Pages

Showing posts with label MADU. Show all posts
Showing posts with label MADU. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

Mahu suami lengkap kuota

SOLAT... (dari kiri) Roslina,  Sulizah dan Wan Akmal (duduk tengah) dan bersama adik angkatnya, Zunaidah (kiri) bersalaman selepas berjemaah.
SOLAT... (dari kiri) Roslina, Sulizah dan Wan Akmal (duduk tengah) dan bersama adik angkatnya, Zunaidah (kiri) bersalaman selepas berjemaah.
 KUALA TERENGGANU: Terbiasa berkongsi kasih berempat, pemergian madu tua ke rahmatullah tahun lalu membuatkan tiga isteri seorang ahli perniagaan sanggup membuka jalan kepada suami mereka untuk menerima seorang lagi wanita bagi melengkapkan kuota poligami.
Mendedahkan rahsia itu, ketiga-tiga madu terbabit memberitahu, mereka sudah meluahkan rasa hati kepada suami, Ariffin Mohamad, 66, dengan mencalonkan adik angkat mereka, Zunaidah Chua Abdullah, 37, yang kini tinggal bersama untuk mendalami agama, sebagai isteri keempat.

“Bagaimanapun, abang Ariff tidak menunjukkan minat, mungkin kerana dia masih terkenangkan arwah kakak (isteri pertama) tapi memberitahu, biar jodoh dan takdir menentukan cadangan kami.

BESAR... rumah keluarga Ariffin Mohamad di Lorong Surau Haji Yaacob Kampung, Tebuk Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
BESAR... rumah keluarga Ariffin Mohamad
di Lorong Surau Haji Yaacob Kampung,
Tebuk Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
“Dia beritahu, kalau sudah jodoh, dia akan berkahwin dengan siapa saja, asalkan kami semua dapat menerimanya. Namun, setakat ini abang Arif belum menunjukkan minat, mungkin kerana masih terkenangkan arwah kakak,” kata isteri ketiga, Sulizah Salleh, 54, sambil disokong isteri kedua, Roslina Soh Abdullah, 56, dan isteri keempat, Wan Akmal Wan Abdul Rahman, 54, ketika ditemui Metro Ahad di rumah mereka di Kampung Tebauk, di sini.

Meskipun madu pertama Fatimah Abdullah, 61, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, ikatan kasih sayang yang kukuh ketika hayatnya menyebabkan ketiga-tiga isteri ahli perniagaan itu tidak pernah berasa kehilangan wanita berkenaan.

“Walaupun kami kini tinggal bertiga, pada kami, kakak (panggilan kepada arwah madu pertama) masih bersama dan kami tidak pernah merasai kehilangannya,” kata Sulizah.


Menurutnya, hubungan akrab antara dia dan dua madunya dengan arwah ketika hayatnya menyebabkan sehingga kini mereka masih merasai arwah ada bersama walaupun hampir setahun meninggal dunia.

“Ketika hayatnya, arwah kakak yang baik dan penyayang dan banyak membantu kami menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu.

“Tunjuk ajar yang arwah kakak beri menyebabkan kami tidak pernah berasa hidup bermadu. Hubungan kami seperti adik-beradik dan kami menghormatinya sebagai kakak sulung,” katanya.

Sebagai isteri keempat, Wan Akmal menghormati tiga madunya (kini dua) sebagai kakak sendiri dan tidak pernah beranggapan mereka berempat berkongsi suami.

Malah, dia mengakui sikap suami yang tegas, bertanggungjawab dan jujur dalam segala permasalahan menyebabkan semua isteri tidak pernah berasa hati sesama mereka.

“Hubungan kasih sayang dan keakraban ini bukan hanya pada kami, tapi turut berlaku kepada 17 anak dan menantu kami yang tidak pernah membezakan antara kami apabila menganggap kami sebagai ibu kandung mereka.

“Abang Arif tidak pernah membawa masalah kerjanya ke rumah tapi kalau kami melihat dia resah atau termenung, tiada siapa yang akan ‘menerkamnya’, sebaliknya hanya menunggu dia menegur dan membelai kami berempat... biasanya dia tidak akan lama termenung sendirian,” katanya.

Walaupun menyedari kemewahan dan kesenangan itu penting dalam kehidupan, semua isterinya beranggapan senjata utama kebahagiaan keluarga mereka ialah hubungan kasih sayang.

“Kami memiliki kasih sayang yang sama, termasuk dengan anak. Itulah rahsia yang membolehkan kami hidup bahagia selain peranan insan istimewa iaitu suami yang bertanggungjawab, tegas dan jujur, selain sifatnya yang periang serta sering membuatkan kami terhibur.

“Secara jujur, kami berasa sepi dan terasa kehilangannya jika suami tiada di rumah walaupun untuk satu hari kerana urusan kerja,” katanya.

Roslina mengakui sejak menjadi isteri Ariffin 39 tahun lalu, kehidupannya penuh bermakna dan tidak menduga hidup bermadu tidak menimbulkan masalah buatnya dan tidak pernah menyesal bertukar agama.

“Arwah kakak banyak mengajar dan mendidik saya mengenai Islam, termasuk cara berpakaian dan pergaulan. Kini hidup saya tenang bersama dua ‘adik’ di bawah satu bumbung,” katanya.

Bukan saja bahagia memiliki keluarga besar yang hidup dalam suasana penuh harmoni, tiga madu berkenaan turut berasa bangga apabila memiliki anak bijak yang berjaya dalam pelajaran.

