Pages

Showing posts with label kurus. Show all posts
Showing posts with label kurus. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Makan banyak tetapi berat 38kg





MANCHESTER - Seorang wanita, Carole French (gambar), mengalami mimpi ngeri apabila berat badannya tetap 38.10 kilogram (kg) meskipun dia makan pelbagai makanan, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu dua cahaya mata itu merupakan salah seorang daripada dua individu di dunia yang dikesan mengalami masalah badan mereka tidak boleh menyimpan lemak.
Disebabkan terlalu kurus, French, 50, perlu memakai pakaian saiz kanak-kanak berusia 10 tahun.
Menurutnya, ekoran badannya yang terlalu kurus, orang ramai menganggap dia menghidap anoreksia.
"Saya makan seperti seekor kuda. Saya tidak pernah tidak makan," katanya.
Dia berkata, ramai orang memberitahunya bahawa dia seorang yang bertuah kerana tubuhnya yang kurus.
Semasa dia berumur 13 tahun, berat badannya cuma 25.40kg menyebabkan ibu bapanya berasa yakin dia mengalami masalah pemakanan. - Agensi

Thursday, August 4, 2011

Ibu jadi kurus kerana anak


VIKKI sebelum dia kurus.


LONDON - Seorang ibu Vikki Billingham yang bertungkus-lumus untuk membawa anaknya ke taman permainan kini menarik nafas lega apabila berat badannya sudah menurun dengan jumlah luar biasa iaitu sebanyak 107.95 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.
Dia sebelum ini mempunyai berat badan 171.45kg.
Ekoran berat itu, Vikki malu untuk keluar ke kedai.
Ibu dua cahaya mata yang berasal dari West Midlands yang berusia 38 tahun itu menurunkan berat badan kerana mahu membawa anak-anaknya ke taman permainan.
BENTUK badan terkini Vikki Billingham.


Kini, dengan bantuan majalah diet dan beberapa kumpulan kelangsingan badan, berat badannya kini hanya 69.21kg.
Penurunan berat badan itu membuatkan Vikki gemar memakai fesyen yang menarik.
"Saya berasa lebih muda kini berbanding sebelum ini," katanya. - Agensi

Saturday, May 21, 2011

Masa bertunang gemuk, bila kahwin sudah langsing



BETH WHEELER langsing semasa berkahwin pada Februari lalu.


YEOVIL, Britain - Seorang wanita berusia 36 tahun, Beth Wheeler memiliki berat 139.70 kilogram (kg) semasa bertunang tetapi beratnya cuma 53.50kg empat hari sebelum dia berkahwin pada 20 Februari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Beth berjaya mencapai sasaran untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 76.20kg empat hari sebelum dia berkahwin.
Dia mula menjalani diet dan senaman untuk mengurangkan berat badan pada 2009 dengan mengikuti amalan kumpulan Weight Watchers.
Kumpulan itu yang mengamalkan diet pemakanan menyebabkan berat Beth berkurangan dengan banyak apabila dia menahan memakan makanan yang boleh mengemukkan badannya.
Menceritakan kesukarannya untuk mengurangkan berat badan, Beth berkata: "Ia memang sesuatu yang menyukarkan kerana saya tidak suka bersenam dan saya tidak pernah menjadi peminat gimnasium.
"Saya melakukan (mengurangkan berat badan) dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan saya."
Ketua kumpulan itu, Raelene Hope berkata, dia berasa bangga dengan kejayaan Beth mengurangkan berat badannya.- Agensi

Friday, December 31, 2010

Model paling kurus meninggal dunia

PARIS - Seorang model yang berkempen menentang anoreksia dengan beraksi bogel untuk satu kempen pengiklanan meninggal dunia semasa berumur 28 tahun, lapor akhbar Le Parisiensemalam.
Model itu, Isabelle Caro yang terlibat dalam kempen No Anorexiapada 2007 yang diharamkan di Itali meninggal dunia pada 17 November lalu.
Namun, pihak keluarganya meminta kematian anak mereka dirahsiakan.
Punca kematian masih belum diketahui tetapi Caro menderita kerana anoreksia sejak berumur 12 tahun.
Menurut rakannya, seorang penyanyi Switzerland, Vincent Bigler, Caro sering ke hospital kerana masalah pernafasan.
Model itu mengejutkan industri fesyen apabila dia berbogel dengan menunjukkan rangka tubuhnya dalam satu kempen anjuran jurugambar Itali, Oliviero Toscani.
- Agensi, kosmo

Thursday, November 25, 2010

Kurus cara sihat



Oleh Shaidah Shafie

2010/11/25

Kawal pemakanan, bersenam bantu wanita tampil berseri

BERBADAN kecil molek dan tinggi lampai menjadi idaman seluruh wanita di dunia tanpa mengira peringkat usia kerana dengan memiliki badan sedemikian, ia memberi pelbagai kelebihan kepada empunya diri. 

