Pages

Showing posts with label antik. Show all posts
Showing posts with label antik. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Amzah miliki 15,000 barang antik



AMZAH Ahmad tidak pernah jemu mengumpul dan menjaga barangan antik yang disimpan sejak 51 tahun lalu di rumahnya di Serdang Permai, Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Ipoh, Perak. - utusan/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN
IPOH - Menjejakkan kaki di rumah milik seorang pesara tentera di Serdang Permai, Kampung Kepayang, dekat sini umpama berada di sebuah muzium mini yang menempatkan pelbagai barangan antik.
Saat kaki melangkah masuk, objek pertama menjadi tumpuan tetamu pastinya kepada susunan ribuan botol pelbagai saiz di segenap sudut dan ruang kediaman berkenaan.
Malah, apabila mata dialihkan ke suatu sudut, jangan terkejut melihat beg pelbagai bentuk dan saiz disusun bertingkat walaupun ada antaranya sudah pudar warnanya.
Pandangan di sudut lain pula terletaknya pelbagai pedang ala Samurai, lembing, sumpit, dan parang yang ditempatkan di dalam satu bekas di sudut dinding.
Di tengah-tengah ruang tamu pula ditempatkan congkak, talam, seterika serta bekas-bekas kecil yang diisi pelbagai jenis duit syiling, cincin, batu dan majalah lama.
Apabila melalui laluan dari ruang tamu utama ke bahagian dapur, hati pasti terdetik kagum melihat usaha Amzah Ahmad, 67, yang cukup meminati hobi mengumpul barangan tersebut.
Menurutnya, minat mengumpul barang-barang antik itu bermula daripada ibunya yang mempunyai minat yang sama sehingga kini dia telah mempunyai lebih 15,000 himpunan pelbagai jenis barangan antik.
"Koleksi botol saya sendiri sudah melebihi 8,000 botol dan itu belum lagi dicampur dengan beg, cincin, jam, duit syiling, talam, congkak, radio dan motosikal lama.
"Rumah ini sendiri pun sudah kelihatan seperti muzium kerana terdapat banyak sangat barang-barang antik sehingga memenuhi setiap sudut rumah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Bagi Amzah, hobi mengumpul barang-barang antik dan purba merupakan satu aktiviti yang tinggi nilai seninya, selain memberi kepuasan yang maksimum terhadap setiap penggemar.
Katanya, minat mendalam terhadap barangan tersebut membuatkan dia tidak pernah 'gelap mata' terhadap pelbagai tawaran lumayan yang ditawarkan pembeli yang mahu mendapatkan barangan tersebut.
Ini kerana katanya, barang-barang itu mempunyai nilai tersendiri yang sukar untuk dibayangkan.
"Barang-barang antik ini saya kumpul sejak dari zaman muda hingga kini dan saya sama sekali tidak akan menjualnya biarpun ada tawaran harga yang tinggi," ujarnya.
Menurutnya, kebanyakan koleksinya itu diperoleh daripada warisan kedua ibu bapanya serta keluarga dan rakan-rakan yang mengetahui minat mendalamnya terhadap hobi unik itu.
Malah katanya, ada antara barangan tersebut didapati dari seluruh negara semasa dia berkhidmat sebagai anggota tentera.
Antara barang-barang antik lain yang dimilikinya adalah seperti jongkong perak dan emas, batu petir, katak Sang Kelembai, kitab lama, cincin, pedang, buluh, seterika, sumpit, parang dan sebagainya.
"Kebanyakan barang-barang ini berusia ratusan tahun dan diperoleh dari merata tempat. Setiap barang-barang antik ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Contohnya, katak Sang Kelembai yang dikatakan disumpah menjadi batu.
Barangan antik termasuk keperluan dapur masih menjadi khazanah cukup berharga buat Amzah Ahmad.
"Malah, cincin perkahwinan ibu dan botol susu yang saya gunakan sejak kecil menjadi antara barangan antik kesayangan yang memberi nilai sentimental tersendiri," ujarnya.
Ditanya perancangannya untuk semua barang antik tersebut, Amzah berkata, dia berhasrat menempatkannya di sebuah muzium khas yang boleh menempatkan kesemua 'khazanah' berkenaan.
"Harapan saya besar supaya semua barang-barang antik ini dapat dipamerkan kepada umum untuk tontonan generasi akan datang.
"Sayang jika barang yang bernilai ini dibiarkan begitu saja. Saya juga berharap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dapat meluangkan masa untuk datang sendiri melihat semua barang-barang antik ini," katanya.
Bukan setakat rumah dijadikan muzium, Amzah turut menjadikan halaman rumahnya sebuah taman mini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bonsai berusia hampir 32 tahun.
Menyentuh mengenai jenis pokok bonsai tanamannya, Amzah berkata, kebanyakan bonsai yang berada dalam simpanannya kini termasuk pokok jenis ara, kemuning dan jeliti.
"Pokok-pokok ini jenis menjalar dan mudah dibentuk," katanya.