Kecemerlangan dalam pendidikan terbukti apabila sembilan daripada 17 anak Ariffin berjaya ke menara gading. Empat daripada mereka kini bekerja, manakala lima lagi mengikuti pengajian di tiga pusat pengajian tinggi dalam negara.

“Syukur, Allah menganugerahkan mereka otak yang cergas. Kami tidak pernah mengatur sistem pembelajaran anak seperti menghantar mereka ke kelas tambahan atau menggaji guru khas di rumah.

“Disiplin tinggi selain patuh dengan peraturan ditentukan bapa mereka menyebabkan anak tahu apa sepatutnya dilakukan, termasuk belajar dan mengulang kaji pelajaran.

“Selain itu, kami membekalkan anak dengan air penerang hati dan surah Yasin yang menjadi amalan kami sekeluarga setiap hari. Alhamdulillah, sehingga kini Allah memakbulkan doa kami,” kata Roslina.

Ketika ditanya sejak bila suami mereka mula menjadi pelupa dan kerap tersalah memanggil nama isterinya, mereka menjelaskan, perkara itu berlaku kira-kira setahun lalu, iaitu sejak pemergian arwah madu pertama.

Bagaimanapun, Ariffin masih sihat dan tegap serta tidak kelihatan seperti lelaki berusia 66 tahun, mungkin dipengaruhi faktor pemakanan.

Selain tidak menyentuh minuman sejuk, dia tidak akan makan makanan berminyak atau berlemak. Bukannya cerewet, Ariffin akan makan apa saja yang dimasak, asalkan ia tidak menggunakan minyak atau santan yang banyak. Dia juga jarang menjamu selera di luar, kecuali jika diajak atau sekadar menjaga hati kawan.

Tuesday, December 20, 2011

Hobi pelik bekas madu


ADU...Elina (kiri) menceritakan derita yang dilaluinya dengan wartawan Harian Metro.
ADU...Elina (kiri) menceritakan derita yang dilaluinya dengan wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Dia cuma mahu mendapatkan nafkah untuk menampung kehidupan dua anak yang masih kecil, namun permintaan itu dikenakan syarat gila oleh bekas suami yang rakus memintanya terlebih dulu menyerahkan tubuh sebagai balasan.
Sedar dirinya terperangkap dosa zina, Elina, 39, pernah cuba menolak permintaan bekas suami, tapi akhirnya mengalah apabila lelaki durjana itu bertindak kasar dengan memecahkan pintu rumah dan mengugut mahu menyimbah asid ke wajahnya.
Tanpa sedikit rasa malu dan bersalah, bekas suami juga memaksa Elina menghalau dua anak lelaki mereka berusia satu dan empat tahun keluar rumah buat sementara waktu bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks sebelum wanita malang itu diberi ‘nafkah’ sekadar RM50.

Elina berkata, itulah penderitaan yang dilaluinya selama setahun lalu setiap kali ingin meminta wang saraan dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai penghujung 2010.

“Derita saya bukan sekadar hari ini, tapi bermula sejak dipaksa bekas suami menjadi isteri kedua secara senyap-senyap dengan alasan saya sudah banyak menghabiskan duitnya,” katanya.

Sunday, December 18, 2011

Madu Lebah Untuk Mendapatkan Anak


Ramuannya:
1. 3 Ulas Bawang Besar
2. 1 biji telur ayam kampung
3. Madu Lebah secukupnya
Kesemua bahan tersebut hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan, sebelum itu hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

Tuesday, August 16, 2011

Penangan hidup bermadu



RUSNAH ditenangkan anggota polis ketika mengamuk kerana gambarnya dirakam oleh jurugambar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang merupakan isteri nombor dua dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda di rumah madunya dalam kejadian pada Jumaat lalu.
Tertuduh, Rusnah Awang, 31, dari Kampung Pekan Sari, Tembila, Besut dekat sini hanya menundukkan kepala selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai tukang sapu didakwa menceroboh masuk ke rumah Azizah Awang, 40, yang beralamat di No. 1296C, Jalan Kenanga, Batu Buruk di sini pada pukul 10.15 pagi pada 12 Ogos lalu.
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak sampai tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh pula diwakili peguam bela, Mohd. Hayatuddin Muhamad.
Majistret Nor Azizah ketika membacakan keputusan itu turut memberikan nasihat kepada tertuduh agar tidak terlalu mengikut perasaan dalam melalui kehidupan bermadu.
"Hukuman ini adalah satu pengajaran buat kamu agar tidak melakukan perbuatan sama pada masa akan datang," kata Nor Azizah.
Tertuduh membayar denda itu
Sementara itu, suasana kecoh di luar mahkamah apabila tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Azizah iaitu isteri nombor tiga terkejut melihat kelibat seorang perempuan merupakan madunya yang menaiki motosikal berhenti berhampiran rumahnya.
Sejurus selepas itu, mangsa yang duduk di sebuah warung berdekatan terdengar bunyi bising suara perempuan menjerit-jerit dari dalam rumahnya.
Selepas diteliti, mangsa mendapati madunya itu sedang mengamuk dengan memecahkan pelbagai barangan kaca seperti cermin tingkap dan pasu bunga.
Turut menjadi sasaran adalah cermin kereta milik mangsa.
Mangsa juga mendakwa tertuduh sebelum ini pernah melakukan tindakan sama dengan memecahkan harta benda di rumahnya pada Oktober 2009.
Suami kepada dua wanita itu bekerja sebagai penarik kereta. Azizah tidak hadir ke mahkamah semalam.
Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan suaminya yang berkahwin dengan Azizah., kosmo

Tuesday, November 2, 2010

Madu lebah asli ‘diburu’





Pencari madu lebah sedang membuat tinjauan di sebatang pokok yang terdapat sarang lebah di dalam hutan di Kampung Paya Pulai, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.


