Pages

Showing posts with label fikir. Show all posts
Showing posts with label fikir. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Berfikir dalam Zikir



http://up.top22arab.com/uploads/images/top22arab-e7019ab75d.jpg
Oleh DR. SIDEK BABA
BERFIKIR adalah suatu fitrah. Allah memberi manusia akal membolehkan manusia berfikir. Allah mengurniakan manusia pancaindera membolehkan manusia memandang, memerhati, melihat, menyaksikan, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh supaya darinya manusia memperolehi maklumat, pengalaman dan juga tanggapan.
Darinya manusia berusaha untuk melakukan kajian dan penelitian supaya manusia dapat memahami apa yang ada di sekitarnya dan apa yang diperlukan dalam hidup ini.
Alam ini Allah jadikan seluas-luasnya untuk mengajak manusia berfikir dan mengetahui kebesaran-Nya. Planet bumi di mana manusia hidup dilimpahkan rahmat dan nikmat yang amat banyak. Setiap kejadian yang Allah ciptakan terkandung hikmah yang amat luar biasa sifatnya.
Apa yang mampu dikaji dan diteliti dan dinikmati oleh manusia masih sedikit. Bayangkan alam yang terlalu luas dengan rahsia yang belum diteroka oleh manusia tentunya mengandungi hikmah yang amat menakjubkan. Allah memberikan kita al-Quran supaya manusia mendapat pertunjuk dan pedoman bagaimana memahami benda yang nyata dan benda yang ghaib, bagaimana manusia dapat berfikir tentang sesuatu di sekitarnya dan menghubungkannya dengan Pencipta. Inilah asas berfikir dalam zikir bagi orang-orang yang beriman.
Para remaja amat perlu membina tradisi berfikir dalam zikir supaya asas berfikir yang sebenar dapat dirasai dan dinikmati. Berfikir secara akliah semata-mata selalunya tersisih dengan hikmah mengenai sesuatu. Ia hanya menghubungkan pemikiran dengan asas yang rasional dan logik pada pertimbangan akal semata. Sesuatu yang di luar batas akal dianggap tidak rasional dan tidak logik dan ia ditolak.
Keyakinan remaja kepada kuasa Pencipta sudah tentu tidak sama dengan keupayaan manusia dengan akal dan pancaindera yang terbatas. Sekiranya akal manusia dan kemampuan berfikir adalah segala-gala sudah tentu manusia berupaya menyelesaikan banyak masalah kehidupan yang kelihatan semakin parah dan membimbangkan.
Apa daya manusia menyelesaikan pelbagai jenis penyakit yang datang silih berganti kalau hanya bergantung dengan akal semata-mata. Apa daya manusia mengatasi masalah kerosakan akhlak kalau hanya bergantung dengan pertimbangan akal semata. Dan apakah daya manusia mengatasi musibah banjir, gempa bumi, ribut dan taufan kalau hanya berpandu dengan kajian dan penelitian sahaja.
Para remaja yang menggunakan pendekatan berfikir dalam zikir tentunya mengetahui bahawa tidak semua yang terdapat dalam alam ini diketahui manusia dan tidak semua yang berlaku dalam alam ini di bawah kudrat dan kawalan manusia.
Mengajak remaja berfikir dalam zikir bermakna menghubungkan alam ini dengan Pencipta dan menghubungkan kejadian dan peristiwa dengan kuasa Pencipta.
Berfikir dalam zikir bagi remaja bermakna bagaimana remaja sejak awal umur lagi didedahkan dengan jalan berfikir yang mengingati kebesaran Allah. Memahami faktor ghaibiyyat dalam hidup remaja harus dihubungkan dengan tanda-tanda kebesaran Allah yang terdapat di mana-mana di muka bumi apalagi di angkasa.
Al- Quran memberi remaja pedoman dan panduan bagaimana memahami kebesaran Allah dengan menyaksikan tanda-tandanya. Kejadian siang dan malam, hujan dan panas yang berlaku silih-berganti, kehidupan manusia dan faktor alamiah yang berpasang-pasang, diturunkan hujan menghidupkan pohon-pohon dan haiwan adalah tanda-tanda kebesaran-Nya bagi remaja yang berfikir.
Manusia tidak mampu menguruskan perjalanan kejadian tersebut malah menerima saja apa yang berlaku dengan urus tadbir yang terbatas.
Zikir
Berfikir dalam zikir membimbing remaja untuk memahami bahawa seluruh kejadian alam ini adalah di bawah urus tadbir Allah s.w.t. Manusia yang diberi amanah sebagai khalifah perlu melakukan urus tadbir mengikut pedoman yang Allah telah berikan menerusi kalam-Nya al-Quran supaya ia menjadi pertunjuk bagi manusia. Mengingkari akan menyebabkan kerosakan kepada kehidupan dan muka bumi ini.
Berfikir dalam zikir bagi remaja mampu mendekatkan remaja kepada kebesaran Allah. Berzikir dalam erti kata yang luas bermaksud mengingati dan mengakui kebesaran dan keagungan Allah.
Bila remaja melafazkan kalimah zikir subahanallah atau Allahu Akbar, ia tidak hanya terpancar dengan kalimah dan dibenarkan atau ditasdikkan dalam hati semata tetapi lafaz kalimah itu memberi dorongan ilmu mengenai rahsia kebesaran Allah dalam alam ini yang perlu dikaji oleh remaja supaya manfaatnya dapat dirasai oleh manusia.
