Pages

Showing posts with label amerika. Show all posts
Showing posts with label amerika. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Washington sudah sedia hadapi sengketa dengan Iran: Panetta

WASHINGTON: Amerika Syarikat sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi sebarang konfrontasi dengan Iran berhubung isu Selat Hormuz.
Setiausaha Pertahanan, Peon Panetta berkata, negaranya bagaimanapun berharap pertelingkahan itu akan dapat diselesaikan secara aman.

“Kami sentiasa membuat persiapan untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang konfrontasi tetapi kami tidak mengambil sebarang langkah khusus kerana kami sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi keadaan itu ketika ini,” kata Panetta kepada wartawan.

Washington meningkatkan kehadiran tentera lautnya di kawasan perairan berhampiran Teluk sebagai tindak balas terhadap ancaman Iran untuk menutup Selat Hormuz jika sekatan terhadap eksport minyak mentahnya melumpukan sektor tenaga negara itu.

“Kami sentiasa mengekalkan kehadiran besar-besaran kami di rantau itu. Kami mempunyai armada tentera laut di kawasan berkenaan.

“Tentera kami berada di rantau itu. Kami akan melakukan apa saja untuk membantu mewujudkan keamanan di rantau itu,” katanya. - AFP

Wednesday, January 18, 2012

Dasar luar Amerika terhadap negara Islam sukar diubah

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Seorang ahli akademik Amerika Syarikat hari ini berkata, bahawa dasar luar negaranya terhadap negara-negara Islam tidak akan berubah selagi wujud pengaruh Israel dalam sistem politik negara itu.

Prof. Emeritus Dr. W.Scott Thompson berkata, untuk beberapa tahun perbincangan mengenai isu-isu membabitkan Islam boleh diadakan secara rasional di negara itu tetapi menjadi semakin sukar dengan campur tangan Israel.

Beliau adalah dari Sekolah Undang-Undang dan Diplomasi, Universiti Tufts, Boston, Amerika Syarikat.

Beliau juga berkata, 64 peratus calon-calon parti Demokrat pada pilihan raya kebangsaan menerima sumbangan wang tunai secara langsung untuk berkempen dari banyak pertubuhan dan kumpulan berkaitan Yahudi, sambil menjelaskan ramai tidak sedar mengenai perkara itu.

"Kita tidak boleh menjangka hubungan Islam-Amerika yang sihat sehingga Amerika mengambil langkah pertama dan menunjukkan ia tidak boleh diarah-arahkan oleh pelobi dalaman,” katanya semasa menyampaikan ceramah berjudul “Amerika Syarikat dan Dunia Islam: Merangka Masa Depan Yang Mapan” pada Persidangan Antarabangsa pergerakan Moderat Global (ICGMM) di sini hari ini. - BERNAMA

Monday, December 12, 2011

Amerika dalang pemusnah dunia


Berita Harian Online | Amerika dalang pemusnah dunia:

NGO Barat cuba kuasai proses pilihan raya

APA agaknya reaksi penduduk Amerika Syarikat jika mendapati pusat pengundian dan parti politik tertentu keseluruhannya dipengaruhi wang pemerhati dan calon disokong China yang mempromosikan kepentingan negara itu dalam proses pemilihan Presiden?

Pasti banyak jawapan diterima. Mungkin ada orang akan dipenjarakan seumur hidup atau dihukum mati atas dakwaan mengkhianati negara. Malah perang antara kedua-dua negara juga mungkin berlaku.
Cubaan menggulingkan pemimpin negara asing atau masuk campur dalam pilihan raya adalah tindakan biasa dilakukan kerajaan Amerika menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selama berdekad-dekad di seluruh dunia. Malah, kebangkitan dunia Arab dilaporkan turut didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat.
Akhbar New York Times dalam rencana bertajuk ‘Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab’ jelas menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti Institut Republikan Antarabangsa, Institut Demokratik Kebangsaan dan Dewan Kebebasan, pertubuhan hak asasi manusia tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington.

Ia juga menunjukkan kedua-dua institut itu mempunyai hubungan dengan parti Republikan dan Demokratik. Ia dicetuskan Kongres dan dibiaya menerusi Pembiayaan Kebangsaan bagi Demokrasi, yang ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menyalurkan geran bertujuan mempromosikan de-mokrasi di negara membangun.

Ia menerima AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres. Dewan Kebebasan turut menerima sejumlah wang daripada ke-rajaan Amerika, kebanyakannya daripada Jabatan Negara.

NGO sama juga memainkan peranannya di Myanmar, menghalang pembinaan empangan mega baru un-tuk memulakan pembangunan di kawasan pedalaman negara itu dan menyediakan bekalan elektrik bagi penggunaan eksport dan domestik, serta membantu mengairi tanah pertanian.
Ada bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di negara jiran Russia dan juga sekutunya, Belarus, NGO yang dibiayai Amerika cuba memulakan ‘Kebangkitan Belarus’ untuk menumbangkan pemimpin negara itu, Alexander Lukashenko, yang membantah keras kehadiran tentera NATO di sempadannya dan Russia. Kini, Russia sendiri sudah membongkar plot NGO yang cuba campur tangan dalam institusi politik negara itu, dalam cubaan menggulingkan dan menggantikan pemimpinnya.

Ini bukan kali pertama Russia berdepan dengan campur tangan luar. Selepas kejatuhan Soviet Union, ada usaha di kalangan rakyat asing memulakan usaha mencipta undang-undang sendiri di sebalik kekacauan itu.