TEMERLOH 1 Nov. – Tempoh antara April hingga ke hujung tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh sekumpulan anak muda di sini kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan dengan memburu madu lebah asli.
Sekumpulan tujuh anak muda dari Kampung Paya Pulai di sini yang diketuai Azman Mansor, 32, dibantu enam rakan lain iaitu Mohd. Redza Abdul Ghani, 44, Mohd. Khairudin Mat Zaini, 40, atau ‘Mat’, Yuszaime Abu Samah, 31, Azahari Omar, 34, dan Ahmad Bakhtiar Ishak, 30, juga tidak ketinggalan dalam aktiviti itu.
Turut sama ialah Ishak Abu Bakar, orang lama yang selesa dengan panggilan Pak Teh Li. Kumpulan itu terdiri daripada mereka yang pakar dalam selok-belok hutan dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam aktiviti mencari madu lebah.
Persediaan untuk mengambil madu perlu dilakukan dengan teliti kerana proses mencari sarang lebah bermula dengan mengikut jejak lebah yang keluar mencari makanan.
Azman ketika ditemui mendedahkan, teknik pencarian sarang lebah yang sempurna adalah antara pukul 8 pagi hingga 10 pagi kerana waktu itu adalah paling mudah untuk melihat kawanan lebah keluar mencari makan.
Menurutnya, kawanan lebah akan mula mendapatkan makanan daripada ribuan jenis bunga termasuklah bunga kelapa sawit, bunga durian, rambutan dan bunga pokok-pokok hutan yang biasa terdapat di kampung.
“Lebah ini akan dijejak dari satu bunga ke satu bunga hingga akhirnya membawa saya ke sarang. Proses ini memerlukan kesabaran kerana kami perlu mengikut ke mana sahaja ia pergi.
“Pernah saya berjalan mengikut jejak lebah ini sehingga satu kilometer jauhnya dan berpusing-pusing dalam hutan,” katanya.
Tambah Azman, apabila dapat menjejak sarang, barulah kumpulannya menyediakan peralatan asas seperti baldi, tali, lampu picit, pisau untuk mengambil madu.
Menurutnya, untuk menghalau lebah, dia menggunakan kulit pokok kenanga sebagai alat utama bagi mengasap lebah dan alat yang dipanggil ‘karuk’ atau ‘suluh’ itu tidak dijual sebaliknya memerlukan kemahiran membuatnya sendiri.
Kulit kayu Kenanga dipilih kerana baranya tidak mudah padam dan sentiasa mengeluarkan asap. Apabila sarang lebah ditemui, peralatan cukup disediakan, maka tiba masa mengambil madu lebah.
Penulis turut dipelawa mengikuti proses mengambil madu lebah diketuai Azman dan rakan-rakannya dan lokasi mengambil madu lebah kali ini agak jauh ke dalam hutan.
Kebetulan pada hari yang sama dua sarang lebah dikenalpasti dan akan diambil secara serentak.
Selepas berkumpul kira-kira setengah jam di rumah Azman di Kampung Paya Pulai kira-kira jam 9.30 malam, kumpulan itu bergerak menaiki motosikal ke hujung kampung.
Sebaik sampai, kerja dilakukan dengan pantas dan Azman memberi isyarat untuk mula memanjat pokok dengan berpaut pada lilitan akar di sekeliling pangkal batang pulai bersaiz kira-kira tiga pemeluk itu.
Mereka mendakwa, kawanan lebah itu tidak akan menyerang tetapi dengan syarat, jangan pasang lampu suluh terlalu lama dan jika dihinggapi, jangan ditampar atau dikuis sebaliknya biarkan sahaja.
Tak sampai lima minit, Azman sudah sampai di atas pokok lebih tinggi dari kedudukan sarang lebah itu yang jaraknya kira-kira tiga meter dari tanah. Tidak lama selepas itu karuk dinyalakan, diasapkan ke sarang dan diketuk-ketuk pada sarang.
Bara api yang jatuh dikejar ribuan lebah, saat itu paling mencemaskan apabila mendengar deruan lebah memenuhi sekeliling kumpulan tersebut yang berada dalam lingkungan kira-kira 3 meter dari sarang.
Kurang dari lima minit, Azman mengambil pisau dan menoreh madu lebah itu perlahan-lahan dan dimasukkan ke dalam baldi.
Proses menapis madu dilakukan semalaman sebelum dimasukkan ke dalama dibotolkan.
Azman seterusnya berkata, madu lebah asli menjadi buruan kerana harganya kini mencecah RM70 bagi 600 gram di pasaran Temerloh. Harganya akan meningkat sehingga RM100 apabila tiba di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Tambahnya, tahun ini sahaja, dia telah mengumpul lebih 4.8 kilogram madu lebah asli daripada 38 sarang lebah yang diambilnya.
Menurutnya, dia tidak pernah menjual di luar, sebaliknya pelanggan yang datang ke rumah kerana sudah mengenalinya sebagai pencari madu lebah asli.
“Sebenarnya kerja mengambil madu lebah asli ini kadang-kala boleh menjadi bahaya jika tidak diikuti beberapa petua dan pantang larang,” jelasnya.
Katanya, musim madu lebah asli akan berakhir penghujung tahun dan ketika itulah madu lebah asli pokok tualang akan muncul dengan banyak.
“Mencari madu lebah asli tualang bagi saya lebih mudah berbanding mengambil madu lebah biasa. Walaupun terpaksa memanjat hingga ke puncak pokok tualang, kerja yang dilakukan sangat berbaloi.
“Biasanya kalau pokok tualang yang mempunyai 20 sarang ke atas barulah kami panjat, kalau tidak, kerja kami tidak berbaloi,” katanya.
Bagi mereka yang inginkan madu lebah asli boleh datang terus ke rumah Azman di Kampung Paya Pulai atau menghubunginya 019-9332471.

