Pages

Showing posts with label buang anak. Show all posts
Showing posts with label buang anak. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Ditinggalkan selepas bersalin

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki dipercayai sengaja ditinggalkan oleh ibu masing-masing di Hospital Ampang kira-kira empat bulan lalu.
Penolong Pegawai JKM Hulu Langat, Noor Adelin Nordin berkata, buat masa ini dua bayi tersebut berada di bawah jagaan pihaknya.
Katanya, bayi perempuan yang diberi nama Nur Najihah Najwa berusia 3 bulan dan Muzammil Syukri berusia 2 bulan itu ditinggalkan ibu masing-masing selepas dilahirkan.
"Selepas dilahirkan, ibu kandung mereka larikan diri dari hospital dan sehingga kini tidak dapat dikesan.
"Kini, bayi tersebut ditempatkan sementara di JKM setelah diserahkan pihak hospital," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mereka yang mengetahui ibu bapa atau waris bayi tersebut, diminta menghubungi Noor Adelin Nordin di talian 03-87378008/5067/5069 atau 016-6666376.utusan

Friday, August 5, 2011

Kepala putus ketika lahir

MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.
Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.

Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.

“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya.

Thursday, March 18, 2010

Melayu Singapura buang anak di hospital, Melayu Malaysia buang anak merata-rata. Kedua-duanya dikutuk Allah!!

Kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...
Orang Singapura yang jahil agama... Ini jadik kalau Kafir yg memerintah



Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality dunia skrg.
Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang
panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian
lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.

Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad
pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang
kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman
baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan....

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.