Kajian berskala besar itu adalah yang pertama seumpamanya untuk memadankan genetik dengan tabiat merokok, barah paru-paru dan penyakit COPD. Saintis mendapati dua kumpulan pemboleh ubah genetik yang terdapat pada kromosom ke-15 mempengaruhi risiko bagi ketiga-tiga masalah itu, selepas menjalankan kajian terhadap 38,000 perokok. Ketua penyelidik, Laura Jean Bierut berkata, pasukan saintis menguji pemboleh ubah DNA yang diketahui sebagai penyebab perubahan biologi dalam tubuh perokok. "Kami berjaya menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah itu memberi kesan kepada jumlah seorang individu merokok selain jenis penyakit yang boleh dihidapi mereka," katanya. Nikotin, bahan utama yang menyebabkan ketagihan dalam rokok, bertindak balas dengan sel reseptor yang terdapat pada bahagian kromosom ke-15 dan asas ini digunakan saintis bagi menentukan pengaruh kromosom tersebut terhadap perokok. |
Showing posts with label GENETIK. Show all posts
Showing posts with label GENETIK. Show all posts
Sunday, October 24, 2010
Genetik pengaruh keinginan merokok
Sunday, August 22, 2010
Kesan rokok pada genetik
NEW YORK - Individu bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko tinggi menghidap pelbagai penyakit dan masalah genetik, sama seperti seorang perokok tegar.
Data biologi yang dikeluarkan sekumpulan pengkaji di Kolej Perubatan Weill Cornell, Manhattan mengesahkan pandangan yang dikemukakan sebelum ini berhubung risiko berkenaan.
Pengkaji terbabit mendokumentasi perubahan pada aktiviti genetik yang berlaku dalam kalangan bukan perokok apabila mereka terdedah kepada asap rokok daripada orang lain.
Ronald Crystal yang mengetuai kumpulan pengkaji itu berkata, orang ramai tahu bahawa asap rokok menyebabkan individu bukan perokok yang menjadi :secondhand smoker: turut terdedah kepada pelbagai penyakit seperti penyakit paru-paru dan sakit jantung.
“Malangnya, belum ada data dan fakta biologi yang boleh menyokong perkara itu. Hasil kajian ini pula secara nyata sudah membuktikan bahawa perokok pasif atau :secondhand smoker: juga mengalami masalah genetik seperti perokok tegar,” katanya.
Bagi membuktikan perkara itu, kajian dilakukan ke atas sel paru-paru 121 sukarelawan yang terdiri daripada perokok dan bukan perokok.
Ujian air kencing juga dilakukan untuk meneliti tahap nikotin pada perokok dan perokok pasif.
Kajian teliti dilakukan pada sel paru-paru yang dikenal pasti menyimpan 25,000 genetik manusia.
Hasilnya, pengkaji menemui 372 genetik yang masih aktif pada perokok tetapi tidak lagi aktif pada kelompok perokok pasif.
Laporan kajian itu disiarkan dalam :American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine: keluaran 20 Ogos lalu.
“Kajian ini membuktikan bahawa golongan bukan perokok mempunyai alasan lebih kukuh untuk mendesak supaya tempat awam diwartakan sepenuhnya sebagai zon larangan merokok.
“Jika tidak, kanak-kanak, warga emas dan sesiapa sahaja yang bukan perokok akan mengalami perubahan genetik serta menghidap pelbagai penyakit berbahaya kerana menghidu rokok yang dihembus perokok,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)