Pages

Showing posts with label freemason. Show all posts
Showing posts with label freemason. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Fakta/Mitos tentang Freemason.




1. Freemason ialah sebuah pertubuhan rahsia yang telah/sedang/akan merancang untuk memerintah dunia dalam bentuk pemerintahan monarki.

2. Berbeza dengan tuduhan golongan agamawan, Freemason sebenarnya adalah sebuah pertubuhan AGAMA, bukannya atheist.

3. Freemason sudah tentu dianggotai oleh golongan pemimpin dunia, usahawan elit dan selebriti kaya-raya.

4. Rakyat biasa, kelas plebeian (baca:kamu) adalah hamba abdi yang sedang diperah tenaga untuk menjana kemunculan Messiah Freemason.

5. Kamu (baca:orang bawahan) tidak mampu menentang Freemason secara seorang diri.

6. Datuk nenek dan moyang kamu, juga tidak berjaya menentang Freemason berseorangan.

7. Freemason menggunakan INDUSTRI kapitalisme untuk melicinkan operasi brainwash ke atas minda kamu (baca:kamu yang sedang membaca entri ini). Industri itu termasuklah automobil, perumahan, pertanian, perubatan, perbankan, hiburan, seni dan kemungkinan jua industri 'keagamaan'.

8. Freemason menginginkan dunia orde baru (NWO) mengikut acuan mereka, bukannya citra rakyat biasa seperti kamu (baca: ya! kamu).

9. Freemason telah berakar sekian lamanya di dalam dunia secara rahsia tanpa pengetahuan kamu. Ejen-ejennya kemungkinan jiran kamu sendiri yang berada di depan, belakang, kiri dan kanan rumah kamu.

10. Pemilikan harta dalam bentuk pembayaran semula hutang-piutang adalah cita-cita Freemason yang sudah pun termakbul. Sedihnya, kamu sedang melalui fasa hidup sebegitu rupa.

11. Terdapat SATU cara menentang Freemason yang dikatakan pertubuhan jahat lagi rakus itu, yakni menambahkan lagi ilmu pengetahuan, dunia dan akhirat.

12. Terdapat DUA langkah dalam menentang dan memastikan Freemason tidak berjaya menakluki minda dan tubuh badan kamu. Pertama, menjadi PEMURAH. Jangan terlalu boros dan menimbun harta kekayaan, kamu semuanya akan mati ke kubur jua. Kedua, menjadi PEJUANG. Menyertai gerakan/pertubuhan yang menentang kezaliman dan ketidakadilan golongan aristokrat penindas, serta menyebarkan segala info yang kamu tahu mengenai Freemason kepada umum. Kedua-duanya perlu dijalankan secara aktif, bukan bermusim seperti pilihanraya atau majlis berbuka puasa.

13. Penggunaan internet, walaupun banyak menguntungkan puak Freemason, ia juga boleh dieksploit untuk melawan mereka secara hujah.

14. Jumlah manusia yang mempercayai kewujudan Freemason, adalah sama dengan golongan yang tidak mempercayainya. Skeptis dan percaya, kedua-dua itu sebenarnya tidaklah begitu yakin mengenai pegangan peribadi mereka. Manusia mempercayai sesuatu melalui pembacaan dan pengalaman sendiri. Oleh itu, ianya adalah fleksibel.

15. Entri ini, adalah fakta/mitos, bergantung kepada pegangan kepercayaan kamu (baca: kamu yang sedang membaca).

Wednesday, January 5, 2011

FREEMASON DI PUTRAJAYA ?

FREEMASON DI PUTRAJAYA ? | ahfat raksaksa:

Jom Kita Lihat Persamaan Seni Bina Didalam Negara Yang Kita Cintai Ini....
Kepada Yang Tidak Meminati Ataupun Percaya Kepada Teori Konspirasi Freemason...Maka Abaikanlah Gambar2 Dibawah Nie Ya...Kerana Cuma Akan Membuang Masa Anda Yang 'BERHARGA' Tu....




Putrajaya And Vatican City ?Perhatikan MATA



Masih Lagi Diarea Putrajaya.... Alamanda

.
nahh kali ni Presint 5








.

Mengapakah Obelisk(Tiang) Dibina Sebagai Mercu Tanda ?
Apakah Mercu Tanda Islam ?Adakah Tiang ?



sumber : mason awwww !
KEBETULAN ?

ohhh tidak !
MAHATHIR"

Saturday, December 25, 2010

Dajjal, Illuminati Takut Pada Melayu



Setelah anda membaca artikel-artikel sebelum ini, diharapkan anda telah memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan musuh kita dan pergerakan 'tangan-tangan ghaib' mereka, supaya tidaklah mudah kita ditipu oleh mereka.

