Pages

Wednesday, August 11, 2010

Panduan guna Internet secara selamat





Aspek keselamatan dalam penggunaan Internet kini semakin menjadi penting.-Gambar hiasan


INTERNET atau rangkaian komputer awam merupakan satu tempat yang sangat popular digunakan untuk mencari sebarang maklumat atau melakukan pelbagai transaksi dan aktiviti seharian seperti jual beli, perbankan, permohonan, semakan dan pelbagai lagi.
Teknologi Internet ini dibina dengan kaedah protokol rangkaian TCP/IP secara eksperimental oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan di Amerika.
Tujuannya adalah untuk merangkaikan komputer secara fleksibel dan mudah tanpa mengambil kira aspek keselamatan bagi kaedah tersebut.
Dengan itu, Internet merupakan satu alat yang sangat popular, mudah dan murah digunakan untuk membuat aktiviti-aktiviti tertentu.
Namun begitu, dari segi keselamatannya ia agak longgar dan tidak terjamin kecuali pengaksesan Internet itu dibuat dengan cara-cara tertentu untuk tujuan keselamatan.
Di sini dibincangkan beberapa cara yang boleh dipraktikkan secara umum untuk akses kepada teknologi Internet secara selamat.
Secara umumnya, tidak mengira apa jenis aplikasi yang dipakai menerusi Internet, data dan transaksinya perlulah dienkripsikan kerana berkemungkinan besar.
Data-data yang diakses menerusi Internet ini boleh dicapai dengan mudah sebelum ia sampai ke destinasinya.
Jadi, sekiranya ia dapat dicapai, data-data yang dienkripsikan tadi adalah dalam bentuk yang tidak bermakna.
Penceroboh perlu melakukan pecah masuk ke dalam sistem enkripsi data itu terlebih dahulu untuk dia mengetahui apa yang terkandung dalam data-data atau paket-paket tersebut.
Sekiranya data-data atau paket-paket tersebut tidak dienkripsi, segala kandungan dan maklumat yang diperolehi oleh penceroboh tersebut adalah dalam bentuk yang nyata dan jelas.
Sebagai contoh, sekiranya ia dapat kata laluan, By32u2 , itulah data yang penceroboh itu akan dapat.
Isu keselamatan dalam capaian Internet boleh ditangani dengan tiga faktor iaitu polisi atau undang-undang, pendidikan dan perimeter atau teknikal.
Perbincangan ini akan melihat isu keselamatan capaian Internet dari segi teknikal atau perimeternya.
Kompromi akaun perbankan Internet Pengguna Servis komunikasi dan log in dalam Internet yang menggunakan protokol HTTP untuk melayari web, protokol POP3/SMTP dan IMAP untuk e-mel, protokol TELNET untuk capaian sistem komputer daripada komputer lain dan protokol FTP untuk pemindahan fail tidak dienkrip.
Ini bermakna data atau paket yang dihantar dan diterima adalah dalam bentuk teks yang nyata atau clear text.
Jadi, untuk melayari atau masuk atau log in ke dalam laman web yang sensitif terutamanya yang melibatkan transaksi wang, pastikan laman web tersebut menggunakan protokol HTTPS/SSL.
Protokol Secure Socket Layer atau SSL ini akan enkrip data yang terlibat dengan tanda-tanda seperti berikut:-
lAlamat URL web tersebut akan dimulai dengan https:// dan tidak http://.
lPelayar web pula akan melihatkan ikon kunci mangga atau ruang alamat web akan berwarna hijau atau tanda-tanda yang lain.
Penggunaan aplikasi capaian e-mel atau client seperti Outlook dan Thunderbird yang menggunakan protokol-protokol e-mel yang tidak selamat perlu ditambah baik dengan menyertakan sekali dengan protokol keselamatan SSL yang akan mengenkrip sambungan e-mel tersebut.
Namun begitu, penggunaan protokol enkrip ini perlu disokong atau dibenargunakan oleh konfigurasi pada komputer pelayan e-mel tersebut.
Sekiranya begitu, keadaannya dan sistem e-mel itu menyokong akses menerusi web, capaian e-mel boleh dibuat menerusi web dengan menggunakan protokol keselamatan HTTPS/SSL.
Bagi kemasukan ke dalam sistem komputer secara jarak jauh daripada komputer lain menerusi Internet, elakkan penggunaan aplikasi yang menggunakan protokol TELNET.
Gunakan aplikasi untuk kemudahan ini yang berupaya menggunakan protokol keselamatan SSH atau Secure Shell.
Pemindahan fail menerusi Internet seperti muat turun dan muat naik sesebuah fail adalah mudah menggunakan aplikasi FTP tetapi ia tidak selamat kerana data atau fail tersebut tidak dienkrip.
Penyelesaiannya, gunalah aplikasi pemindahan fail menerusi Internet ini yang menyokong protokol keselamatan seperti protokol SSH, SSL with FTP atau SFTP dan SCP.
Namun begitu, penggunaan protokol keselamatan dalam aplikasi pemindahan fail ini perlu disokong oleh komputer pelanggan dan komputer pelayan.
Kemudahan capaian teknologi Internet memberi banyak manfaat kepada manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. Namun begitu, secara lalainya atau default ia tidak selamat kerana sejarah pembinaannya adalah untuk kemudahan sambungan di antara komputer-komputer tanpa memikirkan isu keselamatan.
Penggunaan apa sahaja aplikasi Internet secara selamat memerlukan penggunaan protokol-protokol keselamatan seperti SSL, SSH, IPSec dan lain-lain.
Ini kerana, protokol-protokol keselamatan ini akan enkrip data-data, paket-paket dan sambungan daripada komputer anda ke komputer lain menerusi sambungan rangkaian awam ini atau Internet.
Teknologi Internet generasi baru yang menggunakan protokol IPv6, meletakkan protokol keselamatan di dalamnya sebagai sesuatu keutamaan dalam capaiannya.

Fadilat puasa dan orang berpuasa





Doa orang yang berpuasa tidak ditolak oleh Allah SWT. - Gambar hiasan


RAMADAN amat sinonim dengan salah satu daripada rukun Islam iaitu berpuasa. Ibadat yang mempunyai 1001 macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.
Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa;
lImam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.
Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.
lImam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya. Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalamal-Fath al-Bari: Sesungguhnya dikatakan pada Syurga, tidak dikatakan bagi Syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.
lKetiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.
lMengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: Puasa merupakn perisai. Dan daripada Uthman bin Abi al-As; Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat. Ini kerana, puasa mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan pada ghalibnya, mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.
lAl-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As: Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.
lImam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id, Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
Hadis ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.
lIbn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak.
Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.
lAl-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.
Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa sekalipun diam dan tidur.
lIbn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam.
Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.
lAl-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa.
Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.
lImam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya.
Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.
Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.
Selamat Berpuasa dan semoga diterima Allah.

AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT



Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs117.ash2/39168_132914026752071_100001004245786_155462_2067500_n.jpg

"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.
2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

DOA MALAM LAILATUL QADAR



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs139.ash2/40269_139003552806173_100000895871448_208506_4519752_n.jpg
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:
"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.
2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.
3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.

