Pages

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Wanita Yang Melahirkan 69 Orang Anak

Siapakah gerangan wanita yang memiliki anak terbanyak di dunia yang dilahirkan daripada rahim sendiri?


Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia.

Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya beberapa orang anak kembar dua, bayi triplets (kembar tiga), dan bayi quadruplets (kembar empat).

Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu) dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!

[Sumber]

Friday, September 21, 2012

Askar Britain lahirkan anak di medan perang



SEBUAH kereta perisai meronda kawasan di sekitar Kem Bastion, selatan Afghanistan pada 10 Januari 2007.



LONDON - Seorang anggota tentera Britain melahirkan anak lelaki semasa berkhidmat di sebuah kem tentera tempat Putera Harry ditempatkan di Afghanistan.
Kelahiran di zon perang itu dipercayai kes pertama seumpamanya dalam sejarah tentera Britain.
Askar wanita berkenaan yang merupakan seorang pengendali meriam, melahirkan bayinya pada Selasa lalu di Kem Bastion.
Terletak dalam wilayah Helmand, kem tersebut merupakan pangkalan utama tentera Britain di selatan Afghanistan.
Pangkalan itu diserang hebat oleh kumpulan Taliban pada minggu lalu dengan menyebabkan dua askar Marin Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala enam pesawat pejuang AS turut musnah.
Mengulas kelahiran mengejut itu, Kementerian Pertahanan Britain (MOD) dalam satu kenyataan semalam menyatakan ia tidak menyedari askar tersebut sedang mengandung.
Kenyataan MOD menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan askar wanita dikerahkan ke medan perang sekiranya mereka hamil.
Kenyataan sama enggan mendedahkan sama ada askar tersebut yang tidak didedahkan identitinya menyedari tentang kehamilannya.
"Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik di hospital tersebut dengan mereka kini diberikan rawatan terbaik," kata kementerian berkenaan.
Menurut kementerian itu lagi, sepasukan doktor akan diterbangkan ke Afghanistan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membantu askar terbabit dan bayinya pulang ke Britain.
Askar wanita berkenaan hamil sebelum dihantar ke medan perang ekoran dia dikerahkan ke Afghanistan pada Mac lalu.
Ditanya tentang insiden tersebut, sebuah badan amal penjagaan kanak-kanak di Britain, National Childbirth Trust menyatakan tugas berat askar terbabit dipercayai menyebabkan dia tidak menyedari atau cuba untuk tidak mengendahkan kehamilannya.
"Askar ini mungkin terlalu fokus pada tugasnya tambahan pula, dia berada dalam situasi hidup mati di zon perang. Ini menyebabkan dia tidak menyedari atau tidak mengendahkan kehamilannya," kata ketua eksekutif badan amal tersebut, Belinda Phipps.
Menurutnya, kehamilan tersebut mungkin tidak disedari oleh askar-askar lain.
"Bukan semua wanita memiliki perut yang besar semasa hamil, sebahagian wanita mempunyai rahim yang jauh ke dalam," tambahnya. - AP

Wednesday, September 21, 2011

Lelaki 90 tahun ada 50 anak



LUIZ COSTA DE OLIVERIA


SAO PAULO - Seorang pesara pekerja ladang dari Rio Grande do Norte, Brazil, Luiz Costa de Oliveria yang berumur 90 tahun mempunyai 50 orang anak hasil hubungannya dengan empat wanita dua daripadanya adik-beradik dan seorang lagi adalah ibu mereka sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia mempunyai 17 anak hasil hubungan dengan isterinya yang pertama.
Selepas isteri yang pertama meninggal dunia, dia berkahwin dengan Maria Francisca da Silva yang melahirkan 17 lagi anak.
Lelaki itu kemudian menjalin hubungan dengan adik isterinya yang kedua menyebabkan dia memperoleh 15 orang lagi anak.
Ibu kedua-dua wanita adik-beradik itu yang berusia 89 tahun itu juga menjalin hubungan dengan Oliveria telah melahirkan seorang anak.
"Perkara yang terbaik dicipta Tuhan di dunia ialah wanita," katanya kepada sebuah akhbar tempatam, Diario de Natal.
Beberapa orang anaknya mati semasa mereka hidup dalam kemiskinan.
Namun, dia kini mempunyai lebih 100 cucu dan 30 cicit.
Lelaki itu tidak pernah merokok atau minum minuman keras selama 40 tahun mengaku, dia tidak mengetahui semua nama anaknya.
Isteri keduanya berkata, suaminya tidak pernah mengabaikannya selain selalu mengambi berat tentang anak-anaknya. - Agensi

Thursday, November 11, 2010

Suami isteri miliki 18 orang anak



GAMBAR menunjukkan Gil dan Kelly Bates bersama anak-anak mereka.


