Pages

Showing posts with label jenazah. Show all posts
Showing posts with label jenazah. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Rindu urus jenazah

RUTIN hariannya memandi, mengafan dan menyembahyangkan jenazah. Malah, semua jenis mayat diuruskannya — daripada mayat hancur, reput, berulat, putus kepala, tangan dan kaki hingga kepada penghidap Aids.
Justeru, tidak hairan lelaki berusia 24 tahun itu berasa seperti ada kekurangan jika tidak dapat melakukan tugasnya pada hari tertentu. Itulah keistimewaan Imam Masjid Aminah Al-Muhairi, Petaling Jaya Mohamad Hazli Halim.
Selain bertugas sebagai imam muda, pemuda berasal dari Kampung Tanjung Musang, Langgar, Kedah itu, memilih kerjaya menguruskan jenazah sepenuh masa sejak tiga tahun lalu.

Menurut Mohamad Hazli, dia memilih melakukan pekerjaan itu atas dasar minat, suka membantu orang, sekali gus memenuhi tuntutan fardu kifayah.

“Pada usia 15 tahun, saya mula menguruskan jenazah dengan membantu imam masjid di kampung saya. Ketika berusia 18 tahun, saya mula serius melakukan pekerjaan itu di kampung hingga pada usia 21 tahun. Ketika bertugas sebagai imam di Petaling Jaya, saya memilih untuk membantu menguruskan jenazah di sebuah hospital yang memerlukan saya sentiasa bersedia 24 jam sehari.

“Disebabkan setiap hari memandikan jenazah, saya berasa seperti ada kekurangan dalam menjalani rutin harian jika tidak melakukan pekerjaan itu, malah ada perasaan rindu dan berasa kosong jika tidak menguruskan jenazah,” katanya ketika ditemui Metro Ahad baru-baru ini.

Secara purata, Mohamad Hazli menguruskan 20 jenazah sebulan sejak tiga tahun lalu dan dalam tempoh berkenaan dia menguruskan lebih 500 jenazah.

Selain mengendalikan mayat di hospital, Mohamad Hazli melaksanakan tugas menguruskan jenazah di syarikat pengurusan jenazah Bumiputera, Darul Jenazah yang beroperasi di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Antara kes sukar dilupakan sepanjang tiga tahun lalu ialah mayat warga asing yang hancur selepas dihempap konkrit tahun lalu.

“Menguruskan mayat seperti itu umpama membersihkan daging yang dipotong-potong. Perasaan ngeri memang ada, tetapi menjadi tanggungjawab saya untuk menyempurnakannya dengan sebaik mungkin.

“Selain mayat hancur, saya biasa memandikan mayat reput, berulat dan berbau busuk manakala dagingnya lembik. Saya perlu berhati-hati memandikan mayat seperti itu. Kadangkala apabila disiram air, kulit mayat tertanggal. Ia perlu dikutip dan disempurnakan,” katanya.

Hazli mengakui sudah lali dengan bau busuk mayat, malah tidak menggunakan topeng penutup mulut ketika memandikan mayat seperti itu.

“Bau busuk memanglah lumrah, tetapi saya biasakan diri dan tidak terlalu memikirkannya (bau busuk itu). Saya hanya fikir, ini tugas saya dan saya perlu melaksanakannya,” katanya.

Tugas menguruskan jenazah turut memerlukan dia memastikan jenazah yang diuruskan sempurna. Kadangkala ada mayat yang darahnya tidak berhenti mengalir.

“Saya akan berusaha memastikan ketika dikafankan keadaannya sempurna tanpa ada darah lagi. Begitu juga mayat yang tidak sempurna seperti muka hancur dan putus anggota badan, saya akan pastikan apabila dikafan, jenazah itu elok keadaannya.

“Ia memerlukan ilmu dan kemahiran yang bukan saja diperoleh menerusi pengalaman tetapi juga pengetahuan daripada individu lain yang melakukan kerja seperti saya,” katanya.

Mohamad Hazli berkata, sepanjang bertugas memandikan jenazah, dia tidak berdepan kejadian aneh, walaupun kadangkala terpaksa melakukan tugas itu pada tengah malam atau awal pagi seorang diri.

“Sebelum menguruskan jenazah, saya sentiasa berdoa dipermudahkan segala urusan dan seterusnya bertawakal. Alhamdulillah, tiada apa berlaku.

“Tiada juga masalah bau mayat lekat di badan atau baju. Apabila pulang ke rumah, saya dan isteri tidak berdepan apa-apa yang aneh,” katanya.

Ditanya mengenai kejadian aneh yang berlaku kepada mayat ketika menguruskan jenazah, terutama ketika memandikan mayat, Mohamad Hazli enggan mengulas lanjut.

“Saya serahkan kepada Allah SWT. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Di akhir perbualan, Mohamad Hazli turut menyuarakan kebimbangan dengan situasi semasa ketika ini.