Monday, October 4, 2010

BAGAIMANA CARA PENYIMPANAN MADU YANG BENAR ?

Sebaiknya madu disimpan di botol kaca atau botol plastik dari bahan P.E.T (khusus untuk makanan dan sudah teruji aman sebagai wadah madu / makanan).

Tidak diperkenankan mengemas madu dalam wadah P.V.C karena bisa beracun / terkontaminasi.

Ciri-ciri botol PVC: 
- umumnya botol agak butek / buram dan terlihat garis sambungan pada botol.
- jika dicium terasa bau plastik yang agak menyengat.

Adapun botol P.E.T yang memiliki ciri-ciri : 
- botol bening /sangat bening, tidak tampak garis sambungan pada botol,
- tidak berbau dan biasanya lebih mahal dari botol PVC.

Menyimpan madu dalam wadah logam juga tidak dianjurkan karena juga bisa bereaksi racun.

Madu bersifat higroskopis (menyerap air di udara), karena itu sebaiknya tidak menyimpan madu dalam wadah terbuka, apalagi lebih dari semalam. Madu yang dibiarkan teebuka lebih dari semalam maka kadar airnya akan naik / tambah encer dan kualitas akan turun.

Semoga bermanfaat.

Apakah Madu Aman Bagi Penderita Diabetes ?

Penderita diabetis umumnya mempunyai masalah dalam produksi insulin yang digunakan untuk memecah zat gula (terutama sukrosa yaitu jenis gula disakarida) yang masuk kedalam tubuh agar bisa diserap oleh tubuh.

Dalam hal Madu, rasa manis yang dihasilkan oleh Madu adalah dari jenis gula yang berbeda (terutama fruktosa yaitu jenis gula monosakarida) yang langsung dapat diserap oleh tubuh tanpa membutuhkan enzym. Jadi Madu adalah pemanis alami yang aman bagi penderita diabetis. Bahkan sudah terbukti secara ilmiah bahwa Madu juga sangat efektif untuk pengobatan luka yang timbul karena penyakit diabetis ini. Salah satu yang telah membuktikan keamanan Madu untuk penderita diabetis ini adalah Dr. Jamal Burhan dari Universitas Iskandariyah Mesir.

Pemahaman awam bahwa diabetes disebabkan oleh gula dan oleh karenanya orang yang sakit diabetes harus menghindari yang manis-manis, ternyata tidak sepenuhnya benar. Ternyata tidak seluruh rasa manis dapat menyebabkan diabetes. Rasa manis dari madu ternyata aman bahkan bagi penderita diabetis.

Lebih jauh lagi, madu ternyata juga sangat efektif untuk mengobati luka akibat sakit diabetes yang sudah parah – dan ketika seluruh jenis obat sudah tidak mempan lagi.

Kalau Allah yang maha tahu saja meresepkan langsung madu sebagai obat ? Apakah mungkin madu memiliki mudharat yang lebih besar dari manfaatnya bagi siapapun termasuk penderita diabetis ? ...tentu tidak !. Wallahu A'lam