Individu yang menerajuinya ialah hartawan Mikhail Khodorkovsky yang menjadi penaung Yayasan Russia Terbuka malah memiliki pakar kewangan korporat seperti Jacob Rothschild dan Henry Kissinger mempengerusikan lembaga pengarahnya.

AS akur arahan Pakistan kosongkan pangkalan udara

Utusan Malaysia Online - Terkini:


12/12/2011 2:28am

ISLAMABAD 12 Dis. - Tentera Amerika Syarikat mengosongkan sebuah pangkalan tentera udara Pakistan selepas Islamabad mengarahkan berbuat demikian sehingga semalam sebagai tindak balas terhadap serangan udara NATO yang membunuh 24 askar negara Islam itu.
Seorang pegawai kanan tentera Pakistan berkata, askar Amerika telah mengosongkan pangkalan udara Shamsi yang kemudiannya dikawal oleh pasukan keselamatan negara ini.
Pangkalan udara tersebut yang terletak di barat daya wilayah Baluchistan dipercayai digunakan dalam operasi serangan Drone AS terhadap militan Taliban dan al-Qaeda. – AFP

Tuesday, August 30, 2011

MALAYSIA :telah wujud pada September 1937?





Projek penjajahan bentuk baru, empayar baru dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yg kununnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S utk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dgn niat jahat, menjajahnya dlm bentuk baru.



Malaysia adalah projek kolonial. benar, seperti buku ini yg terbit pd September 1937




Projek penjajahan bentuk baru
, empayar baru dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yg kununnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S utk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dgn niat jahat, menjajahnya dlm bentuk baru.



Kemudiannya, projek kolonial A.S mendapat akal jahat, angan2 bergelar teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara2 di Asia Tenggara akan menjadi negara komunis. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.” Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia; melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya; menggulingkan presiden Sukarno; menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yg anti penjajahan – bentuk baru dan lama – dari kuasa kolonial barat. hari ini kita dapat melihat fakta2 ini secara terperinci dengan terbitnya dokumen2 rahsia CIA seperti ini (sila klikForeign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.)
Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia-yg dipercayai disabotaj Jenderal Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenalpasti bocor rahsianya atau kecekapan risikan tentera Malaysia? Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa olehJenderal Suharto, yg didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.
Nama Malaysia telah ada dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke 16. lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emersonyang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan negara. Buku itu diterbitkanMacmillan New York pada tahun 1937, tahun orang2 di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, tahun org2 di sini belum lagi mengerti atau peduli pada makna dari kata Malaysia. tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja2nya, tahun inggeris masih lagi penjajah ke atas wilayah dengan nama – Negeri2 Melayu Bersekutu, Negeri2 Melayu tidak bersekutu, Negeri2 Selat, Borneo-Sabah, Sarawak dan Brunei.
Gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.
Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahariyang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia.
Jadi bukan TAR lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak. Apa pula cerita Bangsa Malaysia?
Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)
Oleh itu mari kita sama-sama fikir kembali maksud daripada petikan ucapan terakhir beliau sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.
Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“(Mohamed Abid, 2003, p191-192)
Apa maksudnya? 
Ini Realiti:
Sedikit mengenai ‘agenda mereka‘ untuk semua orang Malaysia yang membaca blog ini:
1. De-Islaming the Islamic belief through the avenue of mysticsm (installing new belief system i.e Hikayat HangTuah, Hikayat Melayu closely supervised by the Freemason Orientalist)
2. To destroy the ‘Holy Book’ without burning it through the theory of evolution (i.e si Darwin bapak beruk. Penyakit ini melahirkan golongan Atheist)
3. They (tidak kira apa bangsa keturunan sekalipun) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:
a. to induce spiritual blindness
b. to convince
c. to convert
d. to corrupt
Divide, conquer and destroy the ‘tauhid’ faith and religion is their agenda since the beginning of civilisation. The Secret Society @ The Elite ini ahlinya tidak ramai tetapi pengaruhnya ‘very powerful’ dan ‘very influential’ datangnya pula dari political (maybe royal) figure yang dulunya berkhidmat untuk British empire. Sekarang pula mungkin dibawah naungan Amirika sekutu kuat England.
Walaupun pada surfacenya mereka nampak bercakaran tapi secara sulitnya mereka ada agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi keliru tidak keruan. Apabila masyarakat mula bosan dan beralih kepada hidangan ringan seperti hiburan maka disitulah jarum dan racun dakyah mereka dijalankan. Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya telah menjadi korban satu sistem yang di rekacipta untuk melaksanakan agenda jahat mereka.
Jika tidak percaya, apakah dua berita yang paling menyemak dan mendapat tempat paling utama di Malaya hari ini? Politik dan Hiburan…Do they really care about you? No, they don’t (because that is part of the Master plan-hatred-lies and deception). Apakah elemen utama dalam perancangan mereka? Lalai dan melalaikan…akibatnya:
End result Spiritual Blindness.
SUMBER WARGAMARHAEN

Sunday, May 1, 2011

Amerika laksana sekatan baru pemimpin Syria


AMMAN: Amerika Syarikat menguatkuasakan sekatan baru ke atas pemimpin kanan Kerajaan Syria selepas pasukan keselamatan membunuh lebih 60 orang penunjuk perasaan ketika demonstrasi menuntut Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan melanda seluruh negara.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama meluluskan sekatan itu ke atas individu termasuk adik lelaki Assad yang bertanggungjawab menguruskan tentera di Daraa, dilihat pemerhati sebagai tentangan pertama ke atas tindakan keras Kerajaan Syria.
Obama menandatangani satu arahan eksekutif mengenakan sekatan ke atas agensi perisikan, sepupu lelaki Assad, Atif Najib dan adiknya Maher, yang mengetuai cawangan tentera yang menyerbu ke dalam Deraa Isnin lalu.
Pengawal Revolusi Iran yang berkuasa turut menjadi sasaran, dituduh membantu tindakan keras Syria.

