Pages

Showing posts with label makkah. Show all posts
Showing posts with label makkah. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Perpustakaan Masjidil Haram pusat sumber terpenting dunia

MAKKAH: Perpustakaan Masjidil Haram boleh dianggap satu daripada pusat sumber paling penting di dunia, kata pengurusnya, Muhammad Bajoudah, semalam. Mengaku tidak pasti tarikh sebenar perpustakaan itu dibuka, Muhammad berkata, ada petanda menunjukkan ia wujud lebih 1,270 tahun lalu. “Sukar dinyatakan bila perpustakaan ini wujud tetapi ada kemungkinan sejak zaman Khalifah Abbasiyah,” katanya. Menurut Muhammad, selain naskhah al-Quran yang diwakafkan, pemimpin, cendekiawan dan golongan kaya Makkah menyimpan karya mereka di perpustakaan berkenaan. “Ketika ini lebih 100,000 buku, 5,000 manuskrip asli, 2,000 manuskrip salinan dan 3,000 salinan filem mikro tersimpan di perpustakaan ini,” katanya. - AN

Utamakan jemaah umrah

MAKKAH: Sesiapa yang tidak memakai ihram tidak dibenarkan memasuki ruang tawaf di Masjidil Haram pada malam 27 Ramadan ini, lapor akhbar al-Madinah, semalam. Memetik pegawai keselamatan kanan Makkah, akhbar itu melaporkan, orang yang tidak terbabit mengerjakan umrah diarah beribadah di bumbung masjid, ruang solat tingkat bawah dan kawasan lapang di luar. “Peraturan ini dibuat bagi mengelak kesesakan pada malam ke-27 dan 29 Ramadan serta memberi ruang untuk jemaah umrah menyempurnakan ibadah mereka,” katanya. Orang ramai biasanya bertumpu melipat-gandakan ibadah pada malam ke-27 dan 29 Ramadan kerana dipercayai ia adalah malam Lailatul Qadar. Pegawai itu berkata, pihak polis diberi tanggungjawab mengawal keselamatan masjid itu dengan menggerakkan 1,600 anggota, 29 pegawai dan 2,800 kadet. Untuk memastikan sesuatu tindakan dapat diambil dengan pantas, pihak berkuasa memantau sekitar Masjidil Haram sepanjang masa melalui 750 kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bangunan berkenaan. Sementara itu, polis mendapati kes kecurian di masjid itu berkurangan berbanding tahun lalu ekoran penggunaan kamera CCTV, selain pelaksanaan sistem imbasan cap jari di lapangan terbang. Kata pegawai terbabit, Arab Saudi juga mendapat kerja sama daripada pihak berkuasa asing yang menguruskan penghantaran jemaah umrah kali ini. Sementara itu, Jabatan Tawaf memberi amaran kepada mutawif (pemandu jemaah umrah) tidak berlesen supaya tidak beroperasi di kawasan Masjidil Haram. Pengarah jabatan itu, Yousuf Muhammad al-Suwailam, berkata pihak berkuasa memanatu secara dekat keadaan di situ bagi memastikan keadaan terkawal. “Jika ada mutawif tanpa lesen dikesan, mereka akan dikenakan hukuman,” katanya. - AN

Tuesday, August 23, 2011

Masjidilharam dibesarkan lagi




GAMBAR Masjidilharam di Mekah yang dirakam dari udara pada 20 Ogos lalu. - REUTERS



JEDDAH 22 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidilharam yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.
Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.
Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.
Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.
Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.
Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.
Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas. - AFP, utusan

Friday, August 19, 2011

Pertahanan awam sedia



JUTAAN umat Islam berhimpun di depan Masjidilharam sempena Ramadan 
di Makkah, kelmarin.
JUTAAN umat Islam berhimpun di depan Masjidilharam sempena Ramadan di Makkah, kelmarin.

