Pages

Showing posts with label lemah. Show all posts
Showing posts with label lemah. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Lelaki lemah dengan wanita

Berita Harian Online | Lelaki lemah dengan wanita:
Hadapi masalah darah gemuruh, tak dapat berfikir dengan betul 

NEW YORK: Lelaki bukan saja berdepan masalah penurunan kekuatan mental apabila dikelilingi wanita, malah akan mengalami masalah itu walaupun cuma memikirkan mengenai mereka, menurut satu kajian baru.
“Dengan kehadiran wanita, lelaki kadang-kadang tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Mereka tidak dapat berfikir lurus apabila dikelilingi wanita,” lapor akhbar New York Daily News.
Namun perkara itu tidak berlaku kepada wanita, menurut kajian Universiti Radboud Nijmegen di Belanda, yang disiarkan dalam online November lalu. 

Penyelidik membandingkan hasil kajian dengan adegan dalam novel Tolstoy, Anna Karenina, yang menonjolkan karektor lelaki, Levi, menjadi amat gemuruh ketika cuba memikirkan sesuatu untuk memberitahu seorang wanita, Kitty, yang tidak mengenali rakan yang berjalan melepasi kolam tempat mereka berdiri. Ia juga berlaku dalam kehidupan sebenar. 

“Keadaan itu adalah biasa jika wanita berkenaan menarik dan lelaki cuba menarik perhatiannya,” menurut penulis kajian. 

Penyelidik menggunakan penuntut universiti sebagai peserta uji kaji. 
Dalam satu kajian, penuntut diminta melengkapkan tugas membaca gerak bibir yang menghendaki mereka menyebut perkataan dengan kuat di depan kamera web. 

Mereka diberitahu seseorang akan melihat rakaman dan cuba membaca gerak bibir. 
Peserta lelaki yang diberikan wanita memerhatikan mereka melakukan perkara itu memberikan persembahan terburuk dalam ujian kemampuan kognitif walaupun tidak melakukan secara berdepan dengan wanita. Sementara peserta wanita tidak menunjukkan perubahan. 

Penyelidik mendapati hasil kajian mungkin berkaitan dengan tekanan evolusi yang membentuk lelaki menjadi lebih bersikap seksual di sebalik keadaan biasa, tetapi menegaskan kajian lanjut perlu dilakukan. – Agensi
'via Blog this'

Sunday, February 19, 2012

Nada dering telefon boleh lemahkan otak

Penggunaan lagu popular, jejas pembelajaran

LONDON: Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.
Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit.
Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

“Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai , tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup,” kata Jill Shelton.

Kajian termasuk eksperimen dijalankan Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg berdering secara berterusan dengan kuat selama 30 saat.

Hasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25 peratus lebih rendah berbanding n sebelum gangguan itu.
Pelajar yang diuji sukar mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan.

Pelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.

Pada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.

Lagu dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football university itu dimainkan sekejap-sekejap.

Lagu itu juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.

“Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama.

“Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa.

“Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka,” kata Shelton.

Kajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks. – Agensi

Berita Harian Online | Nada dering telefon boleh lemahkan otak:

'via Blog this'

Sunday, September 18, 2011

Lelaki merokok lemah di bilik tidur



TEXAS - Lelaki yang cuba berhenti merokok kini mempunyai alasan kukuh untuk berhenti serta-merta, kerana tabiat itu didapati turut menjejaskan kesihatan seksual mereka.

Kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati lelaki yang berjaya berhenti merokok mempunyai kesihatan seksual lebih baik berbanding mereka yang kembali merokok selepas cuba berhenti.

“Lelaki muda mungkin beranggapan mereka tidak perlu risau mengenai masalah kesihatan seksual tetapi kajian ini menunjukkan merokok mampu menjejaskan kemampuan seksual mereka,” menurut ketua penyelidik, Christopher Harte.

Harte berkata, walaupun keputusan kajian ke atas 65 lelaki itu belum dianggap muktamad, penemuan awal itu tetap perlu dihebahkan supaya golongan lelaki boleh menggunakannya sebagai faktor penentu bagi memulakan proses untuk berhenti merokok.

Kajian sebelum ini menunjukkan perokok jangka panjang mempunyai dua kali ganda risiko mati pucuk berbanding lelaki tidak merokok kerana tabiat itu mampu menjejaskan pengembangan saluran darah.

