Pages

Showing posts with label Jolie. Show all posts
Showing posts with label Jolie. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Jalan sesak kerana JolieJalan sesak kerana Jolie




AKTRES Hollywood, Angelina Jolie (kanan sekali) tersenyum di luar pejabat pengarah filem, Ridley Scott di London pada minggu ini.


LONDON - Tidak ramai mampu melakukannya tetapi aktres Hollywood Angelina Jolie menyebabkan laluan trafik terhenti dengan cuma berjalan keluar dari sebuah pejabat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Kekalutan berlaku apabila orang ramai membanjiri sebatang jalan kerana tidak mahu terlepas peluang merakam gambar heroin filem Tomb Raider itu, sekali gus menyebabkan lalu lintas terhenti.
Jolie, 36, pula cuma tersenyum melihat situasi yang berlaku ketika dia berjalan keluar dari pejabat pengarah filem Gladiator, Ridley Scott di sini minggu ini.
Kunjungannya turut mencetuskan spekulasi bahawa teman hidup aktor Brad Pitt itu telah ditawarkan untuk membintangi filem terbaharu Scott.
"Patutlah ramai orang keluar untuk melihat Jolie. Dia kelihatan sungguh cantik dan menawan," kata seorang penduduk setempat. - Agensi

Saturday, September 3, 2011

Jolie belanja RM6,253 dalam tempoh 15 minit


ANGELINA JOLIE membeli pakaian untuk Shiloh (dua dari kanan) dan Zahara (kanan) di King’s Road, London baru-baru ini.

LONDON – Pelakon terkenal, Angelina Jolie menghabiskan wang sebanyak £1,300 (RM6,253) dalam tempoh 15 minit di kedai French Connection, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia membeli-belah bersama dengan anak-anaknya iaitu Shiloh, 5, dan Zahara, 6, di kedai tersebut yang terletak di King’s Road di sini.
Pelakon itu membeli-belah ketika kekasihnya, Brad Pitt menjalani penggambaran filem terbaharunya dekat London.
Dia membeli pelbagai pakaian untuk kedua-dua anaknya itu baru-baru ini.
“Jolie benar-benar seorang yang mesra,” kata seorang pelanggan yang melihat gelagat aktres tersebut.
Menurutnya, pelakon itu menandatangani autograf untuk beberapa wanita di kedai tersebut.
“Dia bertegas tidak membenarkan kakitangannya untuk membantunya membawa beg beli-belah ke keretanya,” tambahnya.
Pelanggan itu menyatakan, dia gembira untuk bercakap dengan orang ramai dan menandatangani autograf.
“Saya berada di kedai tersebut dan tidak percaya apabila saya melihat dia membelanjakan £1,300 dalam tempoh yang singkat,” katanya. – Agensi, KOSMO

Sunday, December 5, 2010

Jolie pertahan filem sentuhan pertama




2010/12/05

Angelina Jolie
Angelina Jolie
LOS ANGELES: Bintang Hollywood Angelina Jolie menjawab kritikan terhadap filem arahan pertamanya, menyatakan ramai memuji jalan cerita filem itu yang berkisar kisah percintaan di antara seorang lelaki Serbia dan wanita Bosnia ketika memuncaknya perang Balkan pada 1992-95. 

Bercakap di Paris sebelum tayangan perdana filem komedi romantik The Tourist, minggu depan, yang dibintanginya bersama Johnny Depp, Jolie berkata beliau tidak berniat mencetuskan kontroversi dengan mengarahkan filem berlatarkan perang Bosnia.Mangsa keganasan seksual Bosnia ketika 1990-an menulis kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pemenang Oscar itu tidak layak menjadi duta muhibah badan dunia berkenaan berikutan tidak mempunyai pengetahuan mengenai konflik etnik Bosnia.
“Hanya seorang individu yang tidak puas hati, filem itu mendapat sokongan padu penduduk, pelakon, Perdana Menteri dan Presiden,” katanya sambil menambah 95 peratus pelakon filem itu pernah melalui zaman perang. 

Pasukan produksi filem berkenaan terpaksa membatalkan beberapa adegan penggambaran di Bosnia dan dilakukan di Budapest selepas seorang menteri Bosnia membatalkan permit penggambaran Oktober lalu, berikutan kertas kerja filem terbabit didakwa tidak lengkap. 

Tindakan itu dibuat selepas menteri berkenaan bertemu dengan beberapa wanita yang menjadi mangsa perang Bosnia yang membantah skrip filem terbabit. – Agensi 

Wednesday, August 18, 2010

Jolie rancang lawat mangsa banjir Pakistan

GAMBAR menunjukkan kawasan banjir di Jacobad, Pakistan semalam.

ISLAMABAD - Aktres terkenal Amerika Syarikat (AS), Angelina Jolie kelmarin merayu masyarakat antarabangsa membantu 20 juta mangsa banjir di Pakistan yang kini berdepan dengan risiko malapetaka dahsyat dalam sejarah negara itu.
"Rakyat Pakistan berdepan dengan kematian secara besar-besaran dan situasi menjadi bertambah buruk," katanya yang turut merancang untuk melakukan lawatan ke negara itu jika tiada penggambaran filem dalam masa terdekat. Dia yang pernah melawat mangsa bencana di Haiti, Iraq dan beberapa negara lain sebagai Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan demikian pada acara tayangan perdana filemnya, Salt di London kelmarin. Sementara itu, PBB semalam berkata, jutaan mangsa banjir di Pakistan masih belum menerima sebarang bantuan sejak bencana terburuk itu melanda tiga minggu lalu yang sehingga kini merekodkan kematian kira-kira 1,500 orang. Badan dunia tersebut dalam satu kenyataan berkata, kira-kira satu perlima daripada keluasan negara Asia selatan itu terjejas akibat banjir dengan wilayah barat laut serta Punjab termasuk Sindh menerima kesan paling teruk.
Beberapa agensi antarabangsa dan tempatan kini bertungkus-lumus menghantar bantuan bekalan makanan, air bersih, khemah perlindungan sementara dan perubatan.
Dianggarkan 700,000 hektar kawasan pertanian gandum, tebu dan padi musnah yang bakal menyebabkan bekalan makanan terputus serta harga barangan naik mendadak.
Kejayaan Arab Saudi turut melancarkan kempen bagi membantu Pakistan dengan pemerintah negara tersebut, Raja Abdullah menderma 20 juta riyal (RM16.8 juta) manakala Putera Mahkota, Sultan bin Abdul Aziz pula menyumbangkan 10 juta riyal (RM8.4 juta). - Agensi