Pewarna kuku yang menghalang kuku terkena air membatalkan solat



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs187.snc4/37688_138340236187655_100000350392863_308114_2128680_n.jpg
Solat sah jika wuduk juga sah tetapi jika wuduk tidak sempurna solat akan terbatal dengan sendirinya.

Dadah dan Arak yang telah dimusnahkan oleh rakyat Palestin sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak



ุงู„ุญูƒูˆู…ุฉ ุชุชู„ู ูƒู…ูŠุงุช ู…ู† ุงู„ุฎู…ูˆุฑ ูˆุงู„ู…ุฎุฏุฑุงุช ุถุจุทุชู‡ุง ููŠ ุงู„ูุชุฑุฉ ุงู„ุฃุฎูŠุฑุฉ: ุงู„ุญูƒูˆู…ุฉ ุชุชู„ู ูƒู…ูŠุงุช ู…ู† ุงู„ุฎู…ูˆุฑ ูˆุงู„ู…ุฎุฏุฑุงุช ุถุจุทุชู‡ุง ููŠ ุงู„ูุชุฑุฉ ุงู„ุฃุฎูŠุฑุฉ
Dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak rakyat Palestin berusaha menghapuskan arak dan dadah dari bumi ambiya'

Jentolak yahudi merobohkan 150 kubur Para Ambiya' di Palestin



ุงู„ู‚ุฏุณ ุงู„ู…ุญุชู„ุฉ-ูู„ุณุทูŠู† ุงู„ุขู†- ูƒุดูุช " ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุฃู‚ุตู‰ ู„ู„ูˆู‚ู ูˆุงู„ุชุฑุงุซ " ููŠ ุจูŠุงู† ุนุงุฌู„ ู…ู†ุชุตู ุงู„ู„ูŠู„ุฉ (ุงู„ุซู„ุงุซุงุก) ุงู„ุณุงุนุฉ 12:30 ุฃู† ุฌุฑุงูุงุช ุงู„ุงุญุชู„ุงู„ ุฌุฑูุช ูˆู‡ุฏู…ุช ู…ุฆุงุช ุงู„ู‚ุจูˆุฑ ููŠ ู…ู‚ุจุฑุฉ ู…ุฃู…ู† ุงู„ู„ู‡، ูˆุณุท ุญุฑุงุณุฉ ุดุฑุทูŠุฉ ู…ูƒุซูุฉ ูˆุงุนุชุฏุงุก ุนู„ู‰ ุงู„ุตุญููŠูŠู† ูˆุงู„ู…ุตูˆุฑูŠู† ุงู„ุนุฑุจ ูˆู…ุญุงูˆู„ุฉ ู…ู†ุนู‡ู… ู…ู† ุชุตูˆูŠุฑ ุงู„ุฌุฑูŠู…ุฉ ุงู„ุตู‡ูŠูˆู†ูŠุฉ.
Kerajaan zionis telah melaksanakan keputusan kabinet untuk memusnahkan segera kubur para nabi-nabi yang berada berhampiran masjid Al-Aqsa yang menjadi tumpuan rakyat Palestin dan umat Islam yang berpeluang menziarahi Baitul Muqaddis.
ูˆูƒุงู†ุช ุงู„ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุตู‡ูŠูˆู†ูŠุฉ ุฃุนู„ู†ุช ุจูˆุงุณุทุฉ ู…ู…ุซู„ูŠู‡ุง ููŠ ุงู„ู†ูŠุงุจุฉ ุงู„ุตู‡ูŠูˆู†ูŠุฉ ุฃู†ู‡ุง ุณุชู‚ูˆู… ุนู„ู‰ ุงู„ููˆุฑ ุจู‡ุฏู… ู…ุฆุงุช ุงู„ู‚ุจูˆุฑ ููŠ ู…ู‚ุจุฑุฉ ู…ุฃู…ู† ุงู„ู„ู‡ ูˆุฃู†ู‡ุง ุณุชู‡ุฏู… ุจุดูƒู„ ุณุฑูŠุน 150 ู‚ุจุฑุงً ، ุฅุถุงูุฉ ุฅู„ู‰ ุงู„ู€ 150 ู‚ุจุฑุง ุงู„ุชูŠ ู‡ุฏู…ุชู‡ุง ู‚ุจู„ ุฃูŠุงู….
ุฌุงุก ุฐู„ูƒ ุฎู„ุงู„ ุฌู„ุณุฉ ุนู‚ุฏุช ุฃู…ุณ ููŠ ู…ุญูƒู…ุฉ ุงู„ุตู„ุญ ููŠ ุงู„ู‚ุฏุณ ، ุญูŠุซ ุฑูุถ ู‚ุงุถูŠ ุงู„ู…ุญูƒู…ุฉ ุทู„ุจุง ู„ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุฃู‚ุตู‰ ุจุฅุตุฏุงุฑ ุฃู…ุฑ ูŠู…ู†ุน ู‡ุฏู… ู…ุฆุงุช ุงู„ู‚ุจูˆุฑ ููŠ ู…ู‚ุจุฑุฉ ู…ุฃู…ู† ุงู„ู„ู‡ ، ูƒุงู†ุช ู‚ุฏ ุฃุนู„ู†ุช ุงู„ู…ุคุณุณุฉ  ุงู„ุตู‡ูŠูˆู†ูŠุฉ ูˆุงุฐุฑุนู‡ุง ุงู„ุชู†ููŠุฐูŠุฉ ุฃู†ู‡ุง ุณุชู‡ุฏู…ู‡ุง ، ุจุนุฏ ุงู„ุฌู„ุณุฉ ุตุฑุญ ู…ู…ุซู„ูˆ ุงู„ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุตู‡ูŠูˆู†ูŠุฉ ุฅู†ู‡ู… ุณูŠู‚ูˆู…ูˆู† ุจุงู„ู‡ุฏู… ุจุฃุณุฑุน ูˆู‚ุช .
ู†ุดูŠุฑ ุฅู„ู‰ ุฃู† ุนุฏุฏุง ู…ู† ู…ู…ุซู„ูŠ ุงู„ู†ูŠุงุจุฉ ู‚ุงู…ูˆุง ุจุนุฏ ุงู†ุชู‡ุงุก ุฌู„ุณุฉ ุงู„ู…ุญูƒู…ุฉ ุจุงู„ุงุนุชุฏุงุก ุนู„ู‰ ู…ุชูˆู„ูŠ ูˆู‚ู ู…ู‚ุจุฑุฉ ู…ุฃู…ู† ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุญุงุฌ ุณุงู…ูŠ ุฑุฒู‚ ุงู„ู„ู‡ ู…ู…ุง ุฃุฏู‰ ุฅู„ู‰ ุฅุตุงุจุชู‡ ุจุฌุฑูˆุญ ุฎููŠูุฉ ููŠ ูŠุฏู‡ ุงู„ูŠุณุฑู‰ ، ูƒู…ุง ุงุนุชุฏูˆุง ุนู„ู‰ ู…ุตูˆุฑ ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุฃู‚ุตู‰ ุงู„ุฒู…ูŠู„ ุดุฑู ุฃุญู…ุฏ ูˆุญุงูˆู„ูˆุง ูƒุณุฑ ูƒุงู…ูŠุฑุงุชู‡ ، ูˆู„ู… ุชูƒุชู ุงู„ู…ุคุณุณุฉ ุจุฐู„ูƒ ุจู„ ู‚ุงู… ุญุฑุงุณ ุงู„ู…ุญูƒู…ุฉ ุจุงู„ู‡ุฌูˆู… ูˆุงู„ุงุนุชุฏุงุก ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุตูˆุฑ ุดุฑู ุงุญู…ุฏ ูˆุงู„ุตุญููŠ ู…ุญู…ูˆุฏ ุฃุจูˆ ุนุทุง  ูˆุงู„ู…ู†ุณู‚ ุงู„ุฅุนู„ุงู…ูŠ ู„ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุฃู‚ุตู‰ -، ูˆุฐู„ูƒ ุฎู„ุงู„ ุชุฃุฏูŠุชู‡ู… ุนู…ู„ู‡ู… ูˆุชุบุทูŠุฉ ูˆู‚ุงุฆุน ุงู„ุฌู„ุณุฉ.
