Pages

Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Friday, August 10, 2012

SYEIKH DR. ALI JUMU'AH ANTARA ULAMA' YANG TELAH BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW

 
SYEIKH DR. ALI JUMU'AH ANTARA ULAMA' YANG TELAH BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW SEBAGAIMANA YANG TELAH DICERITAKAN OLEH SYEIKH USAMAH AL-AZHARI..:-)

من رآني في المنام فسيراني في اليقظة
ولا يتمثل الشيطان بي

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

‘Siapa yang melihatku dalam mimpi,maka beliau akan melihatku secara yaqozoh (dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak menyerupai aku.’

~Riwayat Imam Bukhari :Hadis Sohih.

Sejak kebelakang ini asyik mendengar cerita2 para solihin mimpi Rasulullah dari mulut para masyayikh kami.Bila dengar saja,berguguran airmata…terasa ‘Ya Allah,bila aku akan dikurniakan kurniaan sebegitu?’

Sememangnya kurniaan itu terlalu besar.

Bagaimana engkau ingin perolehinya sedang matamu sendiri maseh melihat perkara2 yang DIA tidak redhai.

Usahamu terlalu kerdil dan kecil untuk mendapatkannya…

Tahu tidak engkau mahu melihat siapa???

Siapa??

Insan yang paling istimewa disisi Allah.

Habib Husain As-Saqqaf menceritakan dalam pengajian online kitab Bidayah Al-Hidayah:

Ada salah seorang dari masyayikh(guru) kami,setiap hari beliau akan mimpi Rasulullah.Pada suatu hari, setelah beliau duduk menonton berita bersama keluarga dan tidak disengajakan pembaca berita itu merupakan seorang perempuan yang tidak memakai tudung…kemudian pada malamnya,beliau tidak melihat Rasulullah dalam mimpinya dan berlarutan hingga beberapa hari.Beliau menangis2 hingga 1 hari Rasulullah datang dalam mimpinnya dan menegur:’Aku tidak hadir dalam mimpimu kerana pada malam itu matamu melihat pembaca berita itu.’

Ya Allah…bagaimanalah mata ini tidak dihijabkan dari melihatnya…

Kita akan dapati bahawa ada diantara ulama yang tidak mahu melihat wanita secara direct walau dalam jemaah besar.Kekadang kita ingat mereka buat sedemikian untuk ‘menjaga’…bagi alfaqir bukan itu saja…mungkin juga kerana mereka itu ingin menjaga mata mereka yang pernah melihat Rasulullah agar tetap terus tidak diharamkan untuk melihat Rasulullah.

Habib Umar pernah menceritakan kepada kami dalam sebuah pengajian:

Cerita (1):

Kire2 dalam 20 tahun yang lalu,kami bertemu sendiri seorang lelaki menangis-nangis bagaikan kehilangan anak2 dan keluarga.

Jadi kami pun bertanya kepadanya…

‘Apa yang membuatkan engkau menangis sebegini?’

Lelaki itu pun berkata:

‘Sudah 3 hari,aku tidak lihat Rasulullah.’

Kemudian ditanya semula…

‘Jadi,engkau hari2 mimpi Rasulullah?!’

Beliau pun berkata: ‘Setiap hari Rasulullah hadir dalam mimpi aku.Setiap hari aku akan berselawat sebanyak 12,000 kali tapi sejak dari hari yang aku tidak mimpi Rasulullah,aku menambahnya hingga 15,000 kali.’.

Ya Allah…Bagaimana mereka boleh berselawat hingga mencapai ratusan ribu dalam sehari???Lalainya aku dalam mengingatinya…

Amat menyedihkan lagi…

Bila disebut Rasulullah,sama sekali tidak menggerakkan hati dan mulut kita pun untuk menyambut sebutan itu dengan selawat.Kedekutnya KITA!Kita fikir menyebutnya seperti menyebut orang lain.

