Pages

Showing posts with label terbalik. Show all posts
Showing posts with label terbalik. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Hidup dalam dunia ‘terbalik’

Foto
Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.


Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.


Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.


Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.


Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.


BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun

Sunday, December 25, 2011

Ais krim bertaburan di atas lebuh raya


SEBUAH treler membawa 18,000 kilogram ais krim terbalik di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin.
KANAN: Seorang pegawai Kementerian Kesihatan memeriksa keadaan karton-karton ais krim yang bertaburan di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin.


INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Polis menyatakan sejumlah 18,000 kilogram ais krim daripada sebuah treler bertaburan di negeri Indiana dengan menyebabkan dua laluan sebuah lebuh raya rentas negeri di sini terpaksa ditutup kelmarin.
Media tempatan melaporkan tumpahan tersebut berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu AS) dan mengambil masa selama enam jam untuk dibersihkan.
Polis memberitahu, trak terbabit cuba memasuki lebuh raya berkenaan apabila ia tiba-tiba senget dan terbalik sekali gus menumpahkan berkarton-karton ais krim vanila dan beberapa perisa lain di atas jalan.
Menurut polis, pemandu trak itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Monday, September 19, 2011

Kapal ditahan selepas pasang Jalur Gemilang terbalik




ANGGOTA peronda APMM menahan kapal MT Yong An selepas curiga melihat bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik.


JOHOR BAHRU - Sebuah kapal dagang asing yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik ditahan sebelum didapati melakukan kesalahan lain iaitu melepaskan sauh tanpa kebenaran ditahan di perairan Tanjung Piai, Pontian dekat sini kelmarin.
Kedudukan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di atas kapal MV Yong An dari Korea Utara itu menarik perhatian pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan untuk menyiasat.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zukifili Abu Bakar berkata, curiga dengan apa yang berlaku, anggota APMM yang membuat rondaan rutin di perairan berkenaan terus menaiki kapal tersebut kira-kira pukul 1 petang kelmarin.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut gagal memaklumkan ketibaan mereka dalam perairan Malaysia dan dengan sengaja menaikkan bendera Malaysia secara terbalik.

Thursday, May 12, 2011

Remaja miliki kaki kanan terbalik



KINI Dugan Smith yang berusia 13 tahun selesa menggunakan kaki kanannya yang terbalik.


FOSTORIA, Ohio - Seorang budak berusia 13 tahun, Dugan Smith memiliki kaki kanan yang terbalik, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Dia menjalani satu pembedahan semasa berumur 10 tahun untuk menyambung kakinya dalam keadaan terbalik di sebuah hospital.
Doktor-doktor membuat keputusan untuk memotong kakinya dari atas lutut dan menyambung dalam keadaan terbalik.
Tujuan kaki itu disambung dalam keadaan terbalik adalah bagi mengelak dia kehilangan terus kakinya akibat penyakit kanser.
Walaupun dalam keadaan terbalik, Smith kini masih boleh bermain besbol. - Agensi, kosmo

Wednesday, March 9, 2011

Burung helang terbang terbalik

Kosmo! Online



Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik di Prince Rupert Kanada.


PRINCE RUPERT, Kanada - Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.
Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.
"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.
Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu. - Agensi