Portal berita The Daily Tribune memetik pakar hidupan laut yang memaklumkan, bangkai jerung berukuran 4.57 meter itu dijumpai buat kali ke-64 selepas penemuan spesis tersebut direkodkan buat pertama kali pada 1976.
Menurut Biro Sumber Perikanan dan Akuatik (BFAR), jerung itu mampu mencapai berat sehingga satu tan dan mempunyai jangka hayat sehingga 100 tahun.
Ketua Seksyen Pengurusan Sumber Perikanan Marin BFAR di Bicol, Nonie Enolva berkata, penemuan jerung megamouth di Burias Pass menunjukkan kawasan perairan itu kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut dan menjadi kawasan tumpuan hidupan marin di negara ini.
Dalam laporan berasingan, nelayan dari Barangay Marigondon, Edgar Chavez, 39, mendakwa menangkap jering itu berdekatan perairan Catandulan Point, empat hari lalu.
“Kami sedang menangkap ikan ketika jerung itu terperangkap dalam jaring kami.
“Kami mengeluarkan binatang itu daripada jaring, tetapi jerung itu mati pada pagi Rabu lalu,” katanya.