Saturday, September 4, 2010

Madu mampu membunuh bakteria berbahaya




Madu membunuh bakteria yang berbahaya.
العسل يقتل البكتريا العنيدة

http://kaheel7.com/ar/images/stories/stern_honey_bee.jpg
Setiap hari ada bukti saintifik baru pada kekuatan penyembuhan madu, terkini bahawa madu mengandungi antibiotik yang sangat kuat ....
Dalam satu  kajian baru oleh University of  Sydney mengkaji madu yang mempunyai kuasa aneh untuk membunuh virus dan bakteria perlawanan sengit terhadap antibiotik. Perkataan penyelidik "De Carter," seorang profesor di College of Biological Sciences dan kuman mikrob di Universiti Sydney: antara kami penyelidikan kami, madu yang dapat menggantikan pelbagai antibiotik digunakan untuk merawat luka krim Kalmriham dan berbeza, dan bahawa penggunaan madu sebagai bantuan untuk rawatan tambahan akan meningkatkan usia antibiotik.
http://kaheel7.com/ar/images/stories/78678687.jpg
Madu adalah makanan terbaik bagi anak-anak, remaja dan dewasa yang mengandungi ratusan gizi: Vitamin sangat penting bagi pertumbuhan, logam ,  garam,  anti-virus dan bakteria yang  menambahkan pengetahuan semua kajian saintifik bahawa madu adalah cara rawatan terbaik dari jenis-jenis makanan yang dapat menyembuhkan secara terbaik.
Jenis bakteria umum  yang menyebabkan jangkitan di hospital  terdapat berbagai  jenis dan sekurang-kurangnya satu daripada antibiotik  dan hal ini memerlukan pengeluaran jenis antibiotik baru untuk dapat menghilangkan bakteria yang menyebabkan penyakit tersebut.
Menurut seorang penyelidik:  Saya tidak tahu sejauh mana saintis mengetahui  kemampuan madu bertindak terhadap bakteria, tetapi sebatian yang paling mungkin dalam madu bernama "methylglyoxal" berinteraksi dengan bahan-bahan lain yang belum mampu dikaji  sampai masa sekarang, anda boleh mengetahui  kemampuan bakteria untuk menghasilkan strain baru yang bertahan terhadap antibiotik.
Madu dianggap sebagai salah satu bahan yang paling kompleks dalam komposisinya, mengandungi hampir 800 sebatian dan kompleksitas ini menyulitkan bagi para saintis untuk memahami mekanisme yang digunakan untuk melawan bakteria dan membunuhnya. Dan katakanlah:  Allah SWT telah menyimpan di dalam artikel ini penyembuh dari makanan yang hebat kita harus menggunakannya.
http://kaheel7.com/ar/images/stories/2143234.jpg
Al-Quran memberitahu kita sifat penyembuhan besar madu, Yang Maha Kuasa berkata:  (Dari perut mereka datang minum bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada penyembuhan bagi orang-orang dalam tanda bagi kaum yang berfikir) [Nahl: 69]. Bagi mereka yang berfikir dengan kejadian madu  dan Keajaiban yang  kompleks dan luar biasa yang telah berlaku berkaitan  proses pengeluaran madu.
Lebah telah  merantau  puluhan kilometer dan hinggap  pada beribu-ribu bunga untuk menghasilkan  madu  satu sudu teh sahaja.
Oleh kerana itu, Wahai mereka yang mencintai makanan Rasulullah SAW berhati-hati untuk makan madu setiap hari, walaupun  dalam jumlah yang sedikit, terutama ketika sarapan dan para saintis berkata Madu adalah makan yang paling penting buat masa ini. Telah terbukti secara perubatan bahawa makan madu secara teratur dapat merawat berbagai penyakit, termasuk peradangan dan rasa sakit saraf tulang belakang dan meningkatkan kekebalan tubuh dan perlawanan terhadap penyakit.
Kami menyarankan juga agar kita sentiasa bergantung kepada madu dari semua jenis  untuk mengurangkan bahan kimia menggunakan antibiotik, tetapi madu tidak merawat kita secara mendadak, malah rawatan madu  beberapa minggu atau bulan, tetapi pemulihanya adalah telah  dijanjikan Oleh Allah SWT , Insya Allah,
Sama-samalah kita memuji Allah SWT yang telah memberikan berbagai nikmat dan hikmah yang tidak terhingga  jumlahnya:  (Jika kamu menghitung-hitung kasih karuniaan nikmat Allah SWT kepada kamu, tidak terhitung banyaknya, sesungguhnya  Allah Maha Pengampun  lagi Maha Mengasihani) [lebah: 18].
Rujukan
- University of Sydney.
في كل يوم هناك إثبات علمي جديد على قوة العسل الشفائية وآخرها أن العسل يحوي مضادات حيوية قوية جداً....
في دراسة جديدة أجرتها جامعة سيدني الأسترالية تبيّن أن للعسل قوة عجيبة في قتل الفيروسات والبكتريا الشرسة المقاومة للمضادات الحيوية. وتقول الباحثة "دي كارتر" الأستاذة المشاركة في كلية العلوم البيولوجية والميكروبية الجرثومية في جامعة سيدني: بيّن لنا البحث الذي أجريناه، أن العسل يمكن أن يحل محل الكثير من المضادات الحيوية المستخدمة في معالجة الجروح كالمراهم والكريمات المختلفة، كما إن استخدام العسل كوسيلة مساعدة للعلاج يعمل سيزيد من عمر المضادات الحيوية.
العسل أفضل غذاء للأطفال والشباب والكبار، ويحوي مئات المواد النافعة: فيتامينات ضرورية جداً للنمو، معادن وأملاح ومواد مضادة للفيروسات والجراثيم، وتؤكد جميع الدراسات العلمية أن العسل من أفضل الأغذية الشافية.
إن أكثر أنواع البكتيريا التي تسبب الالتهابات في المستشفيات باتت قادرة على مقاومة نوع واحد على الأقل من المضادات الحيوية، وهذا يتطلب إنتاج أنواع جديدة من هذه المضادات لتكون قادرة على القضاء على البكتيريا المسببة للأمراض.
وتقول الباحثة: لا يعرف العلماء حتى الآن الطريقة التي يعمل بها العسل على مقاومة البكتيريا، لكن على الأغلب أن مركباً داخل العسل اسمه "methylglyoxal" يتفاعل مع مركبات أخرى لم نعلمها حتى الآن، ليكون قادراً على تعطيل قدرة البكتيريا من إنتاج سلالات جديدة قادرة على مقاومة المضادات الحيوية.
يعتبر العسل من أكثر المواد تعقيداً في تركيبته، إذ يحتوي على ما يقارب الـ 800 مركب، وهذا التعقيد يجعل من الصعب على العلماء أن يدركوا تماماً الآلية التي يقوم من خلالها بمقاومة البكتيريا وقتلها. ونقول: إن الله تعالى أودع في هذه المادة الغذائية خصائص شفائية عجيبة ينبغي علينا الاستفادة منها.
إن القرآن العظيم أخبر عن الخصائص الشفائية للعسل، يقول تعالى: (يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ) [النحل: 69]. فالذي يتفكر في النحلة وكيف تقوم بصناعة العسل، يعجب من التعقيد المذهل الذي يرافق عملية إنتاج العسل.
فالنحلة تقطع عشرات الكيلومترات وتحط على آلاف الزهور من أجل صناعة ملعقة عسل واحدة!
ولذلك يا أحبتي ننصح بالحرص على تناول العسل كل يوم ولو بكمية قليلة وبخاصة أثناء وجبة الفطور التي يقول العلماء إنها أهم وجبة في اليوم. فقد ثبت طبياً أن تناول العسل بانتظام يعالج أمراضاً كثيرة منها التهاب الأعصاب وآلام العمود الفقري ويزيد مناعة الجسم ومقاومته ضد الأمراض.
وننصح كذلك بالاعتماد على العسل بكافة أنواعه والتقليل من استخدام المضادات الحيوية الكيميائية، ولكن تأثير العسل بطيء ويحتاج العلاج لأسابيع أو شهور، ولكن الشفاء يكون مضموناً بإذن الله تعالى، فالحمد لله على هذه النعم التي لا تُحصى: (وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ) [النحل: 18].
ــــــــــــ
بقلم عبد الدائم الكحيل
المراجع
- جامعة سيدني.