Nasihat saya tolonglah baca sehingga habis artikel ini kerana ia adalah sedikit pembongkaran mengenai kisah Dajjal, Illuminati dan Bangsa Yang Hilang (Melayu). Lihat juga video Konspirasi Freemason dan Illuminati dalam penubuhan Malaysia.

Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita dalam usaha membangkitkan Islam dari Timur. Sesungguhnya golongan Freemason/Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara, para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini. Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library), terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini. Namun Dajjal telah lama tahu mengenai Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka. Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia 'para penyembah Iblis dan Dajjal The AntiChrist' telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur. Tujuannya ialah untuk mencari siapakah yang mengIslamkan Parameswara dan Raja-raja Melayu Purba di Nusantara. Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.

Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka, namun mereka begitu sukar untuk meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu, ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai sudut seperti dari Kerajaan Johor-Riau, kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh. Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,i ni kerana di Indonesia, suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak. Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia. Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu. Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan.

Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah pengambilalihan dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah. Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan. Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri. Tetapi The Hidden Hand (Dajjal dipercayai berkomunikasi dengan keluarga Rothschild dan Rockefeller) tidak berputus asa, dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu. Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu. Mengapa Cina dan India? Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin. Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.

Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu. Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu. Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina. Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap, inilah masanya untuk bermain api. Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja. Contoh yang terbaik ialah di Perak, negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu. Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut, mengakibatkan British campur tangan di Perak. Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. LIHAT, YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU, TETAPI ORANG LUAR. Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu. Perhatikan, British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina, tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?

Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya, Raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan. INGAT RAJA-RAJA MELAYU!FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU. Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai. Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia. Kesultanan Sulu sudah lama pupus. Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei. Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka. Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal. Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja, China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu, hanya Hong Kong dijajah British).

Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik, kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'. Mengapa? Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka. Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung, Sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British, dengan kata lain adalah jajahan mereka. PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI. Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini. Jika tersilap perancangan, maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang. Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih. Kuasa ini boleh ditidurkan. Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand? Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?Apakah rahsianya?

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun. Ini diakui oleh para penjajah mereka. Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam? Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang! Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno. Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.

"Cepat cari bangsa itu, Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!"

Sebab itu di dalam buku-buku sejarah, orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur, dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand. Haruslah diingatkan bahwa Dajjal telah dilepaskan  setelah wafatnya Rasulullah SAW. Amerika, Afrika dan India bukanlah tujuan mereka. Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri. Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan. Tetapi mereka terlambat. PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA. Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.

Tetapi gagal. Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand. Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang'). Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka. Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka. NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM. Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis. Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu, maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN. Sebab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain. Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan, para kerabat diraja dan sultan-sultan. Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu. Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu. Di satu ketika, British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan, membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India. PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka. APA RAHSIANYA?

DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S klik di sini

Melalui 'secret societies' di China dan England, Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara. Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel, tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura. INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.

Kongsi-kongsi Gelap Cina

Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925). Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya. Merentasi sejarah China, hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.

Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap. Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan. Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina. Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.

ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi, orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand, Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.

Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA. Sikap mereka misteri dan pendiam. Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka. TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'. Apabila sampai satu tahap, ALTER AMUK mereka akan meletus. Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka. Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil? Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.

Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu. Jika kita lihat di Barat, sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain. Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini. Istimewanya, mereka pandai mengawal dan menggunakannya. Jika tidak, sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light, Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.

Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Pertamanya, majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat, jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan. Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini. Keduanya, siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama), khasnya di Tanah Melayu? Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI. Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu. Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.

Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka. Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei, menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan. Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka? Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana duit.

Tembok Ya'juj Ma'juj terbuka!


Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia membantu mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?
Gog
Keterangan dan penjelasan sukar dipercayai, dan ini pula melibatkan “persoalan akidah” kerana Allah swt telah memberi keterangan jelas dalam Al-Quran. Artikel tersebut malahan mengaku Ya’juj & Ma’juj adalah manusia, tetapi meminta beriman apabila menyatakan ini “perkara ghaib yang wajib diimani”. Persoalannya semenjak bila Islam menuntut keimanan dengan “manusia yang ghaib”? Bukankah manusia itu tidak termasuk di dalam perkara ghaib? Anda fikirkan sendiri kemunasabahan artikel ini dan kaedah penafsiran mereka.
Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age.
Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci.
Persoalan 1: Samada tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka?


Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948
. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:—

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96


“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.Israel

Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan
. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97


Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan

(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Persoalan 2: Samada Ya’juj & Ma’juj manusia?



Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:

“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi:92-98

Ya’juj & Ma’juj adalah manusia


1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.

“…tembok di antara kami dengan mereka...”; al-Kahfi:97


Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya’juj & Ma’juj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. Perbuatan melakukan kerosakan atau “fasad” ke atas manusia.

