Pages

Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Pagar sempadan Israel-Mesir siap dibina

Pagar sempadan Israel-Mesir
Israel siap membina pagar sempadan yang memisahkan negara
 itu dengan Mesir, kelmarin. Foto: EPA

TEL AVIV - Israel siap membina pagar sepanjang 230 kilometer dari Pelabuhan Eilat di Laut Merah hingga Genting Gaza yang memisahkan negara itu dengan Mesir, kelmarin.

Pagar setinggi lima meter itu turut disokong peralatan pengawasan tentera yang kononnya dianggap oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebagai bukti komitmen beliau terhadap keselamatan Israel.

Tujuan utama ia dibina adalah untuk menghalang pendatang haram dan pejuang Islam bersembunyi di kawasan Sinai yang tidak diletakkan di bawah undang-undang Mesir.

Difahamkan, peringkat akhir pagar sepanjang 14 km tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

Israel dilihat sengaja mempercepatkan projek pembinaan itu berikutan jumlah kemasukan penduduk Afrika ke negara itu dilaporkan semakin meningkat.

Langkah terbaru itu menyebabkan hanya 36 pendatang haram memasuki ke Israel pada bulan lalu berbanding 2,153 orang pada 2011.

Lebih 60,000 penduduk Afrika masuk ke negara itu secara haram sejak beberapa tahun lalu untuk mendapatkan pekerjaan dan perlindungan. - Al-Jazeera

Wednesday, December 26, 2012

Israel lulus universiti pertama

Israel lulus universiti pertamaKerajaan Eropah dan AS turut mengkritik pelan Israel yang mahu menambah lebih 6,000 penempatan Yahudi di bumi Palestin.
TEBING BARAT - Israel sekali lagi membuat keputusan tanpa persetujuan mana-mana pihak khasnya Palestin dengan menaik taraf sebuah kolej di penempatan haram Yahudi dalam Tebing Barat sebagai universiti.

Keputusan diumumkan kelmarin, melibatkan kampus Ariel yang ditubuhkan pada tahun 1982 berdekatan bandar Nablus sebagai sebuah universiti sama taraf dengan yang sedia ada di Israel.

Tindakan itu dilihat satu lagi kaedah rejim untuk mencetuskan kritikan antarabangsa dan kemarahan rakyat Palestin yang sebelum ini menganggap Tebing Barat sebagai sebahagian kawasan untuk negara mereka.
Pengiktirafan itu dibuat selepas rejim mengumumkan pelannya memperluas penempatan haram lain di tanah yang diduduki sekali gus mengundang tentangan daripada Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Palestin turut mengutuk keputusan rejim dan menggesa universiti seluruh dunia memboikot institut berkenaan.
Setakat ini, majoriti masyarakat dunia menyetujui bahawa kawasan yang dirampas rejim dan dijadikan sebagai penempatan Yahudi adalah haram dan menjadi sebahagian penghalang keamanan. - Al-Jazeera

Friday, December 21, 2012

Israel berkeras bina penempatan haram

Israel berkeras bina penempatan haramNetanyahu (gambar kecil) berkeras mahu menambah unit penempatan haram Yahudi di bumi Palestin.
BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkeras mahu menambah bilangan penempatan haram Yahudi walaupun pelan membina 6,000 unit kediaman dalam kawasan Palestin dikritik negara Barat, semalam.

Selain tambahan hampir 2,000 unit rumah awal bulan ini, media Israel melaporkan lebih 3,000 unit rumah Yahudi sedang dalam pembinaan di Baitulmaqdis dan Tebing
Barat.

Menurut kumpulan pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan, wilayah timur Baitulmaqdis jatuh ke tangan rejim Israel dalam peperangan pada 1967.

Keputusan membina ribuan penempatan haram itu diumumkan Netanyahu sebaik sahaja Palestin menerima pengiktirafan sebagai sebuah negara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan ahli Majlis Keselamatannya, turut mengkritik pelan terbaru Israel.

