Pages

Showing posts with label cium. Show all posts
Showing posts with label cium. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Pasangan kekasih dirotan selepas ditangkap bercium



KIKI HANAFILIA dirotan di pekarangan sebuah masjid di Jantho, Aceh semalam.


JANTHO, Indonesia - Sepasang kekasih, Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17, dikenakan hukuman rotan lapan kali di sebuah masjid di bandar Jantho, Banda Aceh semalam selepas mereka ditangkap kerana bercium.
"Mereka berdua sudah berkahwin. Ada orang menangkap mereka sedang bercium di kawasan hutan daerah Aceh Besar pada Oktober lalu. Mereka juga baru hendak melakukan hubungan seks ketika ditangkap," kata pendakwa raya, Deby Rinaldi.
Menurutnya, isteri Anis yang hamil tujuh bulan berada di tempat lain ketika kejadian berlaku manakala Kiki sudah berkahwin selama dua tahun.
Aceh yang terletak di bahagian utara pulau Sumatera merupakan salah satu daerah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah Islam.
Pada Oktober lalu, dua orang wanita dirotan di Aceh kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan. - AFP

Monday, July 19, 2010

Guru arah cium kaki

RIYADH: Kementerian Pendidikan menamatkan khidmat guru warga Syria berusia 42 tahun yang memaksa pelajar mencium kaki atau dahinya bagi mendapatkan 10 markah percuma atau lulus ujian matematik.
Menurut Jabatan Pelajaran Riyadh, semalam, jawatankuasa yang dibentuk bagi menyiasat guru yang mengajar di sekolah persendirian itu memutuskan untuk menghantarnya pulang ke negara asal.
Namanya turut disenarai hitam bagi mengelak dia memohon mana-mana jawatan di jabatan kerajaan atau agensi swasta di negara itu pada masa depan.

Jawatankuasa itu melaksanakan keputusan selaras tindakan pihak pentadbiran sekolah yang memecatnya. Kejadian dilaporkan berlaku di sekolah persendirian Al-Bara’a.

Beberapa pelajar melutut bagi mencium kaki guru matematik warga Syria itu, sementara ada juga yang mengucup dahinya. Terdapat juga pelajar yang terdesak untuk lulus ujian terpaksa melakukan kedua-dua perbuatan itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Pendidikan dan Penyelidikan di Majlis Shoura, Dr Ahmad Aal-Mufrih berkata: “Keputusan dikenakan terhadap guru itu sebagai hukuman kepada mereka yang memperkecilkan peraturan di negara ini” Ibu bapa pelajar di sekolah terbabit memuji tindakan pantas kementerian dan menganggapnya sebagai keputusan bijak bagi melindungi maruah pelajar yang diperkotak-katikkan guru berkenaan. Mereka juga mahu kementerian memantau perkembangan di sekolah persendirian bagi mencegah kejadian serupa berulang. - Agensi