Monday, August 23, 2010

Madu hidup bersama selepas kematian suami


MINAH Tik (kiri) dan Jainah Deso hidup bersama di Rumah Orang-Orang Tua Tanpa Waris di Kampung Muhibbah Peserai, Batu Pahat.


BATU PAHAT 22 Ogos - Hidup bermadu biasanya merupakan satu tamparan hebat bagi setiap wanita apatah lagi jika diminta tinggal sebumbung dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang.
Namun bagi Jainah Deso, 59, dan madunya Minah Tik, 62, tinggal sebumbung dan saling bergilir-gilir bersama suami tidak menimbulkan rasa marah kerana kasih sayang mereka mengatasi segala-galanya.
Kemanisan bermadu bagi mereka amat dirasai kerana tidak pernah bergaduh dan sentiasa hidup dalam aman dan tenang meski kehidupan tidak semewah orang lain.
Mereka sanggup hidup bersama dalam serba kekurangan dan sentiasa bantu membantu dalam segala hal meskipun suami tersayang, Abdul Aziz Hassan telah tiga tahun meninggal dunia akibat penyakit apendiks.
"Ketika arwah suami masih ada, kami tinggal bersama di sebuah rumah yang disewa di Batu 8 Jalan Tanjong Laboh. Kami tak pernah gaduh dan sentiasa amalkan sikap bertolak ansur," kata Minah yang merupakan isteri kedua.
Walaupun usianya lebih tua daripada Jainah, namun ia bukan batu penghalang untuk mereka hidup dalam keadaan harmoni serta aman tanpa sebarang persengketaan.
Minah berkata, setiap kali waktu memasak, mereka akan melakukannya bersama-sama dan tidak pernah timbul masalah dalam soal giliran bersama suami.
Jainah yang agak pendiam cuma tersenyum mengiakan kata-kata Minah dan sesekali menyampuk perbualan dengan berkata, hidup bermadu bukanlah sesuatu yang menyusahkan sekiranya ada kasih sayang dan tolak ansur serta saling memahami antara satu sama lain.
"Suami kami seorang yang baik dan pandai mengambil hati serta adil dalam setiap tindakannya walaupun kami hidup dalam serba sederhana," ujar Jainah.
Selama 10 tahun lamanya hidup bermadu dan tinggal sebumbung, kini mereka tetap tinggal sebumbung apabila ditempatkan di Rumah Orang-Orang Tua Tanpa Waris (ROTTW) di Kampung Muhibbah Peserai dekat sini.
Selepas sebulan suami mereka meninggal dunia, Jainah dan Minah ditempatkan di rumah jagaan itu kerana kehidupan mereka susah, tambahan pula Minah mengalami semput dan sakit jantung.
Kini mereka mendapat bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Sempena Ramadan ini, mereka amat bersyukur apabila dikunjungi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang menghulurkan pelbagai barangan keperluan harian seperti makanan dan barangan elektrik dan katil termasuk tilam dan bantal.
"Alhamdulillah sumbangan daripada MAINJ ini meringankan beban kami dan dapatlah kami hidup lebih selesa di sini," kata Minah.

Thursday, June 17, 2010

Seru si 'hitam manis'



Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my



Rahsia jinakkan lebah madu pokok tualang

'Hitam manis, hitam manis,
Turun ikut bintang,
Turun rapat-rapat,
Tidur diam-diam.'


SEKALI imbas ia seolah-olah jampi mantera atau lagu rakyat mendodoikan bayi. Namun bait-bait ayat yang membentuk ritma menarik itu sebenarnya petua digunakan sejak zaman berzaman untuk menarik lebah keluar dari sarangnya yang terletak tinggi di atas pokok tualang untuk memudahkan kerja mengambil madu.