Menurut Ki-moon, kerajaan rejim bertindak menambah penempatan haram mereka sekali gus menjadi ancaman kepada pembangunan Palestin. - Reuters

Lagi rumah haram Israel dilulus



Deretan karavan boleh dilihat di Givat HaMatos, sebuah kawasan jajahan Israel yang masih belum dibangunkan di timur Baitulmaqdis, kelmarin. - AFP
BAITULMAQDIS 20 Dis. - Israel semalam meneruskan rancangannya untuk membina 3,658 unit rumah haram baharu, kebanyakannya di kawasan yang dijajahnya di timur Baitulmaqdis, sekali gus mencetuskan kemarahan Palestin dan mengundang kecaman daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB).
Rancangan pertama melibatkan pembinaan 2,610 kediaman di Givat HaMatos, sebuah daerah yang masih belum dibangunkan di timur Baitulmaqdis, diikuti pengumuman tender 1,048 unit penempatan haram lain, kebanyakannya di kawasan yang dijajah Israel di Tebing Barat.
Perkembangan terbaharu itu berlaku selepas dua hari Israel meluluskan pembinaan 1,500 lagi penempatan haram di Baitulmaqdis yang mencetuskan kecaman Amerika Syarikat (AS) kerana ‘membuat tindakan provokasi’.
Rancangan terbaharu Israel itu semalam, mengundang kecaman PBB dan semua anggota Majlis Keselamatan PBB kecuali AS, yang disifatkan mampu menjejaskan usaha rundingan damai.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, Israel mengambil ‘laluan bahaya’, manakala Kesatuan Eropah (EU) menyifatkan tindakan rejim Zionis itu sebagai ‘menghilangkan kepercayaan’ bahawa mereka mahu berunding dengan pemimpin Palestin.
Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Politik PBB, Jeffrey Feltman turut mengecam tindakan Israel membekukan pembayaran wang cukai dan kastam yang dikutipnya bagi pihak Palestin dan menyatakan wang itu perlu disalurkan dengan segera.
Perunding Palestin, Mohamed Shtayyeh turut memberi amaran, keputusan rejim Zionis itu boleh mendesak mereka meneruskan rancangan mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121221/lu_01/Lagi-rumah-haram-Israel-dilulus#ixzz2FfAAJUIY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, December 19, 2012

Israel tambah 1,500 penempatan haram



Penduduk Palestin tidak bersetuju Israel merampas tanah mereka.
Penduduk Palestin tidak bersetuju Israel merampas tanah mereka.
BAITULMAQDIS - Israel meluluskan satu lagi pelan bagi membina 1,500 buah rumah baru di Baitulmaqdis Timur sekali gus mencetuskan kemarahan rakyat Palestin, kelmarin.
Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Israel, Efrat Orbach berkata, jawatankuasa perancangan kementeriannya telah memberi kebenaran kepada pemaju yang pada mulanya mahu membina 1,600 rumah kepada 1,500 buah penempatan haram Yahudi di Ramat Shlomo, lapor Al-Jazeera.
Terdahulu, pelan berkenaan pernah mencetuskan perselisihan diplomatik dengan sekutunya, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada 2010 apabila Timbalan Presiden AS, Joe Biden mengadakan pertemuan untuk meningkatkan perbincangan damai antara Palestin dan Israel.
Bagaimanapun, pelan yang dibekukan lebih setahun itu diluluskan semula dalam dua minggu lalu oleh kementerian Israel.
Sementara itu, kepimpinan Palestin bersuara akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan isu terbabit.
"Kepimpinan akan mengambil langkah yang perlu dan penting terhadap pembinaan penempatan haram Yahudi termasuk mendapat bantuan daripada PBB untuk menghalang pelaksanaan pelan tersebut," kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas.
Ramat Shlomo merupakan kawasan penempatan haram Yahudi dalam kawasan Baitulmaqdis Timur yang mana dirampas oleh rejim sejak tahun 1967.

