Pages

Showing posts with label cukai. Show all posts
Showing posts with label cukai. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Perancis laksana cukai 'gemuk'



PARIS 30 Dis. - Perancis meluluskan satu cukai 'gemuk' ke atas minuman berkarbonat dalam usaha membendung obesiti di kalangan kanak-kanak dan membantu meningkatkan pendapatan negara.
Majlis Perlembagaan Perancis, semalam meluluskan cukai baru minuman berkarbonat itu selepas mengumumkannya pada Ogos lalu.
Kerajaan mengumumkan bahawa cukai baru itu hanya akan menambah satu pence (RM0.50) kepada satu tin minuman berkenaan seperti Coca-Cola atau Fanta.
Bagaimanapun, minuman 'diet' akan dikecualikan daripada cukai berkenaan.
Pendekatan baru itu iaitu kenaikan cukai daripada tiga kepada enam sen euro itu dijangka meningkatkan pendapatan negara lebih 100 juta pound (RM498 juta) setahun.
Menurut pengumuman itu, perolehan itu dijangka digunakan bagi membiayai bayaran keselamatan sosial untuk petani.
Dalam pada itu, syarikat-syarikat minuman termasuk Coca-Cola mengecam cukai berkenaan.
Coca-Cola pada September lalu berkata, pihaknya menangguhkan rancangan pelaburan bernilai 17 juta euro (RM69.85 juta) untuk membina kilang di selatan Perancis sebagai bantahan kepada cukai tersebut.
Cukai itu diperkenalkan selepas kerajaan mengumumkan penurunan cukai sos tomaro dan garam di kantin sekolah. - Agensi
-utusan

Friday, September 2, 2011

Pelacur di Jerman diwajib sediakan tiket cukai

BERLIN 1 Sept. - Pelacur di sekitar bandar Bonn perlu membawa tiket yang dibeli dari mesin yang menyerupai mesin tiket meletak kereta ketika bekerja jika tidak mahu dikenakan denda dari pihak berkuasa cukai, menurut rancangan baru yang dilancarkan Isnin lalu.
Di Jerman, pelacur-pelacur membayar cukai pendapatan berbeza di setiap kawasan tetapi undang-undang tersebut sukar dikuatkuasakan kepada mereka yang mencari pelanggan di tepi jalan.
Tiket bermeter cukai perkhidmatan pelacuran pertama di Jerman yang dijual dengan harga 6 euro (RM26.10) untuk satu malam itu bagi memastikan sistem cukai dilaksanakan dengan adil, kata jurucakap bandar itu.
"Pegawai pemeriksa akan mengawasi pelaksanaan baru itu, bukan setiap malam tetapi ia akan kerap dijalankan," katanya.
Jika ditangkap tanpa tiket yang sah, pesalah akan ditegur dahulu, kemudian akan dikenakan denda dan mereka juga akan dilarang mencari pelanggan jika masih tidak mematuhi arahan tersebut.
Kira-kira 200 pelacur bekerja di Bonn tetapi pegawai bandar tersebut mengehadkan kawasan untuk mereka beroperasi di kawasan-kawasan tertentu kerana bantahan dari penduduk. - Reuters, utusan

Saturday, April 16, 2011

Cukai mewah di Taiwan


GAMBAR bertarikh 8 April lalu menunjukkan sebuah kawasan pembinaan di Hsintien, Taipei, Taiwan.