Satu sumber perubatan memberitahu Reuters, bahawa tentera membunuh 19 orang di Daraa kelmarin apabila mereka melepaskan tembakan ke arah ribuan penunjuk perasaan yang keluar dari perkampungan berhampiran dalam untuk menunjukkan semangat perpaduan dengan bandar selatan tempat bermulanya tunjuk perasaan kira-kira enam minggu lalu. Keadaan dijangka meruncing.

Kumpulan hak asasi manusia Syria, Sawasiah berkata ia mempunyai senarai nama 62 orang yang terkorban ketika bantahan di Daraa, Rustun, Latakia, Homs dan Qadam, berhampiran Damsyik.

Pemantauan kumpulan hak asasi manusia Syria memberikan angka kematian yang sama.
Pertumpahan darah kelmarin berlaku selepas penunjuk perasaan di seluruh negara sekali lagi tidak mengendahkan tindakan besar-besaran tentera yang mahu menyuraikan mereka.

Sementara itu, diplomat Kesatuan Eropah (EU) berkata mereka sudah mencapai perjanjian awal untuk mengenakan sekatan senjata ke atas Syria dan akan “segera mempertimbangkan langkah lain yang wajar.” – Reuters , bharian

Saturday, April 30, 2011

AS kenakan sekatan terhadap keluarga Bashar

WASHINGTON 30 April – Amerika Syarikat (AS) semalam mengenakan sekatan terhadap agensi perisikan Syria dan dua ahli keluarga Presiden, Bashar al-Assad kerana menggunakan tindakan keras untuk menangani demonstrasi bantahan di negara itu, kata pegawai kanan AS.
Assad tidak terlibat dalam arahan sekatan melibatkan pembekuan aset dan sebarang perniagaan di AS tetapi beliau akan dimasukkan ke dalam senarai itu kemudian jika tindakan keras terus diambil oleh kerajaan terhadap penunjuk perasaan. - Reuters, utusan

Trump mahu jajah Iraq jika jadi Presiden AS

LAS VEGAS: Donald Trump berkata beliau akan mengenakan levi 25 peratus terhadap semua barangan yang diimport dari China, menjajah Iraq supaya Amerika Syarikat dapat menguasai minyaknya dan mengenakan bayaran terhadap Korea Selatan kerana menempatkan tentera Amerika di negara itu, jika beliau menjadi presiden.
Pengusaha hartanah yang kaya raya itu berkata demikian ketika berucap kepada lebih 1,000 penyokong Republikan di Las Vegas, semalam.

Beliau belum mengumumkan secara rasmi untuk menjadi calon parti itu dalam menentang Presiden Barack Obama pada pilihan raya 2012, tetapi berkata, beliau akan berbuat demikian dalam masa terdekat. “Apa yang dilakukan oleh China ialah memanipulasikan mata wang mereka. Saya akan memastikan mereka berhenti berbuat demikian jika saya jadi Presiden. “Opec (Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak) pula menaikkan harga minyak sesuka hati. Kenapa? Kerana tidak ada orang di Washington yang berani berkata: ‘Kamu tidak boleh naikkan harga,” katanya.

Trump, 64, dianggap bakal calon Repulikan yang baik di kalangan penyokong parti itu walaupun ramai pemerhati politik tidak memandang serius padanya.

Ahli perniagaan itu juga berkata, jika beliau menjadi presiden, beliau tidak akan mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Iraq sebaliknya akan terus menjajah negara itu untuk menguasai minyaknya. - AP

Tuesday, April 19, 2011

Amerika dilanda ribut: 45 maut


SEGALANYA MUSNAH...Jeffery Lee (kiri) memujuk Meredith Tucker di depan rumah wanita itu yang diranapkan taufan di Fayetteville, Carolina Utara, semalam.
SEGALANYA MUSNAH...Jeffery Lee (kiri) memujuk Meredith Tucker di depan rumah wanita itu yang diranapkan taufan di Fayetteville, Carolina Utara, semalam.

RALEIGH (Carolina Utara): Angin taufan terburuk dalam tempoh beberapa dekad melanda sebahagian Amerika Syarikat, semalam, menyebabkan 45 orang maut dan merosakkan bangunan serta harta benda lain.
Bencana itu bermula pada petang Khamis (waktu tempatan) di Oklahoma apabila angin puting beliung raksasa hampir memusnahkan seluruh bandar Tushka yang dihuni 350 orang.

Hampir semua kediaman dan kedai di bandar itu musnah, manakala dua penduduk warga emas terbunuh.

Sehari kemudian kekuatan angin meningkat dan mencetuskan beratus-ratus taufan yang melanda Arkansas, Mississippi, Alabama dan Carolina Utara, sebelum menuju Virginia pada malam Sabtu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Darurat Persekutuan, Patty McQuillan, berkata bencana taufan itu adalah terburuk sejak 1984 .

“Saya masing ingat kejadian itu dan saya yakin taufan ini lebih hebat daripada bencana berkenaan,” katanya.