ู‡ุฐุง ูˆุนู‚ุฏุช ุฌู„ุณุฉ ููŠ ู…ุญูƒู…ุฉ ุงู„ุตู„ุญ ูˆุชุฑุงูุน ููŠู‡ุง ุนู† ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุฃู‚ุตู‰ ุงู„ู…ุญุงู…ูŠ ู…ุญู…ุฏ ุณู„ูŠู…ุงู† ุงุบุจุงุฑูŠุฉ ู…ุญุงู…ูŠ ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุฃู‚ุตู‰ ูˆุงู„ุฐูŠ ุงุซุจุช ุจุงู„ุฏู„ุงุฆู„ ุงู„ู‚ุงุทุนุฉ ูˆุงู„ุญุฌุฌ ุงู„ุฏุงู…ุบุฉ ุงู† ู…ู‚ุจุฑุฉ ู…ุฃู…ู† ุงู„ู„ู‡ ู‡ูŠ ู…ู‚ุจุฑุฉ ุฅุณู„ุงู…ูŠุฉ ุชุงุฑูŠุฎูŠุฉ ุฏูู† ููŠู‡ุง ุนุฏุฏ ู…ู† ุตุญุงุจุฉ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ุนู„ู…ุงุก ูˆุงู„ุชุงุจุนูŠู† ูˆููŠู‡ุง ุขู„ุงู ุงู„ู‚ุจูˆุฑ ุงู„ุฅุณู„ุงู…ูŠุฉ ، ูˆุงู† ุงู„ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุฅุณุฑุงุฆูŠู„ูŠุฉ ู‚ุงู…ุช ุจุชุฏู…ูŠุฑ ูˆุทู…ุณ ุงู„ุฌุฒุก ุงู„ุฃูƒุจุฑ ู…ู† ุงู„ู…ู‚ุจุฑุฉ ูˆู„ู… ูŠุชุจู‚ ุฅู„ุง ู†ุญูˆ 25 ุฏูˆู†ู…ุง ، ูˆุงู† ู…ุชูˆู„ูŠ ูˆู‚ู ู…ู‚ุจุฑุฉ ู…ุฃู…ู† ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุญุงุฌ ู…ุตุทูู‰ ุฃุจูˆ ุฒู‡ุฑุฉ ูˆุงู„ุญุงุฌ ุณุงู…ูŠ ุฑุฒู‚ ุงู„ู„ู‡ ุงุจูˆ ู…ุฎ ุจุงู„ุชุนุงูˆู† ู…ุน ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุฃู‚ุตู‰ ู‚ุงู…ูˆุง ุฎู„ุงู„ ุงู„ุฃุดู‡ุฑ ุงู„ุฃุฎูŠุฑุฉ ุจุฃุนู…ุงู„ ุชุฑู…ูŠู… ุตูŠุงู†ุฉ ูˆุชู†ุธูŠู ุดุงู…ู„ุฉ ู„ู…ุฆุงุช ุงู„ู‚ุจูˆุฑ ุงู„ุชูŠ ุชุนุฑุถุช ูˆู…ุง ุฒุงู„ุช ุชุชุนุฑุถ ู„ุฎุทุฑ ุงู„ุงู†ุฏุซุงุฑ ุจุณุจ ุงู„ุงุนุชุฏุงุกุงุช ุงู„ุตู‡ูŠูˆู†ูŠุฉ ุงู„ู…ุชูƒุฑุฑุฉ .
ูˆู‚ุงู„ ุงู„ู…ุญุงู…ูŠ :" ุฅู† ู…ู† ุญู‚ ู…ุชูˆู„ูŠ ุงู„ูˆู‚ู ุงู„ู‚ูŠุงู… ุจูˆุงุฌุจู‡ู… ุงู„ุฏูŠู†ูŠ ูˆุงู„ุดุฑุนูŠ ุงุณุชู†ุงุฏุง ุฅู„ู‰ ู‚ุฑุงุฑ ุงู„ู…ุญูƒู…ุฉ ุงู„ุดุฑุนูŠุฉ ููŠ ุงู„ู‚ุฏุณ ุจูˆุงุณุทุฉ ุงู„ู‚ุงุถูŠ ู…ุญู…ุฏ ุฒุจุฏุฉ ، ูˆุงู† ู…ุง ู‚ุงู… ุจู‡ ู…ุชูˆู„ูŠ ุงู„ูˆู‚ู ู‡ูˆ ุดุฑุนูŠ ู…ุงุฆุฉ ุจุงู„ู…ุงุฆุฉ ، ูˆู„ุง ูŠุญู‚ ู„ุงูŠ ุทุฑู ูƒุงู† ู…ู† ู‚ุจู„ ุงู„ู…ุคุณุณุฉ ุงู„ุฅุณุฑุงุฆูŠู„ูŠุฉ ุงู„ุชุฏุฎู„ ููŠ ุดุคูˆู† ู…ู‚ุจุฑุฉ ู…ุงู…ู† ุงู„ู„ู‡ ูˆู‡ูˆ ุจุงู„ุทุจุน ุงุฒุงู„ุฉ ุงูˆ ู‡ุฏู… ูˆู„ูˆ ุญุฌุฑ ูˆุงุญุฏ ู…ู† ู…ู‚ุจุฑุฉ ู…ุงู…ู† ุงู„ู„ู‡ ."
http://www.paltimes.net/data/uploads/IMG_5054(1).jpg
http://www.paltimes.net/data/uploads/IMG_5060(1).jpg
http://www.paltimes.net/data/uploads/IMG_5063(1).jpg
http://www.paltimes.net/data/uploads/IMG_5074(1).jpg
http://www.paltimes.net/data/uploads/IMG_5080(1).jpg
http://www.paltimes.net/data/uploads/IMG_5075(1).jpg

Buru lelaki larikan budak

IPOH: Polis memburu lelaki India berusia 30-an bagi membantu siasatan kes culik kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Taman Jati 6, Taman Meru C, Jelapang di sini, 4 Ogos lalu.
Sehubungan itu, satu lakaran wajah suspek diedarkan dalam usaha mengesan suspek masih bersembunyi di negeri ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata berdasarkan keterangan saksi, suspek digambarkan lelaki berbadan gempal, ketinggian kurang 170 sentimeter, berambut pendek dan berkumis selain menggunakan Perodua Myvi hijau ketika melakukan penculikan.