Cerita(2):

Pada suatu hari,seorang lelaki soleh mentarbiyah anaknya dengan menahan anaknya dari mendapatkan air.kesana kemari untuk mendapatkan air,tetap tidak berjaya.Untuk beberapa hari beliau hidup dalam kehausan.kemudian,pada satu ketika sedang beliau bangun dari tidurnya…ayahnya melihatnya dia melakukan sesuatu yg seolah-olah beliau itu memegang bekas air dan meminumnya sepuas-puasnya (mcm mengigau).

Tanya si Ayah:’wahai anakku,apa yang engkau buat ini?’

Si anak berkata:’Aku ternampak seolah-olah didepanku bekas air yang besar,jadi aku meminumnya.’

Kata si Ayah:’Begitulah keadaannya jika engkau mahu melihat Rasulullah(samada secara mimpi/yaqozoh).’

Kesimpulan:
kalau kita mahu mimpi Rasulullah…maka hati kita perlu ta’alluq (terpaut) yang tersangat kepada Rasulullah sepertimana budak itu begitu dasyat memerlukan air,tiada lain di fikirannya kecuali air sehinggakan terbawa-bawa dalam sedarnya.

Cerita (3):

Dari Habib Muhammad Al-Haddar (guru habib Umar),Al-Habib Ismail Al-Hami berkata:

‘Setiap minggu tak lihat(samada mimpi atau yaqozoh) Rasulullah?Tolibul ‘ilm (penuntut ilmu) tak lihat Rasulullah setiap minggu?!Pelik!’

Ya Allah…jauhnya kami dari Rasulullah…

Tadi,Sheikh Yusri Al-Hasani menceritakan kami dalam pengajian kitab Muwatto’:

Ade seorang ulama Al-Azhar (alfaqir tak ingat namanya) menjadikan wirid sehariannya selawat ke atas Rasulullah sebanyak 300,000 kali.Beliau setiap hari berjumpa Rasulullah secara yaqazoh (dalam keadaan sedar).

Allah…

Pada beberapa hari yang lalu pula…

Sheikh Ahmad Hajin menceritakan dalam pengajian syarah kitab Syamail Muhammdiyah .

Seorang alim murabbi ini tahu akan seorang anak didiknya yang setiap hari mimpi Rasulullah…jadi,setiap kali jika sheikh ini berjumpa anak didiknya itu…beliau akan bertanya: ‘Kaifa Hal Rasulillah alyaum?’(Bagaimana keadaan Rasulullah hari ini).

Sheikh Usamah Al-Azhari pula menceritakan kami dalam pengajian Sirahnya:

‘Sheikh Ali Jumaah membaca lebih dari 40 kitab tentang Rasulullah hingga beliau dikurniakan mimpi Rasulullah.’

Tanya diri…

‘Berapa banyak kitab tentang Rasulullah yang engkau telah baca???’

Sungguh lain peribadi seseorang yang telah berjumpa Rasulullah…

Perhatian!!!

Cerita2 ini bukan rekaan semata.Jangan kerana kita merasa pelik atau merasakan suatu yang tidak boleh terima akal,kita menolak terus dan menginkarinya.Pemberian Allah itu tiada batasnya dan melampaui jangkauan akal kita.DIA Maha Berkuasa.Siapa kita untuk menghadkan pemberianNYA terhadap hamba-hambaNya yang soleh?!Ingat,KITA hanya HAMBANYA!!!Dia memberi kelebihanNYA kepada sesiapa saja yang DIA kehendaki.

Ya Allah,dengan segala kelemahan yang ada pada diri kami,kurniakan kami kurniaan itu walau saat2 akhir hayat kami didunia ini…

SUMBER:PONDOK HABIB

Tuesday, November 8, 2011

Mimpi Seorang Nabi Allah


ABUL LAITS AS SAMARQANDI, di dalam Tanbihul Ghafilin menceritakan, ada nabi-nabi yang bukan rasul, menerima wahyu dalam bentuk mimpi. Seorang nabi telah bermimpi menerima perintah berbunyi: "Esok engkau keluar dari rumah waktu pagi menghala ke barat. Engkau hendaklah membuat lima perkara. Yang pertama engkau jumpa, makanlah. Kedua, engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan putuskan harapan. Kelima, larilah daripadanya."