Pada 1984, taufan terburuk dalam tempoh lebih satu abad memusnahkan Georgia, Carolina Utara dan Selatan, serta Virginia, serta mengorbankan 57 orang serta lebih 1,000 cedera.

Raleigh menjadi bandar paling teruk terjejas apabila 23 orang terbunuh.
Di Alabama, seorang ibu dan dua anaknya yang berlindung dalam rumah bergerak adalah antara tujuh korban.

Mereka tercampak kira-kira 150 meter dari kediaman itu.

Tujuh lagi korban dicatatkan di Arkansas, lima di Virginia dan seorang di Mississippi.

Datuk Bandar Carolina Utara, Beverly Perdue, berkata dia tidak pernah melihat kemusnahan sebegitu sepanjang hidupnya.

Dia juga mengisytiharkan darurat bagi memudahkan bantuan diterima. - AFP

243 puting beliung 'serang' Amerika

Foto
BERPULUH-PULUH kediaman penduduk Deltaville, Virginia rosak atau musnah dilanda puting beliung.



Foto
FOTO puting beliung melalui daerah Colerain, Carolina Utara, kelmarin diambil oleh seorang penduduk, Richard Burkett.



JACKSON (Mississippi): Sebanyak 243 puting beliung yang melanda sedozen negeri Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu, menyebabkan 45 orang maut selain kerugian besar kepada penduduk apabila beratus-ratus rumah rosak atau musnah.
  Selain kehilangan hampir semua harta benda, sebilangan mereka kehilangan rumah yang tercabut akibat ditiup angin kencang.Ketika penduduk memulakan kerja pembersihan dan mencari sisa dari rumah mereka yang boleh digunakan semula, kisah puting beliung mencabut dan menerbangkan pokok seperti kayu besbol, memecah dan menyebabkan rumah tunggang terbalik, kedengaran hampir di mana saja.
Seorang penduduk di Dunn, Carolina Utara, Jonathan Robinson berkata ketika puting beliung mula membadai rumah bergerak miliknya, beliau segera mendukung anak lelaki sepupunya Ayden yang berusia tiga bulan bersembunyi di dalam sebuah peti di bilik tidurnya.

“Malangnya ketika hendak melompat masuk ke dalam peti itu angin puting beliung yang amat kuat memecahkan rumah menyebabkan Ayden terlepas dari pegangan saya dan diterbangkan ke udara,” katanya.

Robinson berkata, selepas puting beliung reda, beliau bersama anggota keluarganya segera menggali runtuhan untuk mencari Ayden.
“Saya rasa akan kehilangannya,” kata Robinson selepas bayi itu ditemui.

Penduduk daerah Askewville, Carolina Utara, Justin Dunlow, 23, hanya mampu berdoa, apabila beliau bersama dua anaknya yang masih kecil dihempap dinding rumah bergerak mereka yang runtuh.

“Saya boleh bina semula rumah saya, tetapi saya tidak dapat ganti dua anak jika kehilangan mereka. Saya bersyukur kerana kami selamat,” katanya.

Audrey McKoy yang tinggal dekat Bladen County sedang berehat apabila puting beliung membadai rumah mereka.

“Ia kelihatan seperti dalam filem The Wizard of Oz,” katanya.

Mereka yang bersembunyi di bilik air sempat mendengar bunyi pokok tumbang dan rumah lain ditiup angin. Sebaik keluar untuk melihat kemusnahan, rumah mereka juga sudah terbalik.

Puting beliung membadai wilayah Deep South termasuk Alabama, Georgia, Louisiana, Mississippi dan Carolina Selatan sebelum bergerak menuju ke Carolina Utara hingga ke Virginia sebelum menuju ke laut.

Akhbar Wall Street Journal melaporkan, puting beliung kuat yang melanda Carolina Utara petang kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang maut.

Pegawai pengurusan kecemasan melaporkan puting beliung memusnahkan 60 buah rumah dan merosakkan lebih 400 yang lain. Gabenor Bev Perdue mengisytiharkan perintah darurat berikutan kejadian itu. – AP/Agensi ,utusan

AS salur dana kepada pembangkang Syria



WASHINGTON 18 APril - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) secara rahsia menyalurkan bantuan dana kepada kumpulan pembangkang Syria, menurut sumber diplomatik yang didedahkan oleh WikiLeaks, lapor akhbar The Washington Post hari ini.
Akhbar tersebut melaporkan, sumber itu menunjukkan jabatan berkenaan menyalurkan sebanyak AS$6 juta (RM18 juta) sejak 2006 kepada sekumpulan rakyat Syria yang dibuang negara untuk menguruskan Barada TV iaitu saluran televisyen satelit berpangkalan di London dan menaja pelbagai aktiviti di Syria.
"Barada TV mula beroperasi pada April tahun lepas tetapi meningkatkan operasinya bagi membuat liputan pemberontakan di Syria yang bermula bulan lalu sebagai sebahagian daripada kempen untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
"Wang AS untuk tokoh pembangkang mula disalurkan ketika pentadbiran Presiden George W. Bush selepas hubungan diplomatik AS dengan Damsyik dibekukan pada 2005," kata akhbar itu,
Akhbar itu menambah, bantuan kewangan itu berterusan di bawah Presiden Barack Obama walaupun pentadbirannya cuba membina semula hubungan dengan Assad.
Pada Januari lalu, White House menghantar seorang duta ke Damsyik buat pertama kali dalam tempoh enam tahun.
Artikel berkenaan berkata, ia tidak jelas sama ada AS masih menaja kumpulan pembangkang tersebut tetapi sumber itu menyatakan bantuan wang itu telah diperuntukkan sehingga September 2010.
The Washington Post berkata, sumber sebelum ini menunjukkan para pegawai Kedutaan AS di Damsyik menjadi bimbang pada 2009 selepas mereka mengetahui ejen perisikan Syria menyoal mengenai program-program AS. - Reuters, utusan

Thursday, December 30, 2010

Kemiskinan di amerika bertambah




http://www.hespress.com/_img/uspoor45.jpg
Kemiskinan di amerika bertambah 27%, angka ini menunjukkan kejatuhan ekonomi yang paling buruk di amerika setelah melalui zaman kemelesetan ekonomi. Jurang ekonomi di amerika kini semakin ketara.