“Sekarang, hal berkaitan pengurusan jenazah, terutama memandikan mayat, kebanyakannya dilakukan ‘orang tua’. Bagaimana jika mereka tiada? “Di kampung misalnya, pernah berlaku penduduk kampung lain terpaksa dipanggil kerana tiada siapa boleh melakukan tugas itu. Justeru, hal berkaitan pengurusan jenazah perlu diambil berat supaya tidak timbul masalah besar kelak,” katanya.

Sementara itu, bagi petugas Darul Jenazah, Ropeah Pandak Oden, 73, dia yang berpengalaman 30 tahun menguruskan jenazah mengakui seronok melakukan pekerjaan itu dan turut berasa kekurangan jika tidak melakukannya.

“Apabila sudah biasa memandikan... mengafankan jenazah dan jika dalam tempoh beberapa hari tidak melakukannya, rasa rindu pula. Seronok dapat memenuhi tuntutan fardu kifayah dan membantu orang lain.

“Ia juga satu anugerah daripada Allah SWT sebab bukan semua orang sanggup melakukan pekerjaan seperti itu,” katanya.

Ropeah mengakui, sepanjang 30 tahun melakukan pekerjaan berkenaan, dia tidak berdepan sebarang masalah, termasuk apa yang selalu disebut ‘badi mayat’.

“Saya tidak ingat jumlah jenazah yang saya uruskan sebab ramai sangat. Sepanjang menguruskan jenazah, Alhamdulillah saya tidak berdepan masalah.

“Tidak pernah pula saya terkena badi mayat. Apapun, sebelum melakukan tugas itu saya sentiasa memohon kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Tuesday, June 1, 2010

Jenazah yang istimewa dan dirahmati ( mesti baca )



 Mari kita hayati kisah ini sam a- sam a…
Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.
 Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar
Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diam ana hkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan m ana -m ana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.
http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2009/10/solat_jenazah.jpg
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subh ana llah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, ker ana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika m ana sedang mengimami solat!
Sebaik sam pai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati baha wa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah merupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berw aji b sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaks ana kan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
 Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.
“Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya.
“Ya, ustaz M bercakap”.
“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta kepastian.
“Imam…imam. …yanng m ana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas.
“Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sam pai! “,
bala s ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan ker ana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berw aji b. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tam baha n pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subh ana llah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam m ana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan “ALLAH”!
Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?….
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaim ana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.
Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang m ana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
jenazah
MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sam bil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suas ana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. M ana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…” .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang f ana ini.
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sam a ada ke kiri atau ke k ana n mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sam a seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan…
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M…
Subh ana llah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya
Allah……. ……”
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak dit ana m ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari m ana , turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sam pai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tam baha n pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti baha wa inilah bala sannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup ber sam alah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua’lam.
“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku se baha gian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku se baha gian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.
SEBARKAN PADA YANG LAIN…..

Thursday, May 13, 2010

PENGURUSAN JENAZAH NENURUT SUNNAH RASULULLAH MUHAMMAD SAW *)

