Pages

Showing posts with label paling tadah. Show all posts
Showing posts with label paling tadah. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Lagi jeneral Syria berpaling tadah

Mejar Jeneral al-Shallal
Imej rakaman memaparkan pengakuan Mejar Jeneral al-Shallal
. Foto: AP
DAMSYIK - Ketua polis tentera Syria menjadi pegawai tertinggi terbaru  berpaling tadah dan menyertai pemberontakan menentang Presiden Bashar al-Assad dalam konflik sejak 21 bulan lalu di negara itu.

Rakaman pengumuman Mejar Jeneral Abdul Aziz Jaseem al-Shallal tersebut disiarkan stesen TV, Al Arabiya pada Selasa lalu.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas beliau tidak sanggup lagi menyaksikan kekejaman tentera rejim melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat sendiri dan terus membedil kawasan kampung serta bandar.

Sehingga kini, puluhan jeneral telah berpaling tadah sejak negara itu mula bergolak pada Mac tahun lalu termasuk teman rapat Assad, Jeneral Manaf Tlass.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Mohammed al-Shaar yang cedera dalam kejadian pengeboman berani mati di Damsyik pada 12 Disember lalu dilaporkan tergesa-gesa meninggalkan hospital di Beirut dengan menaiki jet peribadi.

Pegawai keselamatan Lubnan memberitahu, al-Shaar khuatir pihak berkuasa akan mengeluarkan waran tangkap antarabangsa atas penglibatannya melakukan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Syria.

Selain itu, beliau juga dikatakan pernah terlibat dengan serangan berdarah ke atas penyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di bandar Tripoli pada tahun 1986 semasa al-Shaar memegang jawatan sebagai pegawai perisikan kanan di utara Lubnan.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 20 terkorban termasuk lapan kanak-kanak selepas kereta kebal tentera rejim menggempur sebuah kampung di Kahtaniyeh, wilayah utara Syria, kelmarin. - AP

Wednesday, June 1, 2011

120 pegawai Libya berpaling tadah

ROME: Lapan pegawai kanan tentera Libya muncul di Rome semalam untuk membuat pengakuan menjadi sebahagian daripada 120 pegawai dan anggota pasukan keselamatan berpaling tadah daripada Muammar Gaddafi sejak beberapa hari lalu.
Lapan pegawai kanan terbabit - lima berpangkat jeneral, dua kolonel dan seorang mejar - mengadakan sidang media tergempar dianjur kerajaan Itali.

Itali adalah antara kerajaan yang mengiktiraf gerakan pemberontak rakyat Libya bagi menyingkirkan Gaddafi sebagai pemimpin.

Seorang daripada pegawai terbabit, Jeneral Oun Ali Oun, berkata apa yang berlaku ke atas rakyat Libya menakutkan mereka.

“Berlaku pembunuhan beramai-ramai, keganasan ke atas wanita. Hanya orang bodoh dan tidak bermaruah tergamak melakukan kekejaman itu,” katanya.


Rakannya, Jeneral Salah Giuma Yahmed, berkata tentera rejim Gaddafi semakin lemah dari sehari ke sehari dengan kekuatannya merosot sehingga 20 peratus berbanding sebelum ini.

“Gaddafi kini di ambang kejatuhan,” katanya.

Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Abdurrahman Shalgam, berkata semua 120 pegawai tentera yang berpaling tadah itu kini berada di luar Libya.

Bagaimanapun, duta itu yang turut menyatakan sokongan terhadap revolusi rakyat Libya tidak menyatakan di mana pegawai kanan terbabit berada.

Menurut sumber, semua pegawai tentera yang berpaling tadah itu meninggalkan Libya melalui sempadan Tunisia yang dikawal pemberontak. - Reuters
myMetro | 120 pegawai Libya berpaling tadah

Tuesday, May 17, 2011

Menteri minyak Libya paling tadah, larikan diri ke Tunisia



TUNISIA: Menteri Minyak Libya berpaling tadah terhadap kerajaannya dan dipercayai sudah meninggalkan negara itu ke Tunisia.

Pegawai keselamatan Tunisia, berkata Ketua Syarikat Minyak Kebangsaan yang juga Menteri Minyak Libya, Shukri Ghanem, memasuki Tunisia dengan menggunakan jalan darat, Isnin (waktu tempatan).
Ghanem adalah pegawai berprofil tinggi Libya yang berpaling tadah di tengah-tengah kekecohan dan pertempuran antara tentera Muammar Gaddhafi dan pemberontak yang disokong NATO menerusi serangan udara. - AP
Berita Harian