Wednesday, November 28, 2012

Pembunuhan terancang jadi polisi Israel



WARTAWAN SINAR HARIAN
28 November 2012
logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
DALAM hati yang sedih, jiwa yang pedih, pipi basah dihujani air mata, Ummu Muhammad Useila membawa beg sekolah dan beberapa buku sambil bertanya, "Adakah pengganas Israel yang membunuh anak saya, sebahagian jantung dan hati saya, akan menerima pembalasan adil?
Atau mereka terus jadi penjenayah tanpa hukuman sama seperti sebelum ini?
"Saya berdoa mereka dihukum, diadili seperti dilaungkan masyarakat antarabangsa."
Itu luahan hati seorang ibu di Gaza yang anaknya dibunuh Zionis menggunakan roket buatan Amerika.
Juga suara hati ibu lain yang hancur jiwanya setiap kali melihat ahli keluarga dibunuh kejam roket dan pelodak Zionis laknatullah.
Jasad anak-anak di Gaza berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil sama seperti puingpuing bangunan yang berselerakan.
Penjenayah Israel masih terus dahagakan darah bangsa Palestin. Mereka sudah tidak lagi punya kewarasan untuk membezakan 'pejuang yang memikul roket' dengan seorang anak kecil yang menggalas beg menuju sekolah.
Dalam bahasa mudah, Israel kini mengamalkan polisi pembunuhan terancang ke atas seluruh bangsa Palestin.
Setiap minit dari subuh pagi hingga malam warga Palestin dihidangkan bunyi-bunyian senjata.
Letupan bom di merata tempat.
Tidak tergamak melihat penderitaan ini setiap hari. Mereka tidak berdosa, mereka inginkan keamanan, mereka inginkan alam persekolahan, seperti anak-anak kita juga.
Bantulah mereka! Dengan bantuan kita penderitaan mereka dapat dikurangkan.
Hulurkanlah sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian.
Jumlah kutipan meningkat kepada RM88,111.33 sehingga semalam, selepas tujuh hari dilancarkan.
Salurkan sumbangan ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988 atau hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain menerusi 03-51013820.
Masyarakat dan komuniti setempat yang ingin menyumbang, juga boleh melakukannya secara terus dengan menghubungi wartawan atau skuad di daerah masing-masing.

Tuesday, November 27, 2012

Israel longgar sekatan




26 November 2012
Israel longgar sekatan
Israel membenarkan nelayan untuk menangkap ikan pada jarak 11 km berbanding 5 km sebelum ini. Foto: Getty Images
BANDAR GAZA - Penduduk Palestin, kelmarin, memaklumkan Israel mula melonggarkan sekatan di kawasan sempadan mengikut kandungan perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui pada Rabu lalu.

Langkah itu dilihat memudahkan golongan petani melawat kawasan tanaman berhampiran pagar sempadan.

Selain itu, nelayan juga kini boleh menangkap ikan pada jarak 11 kilometer (km) berbanding sebelum ini yang dihadkan hanya 5 km dari tepi pantai.

Bagaimanapun, Pengerusi Kesatuan Nelayan Gaza, Nazar Ayesh melahirkan rasa tidak puas hati kerana jarak tersebut sepatutnya diperluaskan sehingga 37 kilometer.

"Saya menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan sekatan ini memandangkan Israel hanya memberi sedikit kelonggaran kepada kami," tegasnya.

Berdasarkan data diberikan oleh kesatuan itu, Gaza mempunyai 3,700 nelayan berdaftar yang mengendalikan kira-kira 700 bot.

Susulan daripada rungutan yang diterima daripada beberapa pihak, Mesir dan Israel dijangka mengadakan satu lagi pertemuan pada hari ini untuk membincangkan aspek lain berhubung gencatan senjata tersebut.

Dalam perkembangan lain, sebuah kumpulan pro-Israel bertindak memfailkan petisyen menggesa Amerika Syarikat dan laman Twitter melarang Hamas daripada menggunakan laman blog mikro itu.

Kumpulan Christians United for Israel (Cufi) tersebut mengambil langkah itu kononnya selepas Hamas didakwa menggunakan Twitter untuk menyampaikan perkembangan serangan kepada orang awam. - AFP

PBB kecam video palsu Israel




26 November 2012
PBB kecam video palsu Israel
Seorang penduduk Palestin tidak dapat menahan kesedihan berikutan saudaranya terkorban akibat kekejaman rejim Zionis pada 18 November lalu. - Foto: AP
PBB kecam video palsu Israel
Seorang bapa cuba untuk menyelamatkan anaknya selepas Israel membedil Bandar Gaza. - Foto: Reuters
PBB kecam video palsu Israel
Beberapa penduduk Palestin mencari barang mereka yang terselamat di sebalik runtuhan bangunan yang musnah selepas dibedil rejim Zionis. - Foto: Reuters
PBB kecam video palsu Israel
Israel menyerang sekolah milik UNRWA semasa perang Gaza pada 2008. Rejim itu menuduh sekolah dan hospital di Gaza digunakan pejuang Palestin untuk melancarkan peluru berpandu.
GAZA - Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk pelarian Palestin mengkritik dan menyelar penipuan Israel yang dibuat melalui media sosial bahawa pertubuhan itu membenarkan sekolah miliknya di Genting Gaza digunakan oleh pejuang Palestin untuk melancarkan roket ke arah Israel.