A. Mukkadimmah**)
Bismillahirrahmanirrahim.
Sungguh merupakan suatu keprihatinan bagi seorang mukmin pada saat ini, terutama hari-hari ini, tatkala melihat saudara muslim lainnya tanpa sadar atau bahkan sadar sepenuh hati ikut terbawa suasana kematian Machael Jackson. Di Media Oke.com yang sempat kami lirik. Terkabar sekitar 750.000 orang kecewa atas meninggalnya sang penyanyi raja pop tersebut. Sudut-sudut kota diberbagai dunia orang ramai-ramai berkumpul sambil menari-nari dan menyanyi-nyanyi dengan musik yang didendangkan oleh si Jacko. Campur dengan suasana sedih dengan banjir air mata. Bahkan Penyanyi Madonna, menurut situs yang sama menangis maraung-raumg dan tiada henti berjam-jam. Orang ramai-ramai bawa alat musik dan radio tape di pundaknya berkumpul di rumahnya Jakco Family menunggu jenazahnya dibawa pulang dari rumah sakit tempat Jacko diotopsi. Bahkan masih menurut situs tersebut, makamnya akan di buat monumen dan dijadikan “tetenger” legenda musik dunia sekelas Elvis Presley dan Beattles. Dan pada kenyataannya, banyak umat muslim kita baik yang tua maupun yang muda ikut dengan suasana itu.
Disinilah persoalan menjadi muncul. Disamping berbagai pertanyaan juga rasa khawatir. Bolehkah umat muslim ikut-ikutan bersedih atas meninggalnya orang non muslim secara berlebih-lebihan seperti mereka? Apakah diantara muslim tersebut tahu atau tidak tahu atau malah terbawa cara non muslim merayakan kematian dengan menyanyi, meratap hingga menangis meraung-raung, membuat monumen dimakam sebagai legenda, hingga jenazah harus ditunda-tunda untuk dimakamkan dan dimakamkan bukan ditempat dia meninggal. Penulis khawatir bahwa tanpa disadari sebagian muslim yang ikut-ikutan dalam perayaan kematian si Jacko ini tidak paham atau tidak mau pahamkan diri bagaimana tentang pegurusun Janazah yang di ajarkan rasulullah Muhammad SAW, sehingga terbawa pada pengurusan jenazah secara non muslim yang cenderung membawa kemaksiatan, kesesatan hingga kesyirikan. Penulis sangat gelisah melihat tabiat dan perilaku sebagian muslim ini terbawa pada kelompok yang disebut nia’ah (meratapi kematian) yang hukumnya dosa/haram, kuburiyun (pemuja kubur) yang sangat di larang oleh rasulullah SAW, hingga kemusyrikan (mengkultuskan secara berlebihan kepada seseorang sehingga membuat tandingan kepada Allah SWT) yang meminjam terminologi Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan dapat membatalkan syahadat seorang muslim? Nah anda pasti terkejut ternyata syahadat seorang muslim bisa batal laksana sholat atau puasa khan?
Akhirnya, melalui sepenggal tulisan ini, penulis berharap diri kita selaku muslim mulai kepemahaman dan pengamalan tentang tatacara pengurusan jenazah yang diajarkan rasulullah SAW, dan kita tolak tatacara yang dilakukan orang-orang kafir. Mari kita renungi sabda Rasulullah SAW bahwa “ Setiap amalan yang tidak menurut apa yang aku contohkan pasti tertolak”. Pada Hadist lain : “Sejelek-jelek perkara adalah perkara yang diada-adakan. Setiap yang diada-adakan adalah sesat. Dan Setiap sesat adalah neraka tempatmya”. ( HR. Muslim,dan HR. Bukhari). Kita selaku muslim dapat terbayang bagimana sedih dan menyesal selamanya yang tidak akan dapat kita perbaiki lagi seandainya kita sendiri atau anak kita, suami atau istri, ortu kita meninggal diperlakukan dengan cara tidak menurut ajaran rasulullah SAW, sehingga mendapat azab Allah SWT. Kita tidak bisa membayangkan betapa sedihnya yang tiada terlupa orang kesayangan kita untuk menikmati alam barzakh yang seharusnya mendapat “luasnya tempat pembaringan”, “cahaya yang menemani di alam fana “ tetapi justru siksaan yang maha dashyat hingga hari kiamat datang yang di dapat karena ulah kita yang kurang mau memahami dan mencontoh bagaimana Rasulullah SAW mengurusi janazah, tapi malah ikut-ikutan cara yahudi dan nasrani. Wallahu a’lam bissawab.
1) PADA SAAT SAKIT
Beberapa hal yang wajib dilakukan adalah sebagai berikut :
1) Orang yang sakit wajib menerima qadha (ketentuan) yang datang dari Allah SWT, bersabar dan berbaik sangka kepada Allah SWT;
2) Si sakit harus punya perasaan takut serta harapan, takut akan siksaan Allah karena dosanya yang diperbuat dan berharap akan rahmad dan ampunanNya;
3) Meski Sakit begitu berat dilarang berangan-angan kematian, jika terpaksa doanya “Ya Allah hidupkanlah aku jikalau kehidupan lebih baik, matikanlah aku jika kematian lebih baik bagiku”