TAIPEI - Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou mengalu-alukan kejayaan rang undang-undang 'cukai mewah' yang diluluskan Parlimen semalam yang dilaksanakan dalam usaha untuk mengawal harga hartanah.
"Buat masa sekarang, para spekulator membuat keuntungan manakala pembeli-pembeli rumah mengeluh, kami berharap langkah ini akan memastikan keadilan," kata Ying-jeou ketika beliau bertemu dengan sekumpulan pemimpin perniagaan.
Beliau membuat komen itu selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang yang membenarkan kenaikan cukai sehingga 15 peratus ke atas rumah yang tidak dihuni oleh pemiliknya.
Rang undang-undang itu yang turut melibatkan cukai sebanyak 10 peratus ke atas pelbagai jenis barang mewah seperti jet peribadi, kapal layar, kulit haiwan yang berbulu dan keahlian kelab golf.
Ia akan dikuatkuasakan pada awal Jun ini.
Kementerian Kewangan menganggarkan undang-undang itu akan membawa hasil cukai sebanyak AS$500 juta (RM 1.5 bilion).
Langkah ini diambil ekoran harga perumahan di Taiwan meningkat, menjadikan Taipei salah sebuah bandar raya yang termahal di Asia selain menyebabkan tekanan ekonomi disebabkan terdapat jurang perbezaan yang luas di antara golongan kaya dan miskin. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

Friday, October 15, 2010

Pembayar cukai dihiburkan dengan tarian


DUA pegawai pengutip cukai menari di depan pembayar cukai di pejabat Dewan Bandar Raya Cebu, Filipina kelmarin.


CEBU, Filipina - Rutin harian kakitangan-kakitangan pengutip cukai di dalam pejabat di sini yang menari di depan pembayar-pembayar cukai telah berjaya meningkatkan hasil kutipan.
Seramai 320 kakitangan menyertai rutin harian bergilir-gilir menari di depan pembayar cukai dengan mengikut irama lagu Waka Waka nyanyian Shakira, Earth Wind dan Boogie Wonderland.
Menurut seorang pegawai pengutip cukai, Ofelia Oliva, kutipan harian cukai tempatan meningkat sebanyak 42.8 peratus kepada AS$115,000 (RM354,430) sejak pelancaran rutin menari itu pada Isnin lalu.
Dia berkata, persembahan tarian itu dibuat atas arahan Datuk Bandar Cebu, Michael Rama.
Pakaian yang dipakai oleh pekerja-pekerja itu semasa menari adalah bertemakan keceriaan.
Persembahan tarian itu dilakukan pada waktu pagi dan tengah hari. - AFP

Saturday, October 2, 2010

Memburu pembayar cukai mewah




JUMLAH mereka yang membayar cukai di Filipina jauh lebih rendah daripada apa yang ditetapkan.


PADA hari-hari biasa, tugas para penyiasat cukai Filipina menyelak helaian notis obituari dan himpunan invois jualan. Namun, pada hari-hari lain adakalanya mereka beruntung kerana dapat mengesan kenderaan-kenderaan mewah seperti Porsche dan Ferrari.
Barisan akauntan dan peguam yang dibayar dengan gaji rendah adalah pasukan penggempur antirasuah di bawah kempen Presiden Filipina, Benigno Aquino, mendedahkan kepada umum sesiapa yang cuba menipu kerajaan membabitkan wang berbilion-bilion dolar melalui cukai.
Ganjarannya terlalu sedikit dan ancaman terhadap kehidupan anggota pasukan itu sentiasa wujud. Tetapi pasukan yang dikenali sebagai Run Against Tax Evaders yang diletakkan di bawah Biro Hasil Dalam Negeri sentiasa bersemangat, kata Ketua Pendakwaannya, Claro Ortiz.
"Ia sangat meletihkan dan berbahaya kerana kami memburu orang yang berkedudukan dan terkenal. Disebabkan itu, wujudnya risiko ancaman keselamatan," katanya.
Barisan pasukan khasnya yang terdiri daripada 28 orang peguam kini mengendalikan 155 kes, termasuk kes seorang tukang pajak gadai yang membeli kereta import Lamborghini bernilai AS$500,000 (RM1.54 juta) sedangkan dia hanya membayar cukai sebanyak AS$600 (RM1,857) dalam tempoh sedekad yang lalu.
Seorang pengedar kenderaan mewah juga kini berhadapan dengan tindakan kerana didapati menipu kerajaan sebanyak 68.4 juta peso (RM4.8 juta) dalam bentuk duti import kenderaan seperti Lamborghini, Porsche, Mercedes Benz dan Maserati.
Lelaki berusia 49 tahun itu yang juga bapa kepada tiga orang anak memerlukan masa bertahun-tahun mengumpul mengumpul duit sekiranya dia mahu membeli sebuah Lamborghini, tetapi dia langsung tidak terpengaruh dengan jurang kekayaan.
"Kami seperti seorang pejuang. Kami cuba membetulkan apa yang salah," ujarnya.
Kim Henarez yang juga Ketua Ortiz dan Biro Hasil Dalam Negeri menganggarkan hanya lima juta daripada 38 juta pekerja di negara itu membayar cukai.
Kekurangan dana
Situasi itu, menyebabkan Filipina kekurangan dana untuk membiayai operasi-operasi asas dan perkhidmatan sosial. Kerajaan menjangkakan perbezaan jurang pembiayaan hampir 300 billion peso (RM21 juta) tahun ini.
"Kami kreatif dalam perlumbaan ini. Jika mereka lihat boleh melarikan diri daripadanya, mereka akan cuba sedaya upaya bagi tujuan itu," kata Henares.
Pembayar cukai di Filipina merangkumi 1.4 juta pekerja yang menggelar diri mereka bekerja sendiri, termasuk para doktor dan golongan profesional yang lain.
Setiausaha Kewangan Filipina, Cesar Purisma mengesyaki golongan tersebut membayar cukai jauh rendah daripada apa yang telah ditetapkan kerajaan.