“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi...”; al-Kahfi:94

“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi...”; al-Maa’idah:33


Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia.


Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis
dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Ya’juj & Ma’juj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.

4. Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke dalam neraka

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13


Ya’juj & Ma’juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Ya’juj & Ma’juj berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.

Persoalan 3: Di manakah kedudukan mereka?


Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:
a. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates


Siapakah kaum Ya’juj & Ma’juj? Mereka puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum ke-13? Inilah perdayaan Ya’juj & Ma’juj.

Persoalan 4: Di manakah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj?


Anda boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates, iaitu tembok diperbuat daripada besi bercampur tembaga. Rombongan telah dihantar mencari tembok dibina Zulkarnain pada tahun 50 H dan menemui tembok telah musnah sepenuhnya.

Saya turut ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj (sekatan). Sekatan lain ke atas puak Yahudi Khazar ialah sebelum Peperangan Waterloo (1815). Pada zaman itu mereka dilayan hina, dan Nathan Mayer Rothschild (1777-1836) membiayai England dalam peperangan menentang Napoleon. Di antara tuntutan Rothschild sebagai balasan ialah Yahudi diberi hak dan perlindungan sama rata. Semenjak itu Rothschild menguasai Bank of England dan Yahudi Khazar hidup bebas.

Tiada lagi sekatan dan mereka 100% bebas menguasai dunia. Mereka bekerjasama dengan Knights Templar (Freemason) bagi mengatur perancangan supaya orang Yahudi berupaya pulang ke Israel dan membentuk sebuah negara bebas. Mereka merancang penjajahan negara lain dan memberi kemerdekaan setelah menukarkan sistem negara, menguasai industri utama dan meletakkan orang-orang mereka di dalam negara jajahan. Mereka malahan bekerjasama membentuk sistem perbankan, pertubuhan dan pelbagai badan menguasai dunia dan seluruh aspek kehidupan kita pada hari ini.
Lokasi Darial Gorge (Update 8/11/2010 : gambar : http://saint-guerre.blogspot.com)

Berikut adalah hasil pencarian dalam Google Maps, Daryal Gorge.

Pandangan jarak jauh

Setelah mencari Darial Gorge menggunakan carian Google Earth saya menjumpai koordinat 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, iaitu terletak di sempadan “Sempadan Georgea dan Rusia”. Kebenaran (letak Ya’juj dan Ma’juj) ini Wallahu’alam..


Pandangan jarak dekat

Dari pada gambarajah ini, jangan lupa dengan dengan carian Google Earth dengan memasukan lat, long: 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, jika kita dapat ke lokasi tempat itu pastinya ia akan nampak lebih menarik, kelihatan seperti ada bongkahan-bongkahan besi.
Persoalan 5: Siapakah “golongan” Ya’juj & Ma’juj?


Kita mengenali Yahudi Khazar sebagai bangsa Ya’juj & Ma’juj. Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999 daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Ya’juj & Ma’juj yang tidak terhitung banyaknya? Dalam erti kata lainnya, siapakah “manusia tidak terhitung”?

Jawapannya semua manusia yang termasuk golongan mereka. “Golongan” Ya’juj & Ma’juj ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan mereka ke dalam sistem di dalam negara kita. Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?

Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong sebagai “golongan Ya’juj & Ma’juj” (Children of Gog & Magog) kerana melaksanakan sistem mereka. Akibat daripada ini lahirlah Ya’juj & Ma’juj berbangsa barat, melayu, india, cina dan semua bangsa yang melaksanakan sistem Ya’juj & Ma’juj. Dakwaan ini dijelaskan melalui surah al-Maa’idah:51:

“…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu…”; al-Maa’idah:51

Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu pada hari ini dan semenjak Peperangan Waterloo (1815) di antara England dan France, mereka bekerjasama.

Ya’juj & Ma’juj telah terlepas daripada sekatan kemanusiaan dan bekerjasama dengan Kristian bagi membentuk pelbagai sistem untuk menguasai dunia. Mereka membentuk “Gog & Magog World Order”.

Oleh itu apakah maksud “adalah dari golongan mereka” apabila hidup di zaman “Gog & Magog World Order” dan mereka bekerjasama menguasai dunia?

Pertamanya hanya terdapat dua golongan utama, iaitu golongan orang Islam atau golongan Ya’juj & Ma’juj. Keduanya ia bermaksud sesiapa yang mengambil dan melaksanakan sistem mereka akan terkeluar dari golongan orang Islam dan menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj. Allah akan membiarkan manusia mati sebagai golongan Ya’juj & Ma’juj kerana menyokong perlaksanakan sistem dan cara kehidupan mereka. Maksud selainnya ialah kita menerima nasib sama seperti mereka, iaitu kekal di neraka selamanya.