Monday, November 29, 2010

9 Penjara rahsia amerika di Afghanistan



http://www.islamtoday.net/media_bank/image/2009/8/23/1_2009823_6675.jpg
Kebanyakkan rakyat Afghanistan hilang tanpa disedari sebenarnya telah berada di dalam 9 penjara rahsia amerika yang dibina tidak jauh daripad sempadan Afghanistan, perjara-penjara tersebut terletak hanya 200 batu daripada sempadan Afghanistan.

Thursday, November 11, 2010

Amerika diserang?


Rakaman video yang disediakan oleh stesen televisyenKCBS/KCAL merakamkan apa yang dipercayai peluru berpandu yang dilancarkan di ruang udara pantai California, kelmarin. - AP


WASHINGTON 10 Nov. - Sebuah stesen televisyen swasta Amerika Syarikat (AS), KCBS semalam menyiarkan rakaman video dipercayai kepulan asap yang dilepaskan oleh peluru berpandu ketika melalui ruang angkasa di barat Los Angeles, sekali gus timbul laporan ia merupakan serangan peluru berpandu.
Tentera Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun berkata, ia bukanlah satu ancaman besar kepada negara ini kerana tidak ada sebarang tentera asing dikesan melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan pinggir laut California seperti yang dilaporkan.
"Buat masa ini, kami mengesahkan negara kita tidak menerima sebarang ancaman dan ia bukanlah satu usaha serangan daripada tentera asing," kata Pasukan Pertahanan Angkasa Lepas Amerika Utara (NORAD) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Pentagon berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat lengkap tentangnya dan ia sedang berusaha melakukan siasatan terperinci.
"Tidak ada sebarang maklumat yang membolehkan Jabatan Pertahanan (DoD) mengakui ia adalah satu serangan peluru berpandu.
"Beberapa agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang penerbangan akan melakukan siasatan terhadap apa yang dilaporkan berlaku di California semalam," kata jurucakap Pentagon, David Lapan.
Tambah Lapan, berdasarkan imbasan radar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dari kawasan lapang di barat Los Angeles, tidak menunjukkan sebarang pergerakan dengan kelajuan luar biasa malah mereka tidak menerima sebarang laporan pemandangan luar biasa daripada juruterbang yang melalui ruang angkasa kawasan terbabit.
Kebiasaannya, kata Lapan, sebelum ujian peluru berpandu diadakan, ruang udara perlu ditutup dan pelaut perlu dimaklumkan terlebih dahulu.
"Sebab itulah, apa yang sedang berlaku masih menjadi misteri," kata Lapan. - AFP

Monday, August 9, 2010

MENYINGKAP KOMPLOT ISRAEL DENGAN IRAN DAN AMERIKA DENGAN IRAN



Oleh : DR. AHMAD AL-AFGHANI



Sebelum memaparkan hubungan strategik antara Yahudi dan Iran, terlebih dahulu kita kembali ke zaman silam untuk meninjau kembali sejarah, iaitu pengasas agama dan fahaman Syi`ah adalah sebenarnya orang-orang Yahudi yang telah memperalatkan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berasal dari Yaman untuk mengasaskan fahaman ini di zaman Kalifah Uthman bin `Affan.

Dia telah menamakan dirinya dan para pengikutnya Syi`ah Ali (penyokong Ali) bagi tujuan mengaburi orang-orang Islam. Hal ini telah diakui oleh al-Kasysyi, seorang tokoh Syi`ah di dalam kitabnya Ma`rifah al-Naqilin `An Ai’immah al-Sadiqin atau lebih dikenali dengan Rijal Kasysyi. Katanya: "Sesungguhnya Ibn Saba’ ini seorang Yahudi kemudian memeluk Islam. Dialah yang mula-mula mengisytiharkan wajibnya menerima Imamah Ali." Dari sinilah kita berpendapat asal usul fahaman Syi`ah dan Rafidhah diambil daripada ajaran Yahudi.


Ahli-ahli sejarah Sunnah dan Syi`ah sepakat bahawa Ibn Saba’ lah yang menyebabkan kekacauan di zaman Uthman dan dialah yang mencetuskan fitnah di kalangan umat Islam. Begitu juga al-Naubakhti menukilkan daripada al-Tusi bahawa Ibn Saba’ lah yang mula-mula sekali menyerang Abu Bakar, Umar dan Uthman.


Oleh itu kita tidak merasa hairan terhadap kerjasama antara Yahudi dan Iran dari segi bantuan dan persenjataan. Di sini kami kemukakan beberapa contoh kerjasama itu:


Syimitiz dari syarikat Balijiah (BRB) pada 2 Januari 1985 telah mendedahkan penjualan senjata Israel kepada Iran yang dianggarkan sebanyak 164 bilion dollar US dengan pertukaran minyak Iran.


