan.

Digelar sebagai penghapusan jantina, amalan itu dikaitkan dengan keputusan bancian yang menunjukkan hanya 801 bayi perempuan dilahirkan bagi setiap 1,000 bayi lelaki.
Maharashtra adalah negeri kedua paling padat penduduk di India.

Menurut media, dengan memelihara anjing, doktor terbabit boleh menghapuskan janin berkenaan tanpa perlu membuangnya melalui saluran rasmi.

“Maksudnya, amalan pengguguran haram yang didorong kecenderungan pasangan memilih jantina anak mereka di India kini disembunyikan,” lapor media.
Pendedahan itu dibuat pegawai pertubuhan kebajikan yang menentang amalan itu, Lek Ladki Abhiyan, Varsha Deshpande.

Menurut Varsha, pertubuhan berkenaan menjalankan siasatan sulit selepas seorang doktor, Dr Sudam Munde, mengaku secara terbuka pada 2010, dia terbabit menggugurkan janin perempuan dan memberinya kepada lima anjing peliharaannya.
Sejurus selepas pengakuan itu dibuat, Dr Sudam ditahan polis, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian dan dia meneruskan aktiviti haram itu.

Kata Varsha, ada saksi mengaku melihat satu janin dijadikan makanan anjing.

“Amalan ini memang diketahui ramai di Beed, tetapi polis tidak bertindak kerana pengaruh Dr Sudam,” katanya.

Menteri Kesihatan Awam Maharashtra, Suresh Shetty, berkata dia mendengar dakwaan janin dijadikan makanan anjing di Beed.

“Namun, tiada sebarang bukti menunjukkan ia berlaku,” katanya.

Kata Suresh, disebabkan polis tempatan berada di bawah “tekanan” yang banyak, dia meminta cawangan jenayah untuk menyiasat kes terbaru.

Mengenai dakwaan Varsha, Suresh berkata, kakitangan kesihatan setempat memang berdepan dengan kesukaran ketika cuba menyiasat aktiviti Dr Sudam.

“Seorang kakitangan kami yang mengunjungi hospital Dr Sudam dikunci dalam sebuah bilik sebelum didera dan dihalau,” katanya.

Pakar bedah itu juga berdepan dengan ancaman selama lebih setahun gara-gara tindakannya cuba menyiasat aktiviti berkenaan.

“Kami meminta pihak berkuasa memberikan perlindungan kepada kakitangan kami,” katanya. - DM

'via Blog this'

'Siasat, hukum jejaka Lombok'

Berita Harian Online | 'Siasat, hukum jejaka Lombok':
 MOHD Zuhari  menyiram di pusara anaknya, Nur Afifah (gambar kecil), sambil diperhatikan  Hasliza (kiri) di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah Tekah, Asam Kumbang, semalam.

MOHD Zuhari menyiram di pusara anaknya, Nur Afifah (gambar kecil), sambil diperhatikan Hasliza (kiri) di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah Tekah, Asam Kumbang, semalam.
Keluarga Nur Afifah mahu kerajaan adili lelaki larikan anak mereka

TAIPING: Keluarga Nur Afifah Mohd Zahuri, 16, gadis yang dipercayai dilarikan seorang lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia di sana, meminta kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Indonesia membawa lelaki terbabit ke negara ini untuk disiasat dan diadili.
Mohd Zahuri Idris, 47, berkata walaupun reda dengan pemergian anaknya di Rumah Sakit Bhayan Kara Bolda, Lombok pada 6 Mei lalu, beliau mahu kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia membawa Mohamad Yani, 30, yang didakwa melarikan anaknya pada 18 April lalu.
Tindakan tegas perlu ambil sebagai satu pengajaran dan peringatan supaya tidak ada mana-mana warga negara itu melarikan gadis negara ini ke Indonesia dengan sewenang-wenangnya secara tipu helah dan haram. Saya difahamkan, kebanyakan gadis Malaysia dilarikan oleh jejaka dari Indonesia (Lombok) dipercayai dengan menggunakan ilmu pukau dan hitam sehingga anak gadis kita menurut saja apa yang dikehendaki oleh lelaki seperti itu, termasuk anak saya sendiri. - Mohd Zahuri Idris
“Tindakan tegas perlu ambil sebagai satu pengajaran dan peringatan supaya tidak ada mana-mana warga negara itu melarikan gadis negara ini ke Indonesia dengan sewenang-wenangnya secara tipu helah dan haram.

