Pages

Showing posts with label bapa. Show all posts
Showing posts with label bapa. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Saintis bapa 600 bayi

LONDON: Perintis saintis Britain mungkin menjadi bapa kepada 600 bayi dilahirkan di klinik kesuburan di bandar raya ini yang dibuka bersama isterinya pada 1940-an. Bertold Wiesner dipercayai seorang daripada penyumbang utama Klinik Barton yang membantu wanita melahirkan kira-kira 1,500 bayi antara awal 1940-an dan pertengahan 1960-an.
Dakwaan mengejutkan itu dibuat dua lelaki yang dilahirkan di klinik berkenaan yang mendapati Wiesner adalah bapa kandung mereka. Penerbit filem dokumentari dari Kanada, Barry Stevens dan peguam berpangkalan di London, David Gollancz menjejaki 18 lagi orang yang dilahirkan di klinik itu dan mendapati 12 daripadanya atau dua pertiga yang menjalani ujian berbapakan Wiesner. - DM

Sunday, June 19, 2011

Koleksi gambar bapa yang lucu


TIDAK pernah berubah. Aksi seorang bapa yang bergambar dengan anak lelakinya ini turut dipaparkan di laman web AwkwardFamilyPhotos.com.


Satu laman web yang memaparkan gambar-gambar lucu dan memalukan golongan bapa, AwkwardFamilyPhotos.com. mendapat sambutan hangat daripada pengguna Internet di seluruh dunia.
Pengasas laman web tersebut, Mike Bender dan Doug Chernack dilaporkan menerima puluhan ribu keping gambar daripada orang ramai sejak ia beroperasi dua tahun lalu.
Koleksi terbaru yang disiarkan sempena Hari Bapa adalah antara gambar paling lucu, sekali gus membuatkan anda tertanya-tanya apakah yang ada di fikiran bapa-bapa itu ketika aksi mereka dirakamkan.
Salah satunya memperlihatkan seorang anak perempuan rasa malu melihat aksi bapanya yang pelik. Gambar lain pula menyaksikan seorang bapa memegang senapang di tengah-tengah sekumpulan pengapit wanita.
Menurut Bender, idea untuk menghasilkan laman web itu timbul selepas ibunya menggantung sekeping gambar yang menunjukkan dia, abang dan bapanya membuat aksi bermain ski sempena hari jadi bapanya yang ke-50.
"Gambar itu membuatkan saya terfikir bahawa semua orang mesti mempunyai gambar-gambar kelakar melibatkan ahli keluarga masing-masing," kata Bender.
Kosmo! Online - Dunia