Pada bulan Disember 1980 majalah berbahasa Perancis PBD telah mendedahkan bahawa sejak awal peperangan Iran-Iraq lagi Iran menerima senjata Israel. Akhbar al-Ra’y al-Am juga mendedahkan kenyataan ini ekoran meletupnya kapal terbang Argentina yang membawa senjata dari Tel Aviv ke Tehran melalui Qabras.


Akhbar al-Ra’y bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: "Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab".


Sumber maklumat Perancis menegaskan sejumlah Yahudi Iran memasuki Palestin melalui Viena dengan nisbah 600 orang Yahudi setiap minggu. Dianggarkan bilangan Yahudi yang berpindah ke Amerika dan Palestin melalui Norway seramai 9000 sejak tahun 1983.


Simon Peres mempertahankan penjualan senjata Israel kepada Iran dan menyatakan bahawa Iraq lebih berbahaya daripada Iran.


Sekumpulan pegawai senjata udara Israel telah mengadakan kontrak dengan Tehran dengan gaji yang mencecah 10 000 dolar Amerika bagi setiap orang melalui Namrudi, pedagang senjata Yahudi yang merupakan atase tentara Yahudi di Tehran.


Pada 14 Febuari 1983, iaitu pada hari peringatan Khomeini mengambil alih pemerintahan, telah berlaku pertemuan yang mesra dan saling bertukar kucupan antara Rasfenjani dan rabai Yahudi Auril Davivy di bangunan majlis Syura. Rabai itu berkata: "Doktor-doktor dan tentera kita sekarang ini berada di barisan hadapan peperangan. Castro Nafin telah dipilih menjadi perwakilan Yahudi di Majlis Syura Iran. Dia menyatakan terima kasih kepada Iran sebagai mengingati kerjasama Parsi dan Yahudi di sepanjang sejarah.


Yahudi-yahudi Iran telah mendermakan 70 bilion riyal untuk kepentingan peperangan dengan Iraq.


Amerika dan Iran


Walaupun permusuhan yang dItunjukkan oleh Iran terhadap Amerika yang disifatkannya sebagai syaitan besar namun di sana ada hubungan yang erat dan mendalam antara Amerika dengan pemimpin-pemimpin Syi`ah sejak tahun 40-an lagi.

Di sana ada beberapa janji lama Amerika kepada mereka untuk mendirikan negara Syi`ah. Perjanjian-perjanjian ini diperbaharui ketika krisis Teluk yang terakhir kerana Amerika merasakan apabila tertegaknya sebuah negara Islam untuk Ahli Sunnah di salah sebuah negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria atau Iraq maka pasti pertubuhan-pertubuhan lain akan menyertainya. Ini akan mewujudkan bahaya besar terhadap Barat dan Israel. Justeru itu, menjadi kepentingan Amerika dan Israel untuk mendirikan Negara Syi`ah yang taksub seperti Iran untuk merealisasikan beberapa matlamat strategik untuk mereka dan juga Israel, antaranya ialah:


Mencurah sehabis-habisnya tenaga manusia dan material dalam siri peperangan antara Sunni dan Syi`ah sebagaimana yang berlaku antara Iran dan Iraq.


Menjadikan rantau Timur Tengah sebagai sumber utama industri senjata Amerika melalui peperangan-peperangan ini.


Menghalang penubuhan Negara Islam Sunni yang bersifat antarabangsa.


Mendorong Ahli Sunnah menyibukkan diri dengan Syi`ah supaya kedua-dua pihak mengabaikan kewujudan Yahudi di Palestin.


Menguasai sumber-sumber tenaga serantau seperti minyak dan lain-lain.


Memberi gambaran yang buruk kepada masyarakat umum tentang ketaksuban dan perpecahan orang-orang Islam. Dengan itu mereka dapat menghalang manusia dari jalan Allah. Di samping itu bagi memberi gambaran yang mengelirukan tentang Islam.


Antara bentuk-bentuk kerjasama antara Amerika dan Iran ialah berita yang dilaporkan oleh Agensi Berita Perancis tentang kapal terbang senjata Amerika yang tiba di Tehran pada 14 September 1985. Amerika juga menghantar serangan roket-roket Hawk dari bumi ke bumi dalam tempoh yang sama. Akhbar al-Dustur melaporkan bahawa Khomeini sendiri yang mengarahkan supaya mengadakan hubungan baik dengan Amerika untuk mengurangkan kedudukan golongan sederhana di Iran.


Walaupun wujudnya tekanan luaran antara Iran dan Amerika namun Iran merupakan sumber kedua terbesar minyak bagi Amerika sebagai balasan kepada bantuan Amerika yang mengantikan kemusnahan yang dilakukan oleh Iraq.


Oleh itu kita tidak menafikan wujudnya skandal-skandal yang berlaku seperti Irangate yang mendedahkan kerjasama persenjataan dan strategi antara Iran dan Amerika.