"makanlah akannya"
Esok harinya nabi itu pun keluar menuju ke barat. Yang pertama ditemuinya ialah sebuah bukit berwarna hitam. Dia kebingungan. "Sungguh aneh, aku diperintah memakan apa yang pertama aku temui." Dengan bertawakal kepada Allah, dia menuju ke bukit tersebut untuk memakannya. Tiba-tiba bukit itu menjadi kecil sebesar roti. Maka nabi itu pun memakannya. Rasanya sungguh manis seperti madu. Dia pun mengucap syukur kepada Allah.

"sembunyikan ia"
Selepas itu bertemu pula sebuah mangkuk emas. Lantas dia menggali lubang untuk menyembunyikannya. Apabila mahu berangkat, mangkuk itu terkeluar semula. Lalu di tanamkannya kembali. Tetapi ia terkeluar juga, sehingga tiga kali berturut-turut. Nabi itu berkata, "Aku telah melaksanakan perintah-Mu," sebelum meneruskan perjalanannya.

"terimalah ia"
Sejurus kemudian dia terserempak dengan seekor burung kecil dikejar seekor helang. Burung kecil itu merayu, "Wahai nabi Allah, tolonglah aku." Dia berasa simpati. Diambilnya burung itu lalu memasukkannya ke dalam bajunya.

"jangan putuskan harapan"
Helang itu datang menghampirinya dan berkata, "Wahai nabi Allah. Aku sangat lapar. Aku telah mengejar burung itu sejak pagi lagi. Janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Teringat akan mimpinya, dia lalu memotong sedikit daging pehanya buat mengganti rezeki helang itu.

"larilah daripadanya"
Dengan pehanya yang luka, Nabi itu meneruskan perjalanan demi menunaikan perintah Allah. Sebentar kemudian, dia terlintas dengan satu bangkai yang amat busuk. Tergesa-gesa dia lari kerana tidak tahan akan baunya.

Maksud di sebalik peristiwa :-
Setelah kembali, pada malam harinya nabi itu berdoa: "Ya Allah, Aku telahpun melaksanakan sepertimana yang diarahkan. Maka tolonglah jelaskan apakah ertinya semua ini."

Ketika tidur dia bermimpi lagi. Allah memberitahu:
"Yang pertama engkau makan, ialah marah. Mulanya besar, tetapi jika bersabar dan dapat mengawalnya, ia akan menjadi lebih manis daripada madu."

" Kedua , amal kebaikan , walaupun disembunyikan, ia tetap akan nampak jua."

" Ketiga , jika sudah menerima amanah , janganlah khianat kepadanya."

" Keempat , jika orang meminta padamu, usahakanlah menunaikan hajatnya meskipun engkau sendiri berhajat."

" Kelima , yang busuk itu ialah ghibah (mengumpat atau mendedah keaiban orang lain). Larilah dari mereka yang membuat ghibah."

Sunday, November 7, 2010

MIMPI SEORANG GADIS...