4) Jika mempunyai kewjiban yang menyangkut hak oran lain, secepatnya diselesaikan, Jika kurang sanggup hendaklah mewasiatkan untuk menyelesaikan;
5) Ia harus bersegera wasiat.
B. MENJELANG KEMATIAN
Beberapa hal yang wajib dilakukan adalah sebagai berikut :
1) Mentalqin dengan ucapan “ Laa Ilaha Illal-llah”
2) Mendo’akan
3) Mengucapkan perkataan yang baik
4) Seorang muslim boleh menghadiri kematian non muslim dan menganjurkan agar yang bersangkutan masuk islam.
C. KETIKA MENINGGAL DUNIA
Beberapa hal yang wajib dilakukan adalah sebagai berikut :
1) Memejamkan mata si mayat;
2) Mendo’akan;
3) Menutupnya dengan kain untuk semua tubuhnya, khusus yang sedang ihram untuk wajah dan kepala tetap dibuka;
4) Bersegera menyelenggarakan jenazah dan dilarang menunda-nunda;
5) Mengubur ditempat ia meninggal, jangan memindah ke tempat lain kecuali darurat. Karena memindahkan ke tempat lain menyalahi perintah memprcepat pelaksanaan jenazah;
6) Bersegera menyelesaiakan utang semuanya dengan harta mayit sendiri, meski sampai habis hartanya.
D. YANG BOLEH DILAKUKAN PARA KERABAT DAN ORANG LAIN
Beberapa hal yang wajib dilakukan adalah sebagai berikut :
1) Membuka wajah mayat, mencium, menangis tanpa ratapan (nia’ah) selama kurang 3 hari;
2) Saat mendengar kematian : bersabar dan ridha kepada ketentuan Allah SWT, berstirjaa’ ( Inna Lillahi wa Innaa Ilaihi Raaji’un);
3) Tidak menyalahi kesabaran (spt :wanita tidak berhias sama sekali kurang 3 hari karena ayahnya meninggal dan 40 hari karena suaminya meninggal, selebihnya dilarang);
4) Jika yang meninggal bukan suaminya lebih afdal tidak meninggalkan perhiasan demi menyenangkan suaminya;
E. HAL- HAL YANG DILARANG
Beberapa hal yang DILARANG dilakukan menurut Rasulullah SAW adalah sebagai berikut :
1) Meratap yaitu menangis berlebihan, berteriak, memukul wajah, merobek kantong pakaian, dll;
2) Mengacak-acak rambut;
3) Pria memanjangkan jenggotnya beberapa hari sebagai tanda duka, setelah duka selesai dipotong;
4) Mengumunkan kematian lewat menara atau tempat lain, karena mengumumkan dengan cara tersebut terlarang secara syariat. YANG DI BOLEHKAN ADALAH : BOLEH MENYAMPAIKAN BERITA KEMATIAN TANPA MENEMPUH CARA-CARA YANG DIAMALKAN JAHILIYAH DULU. BAGI YANG MENYAMPAIKAN BERITA KEMATIAN DIBOLEHKAN MEMINTA KEPADA ORANG LAIN SUPAYA MENDO’AKAN SI MAYYIT, KARENA HAL ITU ADA LANDASAN DALAM SUNNAH.
F. TANDA-TANDA HUSNUL KHATIMAH
Berdasar penjelasan Rasulullah SAW, beliau menyebut tanda tanda husnul khatimah. Dan apabila seseorang mengalami salah satu diantara tanda tersebut maka itu merupakan kabar gembira. Tanda-tanda tersebut adalah :
1. Mengucapkan syahadat saat meninggal;
2. mati dengan berkeringat di dahi;
3. mati pada hari jum’at atau malam jum’at
4. mati syahid di medan jihad,
5. mati karena penyakit thaa’uun’
6. mati terkena penyakit perut,
7. mati tenggelam,
8. mati terkena reruntuhan,
9. wanita hamil mati karena janin,
10. mati terkena penyakit paru,
11. mati membela agama atau membela diri,
12. mati mempertahakan hartanya yang dirampok,
13. nati dala keterikatan dengan jalan Allah,
14. Mati dalam suatu amalan saleh
15. mati terbakar.
G. PUJIAN PADA MAYYIT
1. Pujian baik terhadap penyakit dari sekelompok orang muslim yang benar, minimal tetangganya yang arif, shalih dan berilmu dapat menjadi penyebabnya mayyit masuk syurga;
2. Sebaliknya meninggalnya mayat bertetpatan dengan gerhana matahari atau bulan bukan firasat apapun. Jika beranggap demikian termasuk khuraffat jahiliyah yang bathil yang dilarang Islam.
H. MEMANDIKAN MAYYIT
Beberapa langkah yang harus dilakukan adalah :
1. Memandikan dalam jumlah 3 kali atau lebih, sesuai yang dibutuhkan atau memandikan dengan jumlah ganjil;
2. mencampur sebagian dengan sidr (daun bidara) atau yang bisa menggantikan fungsinya yaitu sabun;
3. Mencampur mandi terakhir dengan wangi-wangian seperti kapur barus atau kamper lebih afdhal (kecuali orang yang mati saat ihram tidak boleh diberi wewangian);
4. Ikatan rambut dibuka dan dicuci dengan baik;
5. menyisir rambut;
6. mengikat jadi 3 bagian untuk rambut wanita, dan membentangkan ke belakangnya;
7. Memulai bagian kanan dan anggota wudhunya;
8. laki-laki dimandikan laki-laki atau sebaliknya (Terkecuali suami istri, karena ada dalil sunnahnya);
9. Memandikan dengan potongan kain dalam keadaan terbuka dengan kain diatas tubunya setelah membuka seluruh pakaiannya,
10. yang memandikan mayyit adalah orang yang lebih mengetahui cara penyelenggaraan jenazah sesuai SUNNAH NABI SAW, terlebih lagi saudara terdekatnya;