Beliau berkata, lakaran wajah suspek diperoleh hasil siasatan dijalankan terhadap mangsa dan rakannya yang berada di tempat kejadian berkenaan.

“Justeru, kami meminta kerjasama orang awam membantu menjejaki suspek memastikan kes sama tidak berulang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Jiran akan datang

Salam Tuan / Puan Semua,

“Nama saya Sya’ban, saya ingatkan anda bahawa jiran saya yakni Ramadhan akan datang mengunjungi anda esuk bersama isterinya iaitu Rezeki berserta dua anak mereka iaitu Sahur dan Iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucu mereka iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan dan mereka membawa satu hadiah yang tidak ternilai iaitu Lailatul Qadr. Selepas 30 hari menziarah tuan / puan sekelian , mereka akan pulang dengan pesawat ‘Eidil  Airways. Hargai lah dan raikanlah ziarah mereka ketika mereka berada bersama tuan / puan. InsyaAllah, anda akan mendapat berkat. Semoga dengan ziarah Ramadhah beserta keluarganya akan  menginsafkan kita dan bersedia pula untuk  kita berhijrah ke Negeri Barzakh dan Mashar.”

Lelaki pertama ikut laluan Amazon



GAMBAR bertarikh Disember 2008 menunjukkan Stafford berjalan meredah Sungai Amazon.


MARAPANIM, Brazil - Seorang warga Britain, Ed Stafford yang berumur 34 tahun mencipta sejarah kelmarin apabila dia menjadi lelaki pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 859 hari termasuk digigit 50,000 nyamuk.
Dia yang merupakan bekas kapten tentera Britain menghabiskan masa selama dua setengah tahun bersama rakan penunjuk arah dari Peru, Gadiel 'Cho' Sanchez Rivera.
"Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya," katanya.
Stafford pengsan pada Ahad lalu, kira-kira 85 kilometer daripada lokasi penamat.
Dia menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.
Lelaki itu kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim, Brazil kelmarin yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.
Pada mulanya, Stafford memulakan ekspedisi itu bersama seorang rakan Britain pada 2 April 2008 di selatan Peru.

ED STAFFORD (kanan) berlari bersama Gadiel 'Cho' Sanchez Rivera di pantai Crispim, Brazil kelmarin.


Selepas tiga bulan berjalan, rakan Britainnya itu menarik diri.
Pada satu ketika di Peru, sekumpulan penduduk orang asli telah memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan.
Namun, Stafford meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui Rivera yang berumur 31 tahun dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.
Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan.
Sepanjang ekspedisi itu, dia mendapati banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca. - Agensi

Usus disumbat cacing





BERCAKAP mengenai jangkitan parasit pada usus, walaupun tidak serius diperkatakan seperti beberapa dekad lalu, ia terus menjadi isu dalam kesihatan orang ramai.
Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, serangan cacing seperti cacing gelang dan cacing kerawit masih wujud.
Tegasnya, bukan sahaja kanak-kanak, ia turut menyerang orang dewasa terutama dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan perkampungan Orang Asli yang mempunyai masalah pembentungan dan saliran serta air bersih.
Menurut Norhayati, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
“Dengan adanya cacing tertentu di dalam tubuh seseorang, ia mengurangkan selera makan, mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, kehilangan makanan melalui cirit-birit dan muntah serta gangguan metabolisma.
Masalah jangkitan cacing bagaimanapun tidak terhad pada sejenis cacing sahaja. Jangkitan cacing lain yang sering berlaku adalah cacing gelang dan cacing cemeti.

MESKIPUN saiz cacing kerawit kecil, kemampuannya untuk menjejaskan kesihatan tidak boleh dipandang ringan.


“Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus.
Justeru, masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius berupaya menyebabkan kegagalan jantung," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.
Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, lemah daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran.
Serangan cacing di dalam usus ini juga antara penyebab utama sakit abdomen akut di kalangan kanak-kanak di kawasan endemik di negara tropika.

NORHAYATI MOKTAR...infeksi usus dan cacing amat berkait rapat.


“Kajian status pemakanan di kalangan kanak-kanak berumur satu hingga tujuh tahun mendapati pengambilan zat besi adalah rendah dan ia berkait dengan jangkitan cacing,” tambah Norhayati.
Di samping itu, cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, bukan sahaja terjadi pada kanak-kanak sekolah malah jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.
“Ia turut berkait rapat dengan masalah buta malam sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami infeksi parasit usus,” maklum Norhayati.

KEADAAN cacing gelang yang menyumbat saluran usus seorang pesakit.


Norhayati berkata, larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.
“Sudah sampai masanya kita mengubah tanggapan bahawa cacing adalah masalah kecil.
“Tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh menyebabkan maut jika terjadi masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera,” tegas Norhayati.

Kenal penyakit sebelum berpuasa






MENJELANG tengah hari, Siti Farah Dollah tidak dapat menahan diri daripada godaan makanan. Dia segera mencapai dua paket mi segera berperisa tom yam dan berbuka puasa pada hari itu.
Penyakit gastrik yang dialami sejak beberapa bulan lalu menyebabkan Siti Farah tidak dapat menahan diri daripada makan lebih-lebih lagi jika perutnya mula terasa pedih dan berasid.
Fikir anak keenam daripada tujuh beradik itu, sesudah berbuka puasa sakit perut yang dialami akan berhenti, namun sangkaannya silap. Sakit perutnya menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan Siti Farah terbaring dan merengek kesakitan.
"Itulah pengalaman saya semasa mula-mula mengalami sakit gastrik ketika berumur 18 tahun. Waktu itu, saya masih menuntut di Institut Profesional Baitulmal (IPB), Kuala Lumpur. Punca saya mendapat gastrik pun disebabkan cara pemakanan yang tidak teratur semasa belajar di asrama.
"Masa mula-mula kena gastrik, walaupun saya cuba berpuasa penuh pada bulan Ramadan, saya tidak mampu lakukannya. Silap saya juga sebab tidak pergi berjumpa doktor untuk minta nasihat dan pandangan berhubung penyakit ini," katanya yang bersyukur kerana dapat berpuasa penuh pada tahun lepas.
Siti Farah yang telah menjangkau usia 21 tahun kini sudah tahu bagaimana menangani penyakitnya selepas berjumpa dengan doktor.

MAJLIS Fiqh Islam Antarabangsa telah menyenaraikan enam prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa seperti menderma darah dan menjalani rawatan gigi.