LAKE CITY, Tennesse - Satu pasangan suami isteri, Gil dan Kelly Bates mempunyai 18 orang anak selepas mereka berkahwin 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu dikurniakan sepuluh anak perempuan dan lapan lelaki.
Pada setiap hari, sebanyak 48 biji telur diperlukan jika kesemua anaknya makan sarapan pagi di kediaman mereka di Lake City di Tennesse, Amerika Syarikat.
Kelly dari sini berkata: "Semasa muda, saya tidak mahu anak. Saya hanya mahukan kerjaya."
Anak mereka yang paling tua berumur 21 tahun. - Agensi

Sunday, October 3, 2010

'Ambillah anak kami'



TERPAKSA berlindung di Kewaja dan berjauhan daripada keluarga sehingga bersalin, Maya menyesal kerana terlalu mengikutkan gelora nafsu.


“KALAU ibu saudara saya tidak datang mencari saya di Mentakab, mungkin saya sudah menggugurkan kandungan.
“Nasib baik juga saya tidak tahu saya sudah hamil sebelum dia bawa saya balik ke kampung di Kuantan,” keluh Rita, 23, yang dijejak ibu saudaranya setelah lima bulan tidak pulang menjenguk ibunya yang menghidap sakit jantung.
Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu meninggalkan ibu dan adik-beradiknya yang lain untuk mencari rezeki di Mentakab. Tanpa diduga, rezeki lain yang dicari, rezeki lain pula yang mendatang.
Sudah tiga tahun mengenali bekas teman lelakinya, tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka.
Hanya setelah bebas daripada kawalan ibu bapa dan berlesenkan alasan bekerja, mereka akhirnya tumpas dek godaan nafsu.
Pertama kali menyedari dirinya hamil, kandungan Rita sudah pun mencecah lima bulan.
Sakit jantung
“Saya tiada sebarang alahan, jadi tidak sangka saya hamil. Lagipun itu kali pertama kami terlanjur.
“Hanya setelah ibu saudara saya tegur tentang perubahan bentuk badan, barulah saya menjalani pemeriksaan dengan bidan kampung dan disahkan hamil lima bulan,” dedahnya.
Biarpun benih cinta yang tersemai di dalam tubuhnya melambangkan penyatuan dua jiwa yang saling mencintai, perutnya yang semakin membesar tanpa sebarang ikatan sah itu bagaimanapun dirasakan seperti sedang menghimpitnya.
“Bekas teman lelaki menghilangkan diri sebaik saja saya balik ke Kuantan. Bermacam-macam cara saya lakukan untuk menghubunginya. Saya mahu memberitahunya tentang kehamilan ini.
“Adiknya yang dulu rapat dengan saya juga seperti cuba menyembunyikan dia daripada saya. Sedangkan keluarga kenal rapat dengannya,” kongsi Rita.
Keadaan tenggelam punca seperti itu tidak elok untuk kandungannya.
Ibu saudara Rita kemudian menasihatinya supaya melupakan dahulu usaha mencari bekas teman lelakinya dan memberi sepenuh perhatian pada kehamilannya.
Rita dihantar abang dan ibu saudaranya ke Kem Modal Insan Kewaja di Gombak, Selangor.
“Kehamilan ini dirahsiakan ibu saudara dan abang saya daripada emak dan ahli keluarga yang lain memandangkan emak menghidap sakit jantung,” kata Rita yang usia kandungannya kini hampir tujuh bulan.
Sayang
Bergenang kelopak matanya setiap kali menyebut ‘emak’. Sudahlah tidak dapat memeluk dan mencium tangan emak pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu, dalam beberapa bulan saja lagi Rita perlu mempersiapkan diri untuk ‘melepaskan’ kandungan yang semakin hari semakin disayanginya itu.
“Pada awalnya saya ada niat untuk menjaga bayi ini. Iyalah, siapa yang tidak sayangkan anak.
“Sayalah orang yang paling gembira apabila dapat merasakan bayi dalam kandungan bergerak. Ia menandakan anak saya sihat.
“Tetapi setelah dinasihati abang, saya akur. Saya perlu memikirkan masa depannya. Saya tak mahu dia menjadi mangsa pandangan serong masyarakat.
“Tambahan pula ini berkaitan tanggungjawab. Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang.
“Jika saya berkahwin satu hari nanti, adakah suami saya itu akan menerima anak ini? Kalau dia dapat menerimanya, tidak mengapalah. Bagaimana pula jika dia menolaknya?
“Tentulah dia akan sentiasa mengungkit tentang status anak ini,” luah anak tunggal perempuan daripada tujuh adik-beradik ini.
Tidak seperti bakal ibu yang lain yang seronok membeli-belah barangan bayi, Rita hanya mengumpul kekuatan untuk tidak terus menyayangi kandungannya.
Dia benar-benar berharap dia tidak akan menyusukan anaknya itu apabila melahirkannya kelak.
“Saya tak mahu perasaan sayang terhadap kandungan ini menjadi semakin kuat. Saya mahu menyerahkannya kepada keluarga angkat tanpa ada masalah,” ujarnya.
Seorang lagi penghuni Kewaja, Maya, 18, juga reda untuk menyerahkan anaknya kepada bakal keluarga angkat.
“Sudah hampir sembilan bulan saya ‘membawa’ perut ini ke sana ke mari.
“Sudah tentu wujud perasaan sayang terhadapnya. Kalau pada awal kehamilan memanglah saya ada niat hendak menggugurkan kandungan.
“Bermacam ubat saya telan, tetapi apabila mengetahui anak dalam kandungan sudah ada sifat manusia, saya reda untuk teruskan kehamilan.
“Sekarang saya asyik mengusap perut saja,” ujarnya yang hanya menyedari dirinya hamil ketika kandungan hampir mencecah usia empat bulan.