Menggunakan akar marau, pengumpul madu tualang biasanya akan membakarnya sebagai jamung untuk memperdayakan lebah dengan melibas ke batang pokok tualang bagi menjatuhkan baranya.

Ketika inilah bait-bait petua berkenaan disebut dengan terang dan jelas. Ia seperti tidak masuk akal tetapi ternyata petua itu berkesan memikat lebah terbang mengikut bara jamung yang disebut sebagai bintang dan akan tidur di perdu pokok sehingga awal pagi sebelum pulang ke sarang.

Tidak ketahui asal usul petua itu kerana ia sudah digunakan sejak sekian lama oleh setiap pengutip madu tualang.

Seorang pengutip madu tualang yang kepakarannya diakui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kedah, Abdul Samad Ahmad, 51, berkata beliau mendapat petua itu daripada kumpulan pertama pengutip madu disertainya.

"Apabila ditanya mereka memberitahu ia diperoleh daripada orang dulu yang juga didapati oleh pengutip madu terdahulu. Jadi, asal usulnya tidak diketahui tetapi ia digunakan pengutip madu dan memang berkesan untuk menarik perhatian lebah keluar dari sarang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Khasiat madu tualang asli sudah terlalu kerap diperkatakan dan keberkesanannya dalam merawat pelbagai masalah kesihatan memang tidak boleh dinafikan, apatah lagi dengan Allah sendiri memberi jaminan mengenainya dalam surah lebah (An-Nahl) tetapi tidak ramai yang mengetahui cara mengambil madu berkenaan yang berada dalam sarang pada pokok tualang dengan ketinggian melebihi 50 meter.

Bertemu dengan Abdul Samad yang mesra dipanggil Pak Samad memberi peluang kepada penulis mendapat gambaran jelas mengenai cara mengutip madu tualang yang nyata penuh dengan 1,001 macam cabaran.
Pengalaman mengikut beliau mendaki ketinggian kira-kira 1,127 meter di hutan simpan di Sik, Kedah, untuk 'berjumpa' sebatang pokok tualang membuatkan penulis tiba-tiba menyalahkan diri sendiri kerana selalu merungut harga madu yang mahal.

Pada ketinggian 45 meter dengan saiz perdunya saja kira-kira tujuh pemeluk lelaki dewasa, pokok tualang yang ditemui itu bagaimanapun disifatkan Pak Samad antara paling rendah dan kecil di negeri Jelapang Padi itu yang diramalkan akan mati dalam masa tiga atau empat tahun lagi.

Sayangnya, cara pengambilan madu tidak dapat ditunjukkan satu persatu kerana prosesnya dilakukan pada waktu malam. Malah sarangnya juga tidak kelihatan kerana menurut Pak Samad, pada masa ini lebah baru membuat sarang.

Namun, kesempatan melihat pokok tualang yang menjadi tempat persinggahan lebah yang menghasilkan madu paling berkhasiat, sudah mencukupi. Apatah lagi sebatang pokok tualang boleh menempatkan sehingga 100 sarang.

Madu tualang hanya boleh diperoleh di Kedah dari Februari hingga Jun setiap tahun kerana pokok tualang hidup dalam hutan kering.

Madu tualang dihasilkan lebah jenis Apis Dorsata menerusi pengambilan manisan (nektar) bunga yang kemudian diolah dalam badan serangga itu menjadi madu. Ia diiktiraf madu terbaik dan paling berkhasiat kerana dihasilkan daripada lebih 1,000 jenis bunga yang ada dalam hutan di kawasan Tasik Pedu dan Tasik Ulu Muda.

Kepekatan madu bergantung kepada kematangannya ketika dikutip dengan madu matang lebih pekat dan berwarna kuning kemerahan.

Sementara itu, Pegawai Fama Daerah Padang Terap, Azmi Ishak, berkata sebagai pusat sehenti untuk pengguna dan pengumpul madu seluruh negara, Pusat Memproses Madu Lebah Fama Kuala Nerang menyediakan khidmat menguji ketulenan madu, memproses dan pembungkusan.

"Madu lebah yang dibawa ke sini akan diuji terlebih dulu ketulenannya. Madu asli mempunyai kandungan gula tidak lebih 75 peratus dan kandungan air tidak kurang 22 peratus. Jika madu tidak mempunyai ciri-ciri itu, ia akan ditolak.

"Selepas ketulenannya disahkan, madu akan ditapis untuk tujuan pembersihan dan dimasukkan ke dalam mesin 'dihumifier' untuk proses menyejat kandungan air sehingga ke paras 22 peratus. Ia bertujuan mengelakkan madu menjadi masam dan memudahkan proses pembotolan," katanya sambil mengaku ada pihak tidak bertanggungjawab mencampur madu dengan gula dan dihantar ke pusat itu untuk tujuan pemasaran.

Beliau menegaskan, pengguna menikmati khasiat madu tualang asli yang dibotolkan dan diedarkan menggunakan jenama Agromas. Selain madu tualang, pusat berkenaan turut memasarkan madu gelam dan madu ternak tetapi khasiatnya tidak sebaik madu tualang.

INFO: Perbezaan madu asli, madu ternak dan madu tiruan:

  • Madu asli dalam botol mudah diterbalikkan dan apabila digoncang menghasilkan buih dan warnanya berubah, sedangkan madu ternak dan madu tiruan mengalir perlahan apabila diterbalikkan, sukar digoncang.