Selainnya ada yang berkata ini tidak mungkin kerana banyak yang bersyahadah dan melakukan solat, berpuasa, zakat dan menunaikan haji. Perlu diingatkan kembali keterangan al-Maaidah:51 menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman!”, iaitu bermaksud mereka ini bukan sekadar Islam dan melakukan Rukun Islam, tetapi mereka malahan memenuhi semua rukun menjadi orang beriman. Mereka adalah orang beriman yang bergetar hati apabila sekadar hanya mendengar nama Allah swt.

Maka orang beriman yang melaksanakan sistem mereka akan menerima nasib yang sama. Berdasarkan alasan ini maka hadis yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj tidak terhitung dan 999 setiap 1,000 orang menjadi benar dan munasabah (samada kiraan berdasarkan “seorang dari sahabat” dan 999 dari kita? atau kiraan mengikut nisbah penduduk setiap zaman? Wallahualam).

Fakta ini malahan disokong fakta riba wang kertas dan transaksi melibatkan bank. Ini kerana surah al-Baqarah menyatakan pengistiharan peperangan oleh Allah swt dan Rasulullah saw ke atas orang yang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba.

“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279


“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”; al-Baqarah:275


99.9% akan ke neraka kerana riba wang kertas

Bagaimana seseorang tidak malu mengaku beriman apabila statusnya sedang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw? Ini satu pengakuan tidak munasabah dan iman sangkaan semata-mata (prasan). Maka melalui surah ini 99.9% bangsa dan golongan Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke neraka serta kekal di dalamnya.

Keterangan Surah Al-Baqarah sepatutnya membuatkan hatinya seakan-akan tercabut kerana kedasyatannya. Namun itu bagi golongan Ya’juj & Ma’juj, kesemua ini tidak mendatangkan ketakutan dan menjadi hiburan menghalalkan yang haram. Mereka sentiasa sahaja mempunyai alasan untuk menyelisihinya.

Kepada yang beriman, fakta dan Gog & Magog World Order adalah ujian tersangat sukar. Sudah tentu dan siapakah tidak berakal menyangka Allah swt memberikan ujian mudah ke syurga? Soalan di sini sahaja telah pun membingungkan manusia menjawabnya, maka tidak dapat dibayangkan pula apabila Allah swt pula menyoal di akhirat.

Dengan ujian kehidupan yang berat maka Rasulullah saw menyatakan akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. Rasulullah saw dengan itu memberi “perintah yang sangat tegas” untuk meninggalkan semua puak walau terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga mati, bemaksud pilihan mati bagi memelihara keimanan jauh lebih baik daripada menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj.

Ianya juga perjuangan yang selari dengan cerita Ashaab’ul-Kahfi dan Ar-Raqiim di dalam Surah Al-Kahfi, iaitu pilihan antara “keimanan” atau “kehidupan dunia tanpa iman”. Dalam hadis lain pula Rasulullah saw memberikan gambaran kehidupan orang beriman:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt…”. (HR Baihaqi)

Keterangan lain yang menyokong seperti yang terkandung di dalam Surah An-Nisaa:97

Maksudnya: “..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”; al-Quran: An-Nisaa:97

Berdasarkan di atas maka orang beriman tiada sebarang alasan yang sah pada hari akhirat. Rasulullah saw juga telah memberikan perintah khusus dan mengingatkan mereka, maka itu tidak haruslah orang beriman mempunyai ketetapan lain:

“…dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan — apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara — mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata…”; al-Ahzaab:36


*Sumber : http://halaqah.net
sumber http://aku-macjay.blogspot.com

Wednesday, December 15, 2010

Secret History of the Freemasons Siri 2




Secret History of the Freemasons Siri 2

Asal-Usul Freemasonry dalam bentuk video

Para pengkaji konspirasi telah mengemukakan teori berdasarkan sejarah dan manuskrip lama dan lain-lain sumber mengenai asal-usul Freemasonry. Saudara M.O telah membahagikan hasil kajian beliau kepada tiga bahagian iaitu Zaman Kuno,Zaman Pertengahan dan Zaman Moden bagi memudahkan kita memahami susur galur sejarah bermulanya penubuhan Freemasonry ini. Semua kisah sejarah Freemasons boleh anda baca di post  Freemasonry: Sejarah asal-usul penubuhan.

