Pages

Friday, March 7, 2014

Wanita pendiam bilionair termuda


Hong Kong: Wanita berusia 24 tahun menjadi buah mulut orang apabila dinamakan bilionair termuda dunia, menggantikan pengasas Facebook.

Perenna Kei, graduan Universiti London yang tinggal di Hong Kong dinamakan Forbes sebagai hartawan termuda dunia bernilai $1.3 bilion (RM4.2 bilion) dalam senarai orang terkaya tahunannya.


Pengumuman itu mengejutkan berikutan Perenna dikenali sebagai wanita yang lebih suka menyendiri dan berahsia.

Perenna meraih kekayaan selepas penyenaraian syarikat milik bapanya, taikun China Ji Haipeng.


“Kemunculan Perenna dalam senarai tahun ini berikutan penyenaraian Logan Property Holdings di Hong Kong, Disember lalu,” kata Forbes.


Menurutnya, wanita itu yang juga dikenali sebagai Ji Peili mempunyai kepentingan 85 peratus dalam firma hartanah itu melalui pelbagai syarikat dan dana amanah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/07

Pengadil bola sepak bertudung



Milan: Kebebasan bertudung di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam semakin dapat dilihat dengan contoh terbaru di Itali.

Buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu, perlawanan diadili pengadil perempuan bertudung.


Chahida Chekkafi remaja Itali berketurunan Maghribi - menjadi pengadil bagi perlawanan pasukan lelaki antara San Luigi dan Karimou Stradevar, baru-baru ini.

Berdasarkan laporan Marocco World News, Chekkafi lahir dan membesar di Itali, namun ibunya pemain bola sepak di Maghribi.


Aksinya mengadili perlawanan bola sepak itu menjadi berita media setempat.


Chahida yang baru berusia 16 tahun mengadili perlawanan bagi liga junior.

Akhbar harian Corriere Della Sera membahas perkara itu malah mengandungi komentar Presiden Persatuan Pengadil Itali Marcello Nicchi yang menggambarkan gadis itu sebagai pemalu namun berbakat dan kuat semangat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/07

Remaja cipta reaktor


Saintis remaja Jamie Edwards, 13, membina reaktor itu bermula dengan bahan paling asas dengan bantuan sekolahnya dalam usaha mengejar masa bagi merampas gelaran ‘fusioneer’ termuda dunia dicipta remaja Amerika, Taylor Wilson pada 2008 ketika berusia 14 tahun. 
Jamie yang menyambut ulang tahun ke-14 Ahad ini mula membina reaktor berkenaan Oktober lalu di sebuah makmal sains yang tidak digunakan di Akademi Priory dan melengkapkan tugasnya pagi tadi apabila membuatkan dua atom hidrogen bergabung bagi membentuk helium iaitu peleburan nuklear.

Pakar muda itu berkata: “Memang pencapaian ini menakjubkan, saya sendiri tidak percaya mampu melakukannya.
Foto
EDWARDS menunjukkan hasil ciptaannya.

“Ramai kawan menganggap saya gila,” katanya berseloroh.

Edwards meminati bidang sains sejak kecil lagi malah dulu amat gemar membuat kerja rumah sains abangnya, Danny. 

“Pada satu hari saya membaca mengenai radiasi di Internet dan ternampak artikel mengenai Taylor Wilson dan reaktor dibinanya. 

“Saya menganggapnya menakjubkan dan terus berminat mencubanya,” katanya. 

Edwards dan rakannya George Barker yang membantu dari sudut pentadbiran mula mencipta reaktor peleburan neuklear itu dengan menghubungi pakar fizik lain. 

Edwards mengakui menghadapi kesukaran mengumpul dana untuk projek itu. 

“Saya pergi ke pelbagai makmal dan universiti nuklear namun mereka tidak memandang serius terhadap saya,” katanya. 

Dia kemudian menemui pengetua sekolahnya Jim Hourigan Oktober lalu. 

“Saya terpaksa membuat pembentangan dan meyakinkannya mengenai keselamatan, manfaat reaktor itu dan segala pro serta kontra yang mungkin berlaku akibatnya. 

