Pages

Showing posts with label mj. Show all posts
Showing posts with label mj. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Pil jerawat rahsia suara Raja Pop


2011/03/05

Doktor dakwa nyanyian MJ dipengaruhi ubat

MARSEILLE: Seorang doktor di Perancis mendakwa dalam bukunya bahawa suara nyaring yang dimiliki Raja Pop, Michael Jackson (MJ) berkemungkinan besar akibat daripada mengambil ubat merawat jerawat yang mempunyai hormon antilelaki ketika masih muda.

“Apabila Michael meninggal dunia, saya sedar satu fenomena luar biasa mengenai suaranya. Saya berpendapat, punca beliau bersuara keanak-anakan disebabkan memakan sejenis ubat,” kata peminat opera dan profesor pembedahan vaskular di Hospital Universiti Timone di bandar pelabuhan Marseille, Alain Branchereau.

Beliau yang menulis buku mengenai MJ berjudul Michael Jackson, the secret of a voice memberi hujah itu selepas berbincang dengan beberapa rakan, termasuk pakar kimia, dan pakar endokrin.
Mereka mengemukakan satu teori bahawa penyanyi itu mengalami perubahan pada suaranya berpunca daripada ubat hormon sintetik dikenali Cyproterone yang mengandungi hormon anti lelaki.

“Ketika berusia 12 tahun, Michael mempunyai banyak jerawat. Kami mengetahui mengenai perkara ini kerana Michael sendiri pernah membicarakannya dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu tragedi. Pada pendapat saya, apa yang mungkin berlaku ialah mereka yang dekat dengannya mencadangkan rawatan itu,” katanya.

Branchereau berkata, Cyproterone ‘menghalang proses kedewasaan’ dan menyebabkan suara menjadi tidak matang.

Pakar itu juga mengakui beliau membaca kira-kira 20 buah buku mengenai perkara ini, mengkaji gambar dan bercakap dengan pakar kulit, ahli fisiologi suara, pakar bedah, pakar urologi dan seorang bekas penyanyi sebuah kumpulan koir kanak-kanak lelaki.
Ubat itu juga menghentikan pertumbuhan bulu roma dan anak tekak, selain menjejaskan pembesaran tulang, menyebabkan mereka yang mengambilnya menjadi kurus tetapi mempunyai dada yang besar. – AFP
Berita Harian Online

Monday, August 30, 2010

Kubur MJ bakal digali

LOS ANGELES: Kubur Michael Jackson mungkin terpaksa digali semula dalam usaha peguam mempertahankan doktor peribadinya daripada tuduhan membunuh.


Michael Jackson
Michael Jackson

CONRAD...hadapi tuduhan.
CONRAD...hadapi tuduhan.
Menurut sumber, peguam bela Dr Conrad Murray bercadang untuk mencabar keputusan bedah siasat ke atas mayat penyanyi berkenaan yang mengaitkan kematian Raja Pop berkenaan dengan salah laku perubatan.
Antara lain, Michael (gambar atas) dikatakan menemui ajal kerana diberi ubat pelali Propofol berlebihan.

Kata sumber itu, peguam bela Murray mahu membuktikan bahawa Michael - yang menyambut ulang tahun ke-52 jika hidup, semalam - mungkin maut kerana mengambil dadah lain.

“Justeru, mereka menuntut supaya kubur penyanyi itu digali supaya ujian baru dapat dijalankan sebelum Murray dibicarakan tahun depan,” katanya.

Antara kemungkinan yang boleh dikesan adalah tanda tusukan jarum yang bukan dilakukan suspek.

Sumber itu berkata, pasukan peguam bela Murray akan cuba meyakinkan hakim bahawa tubuh Raja Pop itu gagal berfungsi selepas berdekad-dekad menerima pil penahan sakit dan ubat pelali.

Jika berjaya, katanya, hakim mungkin mengetepikan tuduhan membunuh secara tidak sengaja yang dikenakan ke atas Murray.

Pada masa sama, ketua peguam, Ed Chernoff, mendapat lampu hijau bagi menjalankan ujian semula ke atas sampel tisu Michael yang diambil dan disimpan dalam peti sejuk selepas dia mati pada Jun tahun lalu.

Sementara itu, rakan keluarga Michael berkata, berita itu amat membimbangkan mereka.

“Mereka menguburkan Michael dengan harapan dia dapat berehat dengan aman, tetapi berita ini amat memualkan,” katanya.