“Saya difahamkan, kebanyakan gadis Malaysia dilarikan oleh jejaka dari Indonesia (Lombok) dipercayai dengan menggunakan ilmu pukau dan hitam sehingga anak gadis kita menurut saja apa yang dikehendaki oleh lelaki seperti itu, termasuk anak saya sendiri.

“Saya juga berharap perkara ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, termasuk kemungkinan membuat undang-undang bagi mengawal perbuatan itu dan mereka yang terbabit pula dikenakan hukuman berat,” katanya ditemui sebaik selesai pengebumian jenazah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayah, Tekah, Asam Kumbang, Kamunting, dekat sini, awal pagi semalam.

Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian yang dihadiri kira-kira 300 penduduk apabila ahli keluarga Nur Afifah, termasuk ibu, Hasliza Ismail, 46, menatap wajahnya buat kali terakhir sebaik keranda dibuka. 
Jenazah pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Panglima, Kamunting itu tiba di Kompleks MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang kelmarin dan disembahyangkan di Masjid Hidayah sebelum dikebumikan jam 12 tengah malam kelmarin.

Mohd Zahuri yang tinggal di Taman Panglima berkata, beliau hairan arwah begitu mudah mengikuti lelaki berkenaan.

Sementara itu, Hasliza yang ditemui bersyukur jenazah anaknya selamat dikebumikan di sini selepas penantian dua minggu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu, termasuk Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah ketika dihubungi berkata, polis memerlukan maklumat terbaru daripada Mohd Zahuri bagi membolehkan pasukan itu membuat tindakan selanjutnya.

Katanya, polis sebenarnya sedang menjalankan siasatan kes itu selepas menerima laporan pada 19 April lalu dan baru menerima berita kematian arwah.
'via Blog this'

13 maut bas bawa pelajar terjunam dalam gaung

Berita Harian Online | 13 maut bas bawa pelajar terjunam dalam gaung: "
KEADAAN bas yang remuk akibat terjunam ke dalam gaung di jalan berbukit dekat selatan Albania, awal pagi ini menyebabkan sekurang-kurangnya 13 terbunuh termasuk 11 pelajar wanita.  - Foto EPATIRANA: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh termasuk 11 pelajar wanita apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung di jalan berbukit dekat selatan Albania, awal pagi tadi.

Polis berkata, bas tersebut yang membawa sekumpulan pelajar universiti, berlepas dari pekan Elbasan ke tapak bersejarah dan arkeologi di selatan Albania untuk lawatan sambil belajar.
Pemandu bas terbabit turut terbunuh dalam nahas itu manakala 15 mangsa yang cedera kini dirawat di hospital tentera Tirana. - REUTERS"

'via Blog this'

Lelaki China penggal, makan penumpang bas

Berita Harian Online | Lelaki China penggal, makan penumpang bas:



2012/05/24

Pendatang hidap skizofrenia dakwa halang makhluk asing

WINNIPEG: Seorang pendatang China percaya dia sedang menyerang makhluk asing ketika bertindak memenggal sebelum makan daging penumpang sebuah bas di barat Kanada, empat tahun, kata seorang pakar kesihatan mental.
Pada 2009, Vince Li diputuskan bertanggungjawab melakukan jenayah meskipun ada penyakit mental atas kematian Tim McLean, 22, pekerja karnival yang duduk di sebelahnya dalam sebuah bas ketika lalu di Portage la Prairie, Manitoba.
Ketika bas berhenti dan penumpang yang ketakutan lari, Li mengukir tubuh McLean, memakan sebahagiannya dan menunjukkan kepala mangsa kepada penumpang di luar bas.
McLean pada masa itu memejamkan mata dan mendengar muzik menerusi fon kepalanya apabila secara tiba-tiba Li berdiri dan mula menikamnya.

Ketika bas berhenti dan penumpang yang ketakutan lari, Li mengukir tubuh McLean, memakan sebahagiannya dan menunjukkan kepala mangsa kepada penumpang di luar bas.

Selepas keputusan hakim, Li diletakkan dalam bilik berkunci di Pusat Kesihatan Mental Selkirk. Pada mulanya, dia tidak dibenarkan keluar sehingga beberapa tahun kemudian.