Sains dalam tradisi Barat mengkaji sesuatu benda seadanya dan mengkaji sesuatu fenomena seadanya. Dalam tradisi berfikir dan zikir mengkaji sesuatu benda tidak saja dikaji seadanya tetapi dikaji hikmah di sebalik kejadiannya. Apalagi bila mengkaji fenomena sesuatu kejadian ia tidak hanya dikaji mengenai kejadian itu tetapi berfikir dalam zikir memberikan pedoman, hikmah dan iktibar di sebalik sesuatu kejadian supaya manusia mendapat pengajaran dan pertunjuk dari sesuatu benda dan kejadian.
Mengapa manusia dilahirkan ke dunia kemudian dimatikan, mengapa manusia yang sihat kemudian jatuh sakit, mengapa manusia yang zaman mudanya cerdik dan sampai terlalu tua hilang ingatan, mengapa manusia suatu ketika kaya kemudian tiba-tiba jatuh miskin, mengapa suatu ketika manusia berada di tempat yang amat berkuasa kemudian jatuh sebagai manusia yang hina.
Mengapa manusia di suatu zaman membina tamadun yang hebat tetapi kini menjadi penciplak kepada tamadun orang lain, adalah gambaran fenomena kejadian manusia sejak dari dahulu sehingga kini.
Memahami fenomena ini dalam dalam fikir dan zikir memberikan remaja iktibar tentang kejadian dan kuasa Allah yang seharusnya manusia mengambil iktibar darinya.
Penyakit
Hal yang sama juga berlaku terhadap pelbagai jenis penyakit yang sedang menghinggapi manusia kini, keadaan cuaca yang tidak menentu, lapisan ozon yang semakin menipis, sungai-sungai yang tercemar, udara yang semakin kotor adalah gambaran tentang ketidakseimbangan yang berlaku dan sebahagiannya adalah akibat perbuatan tangan-tangan manusia.
Berfikir dalam zikir bagi remaja membawa remaja ke arah dorongan mengkaji dan menyelidik tidak saja dalam batas benda yang nyata tetapi harus memiliki pedoman dari Pencipta tentang pedoman-pedoman mengurus yang betul supaya wujud pemahaman yang seimbang bahawa sesuatu itu adalah kejadian dan milik Allah.
Manusia diberi amanah untuk mengurusnya dengan baik dan betul. Darinya lahir sifat amanah yang tinggi dan terjadinya sesuatu ia ada hikmah yang membimbing manusia berfikir tentang upayanya yang terbatas dan upaya Allah yang tidak terbatas.
Berfikir dalam zikir meningkatkan keyakinan dan keimanan remaja tentang kekuasaan dan kebesaran Allah kerana tidak ada sesuatu yang terjadi dan diciptakan di alam ini tanpa kuasa-Nya.
Ilmu yang ada pada remaja hanya sedikit dan kalau yang sedikit itu remaja tidak bersyukur dengan-Nya malah sesetengah remaja sombong dan takbur terhadap-Nya, ia menyebabkan remaja akan kehilangan pedoman ilmu dan hikmah dan akhirnya remaja akan merasakan ia adalah segala-gala dan ia bakal menjerumuskan remaja ke arah kerosakan dan kebinasaan peribadi dan pemikiran.
- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
.
Blog Peribadirasulullah

Saturday, November 27, 2010

~ FIKIR DAN INSAFI ~


********************************************************

MUTIARA MINDA Teringat pesan ayahanda..."sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita... " Subhanallah, betapa alpa nya kami... sesungguhnya Engkau maha penerima taubat... ********************************************************



Peringatan buat diriku yang sering lupa... ... .. Adakah kita seorang Islam ? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia,kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar... apakah pilihan kita?





Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilandamasalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam ? Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur. Adakah kita yakin kita seorang IslamSedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walausedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka buai perasaan... Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...





Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah ? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf...Dapat kah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu..





Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat ? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.





Kita pergi kuliah, pergi kerja...** kita yakin kita telah menutup aurat?

Kita solat...** kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ...** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum ...** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?

Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita ? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untukmenempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI... ... !!!! Siapa kita... . ?



Wallahu'alam ...