Thursday, April 21, 2011

Televisyen 75 tahun dijual RM82.95


SET televisyen berusia 75 tahun disimpan di Rumah Lelongan Bonhams, tengah London sebelum ia dilelong kelmarin


LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang masih berfungsi dengan baik dijual dalam satu lelongan pada harga £16,800 (RM82,95) iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga ramalan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Set televisyen elektronik jenama Marconi 702 itu yang berharga £99.15 (RM490) dibeli oleh seorang lelaki, G. B. Davis tiga minggu selepas siaran televisyen pertama di Britain dipancarkan di sini, pada tahun 1936.
Ia kini menjadi milik seorang pembeli dari Amerika Syarikat (AS) selepas dia membelinya dalam satu lelongan anjuran Rumah Lelongan Bonhams di sini kelmarin.
"Saya pernah mengendalikan lelongan 38 buah televisyen lama sebelum ini dan ini adalah yang terbaik dan ia datang bersama invois asal," kata seorang pakar Bonhams, Laurence Fisher
Set televisyen berusia 75 tahun itu yang dijual oleh keluarga pemilik asalnya memiliki skrin bersaiz 30.48 sentimeter dan berada dalam kotak kayu. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Tuesday, February 8, 2011

Kumpul barang antik dari sampah

SH: "


DA LAT - Seorang lelaki diberi nama julukan 'khung' (gila) kerana mintanya bersiar-siar di sekitar bandar Da Lat, Vietnam sambil mengumpul barang buangan di tepi jalan dan tempat pembuangan sampah.

Nguyen Van Tuan, 50, membuka sebuah muzium mempamerkan 4,000 barangan antik selepas 20 tahun mengumpul barang tersebut dari merata tempat di sekitar bandar Da Lat.

Minat gilanya itu turut mendorong Van Tuan memasuki universiti dan mengambil diploma dalam bidang sejarah dan pengurusan perniagaaan semasa berumur 33 tahun selepas ditipu seorang penjual barangan antik.

Van Tuan mengumpul barangan antik istimewa yang berkaitan dengan sejarah Da Lat termasuk Piala Bola Sepak Indochina 1941-1942 yang ditaja oleh Raja Bao Dai dari Vietnam, Raja Shihanouk dari Kemboja and Gobenor Indochina, Decoux.

Sepasang suami isteri dari Perancis penah menawarkan AS$2 juta (RM6 juta) untuk membeli beberapa barangan antik yang dimiliki Van Tuan, tetapi enggan menjualnya."

Wednesday, November 17, 2010

Polemik khazanah antik China




ATAS: Muzium Paris dipercayai pernah menjual khazanah berharga dari Yuanmingyuan.