Tuesday, June 22, 2010

Nikmat Bertemu Dengan Rasulullah SAW dalam mimpi kita



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs321.snc3/28664_120082291362021_100000807527077_103861_3706561_n.jpg
Ringkasan  dari apa yang saya baca dari petikan dibawa, bahawa kita yang belum pernah bertemu Rasulullah SAW semasa hidup , kita mesti benar-benar mengenali sifat-sifat Rasululah SAW dahulu dan mencintainya dengan sebenar-benar ketaqwaan, Insya Allah kita kan dapat bertemu dengan Rasulullah SAW di dalam mimpi kita. Sementara mereka yang pernah bertemu dengan Rasulullah SAW semasa hayat Baginda masih hidup, mereka akan senang bertemu dengan Rasulullah SAW dalam mimpi kerana sudah mengenali sifat-sifat Rasulullah SAW secara ditil.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من رآني في المنام فقد رآني حقاً
فإن الشيطان لا يتمثل بي" رواه البخاري، ففي هذا الحديث دليل على أن الرسول صلى الله عليه وسلم يرى في المنام، وللرسول صلى الله عليه وسلم أوصافه الخلقية يعني الصفات التي خلق عليها، فكيف يعرف الرائي أن الذي رآه في المنام هو الرسول.
أولاً: كثير من الناس يرون أشخاصا في المنام فيعتقدون في هذا الشخص الذي رأوه في المنام أنه رسول الله ويكونون قد رأوا هذا الإنسان ذو لحية بيضاء أو يرونه نحيف الجسد أو يرونه طويل أو ناتئ البطن هذه الصفات ليست صفات الرسول الأصلية وإنما صفات الرسول الأصلية الصفات التي خلق عليها سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم هي كما ورد في كتب الحديث.
فهو صلى الله عليه وسلم لم يكن قصيراً ولا طويلاً وإنما هو معتدل أقرب إلى الطول وكان سواء البطن والصدر أي لم يكن له بطن ناتئً عن صدره وكان وجهه أبيض مشرباً بالحمرة وهذا خلقةً يعني وجهه أبيض جداً وأحمر الخدين أحلى وأجمل من الورد الأحمر على الثلج الأبيض وكان صلى الله عليه وسلم كما قال الأمام القاضي عياض: كأن الشمس والقمر في وجهه، فكان كثير الأنوار مشرقاً وكان رقيق الحاجبين لم يكن في حاجبيه غلظة وكان أقرن الحاجبين أي كانا رقيقين كالهلالين وبقرب بعضهما البعض ولكن غير ملصوقين وكان مُفَلًّج الأسنان أي غير راكبين على بعض وكان إذا تكلم خرج النور من فمه الشريف ولم يكن كبير الأنف إنما كان مستوياً ومرتفعاً وهذا يزيد الجمال وكان صلى الله عليه وسلم كثير الأهداب أي رموش العين وكانوا كثر وكبار وكان واسع العينين في عيونه خطوط حمر وهذا يزيده جمالاً عليه السلام وكان كث اللحية فلم تكن خفيفة ولم يكن يرى لون الجلد تحت اللحية ولم تكن كبيرة جداً وليست رفيعة مروّسة وكان شديد سواد الشعر وكان جلي الجبهة ولم يكن عليه شعر وإنما كانت واضحة جلية وكان كثير شعر الرأس وعظيماً وليس فيه صلع وكان شعره متموجاً حلقاً حلقاً وكان يطيله أحياناً إلى شحمة الأذن وأحياناً إلى العاتقين أي الكتفين وكان لا يوجد فيه من الشيب إلاَّ قريب العشرون شعرة فقط وكان إذا مشى يكون ثابتاً كأنه يقلع الصخر من الأرض أي لم يكن يمشي مهزوز وإنما يمشي ثابت البنية وكان إذا مشى لا يكثر التلفت إلى الخلف وإذا التفت التفت جميعه وكان عريض اليدين والرجلين أي لم يكن نحيف اليدين والرجلين مع كونهم كالحرير وكان عريض ما بين المنكبين وهذا يدل على الهيبة والقوة واثبات وكان صلى الله عليه وسلم طيب الرائحة من غير أن يتطيب وكان إذا عرق جبينه يكن العرق كحب اللؤلؤ وتخرج منه رائحة أطيب من المسك وأيضاً كان إذا قضى حاجة تبلعها الأرض فلا يبقى على وجه الأرض ولا يظهر له أثر وكان إذا خرج منه ريح يخرج من غير صوت وتخرج معه رائحة طيبة وهذا ليس عيباً في حق الأنبياء ولا مستحيل لأنهم بشر ولم تكن لفضلاته رائحة مستقذرة كالبول والغائط والدم وكان إذا مشى في الطريق مع إنسان طويل هيبة الرسول غلبته.
فهذه الصفات هي صفات رسول الله صلى الله عليه وسلم،فمن رآه في المنام على هذه الصورة والصفة بهذه الأوصاف فقد ثبتت له الرؤية التي فيها مزية على غيرها وهذه المزية كما قال الرسول: "فسوف يراني يقظة" فالذي يراه في المنام لابد أن يراه يقظةً قبل موته في هذه الدنيا، وبعض العلماء قالوا هذه الرؤية تكون بعد الموت وهذا غير معتمد لماذا؟ أليس النبي هو الذي يقف على الحوض يوم القيامة فبطبيعة الحال سيراه كل مؤمن من أمته لم يرد على الحوض فلو كان لما بعد الموت فأي مزية بقيت لهذه الرؤية ما بقي لها مزية لأن كل المؤمنين سوف يرونه بعد الموت وكان هذه المزية هي أن يراه في الدنيا قبل الموت على صورته وهذه الرؤية تحتمل وجهين كما قال العلماء: إما أن يأتيه النبي إلى بيته في أي بقعة من الأرض كان فيراه قبل الموت أو أن يرى هذا الإنسان النبي وهو في المدينة المنورة فمع هذه المسافة البعيدة ومع هذه التلال والجبال والبنيان والحواجز الله تعالى يجعلها لهذا الإنسان كالزجاج الرقيق كالبلور يراه وهو في قبره الشريف. كما حصل ذلك مع الحسن بن حي.
فمن رأى النبي على هذه الصورة فهنيئاً وطوبى له وله بشارةٌ بحسن الختام وأنه يموت على الإسلام وأنه يرى سيد الأنام قبل الموت يقظة وقال بعض العلماء من رآه على غير صورته الأصلية كان له خير وبشارة ولكن ليست كالرؤية الأولى.
فنسأل الله أن يرزقنا رؤية الحبيب المصطفى في هذه الليلة. . أو فى ليلة القدر إن شاء الله فى رمضان هذا العام ..
اللهم آمين ..

