Pages

Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Masih hidup walau dua kali diisytihar mati

HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.
HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.
TOMSK (Siberia) : Seorang nenek dua kali bangkit daripada mati, malah terselamat selepas tiga hari berada di sebuah rumah mayat.
Wanita Russia berusia 61 tahun itu diisytiharkan mati sebanyak dua kali oleh doktor tetapi hidup semula, termasuk beberapa minit sebelum dibedah siasat.
Hardy Lyudmila Steblitskaya menghabiskan masa tiga hari di rumah mayat yang sejuk ketika keluarganya meratapi kematian bekas tukang masak itu di rumah mereka.

Akhbar Siberian Times melaporkan, kali pertama Hardy mengejutkan doktor, rakan dan keluarganya ialah November tahun lalu dan kali kedua pada Oktober tahun ini.


Dalam kejadian tahun lalu, dia dibawa ke Hospital Wilayah Tomsk dan dirawat beberapa hari kerana tidak sihat.

Apabila anaknya, Anastasia, 29, menelefon hospital, dia diberitahu bahawa ibunya sudah mati.

Anastasia yang begitu sedih mula merancang majlis pengebumian ibunya dan menyampaikan berita itu kepada rakan dan anggota keluarga lain.

Dia membelanjakan RM6,000 untuk membeli bunga, keranda, urusan gali kubur serta makanan.

Apabila dia ke hospital untuk mengambil mayat Hardy, dia diberitahu supaya tunggu kerana doktor belum menjalankan bedah siasat.

Seorang doktor yang kelihatan terkejut kemudian memberitahu ibunya tidak mati dan masih bernafas di katilnya.

Anastasia yang hampir tidak percaya dengan kata-kata doktor itu, memasuki bilik ibunya dan mendapati wanita itu memanggill namanya. Dia menjerit sehingga beg yang dipegangnya terlepas.

“Saya begitu terkejut hingga terlupa untuk masuk semula ke bilik itu dan memeluk ibu saya. Sebaliknya saya menelefon rakan dan keluarga dan meminta supaya kerja menggali kubur dihentikan,” katanya kepada akhbar itu.

Ibunya hanya ingat bahawa dia berada di hospital itu pada hari Jumaat dan terjaga di rumah mayat pada Isnin.

Pada Oktober lalu, Hardy yang menghidap sakit jantung, dikatakan sudah tidak bernyawa lagi ketika dimasukkan ke sebuah hospital tetapi kali ini doktor berjaya menyedarkannya semula selepas beberapa jam. - DM

Monday, May 14, 2012

Mati hidup semula



       
KAHERAH: Keadaan sedih di upacara pengebumian bertukar gembira apabila ‘mayat’ yang hendak dikebumikan tiba-tiba bangun.

Hamdi Hafez al-Nubi, 28, pelayan restoran dari Naga al-Simmanm, diisytiharkan mati selepas mengalami serangan jantung di tempat kerja.
Ketika persediaan untuk mengebumikannya dilakukan, doktor yang dihantar untuk menandatangani surat kematiannya mendapati tubuhnya masih hangat.

Keluarga Hamdi yakin dia sudah mati, malah sudah pun memandikan ‘mayatnya’ dan bersedia untuk dikebumikan.


Apabila mendapati tubuh Hamdi masih hangat, doktor membuat pemeriksaan dan mendapati dia masih bernafas.
Keluarga Hamdi tidak membatalkan upacara pengebumian tetapi sebaliknya mengadakan kenduri meraikan ‘kebangkitannya’ semula. - AP”

Thursday, April 12, 2012

Bayi ‘mati’ hidup semula

BUENOS AIRES: Seorang bayi ditemui hidup di sebuah rumah mayat, 12 jam selepas dilaporkan mati oleh doktor di sebuah hospital di Argentina.
Analia Bouter bersama suaminya mengunjungi rumah mayat untuk melihat bayi tidak cukup bulan yang dilahirkannya di Hospital Perrando.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila membuka keranda dan melihat bayi itu masih hidup.

“Saya tiba-tiba mendengar suara dan melihat dia bergerak,” kata wanita itu kepada akhbar TN.com.

Menurut Analia, bayi itu hampir beku selepas 12 jam berada dalam bilik sejuk rumah mayat itu.

Seorang pekerja hospital yang bergegas membawa bayi itu ke doktor menyifatkan dia seperti membawa sebotol ais.


Sehubungan itu, pasangan berkenaan menamakan anak mereka itu Luz Milagros yang bermakna ‘keajaiban.’ Menurut Analia, dia ke rumah mayat itu semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bayinya, tetapi berakhir dengan menyelamatkannya.

“Setiap anggota pasukan yang terbabit mempunyai tanggungjawab masing-masing,” kata Setiausaha Rendah Kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli, kepada wartawan ketika mengumumkan mengenai siasatan terhadap salah laporan berhubung kematian bayi itu.
Dalam pada itu, Analia berkata, dia merancang menyaman pihak terbabit.

Bayi itu yang masih menerima rawatan di hospital dilahirkan tiga bulan lebih awal. - Agensi

Sunday, April 10, 2011

Batu nisan 20 kubur lama 'hidup'




Mohd. Zin menunjukkan antara batu nisan yang 'hidup' di Kampung Batu Melintang, Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.
Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.
Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.
Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.
Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.
Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.
Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa.
Kosmo! Online - Negara