“UNRWA menafikan dakwaan yang dibuat secara online oleh jurucakap tentera Israel (IDF) bahawa pejuang Palestin menggunakan sekolah atau kemudahan lain milik UNRWA di Gaza untuk melancarkan peluru berpandu ke Israel,” menurut agensi itu dalam kenyataan akhbar, Selasa lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Israel memuat naik video propaganda mereka di laman web YouTube, menunjukkan animasi bagaimana sebuah sekolah milik PBB digunakan untuk melancarkan peluru berpandu.

Menurut UNRWA, IDF menggunakan akaun Twitter rasmi mereka, @ IDFSpokesperson untuk mengirim pautan kepada sebuah video yang dimuat naik di akaun rasmi YouTube milik tentera Israel.

Video itu menunjukkan pejuang Palestin menembak peluru berpandu dari sebuah sekolah yang ditanda secara jelas menggunakan simbol UNRWA.

“UNRWA memandang berat penghasilan serta penggunaan animasi itu yang mendakwa UNRWA membenarkan premis milik kami digunakan untuk aktiviti peperangan dalam konflik terbaru ini.

Kami juga mengecam penggunaan logo kami tanpa kebenaran,” menurut pertubuhan itu. Israel telah lama menuduh bahawa sekolah dan hospital di Gaza digunakan sebagai pusat tentera Hamas namun tidak dapat memberika sebarang bukti kukuh.

Tuduhan itu dibuat sebagai justifikasi tindakan tentera rejim itu yang kerap menyerang hospital dan sekolah di Gaza, iaitu pencabulan serius undang-undang antarabangsa semasa konflik.

UNRWA sebelum itu melaporkan sekolah rendah Shejaya miliknya rosak teruk akibat serangan bertubi-tubi tentera Israel.

Thursday, November 22, 2012

17 cedera letupan bas di Tel Aviv



BEBERAPA pakar bom memeriksa bahagian bawah bas yang meletup di Tel Aviv. Israel semalam -REUTERS


TEL AVIV, Israel – Sebutir bom yang diletakkan di dalam sebuah bas meletup berhampiran ibu pejabat tentera di sini tengah hari semalam menyebabkan 17 orang cedera.
Kejadian terbaharu itu dilihat merumitkan usaha gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas di Genting Gaza.
Serangan tersebut berlaku ketika Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton berulang-alik antara Baitulmuqaddis dan Tebing Barat untuk berusaha mencapai satu perjanjian damai terhadap konflik Asia Barat itu yang masuk hari kelapan semalam.
Setakat ini, seramai 130 orang rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak disahkan terbunuh dalam serangan bertalu-talu oleh rejim Zionis.
Lima rakyat Israel turut dilaporkan terbunuh akibat terkena bedilan roket pejuang Hamas yang dilancarkan ke selatan Israel.
Sementara itu, Washington segera mengutuk serangan bom itu yang disifatkan akan melemahkan usaha damai dalam konflik Israel-Gaza.
“Serangan terhadap orang awam Israel yang tidak bersalah adalah keterlaluan,” kata White House dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Clinton dilaporkan tiba di ibu kota Mesir, Kaherah untuk menemui Presiden Mohammed Morsi bagi membincangkan usaha gencatan senjata bagi mengakhiri konflik di Gaza.
Serangan udara ke atas Gaza oleh tentera Israel bermula pada 14 November lalu mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.
Selain menggunakan pesawat pejuang untuk membedil Gaza, tentera Israel turut menggunakan meriam untuk menyerang beberapa kedudukan penting pejuang Hamas.
Dalam perkembangan lain, pemerintah Iran telah menghantar bantuan ketenteraan kepada pejuang Hamas, kata speaker Parlimen semalam.
“Kami berbangga dapat mempertahan penduduk Palestin dan Hamas dan bantuan kami meliputi kewangan dan ketenteraan,” kata Ali Larijani di dalam laman web rasmi Parlimen negara itu. – Agensi