Saturday, April 17, 2010

kisah benar: pelajar uia bermimpi bertemu rasulullah saw ( must read )




Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)
-Sumber-http://www.ar-rifke.com/ 2010/04/kisah- benar-pelajar- uia-bermimpi. html

Sunday, March 28, 2010

Mimpi Rasulullah S.A.W



Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:
1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.
2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah wuddiselamatkan oleh kesanuknya.
3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.
4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.
5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.
6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.
7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.
8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
“Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya,” lalu mereka pun berbicaralah dengannya.
9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.
10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.
11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.
12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.
13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.
14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.
15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.
16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.
17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.
19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
“Mereka itulah orang-orang yang suka ‘membawa mulut’ ke sana ke mari.”
20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: “Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.”

Sunday, February 7, 2010

Berhati hati tafsir mimpi

Bersama Dr. Amran Kasimin

SOALAN:
Saya sering menghadapi masalah tidur. Sekiranya baru balik dari berjalan jauh, deruan dan bunyi hon kenderaan akan datang menerjah dalam kepala ketika hendak terlena, termasuk bunyi kereta dan lori berlanggar yang pernah saya saksikan.

Kalau saya balik dari kubur, gambaran mayat, liang lahad akan datang dalam kepala. Kadang-kadang terasa seolah-olah yang dimasukkan dalam kubur ialah diri saya sendiri.

Kadang-kadang bermimpi mengembara di hutan, yang saya sendiri tidak tahu di mana, di lembah-lembah, juga di celah-celah batu besar. Apabila bangun dari tidur, saya berasa begitu letih, seolah-olah jasad saya yang mengembara di tempat-tempat tadi. Terasa seolah-olah saya baru melakukan kerja berat. Puas saya berikhtiar ke hospital dan ubat tradisional, tetapi nampaknya semakin teruk dan gagal. - Insan Gelisah, KK.

Jawapan:
Mimpi ada tiga jenis, mimpi yang benar, mimpi daripada iblis dan syaitan, juga mimpi mainan tidur. Mimpi benar seperti wahyu yang ke atas Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah supaya mengorbankan anaknya Nabi Ismail.