Kawal jemaah di dua masjid 10 Ramadan terakhir

MAKKAH: Ketua Pengarah Pertahanan Awam Arab Saudi, Leftenan Jeneral Saad bin Abdullah Al-Tuwaijri, menegaskan jabatannya bersedia berdepan dengan jutaan jemaah yang memenuhi masjid di Makkah dan Madinah menjelang 10 hari terakhir Ramadan.
Beliau berkata, anggota pertahanan awam ditambah di dua masjid sebanyak 30 peratus untuk menanti kehadiran ramai jemaah dari dalam dan luar negara.
Anggota tambahan diletakkan sebagai bantuan kepada pegawai yang sudah berada dalam kedudukan masing-masing di beberapa bahagian bandar raya berkenaan untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Di Masjidilharam saja, kami akan menempatkan 1,000 anggota tambahan pada 10 terakhir Ramadan. Mereka dilengkapkan dengan peralatan diperlukan untuk sebarang urusan jika diperlukan.

“Masjid Nabi juga akan menerima 1,000 anggota tambahan. Anggota kami akan ditempatkan di banyak bahagian Masjidilharam, termasuk kawasan perluasan dan di laman selain jalan utama ke masjid,” katanya.

Beliau berkata, semua itu menunjukkan usaha Jabatan Pertahanan Awam untuk memastikan keselamatan jemaah.
“Kami akan membuang semua halangan yang menyusahkan penduduk awam dan bertindak tegas dengan sebarang langkah mengambil kesempatan di atas pertambahan jumlah jemaah,” katanya.

Al-Tuwaijri menyifatkan bilangan jemaah yang ramai pada 10 hari terakhir Ramadan sebagai cabaran besar kepada pegawai pertahanan awam selain agensi awam dan persendirian yang datang sebagai tetamu Allah.

Katanya, pegawai pertahanan awam memperoleh banyak pengalaman berurusan dengan situasi berbeza ketika kemuncak Ramadan.

“Kami mengawal aliran jemaah di Masjidilharam untuk mengelak kemungkinan berlakunya tolak menolak ketika kesesakan,” katanya.

Kamera juga dipasang di beberapa bahagian Masjidilharam dan wilayah tengah Makkah untuk mengawasi pergerakan jemaah dari bilik operasi dan bertindak jika diperlukan.

Jabatan Pertahanan Awam menempatkan 9,600 pegawai di Makkah dengan 1,440 peralatan dan 2,000 lagi dengan 400 peralatan. – Agensi , bharian

Saturday, July 30, 2011

Keluarga Saudi berpaling pada amah tanpa izin

MAKKAH: Menjelang Ramadan ini, penduduk di Arab Saudi semakin terdesak mencari pekerja bagi membantu mereka melakukan kerja rumah.
Permintaan meningkat dan pembekuan pengambilan tenaga kerja dari beberapa negara Asia menyebabkan gaji pembantu rumah naik tinggi.Dalam tinjauan yang dilakukan, ramai suri rumah di Arab Saudi berkata mereka amat memerlukan pembantu rumah bagi membantu mereka sepanjang Ramadan.Seorang majikan, Cik Futoon Al-Saad, berkata pembantu rumahnya melarikan diri sejak Syaaban.Menurut beliau, pembantu rumahnya meninggalkan nota tetapi beliau tidak faham apa yang ditulis kerana ia dalam bahasa Indonesia.Beliau terpaksa meminta bantuan pemandunya, yang berkata nota itu berbunyi: 'Saya sudah dapat kerja dengan gaji 2,500 riyal sebulan ($803) di rumah lain. Saya terpaksa melarikan diri daripada puan bagi mendapatkan gaji lebih baik daripada hanya 800 riyal yang puan bayar.'.Cik Futoon berkata beliau tiada pilihan lain dan terpaksa mencari pembantu rumah tiada izin.Beliau ikut nasihat seorang kawannya dan menghubungi seorang broker dari Indonesia dan memintanya mencarikan pembantu rumah.Broker itu berkata beliau boleh mendapatkanya sekiranya Cik Futoon sedia mengikut syaratnya, yang termasuk membayar gaji 2,500 riyal sebulan dan tugasnya tidak termasuk membasuh atau mencuci pinggan.Selepas tawar-menawar, pembantu rumah tan izin itu menerima gaji 2,283 riyal sebulan.'Saya gembira sekarang kerana saya dapat pembantu rumah yang akan membantu kerja saya sepanjang bulan puasa ini,' kata Cik Futoon.Seorang lagi majikan, Cik Suzan Gamlo, berkata beliau juga meminta bantuan seorang broker Indonesia untuk mencarikan pembantu bekerja dengannya sepanjang Ramadan. -- Agensi.
http://cyberita.asia1.com.sg