Minggu lalu, satu lembaga kaji semula Kod Jenayah memutuskan Li boleh mula melakukan lawatan sambil diiring di ruang hospital dan bandar berhampiran di Selkirk. 
Keputusan itu mencetuskan kemarahan sesetengah anggota masyarakat, menyebabkan Chris Summerville, ketua Persatuan Skizofrenia Manitoba menemuramah Li selama 45 minit hujung minggu lalu bagi mengesan perkembangannya.

Summerville bertemu Li sekurang-kurangnya dua kali sebulan sejak empat tahun lalu.

“Li rasa kesal dan agak malu, ‘Saya tahu ramai yang tidak mempercayainya. Dia juga sudah faham skizofrenia adalah penyakit mental, menyebabkan fikiran bercelaru. Dia tahu ubatan dapat membantu memberikan ketenangan,” kata Summerville.

Summerville mendedahkan satu transkrip yang disunting temuramah itu kepada media kelmarin, di mana dia dan Li membincangkan kejadian malam 30 Julai 2008 apabila Li duduk bersebelahan McLean yang dalam perjalanan melalui lebuh raya TransCanada ke sini. Tiga puluh tujuh penumpang berada dalam bas itu.

“Dia memberitahu sedang mencari makhluk asing dan suara tuhan memberitahunya bahawa Tim McLean adalah makhluk itu dan perlu memusnahkannya sebelum dia memusnahkan orang lain,” kata Summerville.

Menurut transkrip Summerville, Li tahu penumpang takutkannya.

“Saya faham orang lain takut dengan perbuatan saya dalam bas Greyhound. 

“Saya tidak mengancam sesiapa. Saya tidak percayakan makhluk asing”, Summerville memetik Li sebagai berkata.

“Saya mengambil ubat setiap hari. Saya gembira mengambilnya. Saya tidak dengar suara pelik lagi.” – AP
'via Blog this'

Doktor belot kena penjara 33 tahun

Berita Harian Online | Doktor belot kena penjara 33 tahun:
Afridi subahat dengan CIA bunuh Osama
Surat Osama dedah dirinya ketua โ€˜pengganas luar biasaโ€™
PESHAWAR: Seorang doktor bedah Pakistan yang direkrut oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi membantu mencari pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden, dihukum penjara 33 tahun atas kesalahan belot.
Shakeel Afridi yang dipecat dua bulan lalu, didapati bersalah mengikut sistem kehakiman puak Khyber, sebahagian daripada kawasan separuh autonomi Pakistan. Selain dipenjara, dia juga didenda AS$3,500 (RM10,500).
Januari lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta mengesahkan Afridi bekerjasama untuk perisikan Amerika dengan mengumpul DNA bagi mengesahkan kehadiran Osama dan menyuarakan kebimbangan mengenai layanan kepadanya.
Afridi tidak diberi peluang mempertahankan diri dan mengikut undang-undang puak, dia tidak dibenarkan melantik peguam.

“Dia dihukum penjara 33 tahun kerana didakwa belot dan sudah dihantar ke penjara pusat Peshawar selepas keputusan itu diumumkan,” kata jurucakap pentadbiran Khyber, Mohammad Siddiq.

Januari lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta mengesahkan Afridi bekerjasama untuk perisikan Amerika dengan mengumpul DNA bagi mengesahkan kehadiran Osama dan menyuarakan kebimbangan mengenai layanan kepadanya.

Dia kemudian ditahan selepas askar Amerika membunuh pemimpin al-Qaeda itu pada 2 Mei 2011 dan suruhanjaya mencadangkan dia dibicarakan atas sebab belot. 
“Dia tidak mengkhianati Pakistan. Tindakan mereka terhadap orang yang membantu menentang keganasan adalah kesilapan besar,” kata Panetta kepada CBS.

Panetta percaya ada pihak mengetahui di mana Osama berada menyebabkan Islamabad tidak diberitahu mengenai serbuan di kediaman Osama.

Pakistan menyuarakan rasa marah atas tindakan yang mencabul kedaulatannya selain menegaskan tidak tahu di mana Osama berada menyebabkan hubungan dengan Amerika terjejas teruk.

Perbicaraan Afridi berlangsung selama beberapa hari di bawah pengawasan ejen politik Khyber, Nasir Khan dan keputusan disahkan oleh ketuanya di Peshawar. 