Monday, April 25, 2011

Sebab kelemahan umat dan dunia Islam





http://www.mbc.net/mbc.net/Arabic/Image/Entertainment/ARC_89/thoraya_L.jpg
Gambar diambil daripada filem amerika yang menghina hukuman rejam dalam Islam.
Kaum muslimin, yang semoga dirahmati Allah. Keadaan umat Islam saat ini begitu memprihatinkan. Di hadapan musuh-musuh mereka, umat ini terus mengalami kekalahan, ketertinggalan dan penindasan. Negeri-negeri kaum muslimin dirampas begitu saja oleh musuh-musuh mereka. Dalam tubuh umat islam sendiri, mereka saling berselisih dan berpecah belah. Apa sebab lemahnya kaum muslimin saat ini dan bagaimana pemecahan masalah tersebut?
Tulisan di bawah ini akan memberikan penjelasan tentang sebab utama kemunduran dan kelemahan umat Islam saat ini yang disarikan (dengan sedikit tambahan) dari tulisan Syaikh Abdul Aziz bin Baz -seorang ulama besar/mufti di Saudi Arabia- yang berjudul Asbabu Dho’fil Muslimin Amama ’Aduwwihim Wal ’Ilaaju Lidzalik. Semoga Allah merahmati beliau dan semoga tulisan ini bermanfaat bagi umat untuk memperbaiki keadaan mereka saat ini.
Penyakit yang Menimpa Umat Islam Saat Ini
Kaum muslimin yang semoga dirahmati Allah. Perlu diketahui bahwa sebab kelemahan, ketertinggalan, dan kekalahan kaum muslimin saat ini di hadapan musuh mereka, semuanya kembali pada satu sebab yang akan bercabang ke sebab yang lain. Sebab utama tersebut adalah kebodohan yaitu jahil (bodoh) terhadap Allah, agama-Nya dan berbagai hukum syar’i. Ilmu agama semacam ini telah banyak ditinggalkan oleh umat saat ini. Ilmu ini sangat sedikit dipelajari, sedangkan kebodohan malah semakin merajalela.
Kebodohan merupakan penyakit yang mematikan, dapat mematikan hati dan perasaan, juga melemahkan anggota badan dan kekuatan. Pengidap penyakit ini bagaikan hewan ternak, hanya menyukai syahwat, farji (kemaluan) dan perut. Kebodohan sungguh telah melemahkan hati, perasaan, dan keyakinan kaum muslimin dan akan menjalar ke anggota tubuh mereka yang lain yang membuat mereka lemah di hadapan musuh mereka (Yahudi dan Nashrani).
Mengapa Penyakit Utama Lemahnya Kaum Muslimin adalah Kebodohan?!
Yang menunjukkan bahwa sebab terbesar adalah jahl (bodoh) terhadap Allah, agama-Nya, dan syari’at-Nya -yang seharusnya seseorang berpegang teguh dan mengilmui tiga hal tersebut- yaitu sabda Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam yang artinya,”Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan, Allah akan memahamkannya dalam perkara agama.” (HR. Bukhari & Muslim). Maka dari sabda Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam ini, menunjukkan bahwa di antara tanda Allah akan memberikan kebaikan dan kebahagiaan bagi individu, bangsa, negara yaitu Allah akan memahamkan mereka ilmu din (agama). Berarti dengan memahami agama ini dengan mengenal Allah, Rasul-Nya, dan Syari’at-Nya, individu maupun bangsa akan diberikan oleh Allah berbagai bentuk kebaikan. Dan bodoh tentang hal ini akan membuat kaum muslimin jauh dari kebaikan, sehingga membuat mereka lemah di hadapan musuh mereka.
Di samping itu Al Qur’an juga mencela kebodohan dan orang-orang yang bodoh dan memerintahkan mewaspadainya. Seperti dalam firman Allah Ta’ala yang artinya,”Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Al An’am: 111). Juga firman Allah yang artinya,”Dan kebanyakan mereka tidak mengerti” (Al Ma’idah: 103)
Penyakit Cinta Dunia dan Takut Mati
Sebab lain yang menyebabkan kaum muslimin lemah dan tertinggal dari musuh-musuh mereka adalah cinta dunia dan takut mati. Sebab ini muncul karena sebab utama di atas yaitu bodoh terhadap agama Allah.
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,”Hampir saja para umat (yang kafir dan sesat, pen) mengerumuni kalian dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan dalam piring. Kemudian seseorang bertanya,”Katakanlah wahai Rasulullah, apakah kami pada saat itu sedikit?”Rasulullah berkata,”Bahkan kalian pada saat itu banyak, akan tetapi kalian adalah sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian ’Wahn’. Kemudian seseorang bertanya,”Apa itu ’wahn’?” Rasulullah berkata,”Cinta dunia dan takut mati.” (Shohih, HR. Ahmad dan Abu Daud)
Dalam hadits ini terlihat bahwa penyakit wahn (cinta dunia dan takut mati) akan menimpa dan berada dalam hati-hati mereka. Mereka tidak mampu untuk menggapai kedudukan yang mulia dan tidak mampu pula untuk berjihad fii sabilillah serta menegakkan kalimat Allah. Hal ini disebabkan kecintaan mereka pada dunia dan kesenangan di dalamnya seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Mereka begitu bersemangat mendapatkan kesenangan seperti ini dan takut kehilangannya, sehingga mereka meninggalkan jihad fii sabilillah.  Begitu juga mereka menjadi bahil (kikir)  sehingga mereka enggan untuk membelanjakan harta mereka kecuali untuk mendapatkan berbagai kesenangan di atas.