Tuesday, November 13, 2012

Zionis sahkan serangan balas ke atas Syria



DUA buah kereta kebal tentera Israel mengawal
Bukit Golan dekat Kampung Bariqa, Syria semalam.
BAITULMUQADDIS - Tentera Israel semalam melancarkan serangan balas ke atas Syria sebagai respons terhadap serangan mortar di Bukit Golan, kata satu sumber tentera.
"Sebelum ini, serangan mortar mengenai sebuah kawasan di pekarangan pos tentera Israel di Bukit Golan yang disebabkan oleh konflik dalaman Syria," kata sumber tentera tersebut.
Menurutnya, askar-askar tentera Israel melancarkan bedilan meriam kereta kebal.
Sumber tersebut menyatakan bedilan tersebut dihalakan ke arah lokasi bedilan mortar tersebut dilancarkan.
Tentera Israel turut memberi amaran bahawa jika tentera Syria terus melancarkan serangan, pihaknya akan melancarkan serangan yang lebih besar.
"Bedilan dari Syria ke Israel tidak akan dikompromi," kata satu kenyataan daripada tentera Israel. - AFP

Sunday, November 4, 2012

Israel bunuh Abu Jihad

pix_gal0Ehud Barak, Moshe Yaalon jadi dalang

BAITULMAQDIS: Israel semalam mengaku membunuh timbalan pemimpin Palestin, Yasser Arafat, yang juga pengasas Fatah Khalil al-Wazir atau Abu Jihad (gambar), dalam serbuan pada 1988 di Tunisia.
Pengakuan itu akhirnya membongkar rahsia hampir 25 tahun dan membenarkan tanggapan mengenai operasi rahsia Zionis sebagai sebab kematian beliau. Abu Jihad yang berpengaruh dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bersama Arafat, dipersalahkan di atas siri serangan maut terhadap penduduk Israel.



'Saya tembak'

Dua dalang yang terbabit dalam operasi membunuh al-Wazir, kini menyandang jawatan politik tinggi di Israel iaitu Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan Timbalan Perdana Menteri, Moshe Yaalon.

Ketika Barak adalah timbalan ketua tentera dan Yaalon mengetuai unit elit komando, Sayeret Matkal. Peranan mereka di dalam operasi itu tidak dihebahkan dan pejabat kedua-duanya juga enggan memberi komen.
Israel memang sudah lama disyaki membunuh al-Wazir. Namun baru sekarang badan tapisan tentera wilayah itu membenarkan akhbar Yediot Ahronot menyiarkan maklumat berkenaan, selama 12 tahun termasuk temubual dengan komando yang membunuhnya.

“Saya menembaknya dan berhati-hati supaya tidak mencederakan isterinya yang ada di situ. Beliau meninggal dunia. Abu Jihad terbabit dalam tindakan ganas ke atas penduduk awam. Saya menembaknya tanpa sebarang keraguan,” kata komando Nahum Lev kepada akhbar itu sebelum kematiannya dalam kemalangan motosikal pada 2000.

Berpuluh-puluh operasi sama dikaitkan dengan Israel sejak berdekad lalu. Namun Israel jarang mengambil tanggungjawab dan tidak memberi komen mengenai operasi itu.

Pegawai Israel tidak mengesahkan operasi itu secara terbuka. Bagaimanapun, keputusan badan tapisan membenarkan penyiaran itu bermakna Israel semakin hampir membuat pengakuan.

Identiti rahsia

Tugas utama badan itu ialah menghalang penerbitan bahan yang dianggap ancaman kepada keselamatan negara. Israel mempunyai dasar melarang penerbitan maklumat yang mendedahkan ejennya, taktik dan kaedah pengumpulan perisikan atau meletakkan nyawa orang masih hidup yang terbabit dalam sebarang operasi dalam bahaya.

Walaupun dalam kes al-Wazir ia muncul lama sebelum khabar angin dan laporan asing mendakwa berjaya mendedahkan operasi itu, bersama-sama kematian penembak, pejabat badan penapisan memutuskan untuk menggugurkan larangan penyiaran. Banyak maklumat dan identiti mereka yang terbabit masih kekal rahsia. - AP

Sunday, September 30, 2012

Israel kian terdesak sekat nuklear Iran

Baitulmaqdis: Sebahagian penduduk Israel tidak faham mengapa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menyebelahi calon Presiden Republikan, Mitt Romney semata-mata kerana percaya Romney akan lebih tegas terhadap Iran jika menang.