“Saya memerlukan £2,000 (RM10,900) dan dia bersetuju menyediakan wang itu selain memasukkan £1,000 (RM5,454) dalam dana berasingan bagi membolehkan saya dan orang lain meneruskan usaha dimulakan saya kerana saya ingin melihatnya menjadi lebih cekap tenaga,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/07

Kereta paling laju di dunia

Incredibly, the car should be able to go from 0-250mph (400kph) in just 20 secondsIt is powered by a 5-litre V8 engine which develops an enormous 1,322bhp - more than ten times as much as Ford FiestaInside the One: 1: The new believed to be the fastest in the world costs about ยฃ1.67 millionThe Koenigsegg One:1 is being described as the 'world's first megacar' and is the most powerful production car ever built.Speedy: Swedish manufacturers unveiled the One:1 at the Geneva Motor Show and it is considered to be the fastest car in the worldWorld first: Koenigsegg gave the One:1 its global debut at this week's Geneva Motor Show
Stockholm: Pengeluar kenderaan Sweden melangkaui tahap kelajuan kenderaan dengan memperkenalkan kereta terpantas di dunia yang mampu mencapai kelajuan 442 kilometer sejam (km/j).

Kereta Koenigsegg One:1 dianggap ‘kereta mega pertama dunia dan kenderaan paling berkuasa yang pernah dibina’ dan harganya kira-kira dengan kos £1.67 juta (RM9.1 juta) Dipacu dengan dengan enjin V8 lima liter dengan 1,322 kuasa kuda, ia 10 kali ganda lebih berkuasa dari Ford Fiesta.


Kereta berkenaan dilaporkan mampu mencapai kelajuan maksimum 442 km/j - lebih 6 km/j berbanding Hennessey Venom GT dan 9 km/j mengatasi Bugatti Veyron Super Sport.



Lebih menarik ia boleh mencapai kelajuan dari 0-400 km/j dalam masa 20 saat.


Kenderaan ini dilihat mampu memecahkan rekod apabila ia boleh menurunkan kelajuan dari kelajuan maksimum dalam masa 10 saat. Koenigsegg One:1 diperkenalkan menerusi Pameran Motor Geneva. Bagaimanapun, bagi mereka yang berminat untuk memilikinya, ia mungkin sudah terlambat kerana semua lima unit model kereta berkenaan sudah dijual.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/07

Jual janggut RM2.9j


Scott Maggs atau lebih dikenali sebagai Jimmy Niggles, mula menyimpan janggut ‘luar biasanya’ selepas rakan karibnya, Wes Bonny meninggal dunia akibat melanoma (sejenis kanser kulit) di lehernya yang merebak ke otak ketika baru berusia 26 tahun.

“Kami selalu melakukan aktiviti bersama, pergi ke pantai, bermain bola sepak dan tenis bersama.
“Apabila dia mengetahui dia menghidap melanoma di lehernya, dia mencukur janggutnya dan menyangka dia akan merasa lebih baik untuk seketika. Semuanya berlaku begitu pantas,” kata Jimmy.

Walaupun kisah mengenai Wes digunakan dalam iklan kempen kesedaran kanser kulit di televisyen Australia, Jimmy mahu melakukan sesuatu yang lebih lagi untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan.

“Selepas Wes meninggal dunia, saya mengambil keputusan melakukan sesuatu bagi menyampaikan mesej mengenai kanser kulit yang boleh menyerang sesiapapun. “Sebelum ini, tidak ada sesiapa yang menyimpan janggut. Saya dan beberapa rakan membuat keputusan melakukannya dan apabila ada yang bertanya mengenainya, kami akan menceritakan kisah Wes,” kata Jimmy.
Foto
JIMMY (kiri) bersama seorang rakannya.
Inisiatif “This Is Beard”, mendorong Jimmy berkempen, termasuk di kawasan pantai, mengajak mereka berjanji melakukan pemeriksaan kulit sebelum bergambar bersama mereka.