Ada kalanya mimpi yang dialami oleh seseorang itu adalah benar, yang memberi petanda atau alamat tertentu kepada orang berkenaan atau orang lain, yang baik tabir atau buruk dan dapat ditabirkan. Mimpi seumpama ini memerlukan orang yang tahu mentafsirkan, biarpun ia tidak boleh dijadikan sebagai satu sandaran atau hukum yang semestinya berlaku. Iblis dan syaitan boleh mendatangkan mimpi, yang biasanya adalah mimpi buruk dan menakutkan. Makhluk ini juga boleh memberi alamat kepada orang tertentu melalui mimpi. Bagi yang melakukan rawatan tradisional, iblis mungkin datang dalam mimpi. Bagi orang yang berkenaan meminta agar dilakukan semah, iaitu menyembelih binatang seperti kambing hitam sebagai syarat ia pergi, tidak mengganggu penduduk di tempat berkenaan. Makhluk ini juga ada kalanya datang dalam mimpi, mengajar satu dua potong ayat al-Quran, yang akhirnya diamalkan oleh orang yang didatangi mimpi tadi membolehkannya terlibat dengan rawatan. Pesakit sembuh apabila didoakan dengan ayat yang diperoleh dalam mimpi, yang selalunya diiringi dengan amalan-amalan dan syarat lain, padahal sakit yang terjadi sebenarnya akibat daripada gangguan iblis dan syaitan yang memberi doa dalam mimpi tadi.

Orang yang terlibat beranggapan bahawa apa yang diperoleh adalah muanah Allah, menyebabkannya berupaya melakukan tilikan. Dalam keadaan seperti ini, ia dianggap sebagai ``kasyaf'' pada hal apa yang berlaku adalah daripada penglibatan makhluk jin tadi.

Banyak cara dilakukan oleh makhluk ini dalam usaha menyesatkan manusia, termasuklah memberi doa-doa, petunjuk dalam mimpi, datang berjubah hijau, memegang tasbih dan sebagainya. Dalam keseronokan mengikuti ajaran melalui mimpi yang juga melibatkan rawatan, makhluk tadi akhirnya menyatakan bahawa orang berkenaan telah tiba ke taraf wali-wali atau mengangkatnya sebagai rasul yang ditugaskan untuk menyebarkan Islam pada akhir zaman bagi manusia sejagat. Fenomena seperti ini biarpun jarang terjadi, selalunya berlaku di kalangan mereka yang tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh, tetapi kuat beribadah. Sesungguhnya seorang alim itu lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid, iaitu orang yang kuat beribadah tetapi jahil. Syaitan juga boleh memberi alamat kepada orang-orang tertentu melalui mimpi, contoh kepada pawang atau bomoh. Daripada Said al-Khudri, bahawa dia mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: Apabila salah seorang daripada kamu melihat satu mimpi yang disukai, sesungguhnya, itu adalah daripada Allah, maka dia hendaklah memuji Allah dan menceritakan perkara yang terlihatnya. Dan apabila dia melihat lain daripada itu, daripada perkara yang tidak disukainya, maka sesungguhnya ia adalah daripada syaitan, dia hendaklah berlindung kepada Allah daripada kejahatannya dan janganlah ia ceritakan kepada seseorang, kerana dia itu tidak boleh memberi mudarat. Abu Hurairah berkata, Rasulullah pernah bersabda bermaksud: Jangan ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang alim atau orang yang cerdik akalnya.

Ghairah

Berdasarkan hadis ini, orang yang bermimpi dengan mimpi yang menggembirakan, yang disukai, janganlah terlalu ghairah memberitahu orang lain. Mentafsir mimpi pula memerlukan orang yang arif. Orang yang alim adalah lebih layak untuk dirujuk. Dijelaskan dalam hadis di atas, orang yang bermimpi dengan mimpi buruk dan menakutkan hendaklah berlindung kepada Allah s.w.t daripada kejahatan iblis dan syaitan seperti diajar rasulullah Menurut hadis, daripada Qatadah, rasulullah pernah memberitahu, apabila seseorang itu bermimpi dengan mimpi buruk, tidak kira dalam bentuk apa, dia hendaklah meludah atau meniup disertakan dengan sedikit ludah sebelah kirinya sebanyak tiga kali dan berlindung kepada Allah daripada kejahatan iblis dan syaitan. Ia akan selamat daripada gangguannya.