Pada ruangan hari ini saya ingin kongsikan kisah rahsia dan sejarah Freemasons ini dalam bentuk video pula. Ini semua adalah untuk memberikan anda semua lebih gambaran tentang penubuhan rahsia ini. Video yang saya kongsi ini adalah daripadaHistory Channel . Setelah anda memahami apa itu Mason, freemasons, freemasonry atau lain-lain lagi nama rahsia penubuhan ini maka bukalah minda anda dan fikirkan sejenak tujuan penubuhan Freemasons ini.

Moga kita tidak tergolong dan bersama di dalam gerakan Freemason ini. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan melindungi kita dengan tipu-tipu dajjal ini insyaallah.
PART 1

PART 2

Zionis menguasai dunia

KOLONIALISME

Pengenalan
  • Kolonialisme adalah konsep penguasaan politik secara keseluruhan oleh kaum penjajah terhadap tanah jajahannya.
  • Imperialisme ialah penguasaan sesuatu pihak k tas pihak lain dengan pebagai cara dan matlamat.
  • Penjajah utama ialah Inggeris, menawan hampir kesemua wilayah Islam
  • Gerakan kolonialisme dilancar seawal Perang Salin Abad 11-13 (10971292). Motif Perang Salib seolah untuk agama (Kristian ) tapi hakikatnya untuk 3G ( God, Gold and Glorys) iaitu perluasa politik dan ekonomi.
Dasar PengKristian :
  • 192 bila Bani Akhmar Turki tewas, Setiap Yahudi mesti dibaptis dalam tempoh 3 bulan , jika tidak keluar.
  • Februari 1502 bangsa pendatang ( Islam ) di Serville mesti dibaptis jika tidak akan dibunuh
  • Negara terawal melancarkan kolonialisme ialah Sepanyol dan Portugis.Bukan Inggeris kerana mereka ( Sepanyol, Pulau Sicily ) pernah dikuasai Islam dan ditamadunkan oleh Islam. Christopher Columbus belayar kerana mendapat idea Ibn Rusyd.
  • Perjajahan melalui dasar lansung dan tidak lansung. Mereka juga mengamalkan dasar pecah dan perintah. sistem sekularisme dipaksakan di tanah jajahan.
  • Bentuk penjajahan : politik, ekonomi tradisional kepada kapitalis, budaya Islamkepada budaya bebas barat,, sistem kekeluargaan Islam kepasa sistem kekeluargaan baratsosial, sistem perndangan, bahasa Arab kepada bahasa Inggeris,

