Pages

Showing posts with label jari. Show all posts
Showing posts with label jari. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Misteri Hujung Jari


Allah sangat Maha Agung, dan Maha Bijaksana..tahukan anda terdapat misteri yang belum terungakai mengenai hujung jari. Setiap manusia mempunyai jenis hujung jari yang berbeza-beza diantara satu sama lain. Ia akan membezakan setiap individu itu sendiri dari segi warna, bentuk dan lain-lain lagi. Contonya,dalam kes menyiasatan polis apabila berlaku sesuatu kes, polis pasti akan cuba mengesan cap jari untuk mengenalpasti identiti mangsa atau suspek.Kini pelbagai teknologi digunakan dalam sistem kehadiran para pekerja melalui(thumbprint) dalam komputer atau mesin.Ia adalah bertujuan untuk memastikan ciri-ciri keselamatan terdapat pada sesuatu objek. Disini akan dijelaskan dengan lebih terperinci maksud misteri hujung jari.

Ady ibn Rabi'ah adalah seorang kafir Quraisy yang pernah meminta Rasulullah SAW untuk menjelaskan tentang Hari Kiamat. Dengan senang hati, beliau pun memenuhi permintaan Rabi'ah tersebut. Namun, setelah Rasul selesai bicara,'Ady Ibn Abi Rabi'ah malah berkata dengan nada yang menghina,'Seandainya aku menyaksikan hari itu, nescaya aku tidak percaya. Apakah mungkin Allah akan menghimpunkan kembali tulang-tulang orang yang sudah mati?".

Penyangkalan Rabi'ah ini dijawab langsung oleh Allah SWT;'Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.'(QS Al Qiyamah [75]:3-4). Jawapan ini sangat menggeletik hati. Mengapa Allah SWT menyebut jari-jemari sebagai contoh kekuasaan-Nya? Mengapa Dia tidak menyebut anggota tubuh lain? Wallaahua'alam. Hanya Allah saja Yang Maha Tahu. Yang pasti ada hikmah di sebalik penyebutan jari-jemari tangan ini.

Alhamdulillah, ilmu pengetahuan sedikit demi sedikit mampu membuka rahsia yang tersirat dalam ayat tersebut. Ternyata jari-jemari manusia termasuk anggota badan yang paling sukar dibina. Susunannya teramat unik dan kompleks. Kerana itu, tidak hairan jika Allah SWT menyebut jari-jemari sebagai misalan. Dia ingin menegaskan kepada orang kafir, bahawa tidak hanya menghidupkan kembali orang yang sudah mati, membina bahagian tubuh yang paling sulit pun sangat mudah bagi-Nya.Tidak ada yang tidak mungkin bagi Zat Yang Maha Kuasa.

Jari-jemari manusia pun, Allah hiasai hujung-hujungnya dengan kuku-kuku yang indah dan lembut. Tentunya, kuku bukanlah sekadar hiasan yang tidak memiliki kegunaan. Permukaan kasar pada hujung jari dan kuku membantu kita memungut benda kecil. Kuku memiliki peranan yang sangat penting dalam mengatur tekanan yang lemah yang dikerahkan jari pada benda yang dipegangnya. Sebagai contoh, bolehkah kita memungut jarum di lantai jika tangan jari-jemari kita tidak berkuku.

Hal menarik lainnya, selain memiliki susunan tulang yang sangat kompleks serta kuku-kuku yang indah, jari-jari tangan pun memiliki kulit yang berbeza dengan kulit-kulit tubuh yang lainnya. Kita menyebutnya sebagai 'cap jari'. Penekanan pada cap jari mempunyai erti khusus. Cap jari manusia sangat unik, kerana setiap orang memiliki perbezaan. Tidak ada cap jari yang sama. Itulah sebabnya cap jari dijadikan sebagai bukti identiti yang sangat peribadi, termasuk menentukan pelaku jenayah, identifikasi orang hilang, serta menjejak manusia.
 

Tuesday, April 26, 2011

Misteri 10 jari dikerat 'cantik'


SEBAHAGIAN daripada 10 jari Mispara yang ditemui semalam.



GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.
Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.
Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.
Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.
"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam.-kosmo