Pages

Showing posts with label botox. Show all posts
Showing posts with label botox. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Kanak-kanak lapan tahun disuntik botox




BRITNEY CAMPBELL disuntik dengan botox.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.
Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.
Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.
Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.
Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun. – Agensi, kosmo

Friday, October 15, 2010

Budak 12 tahun suntik Botox elak migrain

sumber

LONDON - Seorang budak lelaki berumur 12 tahun, Harvey Jacobs menggunakan suntikan Botox untuk mengelak diserang migrain atau sakit kepala yang kuat, lapor sebuah akhbar semalam.
Suntikan Botox itu yang pada kebiasaannya diambil untuk mengurangkan kedutan pada wajah.
Ibu Harvey, Sue Jacobs, 39, membawa anaknya itu untuk disuntik dengan Botox selepas dia membaca artikel di sebuah akhbar bahawa suntikan itu boleh merawat migrain.
Anaknya itu akan menjerit di atas katil semasa dia diserang migrain kerana tidak tahan menanggung sakit kepala.
Dia kemudian membawa Harvey disuntik Botox dengan kos £350 (RM1,730) di bahagian atas mata kanannya di sebuah klinik di London dua bulan lalu.
Suntikan itu yang mampu mengelak serangan kuat migrain selama lapan minggu apabila ia mengendurkan otot yang menyebabkan migrain.
Keluarga itu kini cuba untuk menjalani pembedahan bagi memindahkan otot yang menyebabkan migrain di Berlin, Jerman kerana pembedahan tersebut tidak terdapat di hospital kerajaan di England. - Agensi

Sunday, July 18, 2010

Pengalaman ngeri pengguna botox

KUALA LUMPUR: Wartawan Metro Ahad berjaya menemubual seorang lelaki lembut yang pernah menjadi pelanggan tetap operasi haram suntikan botox di sebuah hotel tiga bintang di sini.
Dia mengaku mahu kelihatan cantik seperti artis wanita hingga sanggup berbelanja besar tetapi kini bertukar mimpi ngeri.
Pelik tapi benar apabila pondan itu yang mahu dikenali sebagai Azri, 26, berdepan keadaan menyeksakan apabila bukan saja terpaksa menahan sakit tetapi pada masa tertentu dia menyondol-nyondol dan mendengus seperti babi.

“Rupa-rupanya botox yang disuntik ke wajah saya menggunakan ramuan lemak babi. Saya buat pemeriksaan lanjut dan botox itu disahkan mengandungi lemak babi.

“Lebih mengejutkan, rakan bukan Islam yang pernah menggunakan khidmat doktor sama mendakwa, ada kemungkinan botox itu diselitkan sihir tertentu supaya penggunanya memiliki cantik ‘luar biasa’,” katanya ketika ditemui Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Azri, sejak menggunakan botox itu, dia mengakui bukan saja mempunyai perwatakan mirip babi, tetapi suka menjeling dan sering berasa dirinya cantik.

Katanya, bukan saja dia berperwatakan seperti babi, wajahnya kadangkala bengkak dan berasa sakit seolah-olah disiat.

“Saya juga perlu kerap memicit hidung yang disuntik botox supaya tidak kembang yang sebenarnya membuatkan wajah saya lebih hodoh,” katanya yang menganggap kesengsaraan itu sukar digambarkan dengan perkataan.

Katanya, dia mula menyedari ada yang tidak kena dengan penggunaan botox itu selepas menderita penyakit ganjil yang didakwa disihir seseorang, dipercayai kenalan di kalangan pondan, kerana cemburu dan hasad dengki.

“Ketika menderita akibat disihir awal tahun lalu, saya mula menyedari kelakuan berubah setiap kali bertemu pakar agama atau ustaz untuk berubat.

“Beberapa ustaz yang ditemui mendakwa, ketika berubat, tingkah laku saya bertukar seolah-olah seekor babi dan menyondol-nyondol tanpa saya sedari.