Monday, August 30, 2010

Makkah pasang 1,700 kamera





2010/08/30


SHAHAB (kiri) memberi taklimat mengenai kamera yang dipasang di sekitar Masjidil Haram.
SHAHAB (kiri) memberi taklimat mengenai kamera yang dipasang di sekitar Masjidil Haram.

Sedia hadapi kunjungan jemaah
 

MAKKAH: Jabatan pertahanan awam di Makkah sudah bersiap sedia menangani sebarang kecemasan ketika jemaah umrah dan pengunjung ke Masjidil Haram kian bertambah ketika Ramadan sampai ke kemuncaknya.
Dilengkapkan dengan kemudahan dan peralatan canggih, jabatan pertahanan awam Makkah memantau setiap pergerakan jemaah, terutama di dalam kawasan Masjidil Haram, kata pengarah operasi pasukan itu, Kapten Waleed Abu Shanab.
Beliau memberitahu laman berita Arabnews.com, bilik operasi jabatan itu menerima 21,500 panggilan dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan. 
“Jabatan kami sudah memasang 1,700 kamera di setiap pintu masuk dan keluar Masjidil Haram dan di sekitarnya. 

“Kamera ini membantu kami memantau sebarang kecemasan yang mungkin tercetus dan pasukan kami akan dikerah untuk menanganinya segera,” katanya. 

Shanab berkata, pihaknya mengerahkan unit rondaan yang dilengkapi peralatan perhubungan yang canggih. 
“Pasukan ini boleh bergegas ke lokasi insiden dengan segera menaiki motosikal,” katanya. 

Jika perlu unit rondaan ini mampu dengan segera mendapatkan sokongan teknikal seperti penyediaan kemudahan berat untuk memadam api atau melakukan operasi menyelamat. 

Jabatan pertahanan awam juga mempunyai unit khas yang bertanggung jawab menyelaras operasi menyelamat selepas menerima maklumat daripada unit peronda. 
Selain itu, Shanab berkata pihaknya mempunyai pasukan dan kemudahan simpanan di Shumaisi jika diperlukan. 

Beliau berkata bilik operasi jabatan itu mempunyai kemudahan canggih untuk mengenal pasti kesahihan panggilan kecemasan sebelum ia mengerah pasukan. 
“Kami sudah banyak menerima panggilan palsu dan terpaksa memastikan kesahihan setiap panggilan sebelum bertindak,” katanya. 

Jabatan pertahanan awam Makkah turut bersiap sedia dengan kemungkinan bencana seperti banjir dan ribut pasir. 

“Jika kami menerima maklumat mengenai hujan lebat, ribut pasir atau keadaan lain, kami akan mengambil langkah perlu untuk menyelaraskan tindakan dengan jabatan lain,” kata Shanab. – Agensi

Thursday, August 12, 2010

Jam Makkah siap

MAKKAH: Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing apabila jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara bangunan pencakar langit di Makkah.
Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.
Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) yang digunakan sejak 126 tahun lalu. Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Waktu Greenwich dikuatkuasakan Barat pada 1884. Jam berkenaan akan mula berdetik pada 12 Ogos dalam minggu pertama Ramadan dan akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan.

Menara jam Makkah mempunyai empat permukaan seluas 46 meter yang dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi yang dilapik emas dan berdiri dengan ketinggian 400 meter di luar halaman Masjidil Haram.

Syarikat Premiere Composite yang ditugaskan menyiapkan binaan menara jam Makkah merangka pembinaannya dengan ketinggian 590 meter. Ketinggian itu membolehkan menara jam Makkah menjadi menara kedua tertinggi di dunia mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. - Agensi