  • Madu asli apabila disapu di belakang tapak tangan akan meresap ke dalam kulit dengan cepat.

    Madu asli tidak melekit.

  • Orang ramai yang berminat menyertai ekspedisi memungut madu lebah di Tasik Pedu dan Tasik Ulu Muda boleh menghubungi Fama Padang Terap di talian 04-7869878.

  • Thursday, April 22, 2010

    Bergadai Nyawa Cari Madu Lebah




    Oleh Che Saad Noordin

    BALING, (Bernama) -- Pencari madu lebah liar sanggup mengambil risiko bergadai nyawa bagi mendapatkan madu lebah dari sarang yang terdapat di dahan pokok tualang, pokok jerai dan kekabu yang tinggi di dalam rimba.

    Khasiat madu lebah rimba amat popular dan mendapat permintaan tinggi daripada semua kaum untuk tujuan perubatan.

    Madu lebah rimba yang diambil dari pokok tualang dan jerai dijual dengan harga mencapai RM70 bagi sekilogram atau sebotol.

    Madu lebah rimba berwarna kuning keemasan dan rasanya amat manis kerana lebah rimba memungut madu dari setiap bunga di dalam rimba.

    Madu lebah rimba asli dikatakan, jika dicampurkan dengan telur, kuning telur itu boleh keras "dimasak" madu itu.

    Di Baling, pencari madu lebah Shaari Ahmad, 53 dari Kampung Banggol Wan Mat, rakannya Md Taufik Harun, 52, dari Kampung Bukit Embok, Pulai dan Md Radzi Husain, 50, dari Kampung Pokok Sena, Baling setiap musim mampu mengumpul lebih 800 kilogram madu lebah untuk dijual.

    CARI POKOK

    Musim mengumpul madu lebah rimba ialah di awal Mac hingga April.

    Lebah mula bersarang dan menghasilkan madu menjelang bulan Mac di dahan pokok besar terutama di dalam kawasan hutan rimba.

    "Ketika lebah itu terbang, kita perlu memerhati ke arah mana halanya, tinggi atau rendah lebah itu terbang, berpandukan arah terbangnya boleh dikesan pokok mana lebah itu membuat sarang.

    "Jika lebah itu terbang tinggi, biasanya sarangnya tidak jauh, sebaliknya jika rendah, sarang lebah itu jauh dari tempat itu," jelas Shaari Ahmad, 53 dari Kampung Banggol Wan Mat, Baling yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pencari madu lebah.

    Katanya sebelum mendapatkan madu lebah, pokok di mana lebah bersarang perlu dipasang dengan tangga yang dibuat daripada kayu kecil dengan memakunya di batang pokok bagi mudah memanjatnya hingga ke dahan pokok lebah membuat sarang.

    Selain itu perlu disiapkan "jamong" yang dibuat dari sabut untuk dibakar bagi menghalau lebah yang berkumpul di sarangnya sebelum madu lebah diambil.

    SENGAT LEBAH

    Rakannya, Mohd Taufik Harun, 52 dari Kampung Bukit Embok, Pulai, pernah disengat sekumpulan lebah dua tahun lalu ketika hendak mengambil madu lebah di dahan pokok tualang yang tingginya lebih 150 meter.

    Katanya dia hampir terjatuh dari ketinggian itu akibat diserang lebah secara tiba tiba pada waktu malam.

    "Walaupun sakit terkena sengatan lebah, tetapi saya cuba tidak panik, jika tersilap saya boleh jatuh ke bawah," katanya.

    Mohd Taufik yang berpengalaman sejak berusia 13 tahun mengikut bapanya mencari madu lebah, mempunyai petua sebelum membuat tangga untuk memanjat pokok yang terdapat sarang lebah -- " Jangan bercakap perkara yang tidak elok."

    "Sepanjang pengalaman mencari madu lebah, saya telah disengat lebah banyak kali," katanya.

    Jika terkena sengatan lebah dalam jumlah yang banyak, jangan mandi atau membasuh badan dengan air kerana ini akan membawa kepada lebih teruk, sebaliknya nyalakan unggun api dan duduk dekat api, lama kelamaan bisa sengatan lebah akan hilang, katanya memberikan petua yang diamalkannya.

    HASIL PENCARIAN

    Md Radzi berkata dia suka mengikut kedua-dua rakannya mencari lebah di hutan kerana seronok dengan pendapatan lumayan hasil jualan madu lebah itu.

    "Biasanya kami beroperasi berempat, dua di atas pokok dan dua orang menunggu di bawah.

    Mohd Taufik berkata setiap musim mendapatkan madu lebah, beliau mampu mendapat hingga RM4,000 hasil menjual madu lebah rimba kepada penggemarnya.

    Madu lebah itu biasanya dijual di pasar minggu, atau ada pembeli datang terus ke rumah, selain menerima tempahan mereka yang sudah biasa membeli madu lebah daripadanya.

    Bagaimanapun Mohd Taufik terpaksa bersaing dengan penjual madu lebah tiruan yang menjual dengan harga murah RM30 hingga RM40 sekilogram.

    Madu tiruan ini, menurut seorang pembeli yang sudah biasa dengan madu lebah asli, ialah campuran buah kurma dan gula merah yang dimasak.

    Katanya madu lebah asli tidak akan dihurung semut botolnya walaupun manis, tetapi semut akan menghurungi penutup botol madu lebah tiruan.

    -- BERNAMA