RITA (kiri) sentiasa berdoa agar tidak ditemukan semula dengan bekas teman lelakinya yang menghilangkan diri setelah menghamilkannya.


Sarat
Seorang remaja yang berani mencuba, Maya mendedahkan dia pernah mengambil dadah jenis ice, minum arak, dan berkunjung ke disko bersama teman-teman sebaya.
Maya juga akui dia terlalu terikut dengan rentak kawan-kawan sehingga berhenti sekolah sejak di tingkatan tiga lagi.
Di tengah-tengah keterujaan untuk mencuba segala macam ‘aktiviti’ remaja itulah, Maya kecundang dengan godaan ‘pihak ketiga’ setiap kali mereka berdua-duaan.
Dia terlanjur dengan sepupu abang iparnya sendiri yang sering berkunjung ke rumahnya.
“Tidak wujud paksaan. Kami melakukannya suka sama suka. Jadi saya terima kehamilan ini dengan reda.
“Alhamdulillah, kandungan saya baik saja. Saya juga bersedia untuk menyerahkannya kepada keluarga angkatnya kelak.
“Tetapi saya mengaku saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku.
“Saya di sini sedang sarat mengandung, dia (bekas teman lelaki) entah ke mana menghilang, berseronok di luar sana,” ujar anak muda dari Bachang Baru, Melaka itu.
Maya dan Rita juga amat bersyukur kerana dapat berlindung di Kewaja.
“Kalau kami tidak datang ke sini (Kewaja), entah apalah yang kami lakukan di luar sana. Tidak mustahil kami antara yang membuang bayi seperti yang banyak dipaparkan dalam akhbar.
“Kami fikir mereka yang membuang anak di luar sana tentunya sudah tidak dapat berfikir panjang sehingga sanggup mengambil tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.
“Sepatutnya sekurang-kurangnya lembutlah hati mereka apabila mendengar suara bayi mereka menangis atau melihat wajah darah daging mereka sendiri,” kata Rita.

Monday, May 24, 2010

ALLAH ANUGERAHKAN 100 ANAK LELAKI PADA 4 LELAKI

هناك 4 رجال رزق كل منهم 100 ولد وهم: أنس بن مالك – عبد الله بن عمرو الليثي- خليفة السعدي- جعفر بن سليمان الهاشمي.
Allah anugerahkan 100 orang anak lelaki kepada:
  1. Anas bin Malik.
  2. Abdullah bin Amru Al-Laisi
  3. Khalifah As-Sa’di.
  4. Jaafar bin Sulaiman Al-Hashimi.

Sunday, March 7, 2010

Didiklah Anak 40 Tahun Sebelum Kelahirannya

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, “mengandung kot?” Dia kata tak ada.

Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor. Ternyata, isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya,

Termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.

Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luar sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,

Sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.

Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab ‘Kasyaful Mahjub’. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya.

Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkannya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insy-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.

Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati saya agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin di sisi isteri hingga dia terlelap. Saya ke halaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih.

Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sini. Kami akan bercerita tentang segala-galanya, masa depan, anak, cinta, Tuhan dan sebagainya.

Saya terus merenung langit malam. Saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya.

Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya, akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya.

Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah ‘mama’nya seperti saya…

Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah Ilahi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah ‘bintang timur’ dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insy-Allah tidak lama lagi, akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya.

“Iman Itu Lebih Cantik Dari Sekalian Yang Cantik, Nikmat Iman Itu Lebih Manis Dari Madu dan Memelihara Iman Itu Lebih Sukar Dari Meniti Sehelai Rambut.”

Wallahu a’lam