Tuesday, August 3, 2010

AS tidak tinggalkan sepenuhnya Afghanistan



WASHINGTON 2 Ogos - Walaupun kempen perang Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan mendapat tentangan semakin lantang, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates semalam mengingatkan sebilangan besar askar AS akan terus berada di negara itu selepas pengunduran 'terhad' pada Julai tahun depan.
Angka korban askar AS semakin meningkat di Afghanistan dan rakyat Amerika meragui prospek kejayaan kempen tersebut, namun Gates mendakwa tentera AS dan sekutunya mencapai kemajuan dan pemberontak Taliban tidak akan dapat menunggu sehingga tentera Amerika berundur kerana pengunduran besar-besaran tiada dalam perancangan.
"Saya fikir kita perlu menekankan mesej bahawa kita tidak akan meninggalkan Afghanistan pada Julai 2011," kata Gates yang merujuk kepada tarikh akhir yang ditetapkan oleh Presiden Barack Obama untuk memulakan pengunduran.
Gates memberitahu rancangan ABCThis Week, beliau menjangka pengunduran pada peringkat awal adalah dalam bilangan yang terhad.
Ditanya sama ada Taliban boleh 'membiarkan masa berlalu' sehingga tarikh sasaran pertengahan 2011 itu, Gates berkata, beliau akan 'mengalu-alukan sikap tersebut kerana AS akan terus berada di sana pada bulan ke-19 dengan bilangan askar yang ramai'.
Kempen perang itu semakin tidak popular di kalangan rakyat Amerika dan ahli Kongres Demokrat, ekoran angka kematian askar AS yang makin meningkat dan ketiadaan kepercayaan terhadap Presiden Afghan, Hamid Karzai.
Washington juga menghadapi persoalan sama ada ia mampu mendapat kembali sokongan rakyat Afghan dan meyakinkan mereka supaya membelakangkan Taliban tanpa mencorakkan semula Afghanistan mengikut program pembangunan negara yang tidak lagi mahu dijalankan oleh pentadbiran AS.
Obama ketika mempertahankan kempen perang AS memberitahu rancangan Early Show diCBS, matlamat Washington 'agak sederhana' dan AS tidak ada rancangan untuk mengubah Afghanistan menjadi sebuah negara demokrasi ala Barat.
"Apa yang hendak kita lakukan adalah sangat sukar tetapi matlamat itu agak sederhana, iaitu tidak membenarkan pengganas beroperasi dari rantau itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan semalam.
Obama yakin matlamat tersebut boleh dicapai.
"Kita boleh menstabilkan Afghanistan secukupnya dan kita boleh mendapat kerjasama secukupnya daripada Pakistan bagi memastikan kita tidak meningkatkan ancaman terhadap negara kita," kata Presiden itu. - AFP

AS sangkal bilangan kematian askarnya di Iraq



BAGHDAD 2 Ogos - Pihak tentera Amerika Syarikat (AS) semalam mengambil langkah luar biasa dengan menyangkal jumlah korban Iraq yang dikeluarkan sehari sebelum itu, yang mana menunjukkan Julai merupakan bulan paling berdarah di negara yang masih dalam kancah perang sejak Mei 2008.
Keputusan AS untuk mengeluarkan angka korban sendiri selepas jumlah yang dikeluarkan Iraq menunjukkan peningkatan kadar keganasan, hampir lima bulan selepas pilihan raya Parlimen masih gagal membentuk kerajaan baru dan Washington mahu memulakan pelan memanggil pulang askarnya.
Walaupun angka korban yang digabungkan oleh Kementerian Kesihatan, Dalam Negeri dan Pertahanan dikeluarkan setiap bulan, tentera AS tidak pernah mempertikaikan secara terbuka.
"Pasukan Tentera AS-Iraq (USF-I) menyangkal angka korban Julai 2010 yang dilaporkan sebagai 'bulan paling berdarah Iraq sejak 2008'.
"Dakwaan bahawa Julai 2010 sebagai bulan paling berdarah di Iraq sejak Mei 2008 adalah tidak betul," kata kenyataan tentera AS.
Menurut data yang dimiliki AS, 222 orang terbunuh bulan lalu, kurang dari separuh berbanding angka yang disediakan Iraq, dan menambah seramai 782 orang cedera.
Ditanya mengapa tentera AS untuk mempertikaikan angka korban bulan lalu itu, jurucakap tentera AS di Iraq, Mejar Jeneral Stephen Lanza berkata, jumlah yang dikeluarkan tiga kementerian Iraq itu 'tidak menggambarkan keadaan keselamatan bulan lalu'.
Sabtu lalu, kerajaan Iraq meletakkan angka kematian seramai 535 orang terdiri daripada 396 orang awam, 89 anggota polis dan 50 askar dengan sejumlah 1,043 orang cedera. - AFP