Julai lalu, akhbar Britain, The Guardian melaporkan, Afridi mengendalikan program suntikan vaksin bagi mendapatkan DNA dari rumah Osama. – AFP
'via Blog this'

Islam larang guna senjata atom

Berita Harian Online | Islam larang guna senjata atom:
Mahmoud Ahmadinejad
Mahmoud Ahmadinejad



Ahmadinejad beri penjelasan kepada Barat ketika rundingan nuklear bermula

TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa Islam melarang penggunaan senjata atom atau menghasilkan sebarang bentuk senjata pemusnah besar (WMD) yang lain, katanya menjelang rundingan nuklear negara itu dengan kuasa dunia di Baghdad mulai semalam.
“Berdasarkan ajaran Islam dan fatwa yang jelas oleh pemimpin agama, penghasilan dan penggunaan WMD adalah haram dan tidak mempunyai tempat dalam doktrin pertahanan Republik Islam Iran,” katanya.
Berdasarkan ajaran Islam dan fatwa yang jelas, penggunaan WMD adalah haram dan tidak mempunyai tempat dalam doktrin pertahanan Iran. - Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran
Mesej Ahmadinejad itu dibacakan pada satu persidangan di bandaraya barat, Borujerd untuk memperingati mangsa senjata kimia Iran ketika perang 1980-1988 menentang Iraq, lapor agensi berita rasmi IRNA.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat awal-awal lagi menegaskan bahawa ia akan terus mengenakan tekanan terhadap Iran sehingga ada program yang benar-benar menyekat program nuklear Iran meskipun menyambut baik kemungkinan persetujuan agensi nuklear antarabangsa dengan Tehran mengenai mekanisme pemeriksaan program nuklear negara Teluk itu.

“Membuat janji hanya sebahagian daripadanya, tindakan memikul tanggungjawab adalah sebahagian lagi,” kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengumumkan ia semakin hampir bersetuju dengan Iran mengenai prosedur pemeriksaan dan pemantauan di lokasi disyaki tempat membuat senjata atom di Iran. 
Kuasa dunia mengadakan perbincangan di ibu negara Iraq Iran untuk cuba memujuk Tehran menangguhkan kerja program nuklearnya.

Ahmadinejad turut merujuk kepada fatwa menentang kuasa nuklear yang dibuat pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, merujuk kepada satu keputusan yang dibuat pada 2004 atau 2005.

Walaupun tiada fatwa yang dikeluarkan, cendekiawan Iran menegaskan, perisytiharan oleh pemimpin berkenaan boleh diterima sebagai satu fatwa.

Khamenei bercakap mengenai senjata nuklear pada beberapa majlis, yang terbaru pada 22 Februari apabila beliau menyifatkan memiliki bom atom adalah satu dosa besar.

“Negara Iran tidak pernah cuba membuat senjata atom dan tidak akan membinanya tetapi pembangunan tenaga nuklear adalah sejajar dengan kepentingan Iran, katanya.

Amerika pernah melihat pendirian Khamenei sebagai satu kemungkinan asas untuk menyelesaikan pertikaian dengan Iran. – AFP/Reuters
'via Blog this'

Tasik lima kilometer hilang kurang 24 jam

Kosmo! Online - Dunia:



DUA gambar menunjukkan Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, Chile. Gambar bawah dirakam pada 2 April lalu.


SANTIAGO, Chile - Dalam tempoh kurang 24 jam Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile 'ghaib' dengan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.
Air tasik berkenaan berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, sekitar 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile, di sini.
Glasier berkenaan bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik tersebut tetapi peningkatan suhu menyebabkan dinding glasier itu pecah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari dan 31 Mac lalu.
Menjelang 2 April lalu, tasik seluas lima kilometer persegi bertukar kontang.
Sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran, Sungai Baker.
"Apabila kami bangun, kami terkejut melihat lembah di bawah kami dibanjiri air dan ketulan ais," kata seorang pembantu penyelidik, Daniela Carrion.
Saintis berkenaan melakukan kajian di kawasan sekitar tasik Cachet II bersama sekumpulan penyelidik apabila tasik tersebut kering. - AFP

'via Blog this'

Muzium pamer fosil Ichthyosaur



BEBERAPA pekerja sedang menyiapkan dewan paleontologi Muzium Sains Semula Jadi di Houston, Texas kelmarin.