ZIONISME / FREEMASON
Maksud Zionisme


  • Ialah pnempatan semula Yahudi di Bukit Zion dan sekitarnya di Palestin



  • Maksud Freemason


  • Ialah perkumpulan bebas. Bermula di London,British pada 1717



  • Maksud Illuminati 1776
    Matlamat Freemason
    • Hapuskan segala agama kerana
    • Hapuskan segala kerajaan beraja kerana
    • Hapuskan sistem kekeluargaan
    • Hapuskan kerajaan yang baik
    Kaedah kotor Freemason
    • Sogok wang
    • Gunakansek dan wanita cantik. Contohnya melalui Pertandingan Ratu Cantik
    • Kuasai media massa kerana
    • Kuasai tokoh-tokoh/ pemimpin yang cerdas dan bakal menguasai peperintah kerajaan.
    Kejayaan-Kejayaan Freemason
    • Revolusi Peranchis berjaya dicetuskan dengan 3 tokoh utama iaitu " The Enligthenment" iaitu Montersques, Voltaire dan Rousseou
    • Di Perachis : Napoleon sebagai ahli Freemason tulen dan paling berjaya. Beliau melaungkan slogan persamaan, kebebasan dan persaudaraan.
    Kesannya:
    • Runtuhnya istem keagamaan di Peranchis
    • Runtuhnya kerjaan beraja di Peranchis
    • Di Turki : Menjatuhkan kerajaan beraja Khalifah Othmaniah di Turki melalui ahli-ahli Freemasonnya iaitu Mustafa Ataturk, Anwar Pasha, Jemal Fasha, Halede Edib dan Talat Fasha.
    • Di Turki, Mustafa melancarkan gerakan menturkikan Islam
    • Menanamkan semangat nasionalisme Turki dalam segenap bidang dan mengenepikan segal;a unsur Arab
    • Di Palestin: Theodore Heart mencadangkan Palestin diambil semula dari Mesir untuk dijadikan tanah tumpha darah Yahudi.
    • Sultan Abdul Hamid dari Turki enggan meberikan Plestin sebagai tanah Yahudi kerana hanya ada 8% Yahudi di Palstin pada waktu itu 1917.
    • ***Sebelum itu Yahudi merempat di serta Eropah.
    • ***Zaman Hitler, Yahudi disiksa dan berjuta dibunuh.
    MODENISME
    Pengenalan:
    • Lebih bahaya/lebih kekal daripada kolonialisme kerana menyebarkan nilai, falsafah dan idea yang berteraskan akal logik, sains dan teknologi.
    • Modenisme dikaitkan dengan Renaissance Barat mula kaji Islam.
    • Modenisme adalah satu faham mementingkan hidup keduniaan. Malah mempertuhankan kemodenan.
    • Selalu menentang agama dan tradisi kerana agama lambang kekolotan dan anti ketamadunan.
    • Selalu merujuk kepada kemajuan barat dan menjadikan barat sebagai negara contoh yang harus diikuti.
    Pecahan kepada Modernisme ialah :
    Humanisme
    • Tokohnya Erasmus of Rotterdam
    • mempercayai kekuatan akal.
    • mementingkan kebahagiaan dunia, dan tidak dunia akan datang.
    • Manusia boleh berdiri sendiri dan tidak bersandar kepada Tuhan.
    • Dunia ini satu-satunya kehidupan.Tidak ada kehidupan akhirat.
    Machiavelli
    • Tujuan menghalalkan cara -
    • Tokohnya Niccolo Machiaveli melalui buku the Prince.
    Revolusi Sains
    • berani menolak agama
    • Tokohnya spt Copernicus, Kepler, Galileo, dan Newton
    Empirisme
    • Tokohnya Sir Francis Bacon dari England.
    • Bapa Sains England.
    • Mendakwa ilmu pengetahuan yang benar hanya melalui ujian,pancaindera dan pengalaman.
    • Sanis akan menggantikan agama.
    • Manusia akan mencipta syurga di dunia ini.
    Naturalisme Newton
    • mendakwa tidak ada hubungan manusia dengan penciptaNya.
    • Aliran ini menjauhkan manusia dari Tuhannya.
    • Sesuatu tidak akan berubah hanya dengan doa.
    Aliran Relativiti-
    • oleh Russell dan Heraclitus
    • Lawannya absolute .\/ mutlak
    • tidak ada sesuatu bersifat mutlak dan tetap . Semuanyaboleh berubah
    • Sesuatu yang benar hari ini mungkin salah esoknya jika dibuktikan kesalahannya.
    • Boleh berubah ikut masa dan tempat.
    Aliran Rasionalisme
    • oleh Decartes (dari Peranchis) ,Spinoza, Libnig, dan Pascal
    • Berjaya menarik ramai tokoh Islam seperti Sukarno, Nurcholis Mjid dll
    • Hampir sama dengan idea empiris
    • Kebenaran dan pengetahuan hanya dicapai melalui akal.
    Skeptisme
    • Tokohnya Pyrrho of Elis, Sextus.
    • iaitu ragu dan sangsi terhadap sesuatu.
    • tidak pernah yakin dengan apa-apa sahaja.
    • Skeptisme ini muncul kerana bosan dengan polemik agama berabad-abad dalam Kristian.
    Liberalisme
    • oleh John Locke
    • Ia berasaskan falsafah individualime dan autonomisme.