"Orang yang mengalami sakit gastrik sebenarnya mampu berpuasa penuh. Cuma, mereka perlu makan sahur lewat dan tidak mengambil sebarang minuman bersusu.
"Selain itu, jika berbuka saya akan pastikan tidak berbuka dengan nasi, mengambil minuman berais dan makan makanan yang pedas. Cukup sekadar berbuka dengan air suam, kurma atau kuih-muih. Selepas beberapa jam baru saya akan menjamah nasi pula.
"Saya pernah makan terlalu banyak ketika berbuka. Natijahnya, ketika solat terawih perut saya terasa amat sakit," katanya yang berharap dapat berpuasa penuh pada Ramadan tahun ini.
Minta pandangan doktor
"Kebanyakan pesakit boleh berpuasa penuh melainkan penyakit-penyakit kronik yang sukar untuk dirawat. Misalnya, pesakit kanser terminal yang memerlukan mereka mengambil ubat yang kerap, pesakit diabetes yang memerlukan suntikan dari semasa ke semasa, serangan jantung dan strok.
"Tidak ketinggalan mereka yang mempunyai penyakit akut yang serius seperti infeksi (septisemia), lelah dan dehidrasi yang memerlukan rawatan segera," kata Pakar Perunding dan Gastroenterologi Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Ishak Mas'ud.
Jelas Ishak, sempena bulan Ramadan ini, pesakit yang menghidap penyakit lain seperti gastrik harus berjumpa dengan doktor terutamanya doktor Muslim untuk mendapat pemeriksaan dan pandangan sama ada mereka boleh berpuasa atau tidak.
"Dengan itu, mereka boleh menukar cara pengambilan ubat atau mengubah diet makanan yang betul bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah puasa.
"Sebagai contoh, jika sebelum ini mereka perlu mengambil ubat tiga atau empat kali dalam sehari, mereka boleh mengambil ubat hanya dua kali sehari. Doktor akan memberi mereka ubat yang sama tetapi mempunyai kesan berpanjangan," katanya.
Dalam isu yang lebih perspektif, Ishak memberitahu, pesakit yang mengalami sakit perut perlu mengenal pasti punca sakit itu terlebih dahulu.

PESAKIT gastrik perlu mengelak makanan pedas ketika bersahur atau berbuka puasa.


"Istilah gastrik sebenarnya terlalu umum. Sakit perut boleh berpunca disebabkan ulser peptik, batu karang di dalam hempedu (gallstone) dan pankreatitis yang biasanya disebabkan sindrom usus rengsa (IBS).
"Walaubagaimanapun, ada beberapa gejala lain yang memberi indikasi memungkinkan pesakit gastrik memerlukan rawatan segera.
"Antaranya sakit perut yang berpanjangan, muntah berterusan atau berdarah, najis berwarna hitam yang berkemungkinan najis berdarah, selera makan dan berat badan yang semakin berkurang serta sakit perut yang semakin teruk selepas makan," katanya mengenai rawatan yang memungkinkan pesakit tersebut menjalani beberapa ujian seperti endoskopi atau ujian ultrasound pada bahagian perut.
Wajib ganti puasa
Sementara itu, menurut Pegawai Hal Ehwal Khas Agama sebuah pusat perubatan, Ismat Nazirin Mat Isa, mengikut surah al-Baqarah ayat 183 sehingga 188, terdapat tiga golongan individu yang tidak dibenarkan berpuasa iaitu orang yang sakit, musafir dan wanita yang kedatangan haid.
"Walaupun tiga golongan ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi mereka wajib untuk menggantikan puasa. Jika mereka masih tidak mampu untuk menggantikan puasa terutama bagi individu yang menghidap penyakit yang sukar sembuh seperti kanser, mereka perlu menggantikan puasa dengan cara yang lain.
"Mereka perlu menggantikan puasa yang tertinggal dengan membayar fidyah kepada fakir miskin. Sehari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan 700 gram beras yang perlu diberikan.
"Malah, mereka perlu membayar fidyah mengikut jenis beras yang dimakan," katanya mengenai amalan berpuasa yang diperintah Allah sebagai ujian untuk menguji ketakwaan umatnya.
Jelas Ismat, terdapat dua kategori orang berpenyakit iaitu pesakit yang yakin dia boleh berpuasa dan tidak memudaratkan diri, wajib untuk berpuasa.
Golongan kedua pula, pesakit yang tidak dapat menentukan tahap kemudaratan kesihatannya. Jika doktor kata tidak boleh berpuasa, pesakit itu wajib untuk berbuka.

DAPATKAN pandangan pakar perubatan mengenai penyakit anda kerana ia boleh membantu anda menunaikan ibadah puasa dengan lebih baik.


Prosedur perubatan
Dalam pada itu, Ismat memberitahu, banyak persoalan timbul dalam kalangan orang ramai mengenai prosedur-prosedur perubatan sama ada mereka boleh berpuasa atau tidak.
"Banyak perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Antarabangsa dalam persidangan ke-10 di Jeddah Arab Saudi baru-baru ini.
"Ada enam prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa. Pertama, menitiskan ubat ke dalam mata, hidung dan telinga. Dengan syarat ubat tersebut tidak sampai ke tekak.
"Kedua, menderma atau menerima pemindahan darah. Ketiga, mengambil ujian darah. Keempat, menjalani rawatan pergigian seperti mencabut, menampal dan mencuci gigi. Kelima, menjalani rawatan hemodialisis atau dialisis peritoneal (PD) dan terakhir menjalani ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair ke dalam perut," katanya lagi.

Gajah cerah diberi sambutan khas



GAMBAR menunjukkan gajah berwarna cerah di Pagoda Uppatasanti, Myanmar kelmarin.


YANGON - Junta tentera yang memerintah Myanmar menganjurkan majlis besar-besaran untuk meraikan penemuan seekor gajah yang berwarna amat cerah, lapor akhbar Ahlin semalam.
Gajah betina yang berusia 38 tahun itu ditangkap baru-baru ini di hutan barat laut negara tersebut dan dipindahkan kelmarin dengan bot dan trak ke Naypyitaw.
Nama yang diberikan kepada gajah itu ialah Bhaddavati dan gajah berkulit cerah dianggap simbol kuasa raja dan kemakmuran.
Beberapa pemimpin tentera meraikan ketibaan gajah itu setinggi 2.2 meter dan mereka merenjis haiwan tersebut dengan air wangi pada satu majlis di Pagoda Uppastasanti.
Haiwan itu diarak bersama beberapa gajah lain dan mengelilingi pagoda tersebut.
Gajah berkenaan akan ditempatkan di kaki pagoda itu.
Haiwan itu tidak berwarna putih tetapi kulitnya lebih cerah daripada gajah lain. - AP

Warga Rusia juara terjunan



AKSI Artem Silchenko semasa dia terjun pada ketinggian 26.82 meter di Poligano, Itali pada Ahad lalu.


POLIGANO, Itali - Seorang warga Rusia, Artem Silchenko menjadi juara terjunan dari ketinggian 26.82 meter yang disaksikan lebih 40,000 orang di sini pada Ahad lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Sukan terjunan itu dianjurkan berdasarkan peristiwa pemerintah terakhir Maui, Raja Kahekili melompat dari cerun curam pada 1770 dan jatuh ke dalam air tanpa percikan air.
"Saya berpendapat saya telah menunjukkan terjunan terbaik pada pertandingan di Poligano," kata Silchenko yang menjadi naib juara sebanyak dua kali sebelum ini.
Beberapa peminat terjunan menganggap aksi Silchenko berisiko semasa dia memusingkan badannya ketika membuat terjunan. - Agensi

Lelaki miliki buah dada besar pulih



GAMBAR menunjukkan Guo Qingpo yang memiliki buah dada besar diperiksa oleh seorang doktor sebelum dia menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, China baru-baru ini.