HOUSTON, Amerika Syarikat (AS) - Muzium Sains Semula Jadi Houston akan membuka dewan paleontologi yang dibina dengan kos AS$85 juta (RM267.5 juta) kepada umum di sini pada Jun depan.
Dewan berkenaan menyimpan beberapa fosil unik dinosaur termasuk fosil anak Ichthyosaur yang terlekat pada saluran kelahiran ibu reptilia tersebut.
Ichthyosaur merupakan spesies dinosaur yang melahirkan anak dan hidup di lautan sekitar 200 juta tahun dahulu.
Beberapa ahli paleontologi dan saintis muzium berkenaan memberitahu, dewan paleontologi dibina bagi memberikan pendedahan kepada pelawat tentang evolusi kehidupan yang bermula sejak beberapa bilion tahun lalu.
"Anda juga boleh menyentuh fosil yang berusia 3.5 bilion tahun," kata kurator paleontologi muzium berkenaan, Robert Bakker.
Pameran pertama dewan tersebut, Safari Prasejarah, akan dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun depan. - Agensi

Mangsa serangan asid bimbang dipulaukan



NAILA (kanan) bersama seorang lagi mangsa serangan asid, Naziran Bibi ketika berada di hospital mata Al-Syifa di Islamabad, Pakistan.


ISLAMABAD – Kalangan mangsa serangan asid yang menjadi fokus dalam dokumentari pendek Saving Face kini khuatir dipulau dan diancam jika filem itu ditayangkan di Pakistan.Pada Februari lalu, pengarah muda, Sharmeen Obaid-Chinoy, 33, mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Pakistan pertama memenangi Anugerah Academy menerusi filem tersebut di Hollywood.
Filem berdurasi selama 40 minit itu mengisahkan tentang mangsa-mangsa serangan asid dan pakar bedah plastik kacukan Inggeris, Mohammad Jawad yang kembali ke Pakistan untuk membantu memulihkan wajah dan kehidupan mereka.
Dokumentari pendek terbaik itu mendedahkan penderitaan yang ditanggung sejumlah wanita apabila wajah mereka dirosakkan akibat serangan asid.
Bagaimanapun, kejayaan itu dilihat tidak bermakna apabila sesetengah mangsa kini khuatir tindak balas masyarakat negara itu yang amat konservatif.
“Kami tidak tahu ia akan memenangi Oscar. Ia betul-betul salah. Kami tidak pernah mengizinkan mereka menayangkan filem ini di Pakistan.
“Kami mungkin berada dalam keadaan lebih bahaya dan ketakutan. Kami mungkin berdepan insiden yang sama sekali lagi. Kami tidak mahu muka kami dilihat dunia,” kata Naila Farhat, 22, yang turut muncul dalam dokumentari itu.
Naila berusia 13 tahun semasa disimbah asid oleh seorang lelaki kerana menolak lamaran berkahwin sehingga mencacatkan sebelah matanya.
– AFP

Rakyat Mesir pilih presiden baharu



CALON pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi menunjukkan dakwat hitam pada jari kelingkingnya selepas membuang undi di bandar Zagazig semalam.


KAHERAH, Mesir - Rakyat Mesir keluar mengundi semalam dalam pilihan raya presiden pertama yang diadakan selepas kejatuhan diktator, Hosni Mubarak pada tahun lalu.
Orang ramai berbaris panjang bagi menunaikan tanggungjawab mereka sejurus selepas pusat pembuangan undi dibuka tepat pukul 8 pagi (waktu tempatan ) di seluruh Mesir.
"Ini merupakan hari indah untuk Mesir," kata seorang penduduk, Nehmedo Abdel Hadi yang membuang undi di sebuah sekolah di sini.
"Hari ini bersejarah kerana kami sebagai rakyat, dapat memilih Presiden Mesir buat kali pertama," kata seorang pengundi wanita berusia 46 tahun, Rania yang keberatan mendedahkan calon pilihannya.
Lebih 50 juta pengundi berdaftar dijangka memilih seorang daripada 12 calon yang bersaing untuk menggantikan Mubarak.
Proses membuang undi dijadual berlangsung selama dua hari bermula semalam di 13,000 pusat pembuangan undi di seluruh Mesir manakala keputusan awal pilihan raya tersebut dijangka diketahui Ahad ini.
Calon utama yang bertanding termasuk bekas Menteri Luar dan ketua Liga Arab, Amr Mussa yang dilihat sebagai ahli politik berpengalaman.
Namun, seperti pesaingnya Ahmed Shafiq yang merupakan bekas Perdana Menteri, Amr juga dianggap memiliki fahaman lama rejim Mubarak.
Selain mereka, calon pilihan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi ditentang hebat oleh bekas ahli pergerakan Islam berkenaan yang mendakwa mendapat sokongan lebih meluas di peringkat akar umbi.
Ikhwanul Muslimin merupakan kumpulan Islam paling berpengaruh di Mesir.
Pilihan raya tersebut diadakan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang mentadbir negara selepas kejatuhan Mubarak pada awal tahun lalu.
Sementara itu, Mubarak, 84, yang jatuh sakit menyaksikan pilihan raya tersebut dari sebuah hospital tentera dekat sini.
Bekas Presiden Mesir itu kini menunggu keputusan perbicaraan pada 2 Jun depan kerana pembabitannya dalam pembunuhan sekitar 850 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat Mesir awal tahun lalu. - AFP