KERAJAAN China meminta pihak muzium dan pengumpul barangan antik di seluruh dunia memulangkan semula pelbagai khazanah berharga miliknya yang dirampas dari Old Summer Palace di Beijing kira-kira 150 tahun lalu.
Bagaimanapun, pakar-pakar berpendapat tindakan yang dilakukan itu tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
Dua buah institusi yang menyimpan khazanah itu yang diperoleh dari bekas istana Maharaja Dinasti Qing itu ialah Army Museum Paris dan Victoria and Albert Museum di London.
Pakar-pakar berpendapat, kesemua khazanah yang tersimpan tidak akan diberikan semudah itu.
"Ketika kebanyakan institusi di Barat dan individu yang terlibat belum memberi sebarang maklum balas, seruan itu lebih disasarkan kepada penggunaan domestik, di mana para pemimpin China berharap ia akan merangsang negara berkenaan," kata profesor sejarah di Universiti Sydney, John Wong.
Dijual secara haram
Old Summer Palace atau lebih dikenali sebagai Yuanmingyuan pernah diserang tentera British dan Perancis semasa Perang Candu pada 18 hingga 19 Oktober 1860.
Peristiwa itu dilihat sebagai satu penghinaan kepada rakyat China kerana terpaksa tunduk kepada kuasa Barat. Seorang penulis Perancis, Victor Hugo menggambarkan setiap kali sambutan ulang tahun memperingatinya dilakukan, ia telah melonjakkan semangat nasionalisme rakyat.
Beijing menganggarkan sekurang-kurangnya 1.5 juta khazanah berharganya telah dirampas, tetapi seorang ahli sejarah yang juga penulis buku kemusnahan istana itu, Bernard Brizay memberitahu, ia sengaja diperbesar-besarkan.
Brizay memberitahu, versi serangan itu masih kabur manakala versi rasmi menunjukkan: "Terdapat khazanah yang dicuri di Yuanmingyuan dan telah dijual kepada peniaga barangan antik di Beijing."
Dalam kata lain, khazanah berharga yang dicuri seperti porselin, enamel, arca, perabot, lukisan sutera telah dijual secara haram selepas serangan itu.


ORANG ramai mengunjungi Old Summer Palace atau Yuanmingyuan di Beijing yang pernah diserang tentera British dan Perancis pada tahun 1860.




Titik tolak kemarahan Beijing bermula selepas acara lelongan dua air pancut buatan gangsa milik pereka fesyen terkenal, mendiang Yves Saint Laurent dan rakan kongsinya, Piere Berge. Keduanya-duanya berjaya dilelong pada harga AS$20 juta dolar (RM62 juta) setiap satu pada tahun lalu.
Pengurusan taman Yuanmingyuan pada minggu lalu telah menyeru untuk memboikot acara lelongan yang diadakan, tetapi permintaan itu langsung tidak diendahkan.
"Hampir setiap bulan, khazanah berharga dari Yuanmingyuan dijual di London, Hong Kong, Paris dan New York. Apabila orang ramai dapat tahu ia datang dari Yuanmingyuan, harganya akan meningkat," kata Brizay.
Pakar-pakar menambah, muzium-muzium terkemuka di dunia tidak akan memberi maklum balas terhadap permintaan Beijing. "Barangan yang tersimpan di muzium berkenaan tidak akan dipulangkan semula ke China.
"Pihak muzium agak keberatan mendedahkan di mana koleksi itu diperoleh, sekali pun mereka mempunyai kemampuan untuk mengidentifikasikan ciri-cirinya," tambah lelaki itu lagi.
Sebahagian besar koleksi yang dipamerkan di muzium artifak China di luar Paris berasal dari istana berkenaan. Salah satu daripadanya ialah sebuah album yang memaparkan 40 gambar mengenai Yuanmingyuan, kini ia tersimpan di Perpustakaan Negara Perancis.


ADA yang mendakwa khazanah yang dicuri di Yuanmingyuan dijual kepada peniaga barangan antik di pasaran gelap.