Antaranya, seronok memilih pakaian kerana saiz pakaian mereka mungkin mudah didapati pasaran, selain pakai apa saja bentuk potongan baju, pastinya nampak sepadan serta sesuai, dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Kenyataannya, berbadan kurus dan sihat membawa banyak kebaikan berbanding memiliki badan berisi atau mungkin ada yang boleh diistilahkan sebagai gempal, berisi mahu pun gemuk.
Sehubungan itu, bagi wanita berisi, mereka perlu berusaha lebih kerap bagi memastikan memperoleh bentuk badan diinginkan melalui penjagaan terhadap pemakan yang diambil mahu pun mengamalkan senaman berkala yang sesuai dengan tahap usia mahu pun masa. 

Pakar penilaian sensori dan pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Aminah Abdullah, berkata cara terbaik untuk mendapatkan bentuk badan diingini adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. 

“Kawal pemakanan bermaksud mengambil makanan secara berpada kerana sunnah mengatakan kita perlu mengambil satu pertiga makanan, satu pertiga air dan membiarkan satu pertiga udara di dalam perut. Lazimnya, apa yang berlaku empat pertiga makanan yang diambil. 

“Selain itu, baik bagi wanita atau sesiapa saja, membanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan jumlah karbohidrat untuk kesihatan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. 
Jelasnya, keseimbangan pengambilan makanan sangat penting bagi memperoleh kesihatan yang baik dan sesuai dengan saiz badan, namun ramai yang mengabaikannya. 

Sebagai contoh, katanya, pengambilan susu sangat kurang di kalangan wanita walaupun susu baik untuk kesihatan. Susu mengandungi vitamin dan zat mencukupi untuk keperluan badan dan ia dilengkapi dengan pengambilan diet yang lain serta bersenam. 

Senaman ringkas sudah memadai bagi memastikan perjalanan darah lancar, tetapi bentuk senaman yang dilakukan hendaklah bersesuaian dengan saiz badan dan tidak memberi tekanan pada badan. 

“Setiap hari, lakukan senaman mudah selama 30 minit, tiga kali sehari. Ada banyak senaman yang boleh dilakukan seperti berjalan sekeliling kawasan rumah, berenang mahu pun berlari. 

“Bagaimanapun, jangan paksa badan melakukan senaman yang tidak bersesuaian kerana ia mungkin mendatangkan mudarat kepada badan,” katanya. 

Info: 
  • Minum sekurang-kurangnya dua gelas susu dan segelas jus setiap hari. Bagi individu yang prihatin mengenai berat badan, mereka boleh mengambil susu rendah lemak. 
  • Jambu batu adalah antara buah terbaik untuk diet kerana ia mempunyai vitamin C yang tinggi selain kiwi. 
  • Jangan lakukan senaman yang drastik untuk menurunkan berat badan sebaliknya lakukan secara berperingkat. 
  • Pastikan gerakan senaman dilakukan sesuai dengan tubuh badan. Kalau sudah berusia, mungkin boleh lakukan senaman ringkas seperti tai chi atau gerakan mudah. Bagi orang Islam, gerakan dalam sembahyang seperti rukuk dan sujud juga adalah satu senaman baik untuk badan jika dilakukan dengan betul.

Friday, September 17, 2010

Bersenam bukan cara kuruskan badan


LONDON - Satu kajian menunjukkan bahawa bersenam bukannya cara terbaik untuk menurunkan berat badan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian itu menyatakan penurunan bilangan kanak-kanak yang berjalan ke sekolah dan peningkatkan bilangan orang menonton televisyen didapati bukan penyumbang kepada berat badan.
Menurut kajian itu, kanak-kanak yang pergi ke sekolah dengan menaiki kereta akan menghabiskan masa untuk berlari di taman permainan.
Menurut seorang pakar dari Universiti Aberdeen, Profesor John Speakman, pada tahun 1950an, tidak ada seorang pun yang membeli sebuah basikal senaman dan mengayuhnya di dalam garaj.
Namun, katanya, ketika ini ramai orang yang menggunakan basikal senaman dan mengayuhnya di dalam garaj untuk menguruskan badan.
Justeru, katanya, seseorang manusia kini bukannya tidak aktif jika dibandingkan 20 tahun lalu.
Menurutnya, peningkatan masalah kegemukan sebenarnya disebabkan seseorang itu makan terlalu banyak dan bukannya kurang melakukan senaman. - Agensi

Tuesday, June 29, 2010

Makan setiap 15 minit tapi masih kurus


15/7

GAMBAR menunjukkan Lizzie Velasquez duduk di atas meja dipenuhi dengan makanan ringan.

AUSTIN – Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Velasquez menghidap penyakit Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan.
Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun itu makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 kilogram.
“Saya selalu menimbang berat saya dan saya akan teruja jika berat saya bertambah walaupun cuma 0.4 kilogram,” kata Lizzie yang memiliki ketinggian 157.5 sentimeter.
“Saya makan sedikit kerepek, gula-gula, coklat, piza, kek, donut, ais krim, mi dan kuih sepanjang hari dan saya sedih apabila orang mendakwa saya kurus kerana menghidap aneroksia,” tambahnya.
Lizzie dilahirkan empat minggu pramatang dengan berat cuma 1.1 kilogram dan kesihatannya sering terganggu.- Agensi
kredit : kosmo.com.my