Pages

Showing posts with label gaga. Show all posts
Showing posts with label gaga. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

Lady Gaga tampil dengan imej lelaki


AKSI Lady Gaga (kiri) yang berpakaian seperti seorang lelaki ketika membuat persembahan dengan gitaris kumpulan Queen, Brian May pada majlis VMA di Los Angeles.


LOS ANGELES – Kehadiran bintang pop, Lady Gaga pada pembukaan Anugerah Video Muzik MTV (VMA) kelmarin menampilkan kelainan apabila dia memakai pakaian lelaki seperti dalam klip videonya, You and I.
Lady Gaga yang cukup dikenali dengan gaya pelik pada tahun lalu memilih untuk memakai baju yang diperbuat daripada daging. Kali ini dia menukar dirinya dengan mengenakan sut lelaki berwarna hitam dan kemeja-T putih.
Dia kemudian menyampaikan lagu You and I sambil diiringi oleh sekumpulan penari dan gitaris rock lagenda, Brian May daripada kumpulan Queen. Gaga meneruskan persembahan dengan menari di atas pianonya, sebelum menggoncang botol dan membuka penutupnya.
Sementara itu, penyanyi Britney Spears pula merupakan selebriti pertama diumumkan sebagai penerima anugerah video pop terbaik menerusi lagu Till the World Ends dalam program yang ditonton secara meluas itu. – Reuters

Saturday, January 1, 2011

Jualan album Lady Gaga tertinggi 2010





LONDON - Penyanyi yang terkenal dengan berpakaian pelik, Lady Gaga (gambar), menjadi penyanyi yang albumnya paling banyak dijual pada tahun 2010 di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebanyak 5.8 juta album Lady Gaga yang berjudul Fame Monster dijual di dunia tahun lalu.
Dia mengatasi album penyanyi Eminem yang berjudul Recoveryyang dijual sebanyak 5.7 juta unit.
"The Fame Monster dikatakan sebagai album terbaik 2010. Saya sangat teruja untuk masa akan datang dan percaya pada kerja keras, anda akan mencapai kejayaan," kata Gaga.
Album Justin Bieber, My World 2.0 berada di tempat ketiga dengan 5.6 juta unit.
Ketika sedang menyambut tahun baru, penyanyi yang berusia 24 tahun itu membuat pengumuman mengenai albumnya yang berjudul Born This Way. - Agensi

Tuesday, October 26, 2010

Video Lady Gaga ditonton satu bilion kali



LADY GAGA



LONDON - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS) yang kerap mencetuskan kontroversi, Lady Gaga mengetepikan penyanyi Justin Bieber apabila video-videonya telah ditonton sebanyak satu bilion kali di YouTube lapor beberapa buah akhbar semalam.
Bagaimanapun, Lady Gaga perlu melindungi statusnya kerana penyanyi remaja dari Kanada, Justin Bieber mengikutinya dengan rapat dengan keseluruhan videonya telah ditonton sebanyak 962,726,797 di YouTube sehingga kelmarin.
Ramai pihak yang menganggap Bieber akan mengatasi Lady Gaga dalam tempoh seminggu.
Bieber mungkin dapat mengatasi Lady Gaga kerana kandungan video penyanyi wanita itu tidak dibenarkan disiarkan di kebanyakan negara atas isu hak cipta.
Sementara itu, Bieber turut memegang rekod video muzik yang paling banyak ditonton di YouTube iaitu 366 juta menerusi lagu Baby.
Bagaimanapun, Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Bad Romancememegang gelaran sebagai individu yang mempunyai ramai pengikut di Twitter.
Dia kini mempunyai hampir tujuh juta pengikut mengatasi Bieber dan penyanyi Britney Spears. - Agensi

Sunday, October 10, 2010

Permintaan aneh Lady Gaga

LOS ANGELES: Meskinpun ramai yang mengaku Lady Gaga memiliki suara yang baik, penyanyi itu sering menjadi tajuk akhbar kerana pakaiannya yang aneh.


Lady Gaga
Lady Gaga

Menurut laporan, Gaga seringkali meminta tong oksigen ditempatkan di dalam bilik persalinannya, madu disimpan di kawasan belakang pentas, makanan yang dihidangkannya tidak berulang dan makanan berbeza disajikan setiap hari sepanjang seminggu.

Penyanyi itu berkata, baik oksigen mahupun madu perlu sentiasa disediakan ketika dia mengadakan persembahan konsert.

Gaga mengarahkan setiap penganjur menyajikan makan malamnya pada jam 5 petang.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penganjur didakwa melanggar kontrak.

Mengenai jenis makanan, Gaga dikatakan memilih berbeku untuk malam Ahad, masakan Asia atau Mexico pada Selasa dan Rabu.

Pada Khamis pula, penyanyi itu mahukan masakan asli Amerika dan daging dikhususkan pada Jumaat.

Gaga memilih pasta dan ayam belanda panggang untuk Sabtu. Dia juga mengarahkan penganjur menyajikan minuman tanpa ais setengah jam sebelum membuat persembahan.

Untuk memuaskan kehendak hatinya, Gaga turut memengarahkan penganjur berhenti menyajikan ais sama sekali pada waktu itu. - Agensi