Menjadi pantang larang kepada pemimpin Israel cuba mempengaruhi kempen pilihan raya Amerika Syarikat, sekutu kuat rejim Zionis itu. Dengan Presiden Barack Obama cuma sedikit mendahului dalam tinjauan pendapat, strategi Netanyahu kelihatan berisiko kepada penduduk Israel yang bimbang hubungan baik dengan Amerika akan bermasalah jika Obama menang.
Jika Perdana Menteri kita tidak sependapat dengan pemimpin mereka, ia akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Amerika adalah sekutu kuat Israel dan memang bagus mempunyai kawan yang kuat di belakang anda, kata kerani syarikat sewa kereta di Baitulmaqdis, Shai Hugi, 20.

Netanyahu yang yakin Iran semakin hampir membangunkan senjata nuklear, berkata, Tehran perlu disekat.

Serius guna kekerasan
Mendakwa usaha diplomatik antarabangsa dan sekatan ekonomi gagal, Netanyahu berkata, ancaman kekerasan perlu dipertimbangkan secara serius.

Beliau menggesa Obama mengisytiharkan garisan merah yang akan mencetuskan serangan Amerika ke atas kemudahan nuklear Iran, bergandingan dengan ancaman serangan Israel terhadap republik Islam itu.

Obama menolak semua desakan itu dan berkata, usaha diplomasi serta sekatan diketuai Amerika mesti diberi lebih masa, manakala Iran tidak akan dibenarkan memiliki senjata nuklear.

Pada masa sama, pegawai Amerika menekan Israel supaya tidak melancarkan serangan sehala, tindakan yang boleh mencetuskan keganasan di rantau itu menjelang pilihan raya presiden November ini.

Netanyahu bagaimanapun tidak berganjak daripada pendiriannya. Dalam mesej kepada Rumah Putih, baru-baru ini, beliau berkata: Masyarakat antarabangsa yang enggan meletakkan garisan merah kepada Iran tidak mempunyai hak moral untuk memberi lampu merah pada Israel.

Pemimpin Israel bergantung kepada sokongan Amerika selama berdekad lamanya tetapi hubungan Netanyahu dengan Obama agak goyah, berikutan perbezaan pendapat berhubung Iran.

Israel sokong Republikan

Perjanjian itu disertai dengan persahabatan sekian lama dengan Romney, mencipta persepsi pemimpin Israel itu menyokong Republikan.

Sama ada ia benar atau tidak beliau menyebelahi mana-mana pihak, saya tidak tahu. Namun, corak tindakannya menunjukkan persepsi itu berasas, kata bekas diplomat Israel di New York, Alon Pinkas.

Pakar hubungan Amerika dan Israel di Universiti Bar-Ilan, Eytan Gilbao, berkata Obama jika terpilih semula mungkin bertindak balas terhadap penduduk Israel dengan menekan Netanyahu membuat tolak ansur baru kepada pemimpin Palestin bagi mengatasi kebuntuan yang dilihat sebagai kegagalan utama pentadbiran Amerika.

Pada temu bual dalam televisyen Amerika minggu ini, pemimpin Israel itu menafikan campur tangannya dalam kempen pemilihan semula Obama dan berkata beliau menghargai kepentingan sokongan Washington.
AP

Wednesday, September 26, 2012

Alih dosa ke dalam air

AFP
SEJUMLAH penduduk ortodoks 
Yahudi berdoa di depan 
kolam plastik yang mengandungi beberapa 
ekor ikan di Bnei Brak, dekat Tel Aviv kelmarin.


BNEI BRAK, Israel - Sejumlah penduduk ortodoks Yahudi mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di sini kelmarin.
Mereka kemudian berdoa bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air.
Cebisan roti kemudian dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu. - Agensi

Monday, September 10, 2012

Lelaki Palestin parah diserang remaja Yahudi




         
BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel semalam menahan lima remaja Yahudi disyaki menyerang seorang penduduk Palestin di satu kawasan penempatan Yahudi di Baitulmaqdis, kata jurucakap polis.