Di samping itu, orang ramai di seluruh dunia menghantar gambar mereka menyimpan janggut dalam usaha menyokong kempen berkenaan.
Jimmy menyifatkan janggut sebagai ‘aset paling berharga buat lelaki.’ “Bukan sahaja sebagai lambang maskulin dan karya seni yang berada pada kelasnya yang tersendiri, janggut ini sudah dan akan terus menyelamatkan banyak nyawa,” kata Jimmy ketika dalam satu temu bual. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/07

Kereta tanpa pemandu

SEORANG model duduk di dalam kereta elektrik tanpa pemandu, Rinspeed Xchange yang bakal dipamerkan pada Pameran Automobil Geneva di Geneva minggu ini.


GENEVA - Sebuah firma Switzerland, Rinspeed memperkenalkan kereta konsep tanpa pemandu, Xchange sebagai kenderaan pada masa hadapan.
Tampil di Pameran Automobil Geneva di sini minggu ini, kenderaan canggih itu diubah suai daripada kereta elektrik Tesla Model S.
Tempat duduk Xchange boleh diubah kepada lebih 20 kedudukan dengan para penumpang boleh duduk secara berdepan.
Ia dilengkapi pelbagai ciri mewah seperti skrin besar 81 sentimeter dan sistem hiburan serta mesin pembancuh kopi.
"Apabila kereta saya boleh memandu sendiri, saya mahu melakukan perkara lain seperti makan, tidur, bekerja atau apa sahaja yang anda dapat bayangkan," kata pengasas Rin speed, Frank Rinderknecht.
Menurutnya, teknologi tersebut akan berada dalam pasaran sedikit masa lagi.- AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2vEAgGKNt 
Hakcipta terpelihara 

Dibuang keluarga kerana penyakit

SAROTIN yang hidup sendirian selepas dibuang ahli keluarganya terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan hidup.


BANDUNG, Jawa Barat - Seorang wanita Indonesia berusia 46 tahun di sini menderita selepas hampir keseluruhan tubuh badan termasuk mukanya dipenuhi ketumbuhan seperti bintil.
Lebih memilukan, wanita yang dikenali sebagai Sarotin itu telah dibuang oleh ahli keluarganya sendiri yang malu dengan keadaan anak mereka.
Sarotin mula menghidap penyakit kulit itu sejak tiga tahun lalu dan terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya.
Wanita itu pernah menjalani pembedahan yang dibiayai oleh kerajaan tempatan bagi membuang ketumbuhan seberat 70.5 kilogram itu, tetapi tumor tersebut tumbuh semula.
Separuh dari mukanya turut terjejas apabila terdapat satu ketumbuhan besar yang tumbuh sehingga menutup sebahagian penglihatannya.
Wanita malang itu mendakwa, dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatannya dan sangat berharap untuk sembuh serta menjadi seperti wanita-wanita cantik yang lain. -Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2vEAW698o 
Hakcipta terpelihara 

Asteroid lintas bumi lebih dekat dari bulan

GAMBARAN artis menunjukkan sebuah asteroid sebesar padang bola sepak melintasi orbit bumi kelmarin.


WASHINGTON - Sebuah asteroid sebesar padang bola sepak melintasi bumi kelmarin pada jarak yang lebih dekat dari bulan.
Bagaimanapun, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berkata, objek berkenaan tidak mengenai bumi atau menyebabkan sebarang kesan.
Katanya, kejadian itu dianggap jarang berlaku untuk sebuah objek angkasa yang melintasi bumi lebih hampir berbanding bulan.
"Sebuah asteroid yang dikenalpasti melintasi bumi pada Rabu lalu pada jarak yang lebih dekat berbanding bulan,'' kata NASA dalam laman webnya.
Asteroid tersebut melintasi bumi pada jarak kira-kira 350,000 kilometer lebih dekat berbanding bulan yang berada pada jarak kira-kira 385,000 kilometer.
NASA menemui objek berkenaan melalui usaha mengesan asteroid yang dikenali sebagai Program Pemerhatian Objek Berhampiran Bumi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2vEALG1E5 
Hakcipta terpelihara 