Penyakit wahn ini telah merasuk dalam hati kaum muslimin kecuali bagi yang Allah kehendaki dan ini jumlahnya sedikit sekali. Kaum muslimin secara umum telah menjadi lemah di hadapan musuh mereka. Rasa takut telah hilang dari hati musuh mereka sehingga mereka tidak merasa takut dan khawatir terhadap kaum muslim karena mereka telah mengetahui kelemahan kaum muslimin saat ini. Semua hal ini terjadi disebabkan kebodohan yang menyebabkan rasa tamak kaum muslimin pada dunia sehingga kaum kafir (musuh kaum muslimin) menggerogoti mereka dari segala penjuru walaupun jumlah mereka banyak tetapi jumlah ini hanya bagaikan sampah-sampah yang dibawa air hujan yang tidak bernilai apa-apa.
Obat Mujarab untuk Menyembuhkan Penyakit yang Menimpa Kaum Muslimin
Setelah mengetahui berbagai penyakit yang menyebabkan kaum muslimin menjadi lemah di hadapan kaum kafir (Yahudi dan Nashrani) yang disebabkan kebodohan sebagai sebab utama. Maka obat mujarab untuk mengobati penyakit ini, tidak lain dan tidak bukan kecuali menuntut ilmu dan memahami agama ini. Dengan melakukan hal ini mereka akan mendahulukan ridho Allah daripada murka-Nya, bersegera dalam melakukan ketaatan dan menjauhi larangan-Nya serta segera bertaubat dari dosa yang telah dilakukan pada masa lampau. Dengan hal ini pula mereka akan segera melakukan berbagai persiapan untuk menghadapi musuh mereka sebagaimana yang Allah perintahkan pada firman-Nya yang artinya,”Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. (Al Anfaal: 60). Allah memerintahkan dalam ayat ini untuk mempersiapkan segala sesuatu untuk menghadapi musuh sesuai dengan kemampuan kaum muslimin. Allah tidak memeritahkan kaum muslimin untuk mempunyai perlengkapan yang sama kuatnya dengan musuh mereka.
Tolonglah Agama Allah, Niscaya Allah akan Menolongmu
Apabila kaum muslimin menghadapi musuh mereka sesuai dengan kemampuan mereka dalam rangka menolong agama Allah, maka Allah akan menolong mereka dan akan menjadikan mereka unggul di atas musuh mereka (dan bukan ditindas oleh musuh). Allah yang Maha Memenuhi Janjinya telah berfirman yang artinya,”Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7). Dan Allah tidaklah lemah untuk menolong hamba-Nya, akan tetapi Allah menguji di antara mereka dengan kejelakan agar diketahui siapa yang jujur atau dusta. Allah Maha Mampu untuk menolong wali-Nya dan untuk menghancurkan musuh-Nya tanpa perang, jihad, atau tanpa menyiapkan persenjataan. AllahTa’ala berfirman yang artinya,”Demikianlah apabila Allah menghendaki, niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain”. (Muhammad: 4)
Tatkala perang badar kaum muslimin pada saat itu hanya berjumlah  310-an. Persenjataan dan tunggangan pun sedikit (hanya ada 70 unta dan 2 kuda). Sedangkan pasukan kafir (musuh kaum muslimin) berjumlah sekitar seribu pasukan dan memiliki kekuatan yang besar serta persenjataan yang lengkap. Namun, jumlah, senjata dan kekuatan orang kafir ini tidak bermanfaat bagi mereka. Allah mengalahkan musuh yang memiliki kekuatan besar tersebut yang Allah kisahkan dalam firman-Nya yang artinya,”Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Ali Imran: 126). Pertolongan tersebut dari sisi Allah, akan tetapi Allah menjadikan pertolongan tersebut dari para malaikat. Persenjataan, harta, dan bala bantuan yang Allah berikan ini merupakan sebab pertolongan, kabar gembira, dan ketenangan yang Allah berikan.
Menolong Agama Allah adalah dengan Melakukan Amal Sholih
Menolong agama Allah adalah dengan melakukan ketaatan dan menjauhi laranga-Nya. Sebagaimana Allah Ta’alaberfirman yang artinya,”Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar.”(Al Hajj: 40-41). Dari ayat ini terlihat jelas bahwa sebab terbesar datangnya pertolongan Allah adalah dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya. Di antara bentuk mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah dengan mempelajari dan memahami agama ini.
Dari tulisan ini jelaslah sebab lemahnya kaum muslimin yaitu keengganan untuk mempelajari agama ini dan keengganan untuk melakukan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Jika memang penguasa kaum muslimin dan para ulama betul-betul jujur dalam berdakwahhendaklah mereka mengajak umat untuk melakukan berbagai bentuk amal sholih yaitu menegakkan shalat, menunaikan zakat, beramar ma’ruf nahi mungkar, dan hendaklah mereka mengajak umat Islam untuk mempelajari dan memahami agama agar mereka dapat mengenal Allah, Nabi-Nya, dan syari’at agama yang mulia ini.
Semoga Allah memperbaiki keadaan kaum muslimin saat ini dan memperbaiki ulil amri (penguasa dan ulama). Semoga Allah memberikan kaum muslimin bashiroh (ilmu dan keyakinan). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Dekat. Shalawat dan Salam semoga tercurahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga, dan sahabatnya.
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel http://rumaysho.com