11. Yang memandikan mayyit akan mendapat pahala yang besar jika memenuhi dua syarat : Menutupi kekurangan yang ada pada mayyit dan tidak cerita ke orang lain serta Ikhlash karena Allah SWT;
12. Dianjurkan yang memandikan jenazah supaya mandi;
13. Tidak disyariatkan memandikan orang yang mati syahid meski dalam keadaan junub.
I. MENGAFANI MAYYIT
Beberapa langkah yang harus dilakukan adalah :
1. Kain kaffan diambil dari harta si mayyit meski hingga hartanya habis;
2. Seharusnya kain kaffan menutupi semua anggota tubuhnya;
3. Seandainya tidak cukup untuk semua tubuh, diutamakan menutupi kepalanya hingga sebagian tubuh, yang masih terbuka tutup pakai daun-daunan yang wangi;
4. Jika kain kafan kurang, dan jumlah mayyit banyak boleh mengkafani secara massal, dengan cara membagi-bagi dengan jumlah tertentu dan diutamakan mendahulukan orang mengetahui atau hafal Al Qur’an ke arah kiblat;
5. Tidak boleh membuka pakaian orang yang mati syahid;
6. Dianjurkan mengkafani orang yang mati syahid dengan selembar kain atau lebih diatas pakaiannya;
7. yang meninggal dalam keadaam ihram, dikafani dengan pakaian ihramnya;
8. Kain kafan dianjurkan : warna putih, tiga lembar, satu diantaranya bergaris, memberikan wangi-wangian 3 x.
9. Tidak boleh berfoya-foya dalam pemakaian kafan dan tidak boleh lebih dari 3 lembar, karena menyalahi tuntunan rasulullah SAW dan buang-buang harta.
10. DALAM MENGKAFANI ANTARA MAYYIT PRIA DAN WANITA ADALAH SAMA, KARENA TIDAK ADA DALIL YANG MENJELASKAN PERBEDAAN ITU
J. MEMBAWA JENAZAH
1. Wajib membawa jenazah dan mengatarnya, karena itu adalah hak muslim terhadap muslim lainnya,
2. Mengikuti jenazah : mengikuti keluarga hingga di shalati atau mengikuti dari keluarga hingga selesai penguburannya, inilah yang lebih utama.
3. Mengikuti jenazah hanya boleh bagi laki-laki. Wanita dilarang karena itu perintah nabi Muhammad SAW;
4. Tidak boleh membawa jenazah dengan cara menangis, membawa wewangian, hingga berbagai bentuk dzikir;
5. Harus cepat-cepat tetapi tidak berlari;
6. Boleh berjalan didepan atau dibelakangnya (lebih afdhal), boleh juga sebelah kanan atau kirinya, kecuali yang berkendaraan lebih afdal di belakangnya;
7. Tidak makruh dan boleh berkendaraan pulang setelah menguburnya;
8. Membawa jenazah di atas kereta khusus atau mobil ambulance, kemudian orang mengatarnya memakai mobil juga, maka hal ini tidak disyariatkan, karena ini kebiasaan orang kafir, serta menghilangkan nilai-nilai yang dikandung dalam pengantaran jenazah yaitu mengingat akhirat, lebih-lebih itu menjadi penyebab terkuat berkurangnya pengatar jenazah dan hilangnya kesempatan orang-orang yang ingin mendapatkan pahala ( kecuali dalam keadaan darurat boleh pakai mobil);
9. Berdiri menghormati mayyit hukumnya mansukh, sehingga tidak boleh dilakukan;
10. Dianjurkan yang membawa jenazah supaya berwudhu;
K. SHALAT JENAZAH
1. Sifat halat jenazah fardhu kifayah;
2. Yang tidak wajib hukumnya tapi boleh dilakukan :a. Anak belum baligh, b. Orang mati syahid
3. Disyariatkan mensholati : a. Meninggal karena dibunuh saat pelaksanaan hudud hukum Allah, b. Orang yang berbuat dosa dan melakukan hal yang haram. Orang ahlul ilmi dan ahlul diin tidak menshalati supaya menjadi pelajaran bagi orang seperti itu; c. Orang yang berhutang tapi tidak bisa menutupi hutangmya, maka orang seperti ini dishalati; d. orang yang mati sebelum dishalati (sebagian orang sudah sebagian lain belum) maka beliau boleh menshalati di kuburnya; e. Orang yang matis di suatu tempat tapi tiada yang menshalati disana, maka kelompok muslim menshalatinya dengan shalat ghaib;
4. Diharamkan menshalati, memohon ampunan dan rahmad untuk orang kafir dan munafik;
5. Berjama’ah dalam shalat jenazah hukumnya wajib sebagaimana shalat fardhu. Jika shalat jenazah satu persatu maka kewajiban shalat jenazah sudah terpenuhi, tetapi mereka kena dosa karena meninggalkan berjama’aah. Allahu ‘alam.
6. Jika yang shalat dengan imam hanya satu orang, maka orang tersebut tidak berdiri pas disamping iman sejajar seperti halnya shalat lain, tapi di belakang imam ( Dari sini kita tahu kesalahan banyak orang termasuk yang kyai, atau dai, atau cendekiawan muslim yaitu dalam shalat-shalat biasa lainnya, jika hanya berdua maka yang makmum mundur sedikit dari posisi yang sejajar imam);
7. Pemimpin umat atau wakilnya lebih berhak jadi imam shalat, jika tidak ada diuatamakan yang lebih baik bacaan atau hafalan Qur’annya;