Tiada maklumat
Pada Oktober 2009, China mengumumkan untuk menghantar pasukan khas ke luar negara bertujuan mengesan jumlahnya.
Pengarah Yuanmingyuan, Chen Mingjie berkata, ketika ini kebanyakan khazanah milik negara itu berada di lebih 2,000 muzium di 47 buah negara, dibawa keluar dari Muzium Britain. Bagaimanapun selepas setahun, maklumat terperinci mengenainya belum dapat dikeluarkan.
Menurut Ketua Kuratornya, Jean-Paul Desroches, pihak Guimet Museum yang memaparkan seni Asia di Perancis juga tidak menerima sebarang permohonan untuk mengira jumlah khazanah miliknya.
Desroches berkata, dia tidak berapa pasti sama ada muzium kendaliannya menyimpan khazanah-khazanah dari Yuanmingyuan. Tambahnya, jika dia mengetahuinya sekali pun, ia tidak membawa sebarang kesan.
Minggu lalu, Perancis telah diminta untuk melakukan kajian berhubung tragedi di Old Summer Palace. Pada masa yang sama, negara itu turut menyarankan sebarang permintaan untuk memulangkan semula hasil dan karya seninya perlu melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). - AFP

Monday, August 2, 2010

Pasu antik RM2.5 juta

LONDON: Selama bertahun-tahun dua pasu tembikar China di sebuah kediaman sepasang pesara terbiar di rak perabot. Bagaimanapun, tiada siapa tahu harga dua pasu berkenaan mencecah £500,000 (RM2.5 juta) dalam satu majlis lelongan.
Pasu tembikar zaman dinasti Qianlong itu adalah hadiah perkahwinan pasangan berkenaan daripada bapa pengantin lelaki pada 1965. Nilai pasu berukuran 10 inci itu dianggarkan mencecah antara £40,000 (RM200,000) hingga £60,000 (RM300,000) sebelum dijual.
Namun, harganya meningkat apabila dijual dalam satu majlis lelongan selepas mendapat bidaan hingga £500,000 (RM2.5 juta) oleh seorang pembida asing.

Pasangan berkenaan mendapat tahu pasu yang dimiliki mereka amat berharga selepas seorang pakar barang antik mengunjungi kediaman pasangan itu.

Pakar yang menemui pasu itu terbiar di atas rak almari dalam sebuah bilik di rumah pasangan itu mencadangkan supaya mereka menjualnya.

Ketika pasu itu dibawa ke firma lelongan Duke di Dorchester, Dorset, berita mengenainya tersebar luas hingga pihak penganjur terpaksa membuka 10 talian telefon untuk pembida dari luar negara.

Pasaran untuk barangan berkualiti tinggi dari China mendapat permintaan tinggi sejak beberapa tahun lalu berikutan pertumbuhan pesat ekonomi China.

Sesetengah barang antik China bernilai lima kali lebih tinggi berbanding harga asalnya tiga tahun lalu.

Pasu dimiliki pasangan pesara itu dipercayai dibuat di bengkel istana pada pertengahan kurun ke-18. - Agensi

Saturday, April 17, 2010

Beli permaidani antik RM30 juta

LONDON: Seorang pembeli barangan antik mungkin mencuci kaki
sebelum memijak permaidani yang baru dibelinya.Tetapi, dengan harganya yang begitu mahal, dia tidak mungkin
memijaknya sampai bila-bila.

Permaidani Parsi kurun ke-17 ini dibeli dengan harga £6.2 juta
(RM30.63 juta), 20 kali lebih tinggi daripada jangkaan dalam
acara lelong di pusat lelong Christie, London.

Pusat lelong itu bingit dengan tepukan sebaik sahaja permaidani
 itu sah menjadi milik pembida luar negara yang identitinya
dirahsiakan.

Harga itu jauh lebih tinggi daripada permaidani termahal sebelum ini,
permaidani sutera buatan Isfahan, Iran, yang dibeli dengan
harga £2.3 juta (RM11.36 juta) didakwa dihasilkan pada awal
1600 dan dilelong pada Jun 2008 di New York.

Pengarah Permaidani Christie, William Robinson berkata,
 permaidani itu memiliki kesimbangan dan tarikan tersendiri.

“Rekaannya amat ringkas tapi memiliki makna mendalam,”
 katanya.

Jurucakap Christie berkata, kualiti permaidani itu
 mempamerkan kemahiran tinggi penenun Kirman di Iran. - Agensi