BEIJING - Buah dada sebesar saiz bola sepak milik seorang lelaki China berumur 53 tahun kini menjadi kecil setelah dia menjalani pembedahan selama enam jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, Guo Qingpo menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, wilayah Shandong baru-baru ini.
Buah dada lelaki itu membesar dengan tiba-tiba pada 2008.
Seramai 20 pakar dari lapan jabatan berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan buah dada itu dengan pembedahan dianggap satu pilihan terbaik.
Dua buah dada lelaki itu seberat 5 kilogram.
Lelaki itu keluar dari hospital itu pada penghujung April lalu selepas sebulan dia menjalani pembedahan.
Dalam bidang perubatan, penyakit yang dialami oleh lelaki itu dikenali sebagai Gynecomastia, satu simptom pembesaran buah dada akibat tumor atau hormon. - Agensi

Kisah kejayaan Royal Selangor





HARI ini Royal Selangor merupakan nama yang gah dalam industri piuter di negara ini. Sebelum menempa kejayaan tersebut, banyak pahit maung yang terpaksa ditempuhi oleh pengasasnya.
Di sebalik premis pameran moden di Suria KLCC, Clarke Quay di Singapura, Harrods of London, Yintai Centre di Beijing dan daerah Ginza di Tokyo, hayat Royal Selangor sebenarnya bermula di sebuah kedai kecil di No. 23, Cross Street kini dikenali dengan nama Jalan Silang, Kuala Lumpur pada tahun 1885.
Sejarah Royal Selangor bermula dengan kisah seorang pemuda berketurunan Hakka bernama Yong Koon Seong. Dia telah meninggalkan kampung halamannya di China bersama perkakasan pertukangan lalu belayar ke Malaya pada tahun 1885.
Zaman sukar di China menjadikan dia seorang kanak-kanak yang matang. Pada usia 11 tahun, Koon Seong menjadi perintis tukang piuter di bandar pelabuhan di Shantou iaitu sebuah pusat utama piuter di China. Di situ, dia mendalami seni pertukangan piuter selama tiga tahun.
Pelayaran meninggalkan kampung halaman itu didorong oleh berita penemuan bijih timah di Malaya. Ribuan kaum Cina menuju ke sebuah pekan lombong baru. Di situ jugalah Koon Seong menemui adik-beradiknya yang merupakan tukang timah.
Koon Seong mula bekerja bersama abang sulungnya Chin Seong dan adiknya, Wai Seong yang terlebih dahulu menempa nama sebagai tukang timah di bandar-bandar perlombongan bijih timah.
Selepas beberapa tahun, Koon Seong menentukan sendiri hala tujunya dengan memulakan bisnes di Cross Street. Selain menjalankan perniagaan membuat perkakasan rumah menggunakan timah, kedainya juga membuat peralatan sembahyang seperti pembakar setanggi, pemegang colok dan pemegang lilin bagi menghiasi tempat pendupaan para pelombong kaya dan tokong-tokong Cina.
Namun, kejayaan yang menjadikannya tukang piuter pertama di Kuala Lumpur bertembung dengan ujian. Era 1930-an merupakan zaman kemelesetan ekonomi ekoran Perang Dunia Kedua.

ROYAL Selangor kini diterajui oleh generasi ketiga dan keempat keluarga Koon Seong.


Dengan wang simpanan yang ada, keluarga Koon Seong telah berpindah ke rumah kedai mereka sendiri di No. 219 Jalan Pudu. Di situlah bertapaknya Malayan Pewter Works.
Koon Seong dan anak-anaknya mula mencipta produk ala-Eropah untuk orang British dan ekspatriat apabila permintaan untuk piuter bagi kegunaan istiadat semakin berkurangan.
Ia merupakan titik perubahan penting bagi perniagaan tersebut malah menjadi asas untuk pasaran eksport pada masa akan datang.
Lewat tahun 1930-an hanya terdapat tiga buah syarikat piuter iaitu Tiger Pewter, Selangor Pewter dan Lion Pewter yang diasaskan anak-anak lelaki Koon Seong, Peng Pow, Peng Kai, Peng Seong dan Peng Sin. Namun, Selangor Pewter yang dikendalikan Peng Kai terus bertahan.
Selepas menempuhi zaman perang pada tahun 1945, negara kembali aman namun perniagaan piuter tidak mendapat sambutan.
Peng Kai dan isterinya Soh Eng menyewa separuh lot kedai di kawasan beli-belah paling sibuk di Kuala Lumpur, Jalan Batu (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman) dengan menjual pasu, kendi, bekas abu rokok serta kotak rokok daripada piuter kilangnya di Jalan Pudu dan mula berkembang sejajar dengan pembangunan negara.
Lewat tahun 1960-an, Selangor Pewter mula mengeksport produknya ke Singapura, Hong Kong, Jerman, Denmark, Jepun, Australia dan United Kingdom. Dalam pada itu, syarikat tersebut mula mempelbagaikan produk perniagaannya dengan membuat dan memasarkan barang kemas berharga dan perak tulen di bawah nama Selberan dan Comyns.
Populariti produk Selangor Pewter yang berjaya mengangkat nama negeri Selangor menyebabkan syarikat tersebut menerima anugerah diraja daripada Sultan Selangor pada 1ahun 1979. Selangor Pewter kemudian menukarkan namanya kepada Royal Selangor pada tahun 1992.
Tanggungjawab besar
Royal Selangor yang diterajui oleh generasi ketiga dan keempat keluarga Koon Seng berjaya mengangkatnya menjadi Royal Selangor dikenali di peringkat global.
Kini, salah seorang cicit Yong Koon, Yong Yoon Li, 40, menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Besar Royal Selangor International Sdn. Bhd. bagi memastikan Royal Selangor tampil dengan produk-produk baru sejajar dengan kehendak pengguna dan pasaran.
“Selaku penerus legasi perniagaan turun-temurun ini, ia merupakan satu tanggungjawab yang amat besar bukan kerana ia sebuah syarikat yang besar tetapi satu jenama yang telah dikenali ramai selama 125 tahun.

KOON SEONG (bulatan) di hadapan kedainya di Cross Street atau kini dikenali dengan nama Jalan Silang, Kuala Lumpur.