8. Jika kebetulan banyak sekali jenazah yang terdiri dari laki-laki, anak-anak dan wanita, maka dishalati sekali saja. Laki – laki meski anak-anak diletakkan dekat iman, sedangkan wanita di arahkan ke kibat;
9. Boleh juga dishalati satu persatu karena memang itulah hukum asalnya;
10. Lebih afdhal jika shalat jenazah di luar masjid, boleh juga di dalam masjid karena pernah diamalkan rasulullah SAW;
11. Tidak boleh shalat jenazah di antara perkuburan;
12. Imam berdiri di posisi kepala mayat untu laki-laki dan posisi pertengahan untuk wanita;
13. Bertakbir 4 kali (yang diutamakan) atau 5 – 9 kali. Dalam pengamalannya lebih utama diragamkan;
14. Disyariatkan mengangkat kedua tangan pada takbir pertama saja;
15. Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri lalu menempelkan di dada;
16. Setelah takbir pertama membaca al fatehah dan satu surah,
17. Bacaan shalat jenazah adalah sir;
18. Selanjutnya takbir ke2 dan baca shalawat kepada nabi Muhammad SAW;
19. Lalu bertakbir dan doa untuk si mayyit; (yang dari nabi :” Allahumma an’ abduka wabna amatika ahyaaja illa rahmatika wa anta ghaniyyi an ‘adzbihi in kana muhsinian farid fii hasanaatihi’)
20. Berdoa antara takbir teakhir dengan salam disyariatkan;
21. Salam dua kali atau sekali;
22. Menurut sunnah, salam shalat jenazah bersifat sir;
23. Tidak boleh shalat jenazah dalam waktu terlarang kecuali darurat. (saat terbit matahari, matahari pas dipertengahan dan tatkala terbenam matahari)
L. MENGUBUR MAYYIT
1. Wajib hukumnya mengubur mayyit meski kafir sekalipun;
2. Tidak boleh mengubur jenazah seorang muslim dengan seorang kafir atau sebaliknya;
3. Menurut sunnah Rasulullah SAW, mengubur ditempat penguburan, kecuali orang yang mati syahid mereka gugur tidak dipindahkan ketempat penguburan. ( Hal ini memuat bantahan terhadap sebagian orang yang mewasiatkan supaya dikubur di masjid atau makam khusus dan tempat lain yang di larang Allah SWT);
4. Tidak boleh mengubur pada waktu terlarang; atau pada waktu lama meski enggukan lampu dan turun ke dalam liang lahat utk memudahkan pelaksanaan, kecuali darurat;
5. Wajib memperdalam lubang kubur, memperluas dan memperbaiki;
6. Penataan kubur tempat mayat ada 2 : a. lahad (melubangi liang kubur ke arah kiblat; b Syaq : melubangi ke bawah dipertengahan liang kubur.
7. Dalam kondisi darurat boleh menguburkan dua atau lebih mayat dalam lubang kubur, dengan mengutamakan orang lebih paham qur’an dan sunnah ;
8. yang menurunkan mayat adalah laki laki (meski mayat itu perempuan);
9. Wali mayyit lebih berhak menurunkan;
10. Boleh suami mengejakan penguburan sendiri istrinya;
11. Dipersyaratkan bagi yang menguburkan mayyit wanita, yang semalam tidak berhubungan suami istri;
12. Menurut Sunnah Rasulullah SAW : memasukkan mayat dari arah belakang liang kubur;
13. Meletakkan mayat diatas sebelah kannannya, wajah menghadap kiblat, kepala dan kedua kaki melentang kekanan dan ke kiri
14. Orang meletakkan mayat di kubur membaca “ bismillahi wa’allaa sunnati rasuulillahi shallallahu ‘ alaihi wassallama” atau bismillahi wa ‘alaa millati rasulullahi shalallahu ‘alaihi wassalama’’;
15. Seetalah menimbun kubur di Sunnahkan :
1) Meninggikan kubur sekitar sejengkal diatas permukaan tanah, tidak diratakan , supaya dapat dikenal, dipelihara dan tidak dihinakan;
2) Meninggikan hanya sebatas sejengkal;
3) Memberi tanda dengan batu atau sejenis supaya di kenal;
4) BERDIRI DI KUBUR SAMBIL MENDO’AKAN DAN MEMERINTAHKAN YANG HADIR UNTUK MENDOAKAN DAN MEMOHONKAN AMPUNAN ( INI AJARAN RASULULLAH SAW, SEDANG TALQIN YANG BIASA KITA DENGAR TIDAK ADA DALILNYA),
5) Boleh duduk saat pemakaman dengan maksud memberi peringatan orang yang hadir akan kematian dan alam setelah kematian (HR Al Barra bin ‘Aazib),
6) Menggali kubur sebelum mati sebagai persiapan mati tidak dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Karena hanya Allah yang tahu akan datangya kematian, serta rasulullah dan sahabat tidak pernah mengamalkannya.
M. TAKZIYAH
1. Disyariatkan bertakziyah dengan menganjurkan supaya bersabar, mengaharap pahala Allah SWT, dan mendo’akan si mayyit;
2. Bertakziyah dengan menyenangkan mereka, meringankan kesediahan, dan membuat mereka ridha dan sabar;
3. Takziyah tidak dibatasi 3 hari, kapanpun sempat saat itu dilakukan;
1) HARUS DIHINDARI MESKI TELAH TURUN TERMURUN BERLAKU DI ADAT KITA :
2) BERKUMPUL UNTUK BERTAKZIYAH PADA TEMPAT KHUSUS (RUMAH, MASJID, KUBURAN);