Google beli Motorola Mobility


LAMAN Google dipaparkan pada skrin telefon Motorola Droid. Pengambilalihan ini membolehkan Google menghasilkan rangkaian telefon pintarnya sendiri.


SAN FRANCISCO - Syarikat enjin carian Internet, Google Inc. menyempurnakan proses pembelian pembuat peranti, Motorola Mobility pada harga AS$12.5 bilion (RM39.2 bilion) kelmarin.
Pembelian itu diselesaikan selepas sembilan bulan Google Inc. membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia mahu mengembangkan portfolionya kepada perniagaan perkakasan yang disifatkan sebagai berisiko tinggi dan mahal.
Langkah itu membuatkan Google kian aktif dalam perniagaan telefon bimbit yang diceburinya sejak empat tahun lalu menerusi pengenalan perisian Android keluarannya.
Seperti yang dijangka, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menamakan orang kanannya, Dennis Woodside sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Motorola.
Woodside, 43, yang merupakan Presiden Google untuk rantau Amerika terkenal kerana berjaya membawa perolehan sebanyak AS$17.5 bilion (RM55 bilion) kepada Google melalui pengiklanan secara talian dalam tempoh tiga tahun.
Pengambilalihan itu direalisasikan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berpuas hati bahawa ia tidak akan membantutkan persaingan dalam pasaran telefon pintar.
Google dikatakan mahu memiliki Motorola kerana 17,000 paten telefon bimbit yang telah dihasilkannya. Selain itu, Google juga dilihat berminat untuk menghasilkan komputer tablet bagi menyaingi Apple iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.com. Tablet itu bakal dikuasakan oleh perisian Android. - AGENSI

Kisah Benar – Kubur Hajjah Siah Bercahaya

Kisah Benar – Kubur Hajjah Siah Bercahaya

Sebuah kubur dikatakan telah mengeluarkan cahaya yang terang. Setelah diselidik, cahaya yang keluar itu adalah dari sebuah kubur yang dikenali sebagai Hajjah Siah. Apakah amalannya?

Kubur Hajjah Siah Bercahaya | Kisah ini adalah mengenai sebuah kubur yang dikatakan bercahaya di sebuah kampung Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Kubur yang dimaksudkan adalah kubur Hajjah Siah. Terdapat saksi yan menyaksikan tentang kejadian ini. Cerita ini juga telah menunjukkan salah satu bentuk kekuasaan Allah SWT. Sesungguhnya amalan tetap dihitung walaupun ia hanya sebesar zarah. Ikuti kisah di bawah ini.

Selepas berbuka puasa pada malam 1 Ramadan 2002, Tajuddin Ali, 31, berbual-bual dengan seorang rakannya bernama Ahlid di halaman rumahnya sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul.Entah apa yang dibualkan mereka tapi mereka berdua rancak bercerita sementara menunggu masuknya waktu solat fardu Isyak.

Sedikit demi sedikit malam mula berlabuh, suasana jadi kelam. “Fuuuhh!” Tajuddin menghembus asap rokok melepas ketagihan sejak siang tadi. Matanya memandang kearah tanah perkuburan yang terletak di depan rumahnya di Parit 1C, Sungai Manik, Teluk Intan, Perak yang mula diselubungi malam.
Keadaan tanah perkuburan itu kelam, tiada apa yang kelihatan melainkan beberapa batang pokok kayu yang tinggi menjulang dan rendang nampak berbalam. Namun, dalam kegelapan malam tu tiba-tiba Tajuddin terlihat muncul satu cahaya aneh berwarna biru dari kawasan perkuburan.

Cahaya aneh berbentuk bulat seperti disuluh lampu limpah itu menjadi semakin besar dan menaik sehingga menjulang melebihi tiga meter. Cahaya itu tidak jauh dari mereka, lebih kurang 100 meter sahaja dari halaman rumahnya. Kawannya, Ahlid turut menyaksikan perkara yang sama, ternampak cahaya itu muncul dari batu nisan disalah sebuah kubur di situ.