    • Manusia semulajadinya bebas, tiada ikatan dan tidak terkongkong dan boleh berdiri sendiri.
    • Hak untuk hidup mengikut selera individu. Orang lain tak boleh ganggu-gugat
    • Lahirlah ekonomi bebas dan pasaran bebas.
    • Diperkembangkan oleh Adam smith.
    Aliran Kapitalime
    • Tokohnya Adam Smith.
    • iaitu menjadikan keuntungan dan pengumpulan kekayaan sebagai matlamat.
    Ultilitarianisme.
    • iaitu salu aliran falsaah moral yang menutamakan faedah sebagai ukuran nilainya.
    • Tokohnya Jeremy Bentham John Stuart Mill.
    • Ukuran baik buruk sesuatu perkata bergantung kepada akibatnya.
    • Baik jika mendatangkan keseronokan dan
    • buruk jika mendatangkan kesusahan.
    Hedonisme
    • iaitu kesenangan sebagai ukuran kebaikan.
    The Enlightenment
    • Tokohnya Rousseau hasil Revoluisi Peranchis.
    • Revolusi ini adalah kemuncak penolakan orang barat terhadap agama Kristian dan apa sahaja yang berhubungan dengannya.
    Sekularisasi
    • sangat popular
    • Agama sekadar ibadat, sekadar dalam bentuk ritual dan hanya di masjid sahaja. agama bukan satu cara hidup.
    • iaitu menolak agama .Menentang apa sahaja yang berkaitan dengan agama.
    • Mmisahkan agama daripada segenap bidang kehidupan. aktiviti kehidupan
    • Semua kerajaan di dunia Islam mengamalkan sekularisasi..
    Nasionalisme
    • oleh Hans Kohn iaitu
    • (1) ketaatan tertinggi bukan kepada Tuhan, raja, kelas, keluarga tetapi kepada entiti nasionaliti.
    • (2) Bentuk organisasi yang ideal bkan wangsa, empayar dunia atau negeri-negeri faudal negara-negeri.
    • (3) Semangat nasionalime harus menresap kepada majoriti rakyat bukan cuma segolongan kecil sahaja.
    • Kewarganegaraan dilucutkan jika tidak ada semangat nasionalisme
    • Nation state sebagai matlamat utama.
    Positivisme
    • oleh Augustus Comte
    • .Katanya sejarah manusia melalui 3 tahap iaitu teologi, metafizikal dan positif. Pada peringkat positif, manusia menolak ketenangan metafizik,
    • Sebaliknya mementingkan ses uatu yang dapat dilihat, dapat dibktikan
    • kebenaran hanya melalui ujian pancaindera.
    • Macam empiris dan rasional
    Aliran Idealime
    • oleh Emanual Kant
    • iaitu menekankan motif pelakunya.
    • Manusia unggul ialah manusia yang betindak dengan rasa tanggungjawab.
    • Sebaliknya menimbulkan kontroversi " Si Penipu lebih bahagia daripada SiJujur".
    Darwinisme / Teoi Evolusi
    • oleh Charles Darwin
    • iaitu manusia berasal dari manusia mawas. Semua haiwan berasal dari sel purba.
    • Kesannya tidak wujud peranan Tuhan sebagai pencita.
    • Menolak idea Adam sebagai manusia pertama
    • iaitu perkembangan dan rantaian setiap jenis haiwan.
    • Ia adalah ajaran sesat yang diiktiraf kerana pernah diajarkan di sekolah-sekolah pada satu ketika dahulu.
    Komunisme / Sosialisme
    • oleh Hegel dan Marx.
    • iaitu menekankan faktor ekonomi untuk memahami perjalanan sejarah.
    • Yang menentukan super struktur( bangunan atas) iaitu substruktur. (bangunan bawah). substruktur ialah ekonomi.
    • Superstruktur ialah agama, hukum, kebudayaan dsb.
    • Menekankan keadilan sosial kepada semua orang. iaitu masyarakat tanpa kelas. Nampak adil iaitu tidak ada yang kaya, tidak ada yang miskin. Tapi pelaksanaannya berlainan. Contohnya di Rusia sekarang ini.
    • Islam diimbangi oleh zakat dan fitrah serta derma.
    • Islam mengikhtiraf usaha individu, intelektual kerana ia sesuatu yang natural ( semulajadi / fitrah).
    • Yang ada bakat akan teraniaya dalam sistem komunis.
    Aliran Pragamatisme
    • oleh Charles Sanders Peirce, John Dewey
    • iaitu sesuatu teori ( pendapat) hanya dapat dikatakan benar hanya apabila dapat dilaksanakan.
    • Jika tidak dapat dilaksanakan maka teori itu tidak lagi benar.
    • Tokoh terbaik -----(Dr Mahathir).
    • Tidak mementingkan wujud/tidak wujudnya Tuhan
    • tapi mementingkan apakah untungnya jika percaya kepada Tuhan.
    Women Liberation
    • Kebebasan hak wanita
    • Tokohnya perempuan simpanan Sigmund Freud
    • Wanita hendaklah dilayan samarata seperti lelaki.
    • Ini kerana wanita barat tidak dapat hak-hak manusia yang sewajarnya.
    • http://members.fortunecity.com