“Generasi dahulu bertahan bertahun-tahun lamanya, berjaya mengharungi apa jua masalah, kemelesetan ekonomi, perang, masalah ekonomi dan sebagainya, kini kami perlu memastikan syarikat ini terus bertahan sehingga 125 tahun lagi atau lebih,” katanya bangga kerana tidak banyak syarikat atau jenama di dunia yang dapat bertahan seperti mereka.
Walaupun baru lima tahun menguruskan perniagaan keluarga, Yoon Li dilahirkan dan membesar dalam dunia piuter. Zaman kecilnya banyak dihabiskan bersama datuknya, Yong Peng Kai di kilang.
“Kami terdedah pada jenama, perniagaan dan material sejak kami bertatih lagi. Cuti sekolah dihabiskan di kilang dengan melakukan eksperimentasi seperti memotong piuter, mematri dan sebagainya.
“Jika dilihat ia memang mudah, tetapi apabila saya cuba membuatnya, semuanya lebur dan tidak menjadi kerana ia memerlukan kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi,” kongsi bapa kepada dua orang anak itu.
Sejak melibatkan diri secara serius pada tahun 2005, Yoon Li mula belajar memahami mengenai dan mendalami industri perkakasan barang hiasan, dekorasi rumah dan cenderamata.
Golongan muda
“Saya tidak lihat yang saya akan memperluaskan perniagaan ini tetapi tujuan saya adalah untuk menarik pelanggan yang bukan peminat piuter untuk memiliki produk kami kerana sebelum ini ia hanya digemari oleh kelompok peminatnya tersendiri.
“Masalah kami dari dulu ialah untuk menarik minat golongan muda mencintai piuter kerana piuter itu membawa identiti produk yang tradisional dan konservatif,” katanya yang kini mempunyai 800 orang pekerja.

LAI WEH memateri teko kopi pada tahun 1970.


Sehubungan itu, Royal Selangor giat memberi nafas baru kepada barisan produknya dengan menumpukan kepada kumpulan sasaran dengan rekaan moden, kasual. dan boleh digunakan dengan menerapkan hasil tukangan yang kreatif bagi menarik minat golongan muda.
“Banyak perancangan bagi meneruskan kesinambungan legasi ini. Buat masa ini kami akan terus menambah jumlah kedai baik di dalam negara mahupun di luar negara dan tumpuan kepada penjenamaan produk, gaya hidup dan tidak hanya piuter semata-mata.
“Buat masa ini, kami mempunyai 24 buah kedai di seluruh negara dan 27 buah di China,” katanya yang mewakili 11 sepupunya yang lain dalam generasi keempat.
Ujarnya, walaupun Royal Selangor merupakan perniagaan keluarga, namun tiada definisi cuti dalam kamus hidup mereka.
“Makan bersama keluarga juga bekerja. Apabila berkumpul kami akan mengadakan sesi lampas otak, bertukar-tukar fikiran bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaan ini.
“Tiada seorang pun di dalam keluarga kami dipaksa untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini. Kami benar-benar berminat dalam bidang ini,” ujarnya penuh teruja.
Sepanjang riwayat 125 tahun, semangat keusahawanan dan bakat menghasilkan barangan berinovasi telah membawa Royal Selangor melalui liku-liku dua perang dunia dan kemelut ekonomi, namun sehingga kini ia menjadi salah satu syarikat piuter terulung di dunia yang menjadi kebangsaan Yoon Koon.
Dalam pada itu, pekerja paling lama berkhidmat, Lee Hoe, 63, memberitahu dia seronok bekerja di Royal Selangor sepanjang 49 tahun mencurahkan bakti kepada syarikat.
“Pak cik Peng Kai (datuk Yoon Li) melayan kami seperti ahli keluarga.

Bekas teh dan alat pertukangan yang digunakan untuk membuat piuter.


“Saya berharap generasi yang menerajui Royal Selangor dapat meneruskan perniagaan warisan ini untuk ratusan tahun lagi kerana bukan mudah untuk membinanya,” katanya yang kini bekerja sambilan di Royal Selangor selepas pencen sejak tujuh tahun lalu.
Chin Yoke Lan, 58, yang mula berkhidmat pada usia 15 tahun turut bersetuju dengan pendapat dengan rakannya itu.
“Ini adalah pekerjaan pertama saya. Selama 43 tahun berkhidmat di sini saya dapat membantu suami membesarkan anak-anak.
“Pengalaman manis yang sentiasa kekal dalam ingatan ialah saya ialah apabila berpeluang ke luar negara untuk melakukan demonstrasi kerja tangan piuter ketika umur saya 20 tahun kerana ia merupakan kali pertama saya ke luar negara,” katanya.
Suasana kekeluargaan yang diterapkan majikan di tempat kerja dapat mengubat rasa bosan, penat dan putus asa ketika bekerja.
“Kerja di kilang ini memerlukan perhatian, ketekunan dan fokus 100 peratus jika tidak produk yang dihasilkan tidak bagus,” katanya yang membuat 35,000 ketukan pada permukaan 25 buah kole pewter setiap hari tanpa jemu.

Pesawat hampir terbalik ditiup angin





LAJES, Portugal - Satu rakaman video oleh seorang lelaki menunjukkan detik-detik cemas sebuah pesawat penumpang nyaris terbalik dibadai ribut, lapor sebuah akhbar semalam.
Lebih 140 orang berada dalam pesawat jenis Airbus A310 itu semasa ia mendarat dalam cuaca buruk di sebuah lapangan terbang di Kepulauan Azores, baru-baru ini.
Klip video itu dirakamkan oleh seorang penggemar pesawat, Paulo Santos yang berkunjung ke serata dunia untuk merakamkan gambar pelbagai jenis pesawat.
"Saya melihat pesawat itu terhuyung-hayang semasa ia hendak mendarat dan ketika itu ia ditiup angin kencang menyebabkannya hampir terbalik," kata Santos.
Penerbangan antarabangsa milik syarikat SATA dari Lisbon itu bagaimanapun, bernasib baik kerana tiada penumpang atau krew yang cedera dalam insiden tersebut. - Agensi