Terkedu Tajuddin menyaksikan peristiwa itu sehingga sebahagian kawasan tanah perkuburan menjadi terang benderang seperti disuluh dengan lampu limpah. Hampir lima minit mereka berdua menyaksikan cahaya aneh itu bermula dari warna biru, berubah menjadi kekuningan, kemerahan kemudian beransur-ansur sirna.

Cahaya apakah itu?
Menggigil dan berpeluh Ahlid sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Sebaik sahaja cahaya itu hilang mereka berdua berlari ke dalam rumah. “Kau nampak tak apa yang aku nampak tadi Lid?” soal Tajuddin.
“Ya, aku nampak Din,” beritahu Ahlid terketar-ketar.
“Ishhhk…! Pelik betullah cahaya apa tadi tu?” soal Tajuddin lagi.
“Entahlah Din, jangan-jangan hantu tak?” balas Ahlid.
“Ishhhk…! Merepeklah, bulan puasa mana ada hantu!” balas Tajuddin.
Akibat terlalu takut, malam itu Ahlid tidak berani hendak balik tidur ke rumahnya sebaliknya bermalam di rumah Tajuddin. Keesokan harinya hebohlah seluruh pekan Teluk Intan memperkatakan tentang kejadian kubur bercahaya di Sungai Manik.

Malam berikutnya, berduyun-duyunlah penduduk kampung berkumpul berhampiran tanah perkuburan Islam Parit 1C selepas berbuka puasa. Mereka tergiur ingin melihat cahaya apakah yang telah disaksikan Tajuddin dan Ahlid, semalam.
Masing-masing bersidai didepan tanah perkuburan Islam itu dengan harapan dapat melihat cahaya muncul dari kubur tersebut. Masing-masing tertunggu-tumggu bilakah cahaya itu bakal muncul!

Ada juga yang merasa ragu-ragu, kalau-kalau Tajuddin sengaja mahu memperdayakan orang-orang kampung dengan mereka-reka cerita berkenaan. Kira-kira pukul 8.00 malam, tiba-tiba muncullah cahaya aneh yang ditunggu-tunggu. Maka bertambah gemparlah seluruh penduduk Sungai Manik apabila menyaksikan peristiwa aneh itu.
Benarlah dakwaan Tajuddin dan Ahlid apabila sebahagian besar penduduk dapat menyaksikan sendiri cahaya yang terpancar, muncul dari celah-celah batu nisan seorang wanita tua bernama Hajah Siah Haji Tamin.
Malam tersebut, cahaya aneh muncul lebih kurang dua hingga lima minit dan menerangi hampir sebahagian tanah perkuburan Islam Parit 1C, Sungai Manik. Peristiwa pelik ini sangat menakjubkan dan tersebar dengan begitu cepat bukan sahaja ke seluruh pelosok negeri Perak tetapi seluruh Negara.
Sejak itulah juga kubur Hajah Siah menjadi tumpuan ramai. Pengunjung tidak kira dari Melaka, Pulau Pinang mahupun Johor turut datang semata-mata mahu menyaksikan cahaya yang didakwa terbit dari batu nisan di bahagian kepala milik arwah Hajah Siah.

Tapi… dalam keajaiban kejadian Allah ini terdapat pula yang cuba berniat jahat. Geram betul Tajuddin apabila ada pihak tertentu yang datang bertujuan cuba mendapatkan nombor ekor.
Orang luar yang tidak dikenali siap membawa pen dan kertas. Malah ada desas-desus menyatakan ada pihak ingin mencuri batu nisan tersebut! Tajuddin mengakui kejadian yang berlaku hampir lapan tahun lalu amat menakjubkan sepanjang hidupnya.

Peliknya, cahaya tersebut biasanya muncul antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam dan jangka masa muncul antara dua hingga lima minit sahaja. Pada mulanya ramai yang pelik mengapa cahaya ini muncul pada waktu berkenaan. Tetapi selepas mendengar cerita sebenar barulah ramai yang merasa takjub dengan allahyarham Hajah Siah.

Sebenarnya pada waktu berkenaanlah, arwah Hajah Siah suka membaca al-Quran semasa hayatnya. Ceritanya lagi, Allahyarham Hajah siah yang berasal dari Parit 4A, Sunga Manik merupakan seorang yang warak dan alim ketika hidupnya. Arwah seorang yang memiliki budi pekerti yang baik dan gemar ‘bersahabat’ dengan al-Quran.

