Pages

Wednesday, June 5, 2013

Gempa 6.1 magnitud landa Kepulauan Solomon


SYDNEY: Gempa berukuran 6.1 magnitud melanda Kepulauan Solomon hari ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gegaran di kedalaman 64 kilometer di Pulau Santa Cruz, kira-kira 89 kilometer di selatan pekan terpencil Lata.
Kawasan sama pernah menyaksikan kejadian tsunami yang mengorbankan 10 orang pada Februari lalu.

Agensi Geosains Australia bagaimanapun memberi catatan gempa berkenaan berukuran 6.6 magnitud dan ia bagaimanapun tidak menyebabkan tsunami. - AFP

Polis India tahan tiga kambing


Polis India tahan tiga kambing

Tiga ekor kambing di daerah Kilpauk, Chennai yang didakwa sering merosakkan kenderaan awam.
CHENNAI - Polis India menahan tiga ekor kambing yang didakwa melakukan kerosakan ke atas sebuah kereta peronda baru, di sini.

Lapor akhbar Times of India, trio itu adalah 'kambing hitam' bagi jenayah yang dilaporkan membabitkan kumpulan haiwan ternakan itu yang merosakkan puluhan kenderaan polis serta dilabelkan sebagai tindakan antisosial di daerah Kilpauk.

Menurut polis, pihaknya turut memiliki senarai rekod kereta penduduk setempat yang dirosakkan oleh kumpulan kambing itu.

Sebelum ini, kami sering menerima laporan berhubung sekumpulan kambing yang didakwa merosakkan kereta awam  hingga meninggalkan kesan kemik, bercalar, kerosakan cermin dan pengelap.

"Kami terpaksa menahan tiga ekor kambing di balai polis dan akan melakukan siasatan ke atas pemiliknya.

Ia sememangnya tidak boleh diterima kerana kereta peronda itu baru dikeluarkan beberapa hari lalu," kata pegawai terbabit.

Sementara itu, pemilik kambing tersebut, Mary Arogynathan, 37, didakwa cuai menjaga ternakan dan berkemungkinan terpaksa menyerahkan tiga ekor kambingnya itu kepada Pertubuhan Perlindungan Haiwan. - Al-Jazeera

Gempa 5.6 magnitud gegar Hawaii


PAHALA (Hawaii): Satu gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Ritcher melanda di luar pantai tenggara Hawaii hari ini, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi itu berpusat kira-kira 55 kilometer(km) di tenggara Pahala, Pulau Besar, pada kedalaman kira-kira 40km.
Bagaimanapun, Pengarah Pertahanan Awam Hawaii, Darryl Oliveira, berkata tiada kerosakan dilaporkan. - AP 

Nah ambil kau! Nak sangat!

Foto
TONY bergambar di rumah keluarganya selepas meruntuhkan kediaman itu dengan tukul besi.

Foto
RUMAH bernilai RM1.5 juta hampir musnah.
London: Seorang bapa enam anak berdepan dengan hukuman penjara kerana memusnahkan rumah keluarganya dengan tukul besi selepas bergaduh dengan dua adiknya berhubung hak mewarisi rumah berkenaan.

Tony McGuire meruntuhkan rumah kembar dua itu sementara jirannya hanya memerhatikan tindakannya.


McGuire, 49, kemudian bergambar dengan sisa runtuhan bangunan itu yang menjadi rebutan antara dia dengan adik lelaki dan perempuan.

Dia ditahan dan dihadapkan ke mahkamah selepas menyebabkan rumah itu kelihatan seperti kena bom.


McGuire yang bekerja sebagai juruelektrik mengaku melakukan perbuatan jenayah itu.


Hakim Daniel Williams memberitahunya: “Kamu mengaku bersalah dan saya akan mengambil kira mengenai pengakuan itu apabila menjatuhkan hukuman. Bagaimanapun, saya tidak boleh memberi keputusan hari ini dan akan menangguhkan perbicaraan bagi mendapatkan laporan sebelum hukuman dijatuhkan. “Bagaimanapun, jangan fikir penangguhan ini satu tanda hukuman. Semua bentuk hukuman masih terbuka dan ini termasuk penjara.” Bapa McGuire, Allan, memiliki rumah itu di Manor Way, Cardiff, sehingga dia meninggal dunia pada 2005.


McGuire kemudiannya berpindah ke rumah itu bersama-sama isteri, Darriel, 50 dan enam anak mereka serta membelanjakan wang simpanan untuk membesarkan kediaman dan melakukan pengubahsuaian.


Bagaimanapun, bapanya meninggalkan wasiat dengan berkata hartanah itu perlu dibahagi-bahagikan antara McGuire dengan adiknya, Terry dan Tina.

Apabila gagal mencapai kata sepakat, McGuire bertindak meruntuhkan rumah empat bilik itu.