3) KELUARGA MAYIT SENGAJA MENYIAPKAN MAKANAN UNTUK ORANG YANG TAKZIYAH (SEPERTI HARI KETIGA, KE TUJUH, SERATUS, SERIBU, INI TIDAK ADA FALILNYA)
4. YANG ADA DALAM SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW : para kerabat mayyit dan tetangganya yang membuatkan makanan untuk keluarga mayyit.
5. Disukai mengusap kepala anak yatim, memuliakan serta berlemah lembut kepadanya.
N. YANG BERMANFAAT BAGI MAYYIT
1) Doa orang muslim untuknya;
2) Wali mayyit mengdqadla/menutupi puasa nadzar si mayyit;
3) Utang mayyit dibayar walinya atau orang lain;
4) Amalan shaleh dari anak shaleh dari sang mayyit;
5) Semua peninggalan baik si mayyit, begitu pula amal jariyah.
O. ZIARAH KUBUR
1) Disyariatkan berziarah kubur untuk mengambil pelajaran dan mengingat akhirat dan tidak melakukan kesyirikan, dengan cara beroa kepa mayyit, berlebihan memuji mayyit;
2) Wanita dan pria sma-sama boleh berziarah kubur dengan syarat menghindari ikhtilath, meratap, tabarruj (meperlihatkan aurat), serta semua jenis kemungkaran yang memenuhi kuburan pada zaman ini;
3) Wanita dilarang berziarah kubur seandainya bisa menyebabkan berbagai kemungkaran tersebut,
4) Boleh berziarah kubur orang yang mati untuk sekedar mengambil pelajaran;
5) Tujuan ziarah kubur :
a) Manfaat bagi yang berziarah :mengingat mati, mengenang orang yang sudah mati,bahwa tempat kemabli mereka hanya dua kemungkinan kalau bukan syurga pasti neraka. Ini berlaku untuksemua orang;
b) Memberi manfaat bagi mayyit dan berbuat baik pada mereka dengan cara memberi salam, mendoalkan dan memintakan ampunan kepada Allah SWT. Ini berlaku khusus untuk muslim. (Tidak disyaraiatkan membaca Al fatehah, Yassin, dan surah lain atau takbir, tahlil dll. Tapi yang disyariahkan adalah yang dicontohkan nabi Muhammad SAW)
6) Boleh mengangkat tangan saat berdoa untuk mayyit saat ziarah kubur, dilakukan tidak menghadap kubur tetapi menghadap kiblat,
7) Jika ziarah ke kubur orang kafir tidak boleh memberi salam,tidak mendoakan, bahkan memberikan kabar siksa neraka;
8) Tidak berjalan diantara kuburan muslim dengan alas kaki;
9) Tidak disyariatkan menaruh wewangian dan kembang, tidak boleh menancapkan pelepah kurma pada kuburan karena merupakan kekhususan bagi asulullah SAW),
10) Saat di kubur di HARAMKAN:
a) Menyembelih;
b) Meninggikan kuburan melebihi yang dijelaskan diatas;
c) Mencat kuburan;
d) Membangun diatasnya;
e) Duduk diatasnya;
f) Shalat menghadap kubur;
g) Shalat dikubur meski tidak menghadap kubur;
h) Membangun masjid di kubur’
i) Menyalakan lampu diatasnya’
j) Menghancurkan tulang mayat orang muslim (Adapun mayyit orang kafir diperbolehkan, karena tiada nilai kehormatan untuknya)
k) Menggali kuburan orang muslim kecuali ada sebab yang dibolehkan untuk syariat;
l) Boleh menggali kubur orang-orang kafir,karena tidak ada nilai kehormatan baginya.
m)
P. BEBERAPA KESALAHAN YANG BERTETANGAN DENGAN SYARIAT
Banyak orang awam, terlebih yang membesar-besarkan syaikh, kyai, ulama, sunan, wali, dll, banyak melakukan kesalahan yang bertentangan dengan syariat tertuama dalam pengurusan jenazah. Mereka menyangka bersumber dari Islam, padahal tidak dan bertentangan dengan petunujuk rasulullah SAW, karena memang tiada dalil, karena adat istiadat, atau kebiasaan orang kafir.
Kesalahan itu antara lain :
1) Membaca Surah Yassin untuk orang yang sekaratul maut;
2) Menghadapkan orang sekaratul maut ke kiblat;
3) Memasukkan kapas di pantat, tenggorokan dan hidung mayyit,
4) Keluarga mayyit tidak makan sampai selesai penguburan;
5) Memanjangkan jenggot sebagai rasa duka setelah itu mencukurnya;
6) Mengumunkan berita kematian lewat menara;
7) Mereka membaca saat seorang memberitakan kematian : Al Fatihah ‘ala ruh...
8) Yang memandikan mayyit membaca bacaan tertentu saat membasuh anggota tubuh mayyit;
9) Megeraskan dzikir saat memandikan atau saat mengantar jenazah;
10) Menghias jenazah;
11) Meletakkan selendang diatas keranda;
12) Keyakinan bahwa mayyit yang ringan dosanya sedikit, atau sebaliknya
13) Pelan-pelan dalam membawa jenazah;
14) Mengangkat suara saat menghadiri jenazah atau bercanda dengan orang lain;
15) Memuji-muji jenazah saat menghadiri jenazah di mesjid sebelum dan sesudah dishalati, sebelum pemakaman;
16) Kebiasaan membawa jenazah dengan mobil dan mengantarkan dengan mobil;
17) Shalat Ghaib, padahal sudah tahu bahwa ditempa meninggalnya sudah dishalati;
18) Imam posisi lurus ditengah mayat laki-laki atau posisi lurusdengan dada mayat perempuan;