Afghanistan jadi Vietnam kedua AS





AMERIKA Syarikat (AS) baru sahaja mencatatkan kempen perang terpanjang dalam sejarah negara itu di bumi Afghanistan, melangkaui perang ke atas Vietnam pada 1964. Bulan ini, perang ke atas Taliban di Afghanistan memasuki bulan ke-105, berbanding hanya 103 bulan tempoh pertempuran di Vietnam.
Mengikut perancangan Washington, perang di Afghanistan masih berbaki kira-kira setahun lagi sebelum keseluruhan pasukan AS dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ditarik keluar pada Julai tahun depan.
Namun, ramai yang tidak yakin AS dan NATO akan berundur sepenuhnya kerana perang ke atas Taliban masih terlalu jauh untuk menghampiri kejayaan seperti yang diharapkan.
AS bukan sahaja gagal mencari pemimpin Taliban, Osama bin Laden yang dikatakan menjadi dalang utama serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001. Malah, kumpulan Taliban juga semakin mengukuhkan penguasaan mereka di wilayah yang lebih luas di Afghanistan.
Kegagalan AS dalam perang di Afghanistan bukan tidak pernah dibayangkan. Malah, AS sebenarnya mempunyai sejarah yang boleh dijadikan panduan sebelum meneruskan hasrat memburu puak Taliban.
Rusia misalnya, pernah menjajah Afghanistan selama 10 tahun antara 1979 hingga 1989. Namun negara itu akhirnya terpaksa akur dan meninggalkan Afghanistan untuk ditadbir oleh Taliban kerana persengketaan antara kumpulan agama yang sukar untuk ditangani.
Tetapi kerana keangkuhan kuasa, AS melihat perang ke atas Afghanistan sebagai peluang untuk membuktikan bahawa mereka mampu menyaingi kekuatan ketenteraan Rusia. Kerana itu berundur dari Afghanistan adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh AS kerana ia membabitkan soal maruah dan harga diri negara tersebut.
Namun impak negatif peperangan itu tidak ditanggung oleh rakyat Afghanistan yang dijajah semata-mata. Rakyat AS juga sebenarnya turut diheret sama merasai penderitaan akibat peperangan itu.
Mereka kini terpaksa melupakan harapan dan kebergantungan kepada kerajaan Presiden, Barack Obama dalam banyak perkara kerana keutamaan peruntukan disalurkan untuk menampung peperangan itu.
Diperkirakan, sebanyak AS$340 bilion telah dibelanjakan oleh AS sepanjang 10 tahun terlibat dengan peperangan di Afghanistan. Jumlah itu termasuk AS$33 bilion pembiayaan tambahan bagi tahun ini yang diluluskan oleh Kongres bagi penghantaran 30,000 tentera baru bermula Jun lalu.
Jumlah pelaburan perang di Afghanistan itu dijangka menyamai atau mungkin lebih tinggi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi perang di Iraq iaitu mencecah kira-kira AS$700 bilion. Ironinya, perbelanjaan yang besar itu dikeluarkan ketika AS sedang berdepan ketidakmampuan kewangan yang cukup untuk menggerakkan ekonomi negara, jauh sekali menyertai sesebuah peperangan.
AS ketika ini dikatakan menanggung hutang sebesar AS$12 trilion selain masih bergelut untuk keluar daripada kesulitan ekonomi. Kerana itu desakan untuk negara itu berundur sepenuhnya daripada perang di Afghanistan semakin kuat kedengaran di kalangan rakyat ketika ini.
Ia juga dikatakan bakal menjadi faktor penilaian kepada kemampuan pentadbiran Obama berbanding mana-mana dasar baru yang diperkenalkan beliau. Antara sebab lain mengapa perang di Afghanistan semakin mendapat tentangan besar di kalangan rakyat AS sendiri adalah kerana meningkatnya korban tentera AS sejak perang itu dilancarkan.
Sehingga kini, angka korban di kalangan tentera AS dilaporkan sudah melebihi 1,000 tidak termasuk kematian anggota tentera NATO lainnya. Bulan Jun lalu misalnya, adalah bulan paling berdarah di Afghanistan apabila kira-kira 100 orang tentera AS dan NATO terbunuh dalam serangan.
Pada bulan Julai pula, 45 kematian dicatatkan dengan 33 orang daripadanya merupakan tentera AS. Jumlah korban di kalangan orang awam iaitu rakyat Afghanistan juga ikut bertambah. Ini sekali gus menambah tekanan kepada AS apabila masyarakat dunia terutamanya pertubuhan kemanusiaan semakin lantang mengkritik dasar peperangan itu yang sewenang-wenangnya membunuh orang awam.
Namun, kegagalan utama AS dalam perang di Afghanistan ialah ideologi dan tanggapan rakyat Afghanistan terhadap Taliban. Mungkin bagi AS, Taliban adalah pengganas antarabangsa yang perlu diperangi.
Tetapi bagi kebanyakan rakyat Afghanistan , Taliban sudah menjadi sebahagian daripada corak hidup dan budaya mereka. Kumpulan Taliban juga tidak pernah dianggap sebagai pengganas sebaliknya sebahagian daripada mereka.
Ini adalah satu hakikat yang tidak mungkin dapat ditewaskan oleh sebarang strategi dan kebijaksanaan ketenteraan AS dan NATO. Antara sebab mengapa rakyat Afghanistan masih mengharapkan kumpulan Taliban adalah kerana bantuan kemanusiaan yang tidak sampai kepada orang awam.
Sebaliknya, rakyat Afghanistan terutama di wilayah terpencil dan sukar didekati masih bergantung kepada kumpulan Taliban bagi mendapatkan keperluan asas seperti makanan dan perubatan.
Baik AS, NATO, pasukan keamanan antarabangsa mahupun kerajaan pimpinan Presiden, Hamid Karzai, bantuan itu gagal diuruskan dengan baik. Antaranya kerana faktor geografi di Afghanistan sendiri yang bergurun dan berbukit sekali gus sukar untuk didekati.
Dengan semua faktor itu, AS hampir pasti menjadikan perang di Afghanistan sama seperti perang di Vietnam. Dalam kedua-dua perang ini, AS bukan sahaja memulakan kempen perang tanpa matlamat dan tujuan yang jelas. Tetapi apa yang lebih memalukan ialah menamatkan perang itu dengan episod kekalahan.

Mekah siap hadapi Ramadan



Gambar fail bertarikh 16 Jun, 2010 merakamkan hotel Clock Royal Tower di Mekah sedang dalam pembinaan dengan jam terbesar di dunia dibina di bahagian atasnya berukuran 45 meter diameter yang boleh dilihat dari Masjidilharam. Arab Saudi berharap jam yang dibina di empat bahagian bangunan yang bakal merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia akan menjadikan Mekah sebagai tempat pilihan untuk rujukan waktu standard kepada Greenwich median. - AFP


MEKAH 10 Ogos - Badan rasmi yang menguruskan Masjidilharam di Mekah dan masjid-masjid lebih kecil di sekitar bandar ini termasuk Pertahanan Awam, polis trafik dan Jabatan Kesihatan menambah bilangan kakitangan untuk mengendalikan jemaah umrah yang tiba sempena Ramadan.
Bilangan jemaah tempatan dan luar negara untuk menunaikan umrah dalam bulan Ramadan bertambah dari hari ke hari, lapor akhbar Arab Saudi, Arab News.
Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Penjaga Dua Masjid Suci, Muhammad Al Khuzaim berkata, Masjidilharam sedia menampung peningkatan jumlah jemaah dengan 5,700 orang kakitangan baru.
Ia juga akan memberi tumpuan kepada memberi kesedaran agama di kalangan jemaah.
"Kami merancang mewujudkan suasana tenang dan aman bagi jemaah umrah dan pelawat untuk menunaikan ibadat," katanya.
Al Khuzaim berkata, pembinaan Masaa, tempat jemaah berjalan antara Safa dan Marwah juga telah siap, lengkap dengan penghadang kaca di aras tanah dan bawah tanah.
Pengarah cawangan Mekah di Kementerian Hal Ehwal Islam, Ketetapan, Dakwah dan Panduanm Abdul Rahman Al-Hazmi berkata, semua masjid di Mekah telah dibekalkan dengan sejadah dan salinan Al-Quran yang mencukupi.
Pengarah Pertahanan Awam, Brigadier Jeneral Jameel Arbaeen berkata, jabatannya juga sedia menyambut kedatangan Ramadan dengan lebih ramai anggota.
"Kami menyediakan helikopter bagi operasi menyelamat. Bomba akan bersedia 24 jam sehari dan kami juga menggerakkan pasukan pemantau untuk memeriksa aras pencemaran udara di dalam terowong," ujarnya.
Skrin-skrin plasma yang membekalkan maklumat juga dipasang di hotel-hotel dan apartmen sewa.
Pengarah trafik, Kolonel Ahmad Nashi Al Otaibi berkata, polis trafik akan dibantu 1,900 pelajar dan 600 pegawai lain untuk mengendalikan lalu lintas. - BERNAMA