Berlindung yang dimaksudkan di sini ialah dengan membaca doa-doa tertentu, misalnya, doa yang bermaksud: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada tipu daya syaitan dan daripada kedatangan mereka. Doa ini perlu dibaca untuk tujuan di atas berdasarkan sebuah hadis daripada Amr bin Syuib daripada ayahnya. Demikianlah yang diajarkan oleh rasulullah kepada para sahabat ketika mereka terganggu, terkejut daripada tidur. Periwayat hadis ini berkata bahawa Abdullah bin Umar telah mengajarkan doa tadi kepada anak-anaknya yang cukup umur. Kepada yang belum cukup umur, tulisan doa itu digantungkan pada lehernya. Doa berikut juga boleh dibaca, yang bermaksud: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi. Setelah berlindung kepada Allah orang berkenaan hendaklah beralih atau bertukar cara tidur. Sekiranya semasa bermimpi dia tidur mengiring sebelah kanan, dia hendaklah menukarnya dengan mengiring sebelah kiri. Adalah lebih baik sekiranya dia beralih tempat tidur. Kaedah ini dijelas berdasarkan hadis daripada Jabir, katanya rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disukai akan dia hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya tiga kali, kemudian dia hendaklah berlindung kepada Allah daripada syaitan tiga kali dan hendaklah dia menukarkan posisi di mana dia berada. Kaedah-kaedah yang dijelaskan ini ada kalanya tidak memberi kesan atau tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh seseorang. Gangguan tetap datang untuk mengatasi masalah yang berterusan seperti ini, seseorang itu perlu bangun, berwuduk kemudian lakukan sembahyang tahajud diikuti sembahyang hajat, mohon agar dia dilindungi oleh Allah daripada segala gangguan, sama ada daripada manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali.

Berdoa

Sesungguhnya Allah menjanjikan kemakbulan kepada mereka yang berdoa pada sepertiga malam terakhir. Daripada Abu Hurairah, katanya rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi buruk, janganlah dia ceritakan kepada orang lain dan hendaklah ia bangun lalu sembahyang. Hadis ini tidak menerangkan secara khusus tentang sembahyang yang perlu dilakukan. Walaupun demikian, sembahyang yang dijelaskan adalah di antara amalan yang paling sesuai dilakukan. Sesungguhnya Allah menjanjikan kemakbulan bagi mereka yang berdoa pada waktu malam, sebagaimana yang dijelaskan hadis daripada Abu Hurairah daripada rasulullah, dia bersabda yang bermaksud: Tuhan kami turun pada setiap malam ke langit dunia ketika malam tinggal sepertiga yang terakhir. Dia berfirman: Barang siapa berdoa kepada-Ku, akan kuberi. Barang siapa memohon keampunan akan kuampuni baginya. Ketahuilah bahawa masa yang paling hampir bagi Tuhan dengan hamba-Nya ialah pada bahagian malam terakhir. Ketika itu Allah akan memperkenankan permohonan hamba-Nya. Allah menjadikan tiga jenis makhluk utama di dunia ini, iaitu malaikat, jin dan manusia. Makhluk-makhluk ini adalah di bawah kekuasaan Allah. Iblis dan syaitan termasuk dalam golongan jin. Kerana itu, sekiranya terjadi masalah atau gangguan akibat daripada perbuatan makhluk-makhluk ini, manusia perlu merujuknya kepada Allah. Memohon perlindungan daripada-Nya daripada segala kejahatan makhluk tadi.

Untuk tujuan ini, sebelum tidur, seseorang itu hendaklah berwuduk, kemudian baring di tempat tidur lalu membaca takbir, subhanallah dan alhamdulillah sebanyak 33 kali setiap satu. Dalam sebuah hadis daripada Saidatina Aishah menyatakan bahawa nabi, apabila baginda berbaring di tempat tidurnya setiap malam, dia menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya kemudian dia meniupnya dengan mulut padanya, lalu dia membaca padanya, Qul huwa `Llahu ahad, Qul a'udhu bi rabbi falaq dan Qul a'udhu bi-rabbi `n-nas (tiga qul). Kemudian baginda menyapu kedua-dua telapak tangannya itu ke seluruh badan seberapa boleh yang dimulakan pada bahagian kepala, muka dan bahagian badannya. Ia melakukannya sebanyak tiga kali. Demikianlah di antara amalan yang perlu dilakukan berdasarkan perlakuan sunah yang sewajarnya dicontohi.
Mingguan Malaysia 26 Mac 2006