Ferrero Rocher terbesar jadi tarikan restoran


Seorang pemilik restoran makan segera di Britain menghasilkan bebola coklat bersaiz gergasi yang terbesar di dunia sebagai daya penarik di restorannya di Mister Eater Eating Emporium di Preston, Lancashire. - AGENSI
PRESTON, Britain 6 Mac. - Seorang pemilik restoran makanan ringan yang obses dengan coklat telah mencipta Ferrero Rocher goreng terbesar di dunia di restoran Mister Eaters Eating Emporium di Preston, Lancashire.
Portal berita Metro. co kelmarin melaporkan pemilik restoran terse¬but, John Clarkson, 54, mendapat inspirasi un¬tuk menghasilkan juadah gergasi seberat lima kilo¬gram itu selepas menu yang sama bersaiz biasa di kedainya itu mendapat sambutan hangat daripa¬da pelanggan.
Juadah popular yang diperbuat daripada coklat itu, 10 kali ganda lebih besar daripada Fer¬rero Rocher bersaiz biasa.
"Kami memperolehi satu resepi rahsia Fer¬rero Rocher dari Amerika Syarikat (AS) yang mem¬bolehkan kami meng-hasilkan juadah coklat popular itu dalam kuan¬titi yang banyak dan sekali gus menjadikan Ferrero Rocher bersaiz gergasi ini.
"Menghasilkan bebola coklat ini tidak susah, tetapi langkah seterusnya yang berkaitan lebih mencabar," kata isterinya, Corinne Clarkson kepada akhbar Lancashire Evening Post.
Menurutnya, periuk penggoreng perlu diisi dengan minyak yang banyak untuk membolehkan bebola coklat yang diadun semula itu ter¬endam dalam minyak dan dia juga terpaksa menggunakan peralatan yang besar pada setiap peringkat pembuatan bebola coklat bersalut tersebut.
Katanya, Ferrero Rocher gergasi itu kini dipamerkan di restorannya dan ia ternyata berjaya menarik mi¬nat ramai orang untuk ke premis perniagaannya itu.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Clarkson telah mengusahakan restoran itu sejak 25 tahun lalu.
Ia mula mengemukakan idea-idea pelik sebagai daya penarik se¬lepas kedainya dikunjungi oleh chef selebriti Heston Blumenthal pada 2012 sebagai sebahagian daripada program bersiri rancangan masa¬kannya, Fantastical Food.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140307/lu_06/Ferrero-Rocher-terbesar-jadi-tarikan-restoran#ixzz2vE5Gv5h5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gadis dapat ‘kaki baru’


BEIJING 6 Mac - Seorang wanita China yang menghidap jangkitan tulang sejak kecil berjaya memiliki semula bentuk kaki asalnya selepas menjalani pembedahan memasukkan lutut dan sendi pinggul tiruan di kaki kirinya, yang dijalankan selama setahun.
Xu Juan, 21, yang menghidap penyakit itu sejak kecil mengakibatkan perkembangan kaki kirinya terbantut sehingga 23 sentimeter (cm) berbanding kaki kanannya.
Masalah yang dialami Juan itu bertambah buruk dengan faktor kekurangan kemudahan perubatan di kampungnya ketika itu hingga mengakibatkan tulang paha kakinya ‘dimakan’ bakteria.
Keadaan itu mengakibatkan kaki kiri Juan menjadi pendek berbanding kaki kanannya, sekali gus memaksa gadis berkenaan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.
Sejak itu, ibu bapa gadis itu telah berusaha menyimpan berdikit-dikit bagi membiayai kos pembedahan kaki anaknya itu.
Sementara itu, doktor yang merawatnya, Dr. Hu Yihe berkata, keadaan kaki gadis itu agak rumit kerana dia bukan sahaja mempunyai satu kaki yang pendek, malah pinggul dan lutut Juan tidak membesar dan ia perlu diganti.
"Oleh itu, kami menjalankan dua fasa rawatan iaitu fasa pertama bagi memanjangkan kaki kirinya dan menjadikan kedua-dua kakinya sama panjang.
"Fasa kedua melibatkan pembedahan untuk menggantikan sendi lutut kiri dan sendi pinggul kirinya,’’ kata Yihe, sebagaimana lapor Daily Mail.
Rawatan Juan akhirnya tamat pada penghujung bulan lalu dan menurut Dr. Hu, Juan dipercayai dapat berjalan secara normal tidak lama lagi selepas dia menjalani proses pemulihan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140307/lu_05/Gadis-dapat-kaki-baru#ixzz2vE4yLWX7
© Utusan Melayu (M) Bhd