    Penubuhan MALAYSIA - Perancangan USA sejak 1889??


    Hari ini kita telah merdeka selama 53 tahun, tapi kita ini benar-benarkah memahami jiwa merdeka bukan hanya dari perkataan saja. Akan tetapi kita tahukah pula sejarah penubuhan Malaysia?? Betul-betulkah kita telah mengetahui segalanya tentang negara kita?? Sejauh manakah pengetahuan kita jika hanya belajar sejarah dari tingkatan 1 - 5 atau 6 sahaja...sudahkah semua sejarah kita ketahui? Benarkah juga penubuhan Malaysia ini telah dirancang hampir 121 tahun yang lalu???

    Kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Mara dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama Malaysia sudah ada pada tahun 1889 lagi. Peracangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!!

    Kiritikan perancangan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 oleh penasihat luas USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY. 10 tahun selepas itu batu asas FEEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) di letakkan di Northam Road di Pulau Pinang, semasa perletakan batu asas FREEMASON tersebut pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University. USA menggelar dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON.


    Aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda nie semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara Malaysia dan Indonesia, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa Filipina suatu ketika dahulu pernah nak claim nama Malaysia, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu nama Malaysia.
    Rupa-rupanya perancangan negara Malaysia sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum di isytiharkan 'merdeka' dan amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara Malaysia serta kritikannya di Harvard University pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan Penasihat Luar USA pada ketika itu serta professor of Political Science And International Relations in Harvard University.
    Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti di bawah telah dibuang/ di padamkan oleh USA dalam website rasminya setelah artikel mengenainya di terbitkan di Universiti Teknologi Mara..
    "Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor : Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Goverment Printing Office, Washington, 2001".
    Dato' Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu (PEKEMBAR), tulisan asal Ú€Ø±ØªÙˆØšÙˆÙ‡Ù† كؚڠسأن ملايو ؚرساتو  atau nama sekarang telah di Inggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak di Inggeriskan.

    Di fitnah teruk oleh bangsa sendiri

    Ucapan terakhir Dato' Onn Jaafar sebagai Yang Dipertua Umno pada 26 Ogos 1951:

    "Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat di masukki kebanyakan orang. (adakah Dato' Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak di datangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malangnya mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungjawab saya itu..."
    Rujukan : ( Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

    Penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas.

    Antara bangunan FREEMASON di Johor (perhatikan betul-betul apa yang dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)

    Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan oleh Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada 16 September 1963 bila mana Singapura, Tanah Melayu ( atau lebih di kenali Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia dan kekal di bawah naungan jajahan Inggeris hingga tahun 1984, mana Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

    Pendokonh gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said  Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kitak tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa yang lalu gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British, darurat dan kemerdekaan. Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir  kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruhm Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawanganm pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanuddin Al-Helmy juga turut meringkuk dalam ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini di tulis oleh Pak Said Zahari yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara dalam buku memoirnya "Meniti Lautan Gelora"

    Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya??? Dan sudah tentunya mereka inilah yang mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

    Realitinya, Dato' Onn sudah dapat mengesan perancanga 'mereka' itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh barua British dan agen-agennya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato' Onn pula yang di hina dan di tuduh talibarut British ( Rujukan : Mohamed Abid, 2003, halaman 189)

    Sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana percaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir..!!
    R - Tunku Abdul Rahman
    A - Tun Abdul Razak
    H - Tun Hussein Onn
    M - Tun Dr. Mahathir Mohamad ( Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr. M )
    A - Abdullah Badawi ( Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi )
    N - Najib Tun Razak ( seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N )

    Kerajaan telah memilih Perang Besar (sekarang namanya Putrajaya) baca sumber rasmi petikan ucapan ini


    Mengikut perancangan ILLUMINATI, dimana FREEMASON telah bergabung dengannya. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Goverment, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Goverment. Perang Dunia yang sebelum ini juga telah dirancang..jika berminat baca di sini...memang memerlukan masa yang panjang untuk membacanya.

    "...sent them away from his son Isaac to the land of the east.: ( Genesis 25:6 New International Version)

    Mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai Israel serta parlimen USA ( ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung denga gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI ), keturunan dari Keturah/ Qunturah/ Ketura iaitu isteri ketiga Nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah  akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau namanya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar padahal dia menipu ( pernah terbaca bahawa dia adalah Samiri pada zama Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat Jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang di perbuat daripada emas yang dikumpul dari seluruh kau Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapah malaikat Jibril itu, tiba-tiba boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS. "lembu suci", "holy cow" itu adalah "tuhan", cerita ini ada di dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

    Dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah/ Quntura/ Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa Barat cuba dikuatkan. Dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang 6 negara - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur. Dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong. Dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.

    Cubaan menguasau Vietnam serta di bom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tenteta termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta di beri bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura ( perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israek semasa Israel menang peperangan 6 hari dengan negara-negara arab), serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura, Lee Kuan Yew menamakan mereka sebagai The Mexican serta di bina fahaman politik-politik di dunia ini seperti komunis dan sosialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokraso yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga ligakan USA dan RUSSIA yang terletak di sebelah timur dunia dan di ciptanya GOOGle dan Facebook yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta di belinya Youtube dan juga di kuasai kebanyakan media-media utama dunia, di asaskan jugaHOLLYWOOD serta di asaskan kebanyakan syarikat-syarikat studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

    Antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang stratefi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz (perancangn utama peperangan di Iraq dan Afganistan), manakala Najib seperti mengungkap misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Goverment : New World Order, serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahab Abdullah Badawi di adakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI) dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON. Bubuh batu asas FREEMASON di Pulau Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengisytiharan "kemerdekaaan" negara Malaysia pada tahun 1957.


    Lucifer show 1World Goverment sign




    Fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL...
    They (no matter what race) who sold soul to the 'MASTER' to do all the above will be given the power:
    a. To induce spiritual blindness
    b. To convince
    c. To convert
    d. To corrupt