Menurut Luba Samri, remaja terbabit mengaku melakukan serangan itu dan mendakwa menyangka mangsa cuba “mengambil kesempatan ke atas seorang remaja perempuan Yahudi.” Katanya, penahanan seorang daripada remaja itu dilanjutkan dua hari sebelum dihadapkan ke mahkamah hari ini. Kenyataan terdahulu mendakwa, hanya tiga remaja terbabit dalam keganasan berkenaan.


Mangsa, Ibrahim Abu Taa, 28, mendakwa dia dibelasah pada malam Rabu lalu ketika mengikut seorang rakan sekerjanya di Katamon, barat Baitulmaqdis Pekerja hotel itu berkata, dia diserang sebaik saja remaja terbabit menyedari dia berbangsa Arab. Dia terpaksa dirawat di hospital kerana patah kaki dan lebam di seluruh badan. Insiden terbaru itu berlaku beberapa hari selepas seorang remaja Palestin berusia 17 tahun dipukul pemuda Yahudi di tengah Baitulmaqdis. Sembilan penduduk Yahudi, termasuk lapan remaja, didakwa pihak berkuasa. - AFP

Friday, September 7, 2012

Pemimpin tentera AS lawat Israel secara rahsia




         
BAITULMAQDIS: Naib Pengerusi Ketua Turus Bersama Tentera Amerika Syarkat (AS) melakukan lawatan secara rahsia ke Israel ketika ketegangan semakin meningkat berhubung program nuklear Iran.

Radio Tentera Israel berkata, Laksamana James Winnefed berada di negara itu atas jemputan rakan sejawatannya, Mejar Jeneral Yair Naveh.


Tentera Israel bagaimanapun enggan mengesahkan laporan itu.

Setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh ketibaan Winnefed tetapi dia dikatakan berlepas pulang dari Israel, semalam.


Menurut laporan itu, lawatan berkenaan dirahsiakan kerana sensitiviti politik antara Israel dengan Washington mengenai cara menangani program nuklear Iran.


AS dan Israel percaya Iran berhasrat menghasilkan senjata atom menerusi program berkenaan. Republik Islam itu bagaimanapun menafikannya.

Minggu depan, seorang lagi pegawai kanan AS dijangka melawat Israel, lapor laman web berita, Ynet.


Leftenan Jeneral Craig Franklin, Pemerintah Pasukan Tentera Udara Ketiga AS melakukan lawatan itu menjelang latihan bersama tentera kedua-dua pihak yang dijadual bulan depan. - AFP

Friday, August 31, 2012

Amaran Israel buat pendatang




31 Ogos 2012
 Amaran Israel buat pendatang
Eli Yishai
TEL AVIV - Israel mengeluarkan amaran bakal  mengumpul ribuan pendatang Sudan yang tidak sah, kemudian menyumbat mereka ke dalam pusat tahanan jika, mereka gagal meninggalkan negara rejim secara sukarela.

Menurut Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yishai tindakan penahanan akan bermula pada pertengahan Oktober depan.

Israel berhadapan dengan kebanjiran lebih 60,000 pendatang Afrika yang berhijrah ke negaranya termasuk 15,000 pendatang daripada Sudan dengan alasan mencari kehidupan lebih sempurna selain terus menetap di negara tersebut.

Yishai berkata, kerajaannya gagal mengeluarkan pendatang itu dari tanah air mereka kerana telah menandatangani satu perjanjian pelarian antarabangsa yang melarang negara terlibat memaksa pendatang pulang ke negara asal.

Thursday, August 9, 2012

Aktivis Scandinavia lancar kapal bantuan ke Palestin




         
OSLO: Kumpulan aktivis Scandinavia semalam melancarkan sebuah kapal bantuan ke Gaza dengan harapan untuk mencabar kepungan Israel dan menarik tumpuan antarabangsa terhadap konflik di wilayah Palestin itu.

Penganjur berkata, matlamatnya sama dengan ‘Flotilla Kebebasan’ yang dilancarkan pada 2010.


“Kami mempunyai matlamat yang sama seperti flotilla sebelum ini iaitu untuk menamatkan sekatan terhadap Gaza dan mencabar tentera laut Israel,” kata Torstein Dahle, pemimpin cawangan Norway kumpulan aktivis yang dikenali ‘Kapal ke Gaza.’ “Kali ini, tentera Israel mempunyai tugas yang lebih mudah untuk menyekat kami kerana jumlah kami jauh lebih kecil dan tidak ganas,” kata Dahle di Pelabuhan Oslo.