PASUKAN penyiasat cukai di Filipina perlu banyak membaca untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling.


"Bayangkan jika kita dapat menakutkan mereka untuk membayar cukai pendapatan tahunan 100,000 peso (RM7,000) setiap seorang. Cuba anda buat kira-kira. Jumlahnya mencecah 140 billion peso (RM9.8 juta)," kata Purisma sambil berfikir impak terhadap kempen tersebut.
"Tidak salah membeli kenderaan mewah. Setiap orang berhak menikmati kekayaan mereka, tetapi kerajaan juga mempunyai hak untuk mengutip cukai dan duti," tambahnya.
Usaha memastikan rakyat di negara itu membayar cukai bagaimanapun boleh mendedahkan para penyiasat kepada situasi bahaya.
Mereka yang terlibat merupakan pasukan terkuat daripada biro ke-70, terdiri daripada barisan akauntan dan peguam daripada Divisyen Penyiasatan Kebangsaan yang membangunkan kes daripada warga tempatan dan audit pembayar cukai tetap.
Mengelak cukai
Dua daripada ketua divisyen itu telah dibunuh dalam tempoh sedekad lalu.
Pengelak-pengelak cukai sering mendedahkan diri dengan berbelanja besar dan mempamerkan kekayaan diri kepada dunia, menurut salah satu sumber divisyen itu yang enggan dikenali namanya.
Pemilik kereta import, Lamborgini yang dituduh mengelak cukai sebelum ini menggunakan nombor plat kenderaan yang mahal dan sering mengunjungi pameran kereta mewah.
"Jika terdapat laporan melibatkan sesuatu jualan dan ia tidak dilaporkan, kami akan cuba mendapatkan dokumen daripada pihak ketiga," kata sumber itu lagi.
"Kami memilih perjuangan ini. Kami mahu kes ini menjadi mudah," jelasnya.
Jika kes penggelapan cukai melibatkan kurang daripada satu juta peso (RM70,000), pasukan terbabit, yang menerima latihan di Amerika Syarikat (AS), hanya membiarkannya.
Penyiasat juga mengira pendapatan papan iklan untuk membandingkan penyata cukai daripada bintang-bintang popular dan para selebriti untuk membuat pengesahan kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini.
Bagaimanapun, sebahagian besar tugas pasukan itu ialah membaca, kata sumber, termasuk dokumen penjualan dan notis kematian dalam akhbar harian. Kreativiti rakyat Filipina tidak berakhir dengan kematian, kerana kebanyakannya cuba mengelak cukai kematian. - AFP