Ketika berdiri di tengah runtuhan rumah berkenaan, dia berkata: “Saya lakukan apa yang saya perlu lakukan. Perkara ini sudah berlarutan selama tujuh tahun dan saya tidak dapat bertahan lagi. “ Nilai kerosakan dianggar berjumlah £120,000 (RM600,000) dan Tony bersama keluarganya kini menetap di sebuah rumah yang terletak kira-kira 3 kilometer dari kediaman itu.


Dia dibebaskan dengan ikat jamin dengan syarat tidak menghubungi kedua-dua adiknya atau pergi ke rumah itu. - Dailymail

Kucing seludup telefon bimbit ke dalam penjara



SEORANG wardar memegang seekor kucing yang digunakan untuk menyeludup beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas ke dalam sebuah penjara dekat bandar Syktyvkar pada Jumaat lalu.


SYKTYVKAR, Rusia - Seekor kucing telah ditangkap oleh beberapa wardar kerana haiwan itu digunakan untuk menyeludup beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecaj ke dalam sebuah penjara dekat sini.
Beberapa wardar yang meronda di penjara itu menemui seekor kucing yang memanjat sebuah pagar dan terdapat beberapa barang pada badannya.
Selepas mendekati haiwan itu, wardar-wardar tersebut mendapati ia membawa beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas.
Beberapa buah telefon bimbit dan alat pengecas itu didapati diikat pada perut haiwan tersebut.
Menurut pihak Perkhidmatan Penjara Persekutuan Republik Komi kelmarin, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu.
Penjara itu terletak 1,000 kilometer dari timur laut Moscow. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2VHvv1xua 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki terkejut doktor beritahu dia sebenarnya wanita


HONG KONG - Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dan hidup sebagai seorang lelaki sepanjang hidupnya telah dikejutkan dengan satu pemeriksaan perubatan yang mendakwa dia sebenarnya seorang wanita.
Lelaki tersebut menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia berjumpa seorang doktor di Hong Kong kerana mengalami masalah sakit perut.
Beberapa doktor menyedari pesakit itu merupakan seorang wanita selepas mereka mendapati bahawa bahagian perut yang sakit itu berpunca daripada pembentukan sista di bahagian rahimnya, lapor jurnal Hong Kong Medical Journal .
Keadaan itu berlaku adalah hasil daripada kewujudan dua alat kelamin yang luar biasa.
Selain itu, lelaki tersebut turut didapati mengalami sin drom Turner yang hanya dialami kanak-kanak perempuan dan wanita selain terhasil daripada satu masalah kromosom.
Masalah itu juga menyebabkan pesakit mempunyai ciri-ciri seperti kemandulan dan tubuh badannya yang lebih kerdil.
Namun, dia juga mempunyai masalah kongenital adrenal hiperplasia yang menyebabkan peningkatan hormon lelaki pesakit dan seseorang yang mengalaminya mempunyai janggut dan bulu roma selain menyebabkannya kelihatan seperti lelaki.
"Jika bukan disebabkan kewujudan sista yang besar dalam rahimnya, keadaan perubatan yang menarik mengenai diri beliau mungkin tidak pernah didedahkan," kata tujuh doktor dari dua buah hospital di bandar ini yang menulis dalam kajian yang diterbitkan kelmarin.
"Lelaki keturunan Vietnam itu memutuskan untuk terus menjadi seorang lelaki dan dia kemungkinan perlu untuk melakukan penggantian hormon testosteron," menurut jurnal itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2VHtwQdM4 
Hakcipta terpelihara 

Pemuda Perancis miliki tangan bionik



SEORANG jururawat melihat Lopes mempelajari cara untuk menggunakan tangan kiri bioniknya di sebuah pusat pemulihan di Coubert, tenggara Perancis kelmarin.


PARIS - Seorang pemuda berusia 22 tahun, Florian Lopes menggunakan tangan kiri bionik yang berharga 42,000 euro (RM170,089).
Dia merupakan pesakit Perancis yang pertama menerima tangan bionik itu.
Lopes memakai tangan bionik itu selepas dia kehilangan tiga batang jari semasa menggunakan sebuah mesin pengisar pada tahun 2011.
Selepas tangan bionik itu dipasang, Lopes kini boleh memegang garpu atau membuka penutup balang.
"Saya kini boleh memotong daging atau menuang air ke dalam gelas seperti dahulu," kata pemuda tersebut.
Kos pemasangan tangan bionik tersebut dibayar oleh majikan Lopes.
Lopes kelihatan seperti memakai sarung tangan sehingga ke paras sikunya semasa dia menggunakan tangan bionik itu.
Tangan bionik itu dikeluarkan oleh syarikat Touch Bionics Scots.
Lopes belajar menggunakan tangan tersebut di sebuah pusat pemulihan di Coubert, tenggara Paris. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2VHt4EONV 
Hakcipta terpelihara