19) Setelah shalat jenazah, ada yang bertanya dengan suara keras :”Bagaimana kesaksian kalian terhadap simayyit ini?”Lalu hadirin menjawab :” Dia adalah orang shaleh”;
20) Sengaja memasukkan mayyit dari arah liang kubur;
21) Menyebar pasir bibawah si mayyit tanpa ada alasan yang jelas,
22) Memercikkan bantal untuk mayyit atau jenis lain dibawah kepalanya dalam liang kubur;
23) Memakaikan air kembang ke mayyit dalam kubur;
24) Talqin dengan kata-kata : “wahai fulan...” jika datang kepadamu dua malaikat ..... dst;
25) Takziyah dikuburan dengan berbaris-baris,
26) Berkumpul disuatu tempat untuk takziyah;
27) Membatasi Takziyah dengan 3 hari;
28) Bertakziyah dengan perkataan “ Semoga Allah memperbanyak pahalamu” sebagai persangkaan itu ada sunnahnya, padahal tidak ada dalam sunnah nabi SAW.
29) Penyiapan hidangan makanan dari keluarga si mayyit;di beberapa hari tertentu;
30) Membuat makanan tertentu atau membelinya pada hari ketujuh;
31) Keluar pagi-pagi menuju mayyit yang telah dikubur kemarin, bersama kerabat keluarga dan temannya;
32) Merayakan pujian untuk mayyit pada malam ke 40, setahun setelah meninggal (Abdur Razzaq Naufal dalam kitabnya “Al Hayaat Al Ukhraa hal 156 berkata : Sesungguhnya peringatan ke40 ini berasal dari adat raja-raja fir’aun, sebab mereka sibuk dengan pengawetan mayat, persiapan penguburan selama 40 hari dan mereka menjadikan perayaan pemakaman);
33) Menggali kubur sebelum wafat sebagai tanda kesiapan mati;
34) Mengkhususkan ziarah kubur pada Idul Fitri;
35) Mengkhususkan ziarah kubur pada hari Senin dan Kamis;
36) Membaca Al fatehah dan Yasinan di kuburan;
37) Mengirim salam kepada para nabi melalui mayyit yang diziarahi kubur;
38) Menghadiahkan pahala ibadah seperti shalat dan bacaan Al qur’an kepada orang muslim yang sudah mati;
39) Menghadiahkan pahala amalan kepada nabi SAW;
40) Memberikan gaji kepada orang yang membacakan Al Qur’an dan menghadiahkannya untuk si Mayyit;
41) Pendapat mereka: Bahwa doa disekitar kubur para nabi dan orang salih mustajab;
42) Mengiasai kubur;
43) Bergantung dikubur nabi dan menciumnya;
44) Bertawaf dikubur para nabi dan orang shalih(Sebagaimana dilakukan orang-orang jahil di negeri muslim seperti mesir,)
45) Meminta pertolongan pada mayyit atau meminta doanya;
46) Mempertinggi dan membangun kuburan;
47) Menulis nama mayyit di masjid, atau membangun masjid diatas kubur;
48) Sengaja berpergian jauh untuk berziarah ke kubur nabi;
49) Mengirmkan tulisan yang berisi permohonan hajat kepada Rasulullah SAW saat berziarah ke makamnya;
50) Anggapan mereka : “Tiada beda antara semasa hidup dan sesudah mati nabi SAW dalam menyaksikan umatnya, serta mengetahui keadaan dan urusan mereka”.

*) Tulisan ini merupakan ringkasan materi tatacara pengurusan jenazah yang diikuti oleh penulis bulan APRIL 2009. Dan diambil dari KITAB “AHKAAMUL JANAAIZ WA BID’IHAA” KARYA
MUHAMMAD NASHARUDDIN AL – ABANI RAHIMAHULLAH. Untuk memahami dalil dalilnya dan memahami lebih jauh silahkan akhwan dan akhwat baca buku tersebut .
** )Mukadimmah murni tulisan penulis. Bukan tulisan Syaikh MUHAMMAD NASHARUDDIN AL – ABANI RAHIMAHULLAH

Tuesday, March 2, 2010

Pengalaman Ganjil Tukang Mandi Mayat


Kisah Seram


Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an tahun itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
“Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,”
pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil untuk menguruskan satu jenazah lain.
“Insya-Allah,”
jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,”
kata penggali kubur tersebut.
“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikuti saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat suci saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah Al-Fatihah, ketiga-tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tiadak lama kemudian gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah, tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah jatuh sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sediakala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah, gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak, wallahu’alam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz Al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
“Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat Al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.”
Cerita asal: Ustaz Haron Ibrahim