Mohd Zaman berkata, sebagai individu yang saban hari bergiat membantu pesakit berkenaan, beliau maklum bahawa setakat ini, belum ada penawar bagi penyakit itu. Menurutnya, ada yang beranggapan cicak tokek atau nama saintifiknya, Gekkonidae mampu merawat HIV, Aids, penyakit kulit dan asma menyebabkan harganya melambung tinggi dan mampu membuatkan orang yang memeliharanya menjadi jutawan dalam masa singkat. “Mana ada cicak sebegitu boleh buatkan orang sakit Aids dan HIV pulih, malah kononnya mampu memanjangkan umur manusia,” katanya. Dipercayai, tokek yang mencapai berat 350 gram menghasilkan sejenis enzim yang boleh digunakan untuk mengubati HIV dan Aids. Sebelum ini, akhbar melaporkan kisah seorang pemuda bernama Arbin dari Tawau, Sabah yang dikatakan menemui tokek gergasi ketika memburu reptilia itu di kawasan hutan Kalabakan - Nunukan di sempadan Sabah - Kalimantan, menjadi jutawan selepas menjual cicak berkenaan dengan harga RM64 juta atau RM1 juta sekilogram. Orang kita memang mudah diperdaya. Sekarang heboh pasal pok ke atau tokek, sejenis cicak hutan yang kononnya boleh jadi ubat sembuhkan HIV/ Aids. Suatu ketika dulu, buluh kuning pun ada orang jual sebuku sampai RM5 sebab kononnya mujarab untuk halau orang minyak. Orang minyak Pak Chat rasa kalau betul-betul halau, guna batang penyapu saja sudah cukup, tak perlu buluh kuning pun. Kalau agak tak lari juga, cuba angkat batang cangkul pula. Tengok dia tunggu atau tidak! Pak Chat juga pernah dengar kisah ada orang buru sejenis lipas tanah dipanggil 'lepet' yang kononnya boleh buang resdung. Bayangkan lipas yang punyalah kotor itu ditenyeh di pipi, mahu tidak keluar isi perut yang kononnya itulah kuman resdung. Itu belum lagi cerita bab ubat kuat. Sekarang ini, di mana-mana pun kita boleh jumpa benda pelik-pelik yang kononnya boleh selesaikan macam-macam masalah. Kalaulah dikata mengkarung boleh jadi ubat kuat, Pak Chat rasa ramai orang Ulu Mahang sudah jadi jutawan! |
Showing posts with label pok ke. Show all posts
Showing posts with label pok ke. Show all posts
Wednesday, August 18, 2010
Dongeng pok ke
Friday, August 13, 2010
Permintaan meningkat, 'pok ke' jadi rebutan
Sebaik sahaja berita itu tersiar, wakil Sinar Harian dibanjiri dengan puluhan panggilan yang berminat untuk membeli dan menjual hidupan spesies cicak itu.
Seorang pemanggil dari Padang Besar yang hanya mahu dikenali sebagai Ibrahim berkata, dengan nilai berat 80 gram dia sanggup membeli dengan harga RM8,000.
Menurutnya, pok ke ini terdapat pelbagai jenis dan tidak semuanya boleh dijadikan penawar dalam perubatan.
Seorang lagi pemanggil dari Changlun, berkata pok ke yang boleh dijadikan penawar memang banyak terdapat di Langkawi.
“Kami berhasrat ke Langkawi untuk membeli pok ke milik saudara Anwar dengan nilai yang tertentu, malah kami berhasrat menternak pok ke itu secara usaha sama,” katanya ketika menghubungi wakil Sinar Harian.
Cicak spesies berkenaan kini menjadi rebutan dalam kalangan masyarakat selepas beberapa media menyiarkan kemujarabannya sebagai penawar HIV dan Aids.
Pok ke kini mempunyai nilai tinggi di pasaran sehingga mencecah RM100,000 seekor mengikut beratnya.
Dipercayai selepas beberapa kajian dilakukan, enzim pok ke yang diambil dari bahagian hatinya itu mujarab untuk mengubati penyakit HIV ataupun Aids.
Subscribe to:
Posts (Atom)