SV Estelle yang sepanjang 53 meter dan disokong oleh aktivis dari Sweden dan Norway, belayar dari Oslo semalam. Penganjur berharap beberapa kapal lain akan menyertai mereka ketika dalam pelayaran sebelum tiba di perairan Gaza pada Oktober. - Reuters

Monday, August 6, 2012

Sokongan kepada Israel merosot


 
Tel Aviv: Duta Britain ke Israel Matthew Gould berkata sokongan antarabangsa kepada rejim Zionis di kalangan mereka dalam berada dalam bidang politik semakin merosot, berpunca daripada peluasan penempatan di Tebing Barat dan sekatan berterusan ke atas Gaza.

Kebimbangan semakin memuncak di Britain berhubung kekurangan kemajuan ke arah perdamaian dengan penduduk Palestin, dan Israel kini dilihat sebagai penjahat yang menindas penduduk Palestin, katanya

Dalam temubual untuk siaran berita Channel 10, Gould berkata, beliau mengesan perubahan itu di kalangan anggota Parlimen Britain yang berpandangan lebih kritikal terhadap Israel.
Israel mungkin terjaga dalam masa 10 tahun dan mendapati tahap pemahaman dalam masyarakat antarabangsa berubah, dan kesabaran sudah berkurangan.

Sokongan terhadap Israel semakin merosot dan ia bukan mengenai penduduk terpinggir yang bersuara lantang dan menggesa pemulauan serta perkara lain. Kategori menarik ialah kalangan anggota Parlimen yang saya lihat ada perubahan, katanya.

Perubahan itu adalah disebabkan dasar kerajaan Israel, kata Gould, menegaskan ia tidak boleh diatasi atau dihalang oleh hasbara, perkataan Hebrew yang merujuk kepada usaha rejim itu dan penyokongnya untuk mempromosikan agenda pro Israel dan mencabar apa yang dilihatnya sebagai liputan negatif media.

Majoriti penduduk awam Britain mungkin bukan pakar, tetapi mereka tidak bodoh dan melihat siri pengumuman mengenai penempatan baru, mereka membaca cerita apa yang berlaku di Tebing Barat, mereka membaca mengenai sekatan di Gaza. Bahan mengenai apa yang salah sebenarnya mendorong perubahan ini. Israel kini dilihat sebagai penjahat dan penduduk Palestin di pihak baik, katanya.
Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor, berkata: Perasaan persahabatan di kalangan penduduk Israel dengan rakyat Britain secara umum adalah kuat seperti selalu. Memang menyedihkan apabila mendengar duta bercakap mengenai ketidakseimbangan yang semakin meningkat, katanya
Agensi

Monday, July 30, 2012

Israel nafi AS beri taklimat serang Iran



BAITULMUQADDIS - Seorang pegawai Israel semalam menafikan laporan sebuah akhbar bahawa penasihat keselamatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah memberi taklimat kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tentang pelan kecemasan untuk menyerang Iran.
Menurut akhbar Haaretz, serangan itu akan dilakukan jika usaha-usaha diplomatik gagal untuk memujuk Iran menamatkan program nuklearnya.
Akhbar tersebut menyatakan, penasihat tersebut, Thomas Donilon telah membincangkan pelan itu semasa makan malam dengan Netanyahu pada awal bulan ini.
AS bimbang program nuklear Iran akan digunakan untuk menghasilkan senjata. - Agensi

Sunday, July 29, 2012

Rakyat Saudi pulang ke rumah selepas dipenjara di Israel



RIYADH 29 Julai - Seorang lelaki Arab Saudi yang dipenjarakan hampir tujuh tahun di Israel selepas dikatakan 'sesat di gurun Sinai', akhirnya dibebaskan dan tiba di rumahnya di sini pada Khamis lalu.
Akhbar tempatan, Al-Watan melaporkan, Abdulrahman al-Atwi tiba di Riyadh selepas berlepas dari Amerika Syarikat, di mana dia dipindahkan dari Israel beberapa bulan lalu.
Pada 2005, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal berkata, kerajaan negara itu mendesak pembebasan Abdulrahman yang dilapor menyelusup masuk dari Jordan untuk menyerang kepentingan Israel. - AFP