Pages

Saturday, March 8, 2014

Sanggup tiduri suami rakan


Lagos: Seorang wanita bertindak keterlaluan apabila tidur dengan suami kawan baiknya kononnya untuk membuka mata wanita itu terhadap perangai sebenar lelaki terbabit.

Wanita berusia 42 tahun itu membuat keputusan itu selepas gagal meyakinkan sahabatnya suaminya kerap mempunyai hubungan dengan wanita lain.


Hasilnya, wanita itu kini mengandung anak lelaki terbabit namun tidak berhasrat menggugurkan kandungannya kerana menganggap menganggap sudah tiba masanya dia menjadi ibu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Ciuman selamat tinggal


Setakat ini tiada laporan mengenai keadaan lelaki berkenaan. Gambar kejadian itu dirakam rakan mangsa yang kemudian dimuat naik di Internet sebagai peringatan kepada pencinta haiwan peliharaan supaya mengutamakan keselamatan.

Ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman Weibo yang menyifatkan kejadian itu, sebagai ‘ciuman selamat tinggal’ daripada haiwan peliharaan berkenaan kepada tuannya.
Menurut laporan, kura-kura itu dari baka yang berbahaya dan berasal dari Amerika Utara.

Reptilia itu ditemui di Tasik Weishan yang terletak di selatan wilayah Anhui dan ia yang pertama seumpamanya ditemui di situ.

Kura-kura itu dianggap berbahaya kepada ekosistem China dan orang ramai diberi amaran supaya tidak melepaskannya secara sembarangan. - Agensi
Foto
GAMBAR dirakam rakan mangsa yang dimuat naik ke Internet.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/08

Gam dan pita pelekat selamat telur burung terancam

ANAK kakapo mula keluar daripada telur yang sebelum ini retak.


PULAU CODFISH, New Zealand - Tindakan pihak pemuliharaan menggunakan gam dan pita pelekat untuk menyambung kembali cengkerang telur burung spesies kakak tua jenis kakapo yang retak dapat menyelamatkannya apabila anak burung tersebut berjaya menetas, lapor Metro.co kelmarin.
Anak burung yang diberi nama Lisa One itu menetas di pusat pemulihan kakapo di pulau ini baru-baru ini.Ia
merupakan anak burung kakapo yang pertama menetas di dunia dalam tempoh tiga tahun.
Telur berkenaan yang sedikit pecah ditemui oleh renjer, Jo Ledington di dalam sarang burung berkenaan di sini.
Dia yang tidak berputus asa menggunakan gam dan pita pelekat untuk mencamtum kembali cengkerang telur itu berikutan selaput membrannya masih sempurna.
Kakapo merupakan burung yang berasal dari New Zealand dan telah diwartakan sebagai spesies terancam sejak tahun 1950-an. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2vJy2RQbx 
Hakcipta terpelihara 

Nakhoda berdiri atas busur Queen Mary II



IMEJ menunjukkan Kapten Kevin Oprey berdiri di atas busur kapal persiaran Queen Mary II.


BALI - Seorang jurugambar mengambil masa sebulan untuk merancang merakam gambar nakhoda kapal persiaran terbesar di dunia, Queen Mary II berdiri di atas busur kapal berkenaan lapor akhbar MailOnline semalam.
Gambar luar biasa itu dirakam sempena ulang tahun ke-10 kapal tersebut pada Mei depan.
Jurugambar berkenaan, James Morgan berkata, beberapa faktor keselamatan termasuk kestabilan, penyeragaman kapal tersebut dan arus air telah diambil untuk merakam gambar nakhoda berkenaan, Kapten Kevin Oprey.
Morgan yang telah mengambil gambar kapal milik Cunard Line itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia mahu merakam gambar yang menunjukkan kecantikan kapal tersebut sempena ulang kesepuluhnya.
"Pada saya, garisan, bentuk dan lengkungan kapal itu membuatkan ia kelihatan kapal laut yang paling hebat di dunia," katanya.
Queen Mary II yang seberat 151, 200 tan boleh memuatkan 2,620 penumpang dan 1,253 anak kapal.
Dia merakam gambar itu dari sebuah bot yang berlabuh di hadapan kapal berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2vJxTE9f3 
Hakcipta terpelihara 

Catat rekod terpantas menaip guna hidung


Aksi Mohammed Khurshid Hussain menaip menggunakan hidung untuk mencatat rekod terpantas disaksikan oleh penyokong dan peminatnya. - AGENSI
ISLAMABAD 7 Mac - Jurutaip terpantas dunia, Mohammed Khurshid Hussain mencatat rekod baharu apabila menaip dengan pantas hanya menggunakan hidungnya.
Lelaki berusia 23 tahun dari Pakistan itu, menaip 103 huruf dalam tempoh 47 saat menggunakan hidung selepas dia menjalani latihan selama enam jam sehari bagi memahirkan diri dengan teknik tersebut.
Rekod itu mengatasi catatan sebelum ini iaitu seminit 33 saat yang dicatatkan di Dubai pada 2008 oleh seorang jurutaip India yang menggunakan teknik sama untuk menaip ayat yang serupa.
Semasa mencatat rekod berkenaan, Khurshid mengikat tangannya ke belakang dan dikelilingi penonton serta penyokongnya yang memegang jam randik untuk mencatatkan masa.
Khurshid sebelum ini memegang rekod dunia Guinness atas kejayaannya menaip semua huruf tersebut di papan kekunci menggunakan jarinya dalam masa 3.43 saat pada Februari 2012 di Hyderabad, Pakistan.
Menurut Khursid, latihan selama berbulan-bulan sebelum melakukan cabaran berkenaan berbaloi apabila dia mencatat masa kurang daripada 53 saat, terbaik yang dicatatnya sebanyak dua kali semasa latihan.
"Jika anda mahu mencatat rekod dunia, setiap milisaat akan dikira dan saya menutup sebelah mata ketika menaip, menyebabkan saya sukar untuk melihat papan kekunci," katanya kepada International Business Times.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_11/Catat-rekod-terpantas-menaip-guna-hidung#ixzz2vJjZtg7g
© Utusan Melayu (M) Bhd