Sunday, August 1, 2010

Gambar bayi cacat kesan dari bahan kimia peperangan amerika di Iraq




http://moheet.com/image/22/225-300/229635.jpg
Pada tahun 2004 kajian yang dibuat oleh kerajaan britain dan Ireland yang menjangkakan banyak lagi bayi cacat akan lahir dibumi Iraq hasil dari kesan bahan kimia yang digunakan oleh tentera amerika. amerika tidak menggunakan senjata-senjata bahaya tersebut di tanah air mereka tetapi senjata tersebut digunakan di Iraq dan Afghanistan secara leluasa.
في ذروة الخلافات بين الكتل السياسية العراقية حول تشكيل الحكومة الجديدة ، كشفت دراسة بريطانية عن كارثة فاقت في بشاعتها ما يتصوره العقل والمقصود هنا ما حدث في مدينة الفلوجة عام 2004 .
فوفقا للدراسة التي أشرف عليها الطبيب كريس باسبي من جامعة أولستر في أيرلندا الشمالية ونشرتها صحيفة " الإندبندنت " البريطانية في 24 يوليو / تموز مايو ، فإن الزيادة في معدلات الوفيات في أوساط الأطفال والإصابة بالسرطان واللوكيميا بمدينة الفلوجة التي تعرضت في 2004 للقصف والحصار الأمريكي لأسابيع للقضاء على المقاومة فاقت المعدلات المعروفة في هيروشيما وناجازاكي اللتين قصفتا بقنبلة نووية عام 1945.
ورغم أن الأطباء العراقيين في الفلوجة كانوا اشتكوا منذ 2005 من زيادة أعداد الأطفال المصابين بعيوب خلقية تراوحت بين فتاة مولودة برأسين إلى الإصابات بالشلل في الأطراف السفلى ، بالإضافة إلى وجود زيادة كبيرة في أعداد الإصابات بالسرطان مقارنة بالفترة التي سبقت الهجوم الأمريكي على مسلحي الفلوجة ، إلا أن الدراسة الجديدة وجدت أيضا ارتفاعا في جميع حالات السرطان بمعدل أربعة أضعاف و12 ضعفا في الإصابة بهذا المرض لدى الأطفال أقل من 14 عاما.
كما أكدت الدراسة التي شارك في إعدادها 11 باحثا وشملت 711 منزلا في الفلوجة خلال يناير/كانون الثاني وفبراير/شباط من 2010 أن الإصابة باللوكيميا ارتفعت بمعدل 38 ضعفا وأن معدلات سرطان الثدي زادت بنسبة عشرة أضعاف ، إلى جانب الزيادة الكبيرة في أورام المخ لدى الكبار.
وأشار باسبي إلى أنه رغم أن ارتفاع معدلات اللوكيميا في هيروشيما زاد 17 ضعفا ، فإن ما يثير الدهشة في حالة الفلوجة هو سرعة الإصابة بالسرطان وليس مجرد انتشاره.
طفل برأس زائد
وكشف أيضا عن التغيير في نسبة المواليد من الذكور والإناث ، فبينما كانت في الحالات الطبيعية 1050 من الذكور مقابل 1000 من الإناث ، انخفضت نسبة المواليد الذكور بعد 2005 بمعدل 18%، فأصبح كل 850 مولودا ذكرا يقابلهم 1000 فتاة ، موضحا أن التغير في النسبة بين الذكور والإناث يعد مؤشرا على الضرر الوراثي الذي يؤثر على الذكور أكثر منه على الإناث .
وأضاف باسبي أن تأثير الحرب على المدنيين كان الأشد على سكان الفلوجة منه على أي مكان آخر وذلك بسبب الاستمرار في محاصرة المدينة وحجبها عن بقية أنحاء العراق بعد 2004.
ورغم أنه قال إنه لا يستطيع أن يحدد السبب الحقيقي وراء حالات السرطان والتشوهات الخلقية ، فإنه أكد أن مثل تلك النتيجة تنجم عن تعرض كبير لمؤثرات وقعت خلال الهجوم الأمريكي عام 2004 ، مشيرا إلى أن أنواع السرطان مشابهة لتلك التي أصابت الناجين من سكان هيروشيما الذين تعرضوا لـ "الإشعاع المؤين" إثر سقوط القنبلة الذرية.
وأضاف باسبي أن مدى التغير الجيني الذي يعاني منه سكان الفلوجة يشير إلى استخدام اليورانيوم والفوسفور الأبيض ، قائلا :" أعتقد أنهم (أي الأمريكيين) استخدموا سلاحا جديدا ضد المباني لتخترق الجدران وتقتل من بداخلها".
ورغم استمرار الاحتلال الأمريكي في التغطية على المجزرة التي ارتكبها في الفلوجة بل وعزلها عن العالم الخارجي ، إلا أن ما ذكره باسبي قد يكون مقدمة لفضح المستور في هذا الصدد خاصة وأن صحيفة "الاندبندنت" أيضا كانت كشفت في 4 مايو الماضي أن وزارة الدفاع البريطانية تحقق في تقارير حول تورط القوات البريطانية في استخدام أسلحة كيماوية أثناء الهجوم الأمريكي على مدينة الفلوجة العراقية ، مما ترتب عليه زيادة عدد الأطفال المشوهين في المدينة.
وأضافت الصحيفة "تلك القضية تثير أسئلة صعبة حول دور بريطاني فى الهجوم الأمريكي على مدينة الفلوجة عام 2004 والذي ترتب عليه مقتل المئات من العراقيين ، بالإضافة إلى أن عددا كبيرا من الأطفال العراقيين ولدوا مشوهيين نتيجة لاستخدام أسلحة محرمة".
وتابعت أن أهالي من يعتقد بإصابتهم بتشوهات جراء استخدام تلك الأسلحة بدأوا في إجراءات قانونية ضد الحكومة البريطانية التي يتهمونها بانتهاك القانون الدولي وارتكاب جرائم حرب .

Rakaman yang menunjukkan tentera amerika membunuh penduduk Iraq dan merogol wanita Iraq.




http://www.hespress.com/_img/irakusarmy5.jpg
Rakaman yang menunjukkan tentera amerika membunuh penduduk Iraq dan merogol wanita Iraq.

Sunday, July 18, 2010

Wajah Kesengsaraan Tentera amerika


http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=4245
http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=4014
http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=3815
Setiap hari 8 orang tentera amerika akan membunuh diri.
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=25097
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=24281
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=23895
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=23518
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=22943
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=22538
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=22443
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=21926
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=20824
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=20286
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=20075
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=20031
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=19640
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=18324
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=26694
http://www.iraq-amsi.com/Portal/news.php?action=image&id=27281