Untuk mendapatkan kepastian, Tajuddin membawa kami menemui dua anak arwah, Haji Muhammad Haji Othman, 69, dan anak bongsunya, Jamaliah Haji Othman, 67.
Sambil dihidangkan secawan kopi, kami bertanya apakah ibadah yang selalu diamalkan oleh arwah ketika hayatnya sehingga kuburnya mengeluarkan cahaya untuk dijadikan iktibar kepada pembaca?
Jamaliah tersenyum sambil memberitahu bahawa arwah ibunya meninggal dunia sebelum azan maghrib 8 Disember 2002 di Hospital Teluk Intan ketika berusia 80 tahun, beliau tidak mengamalkan apa-apa ibadah yang istimewa. Jamaliah juga tidak mahu terlalu memuji ibunya bimbang dianggap riak pula.

Pada Jamaliah, apa yang diamalkan arwah ibunya biasa saja seperti amalan umat Islam lain iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Misalnya, semasa hayatnya, arwah Hajah Siah sentiasa menjaga solat lima waktu sehari semalam sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada setiap hamba-Nya. Arwah ibunya juga sering kali bersolat sebaik masuk waktu tanpa melengah-lengahkan dengan hal-hal keduniaan.

“Misalnya, sebelum masuk waktu solat Maghrib lagi mak dah ambil air sembahyang, kemudian duduk menunggu di atas sejadah sambil membaca al-Quran. “Bila azan Isyak selesai, mak terus solat. Lepas solat sambung lagi mengaji al-Quran. Masa mak banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran!

“Tengah malam mak selalu bangun buat solat Tahajud dan waktu pagi solat sunat Dhuha. Tiap-tiap hari itulah amalan mak!” cerita Jamaliah. Kami juga dimaklumkan Jamaliah, dalam setahun ibunya berkhatam al-Quran, lima hingga enam kali. Pada bulan puasa sahaja arwah ibunya khatam al-Quran sebanyak dua kali.
“Mak selalu amalkan baca surah Yasin, al-Waqiah dan surah al-Mulk. Tiga surah ini pasti mak baca pada tiap-tiap hari. Kira amalan wajib bagi mak!” tambah Jamaliah.

Amalan lain yang turut menjadi darah daging arwah Hajah Siah ialah berzikir. “Mak berzikir tak kira waktu pagi, petang atau siang. Malam pula saya tengok mak berzikir. Tasbih memang tak lekang dibilang dan dibawanya ke mana-mana.”

“Tengah berkebun pun mak bawa tasbih juga, kalau dia nak mencangkul dan menebas dia sangkutkan tasbih pada lehernya!” beritahu Haji Muhammad pula.
Zikir yang selalu diamalkan arwah ialah zikir harian yang selalu diamalkan Imam al-Ghazali. “Setiap kali berzikir arwah mak buat seribu kali setiap hari!” beritahu Jamaliah.

Selain berzikir apa lagi amalan yang paling disukai arwah Hajah Siah?
“Ishhhk! Amalan ini memang berat, susah orang nak buat. Tapi arwah mak suka sangat buat. Mak suka sangat bersedekah kepada anak-anak yatim dan kepada masjid. “Mak sedekah bukan sikit tapi banyak. Arwah mak pernah sedekah sampai RM1000 untuk bina masjid. Kalau bab sedekah arwah mak memang tak sayang duit, hairan saya.

“Arwah mak ada pesan pada kami, kalau orang datang minta sedekah jangan dihampakan. Beri biarpun sikit!” ujar Haji Muhammad pula.
Semasa hayatnya, arwah Hajah Siah selalu berpesan kepada Haji Muhammad dan Jamaliah supaya rajin-rajinlah membaca al-Quran. Itulah saja penolong ketika berada di alam kubur.

“Kata mak, kalau kita rajin baca al-Quran, nanti bila dah meninggal, dalam kubur akan bercahaya terang-benderang seperti disuluh lampu. Sebab itulah saya tak terkejut sangat bila orang heboh bercerita kubur mak saya bercahaya!” jelas Jamaliah pula.

Begitulah cerita daripada anak-anak arwah Hajah Siah yang kami temui di rumah mereka di Parit 4A, Sungai Manik, Teluk Intan.