Pages

Showing posts with label balah. Show all posts
Showing posts with label balah. Show all posts

Friday, September 23, 2011

3 sami Buddha berbalah kerana isu sedekah

BANGKOK: Kehidupan sami Buddha biasanya dikaitkan dengan suasana harmoni dan tenang, tetapi berlainan keadaannya di sebuah kuil di Thailand.
Seorang sami, Jirawat Pasanano, membuat laporan polis mendakwa dia dihalau dari kuil selepas dua sami lain memukul dan mengacu pistol kepadanya.

Jirawat juga mendakwa dia dipaksa menghentikan amalan memungut sedekah yang menguntungkannya setiap pagi.

Ekoran aduan itu, dua sami dituduh Jirawat - Pitch Prapasaro, 26, dan rakanya yang hanya dikenali sebagai Auan - membuat aduan balas.

Pitch dan Aun mendakwa, Jirawat, 44, sengaja mereka insiden pistol itu dan menyalahgunakan nama kuil untuk kepentingan peribadi. Auan, 50-an, berkata tiada motif untuknya mahu berebut sumbangan yang diterima Jirawat. - AFP

Thursday, January 27, 2011

Raja kasino selesai perbalahan keluarga



Raja Kasino, Stanley Ho (tengah) memberikan kenyataan dalam satu siaran televisyen secara langsung di rumahnya di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Raja Kasino, Stanley Ho yang mempunyai 17 orang anak membuat pengumuman secara langsung di televsiyen bagi memberitahu bahawa beliau telah menyelesaikan perbalahan dengan anggota-anggota keluarganya berhubung pembahagian harta.
Perkembangan terbaru itu berlaku selepas Ho berusia 89 tahun menarik balik dakwaan yang dibuatnya kelmarin bahawa anggota-anggota keluarganya bersikap seperti penyamun kerana membahagi-bahagikan syarikat perjudian miliknya, SJM Holding.
"Sepanjang konflik keluarga ini berlaku, saya berasa sedih, begitu juga dengan keluarga saya," kata raja kasino itu yang duduk di sebuah kerusi roda semasa muncul di stesen televisyen Hong Kong, TVB.
"Saya sayangkan keluarga saya. Kami tidak pernah saman menyaman... konflik ini telah diselesaikan," jelasnya.
Ho dianggarkan memiliki aset AS$3 bilion (RM9.15 bilion).
Kelmarin, Ho melalui peguamnya, Gordon Oldham berkata, saudara-mara dari isteri kedua dan ketiga telah melakukan penyalahgunaan firma kasino miliknya.
Namun, saudara-mara isteri kedua dan ketiga itu mengeluarkan beberapa kenyataan dengan mendakwa taikun itu yang kini sakit pernah meluluskan pembahagian harta.
Menurut peguam Ho itu, taikun itu hanya berkahwin secara sah dengan isteri pertamanya, Clementina yang meninggal dunia pada 2004 manakala isterinya yang lain hanya wanita simpanan.
Ekoran itu, Ho semalam berkata dalam siaran secara langsung itu bahawa: "Keluarga saya dan saya berasa amat gembira. Saya tidak berhasrat untuk melakukan sebarang perubahan."
Ho sebelum ini popular kerana sikapnya yang kaki perempuan.
Beliau memperoleh kekayaan yang banyak selepas diberikan hak monopoli untuk membuka kasino di Macau dari tahun 1960-an hingga 2002.
Namun, selepas pulau Macau dikembalikan kepada China pada 1999, pentadbiran tempatan menarik balik monopoli tersebut dengan memberikan lesen kasino kepada syarikat-syarikat tempatan dan luar negara.
Beberapa laporan menyatakan dia jatuh di rumah dan mengalami kecederaan di kepala sekali gus mencetuskan persoalan mengenai empayar perniagaannya yang meliputi 17 kasino, hotel dan sejumlah hartanah komersial serta kepentingan perniagaan. - AFP