Pages

Monday, March 2, 2015

Bayi 10 bulan berat 19 kg


Bayi 10 bulan berat 19 kg
Aliya Saleem
JHARKHAND - INDIA. Aliya Saleem yang baru berusia 10 bulan, suka makan kari dan biskut, namun mempunyai berat 19 kilogram.

Ibunya, Shabana, 25, memberitahu The Sun, dia terpaksa membelikan Aliya pakaian baru setiap dua minggu.

Ketika lahir, berat Aliya hanya 4 kilogram dan pada usia 4 bulan, beratnya mula naik mendadak.

Menurut Dr Krishan Chugh, keadaan Aliya mungkin disebabkan obesiti atau ketidakseimbangan hormon.

"Selepas Aliya dibawa untuk diperiksa, barulah kita boleh tahu bagaimana untuk mengurangkan berat badannya," katanya Dr Krishan.

Shabana yang bergantung kepada suaminya, Mohammad Saleem, 28, yang bekerja sebagai tukang jahit mempunyai pendapatan RM15 sehari.

Pulau Gunung Berapi Jepun Makin Membesar


Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 11:00 AM
Pulau gunung berapi terbaharu di Jepun ini meletus sekurang-kurangnya enam kali sehari.

TOKYO: Sebuah pulau gunung berapi kecil yang terbentuk bersebelahan Pulau Nishinoshima dua tahun lalu kini dikatakan semakin membesar.
Rakaman terbaharu menunjukkan pulau yang terletak di kawasan terpencil iaitu kira-kira 1,000 kilometer selatan ibu negara Jepun itu sedang memuntahkan magma atau batu lebur sekurang-kurangnya enam kali seminit.
Pulau yang dikesan pada November 2013 itu terbentuk daripada batu di kawasan perairan itu dan saiznya makin membesar apabila  gunung berapinya setinggi 100 meter itu berterusan meletus.
Keluasannya kini mencecah 2.46 kilometer persegi, menurut Pengawal Pesisir Pantai Jepun atau dengan kata lain sebesar 345 padang bola.
Kenji Nogami dari Institut Teknologi Tokyo yang membantu pemantauan pasukan pengawal pantai itu berkata, keaktifan gunung berapi di pulau itu dijangka berterusan untuk tempoh yang tidak dapat dipastikan.
"Tiada perubahan khusus pada lohong gunung berapi itu di mana letusan lava dapat dilihat beberapa kali dalam seminit.
"Magma pula semakin meninggi di kawasan rendah, manakala lavanya juga semakin jauh mengalir ke barat," katanya.
Situasi di pulau terpencil ini menyebabkan pihak berkuasa menasihatkan nelayan supaya tidak belayar di sekitar perairannya.

200 mayat ditemui di bawah pasar raya



AGENSI - SEBAHAGIAN daripada rangka manusia yang ditemui secara tersusun rapi di sebuah pasar raya di Paris baru-baru ini.


PARIS, Perancis – Sekumpulan pakar arkeologi di sini tidak menyangka akan menemui lebih 200 mayat manusia yang sudah tinggal rangka dalam keadaan tersusun rapi di bawah sebuah pasar raya baru-baru ini.
Kumpulan arkeologi itu dipanggil pihak pengurusan Pasar Raya Monoprix untuk menjalankan pemeriksaan sebelum proses pembinaan dilakukan di kawasan tersebut.
Pengarah pasar raya tersebut, Pascal Roy berkata, pihaknya terkejut apabila menemui sebuah perkuburan komunal yang mayatnya ditanam secara tersusun.
“Kami menyangka kawasan ini hanya terdapat beberapa rangka tulang kerana ia merupakan bekas tapak perkuburan. Tetapi, apa yang berlaku agak memeranjatkan,” katanya.

AGENSI - SEORANG ahli arkeologi menjalankan pemeriksaan di kawasan tanah perkuburan di bawah pasar raya tersebut.


Dahulu, kawasan itu merupakan tanah perkuburan sebuah hospital yang beroperasi pada kurun ke-12 hingga 17. Bagaimanapun, mayat-mayat yang ditanam di lokasi terbabit dipercayai sudah dipindahkan ke kawasan di bawah pasar raya berkenaan.
“Apa yang menarik adalah mayat-mayat ini bukannya dicampak ke dalam kubur tersebut tetapi ia disusun rapi. Mayat-mayat individu disusun secara selang seli kerana dipercayai untuk menjimatkan ruang kubur itu,” kata ahli arkeologi, Isabelle Abadie. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3TB842TBX 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki miliki bulu mata terpanjang di dunia?


KIEV 1 Mac. – Seorang lelaki warga Ukraine mendakwa mempunyai bulu mata terpanjang di dunia menerusi diet ‘khas’ yang enggan didedahkan kepada orang ramai,
Valery Smagliy, lelaki yang dikatakan mempunyai bulu mata terpanjang.
Menurut portal Mail Online, Valery Smagliy, 58, mempercayai punca bulu matanya yang unik itu adalah berikutan perubahan diet makanan yang diamalkannya, baru-baru ini, sekali gus memberi peluang kepada wanita untuk mendekatinya.
Smagliy berkata, dia me­nyimpan bulu matanya kerana sukakan perhatian daripada wa­nita yang kagum dengan bulu matanya itu, namun Smagliy merancang untuk memotongnya selepas dia pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapat ukuran rasmi.
Ini disebabkan dia tidak mampu menampung ‘berat’ bulu matanya itu yang menyakitkan kelopak matanya serta menyukarkannya untuk melihat,
“Saya merancang untuk menggunakan rahsia ‘khas’ saya ini sebagai ‘alat’ untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai. Oleh itu saya tidak akan mendedahkan rahsia bagaimana bulu mata saya boleh tumbuh panjang,” katanya.
Menurut buku Guinness Book of Records, bulu mata terpanjang pernah direkodkan adalah pada 2007, milik Stuart Muller yang panjangnya 6.99 sentimeter.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-miliki-bulu-mata-terpanjang-di-dunia-1.65236#sthash.l1ybSukg.dpuf