Pages

Saturday, December 13, 2014

Cacing sepanjang satu meter ditemui dalam kaki lelaki



Ujian X-ray menunjukkan terdapat dua ekor cacing guinea di bahagian kaki.


MELBOURNE – Seorang warga Sudan di sini terkejut selepas mengetahui terdapat dua ekor cacing guinea sepanjang satu meter di dalam kakinya sejak empat tahun yang lalu, lapor MailOnline semalam.
Lelaki berusia 38 tahun yang enggan dikenali itu hanya menyedari kejadian berkenaan selepas kakinya mula membengkak dengan teruk kira-kira setahun yang lalu.
Selepas menjalani ujian X-ray, doktor mendapati terdapat dua ekor cacing guinea yang telah mati di sekitar pergelangan kakinya.
Doktor itu, Dr. Jonathan Darby berkata, kedua-dua cacing yang telah mati itu mula mereput di dalam kaki lelaki berkenaan sehingga menyebabkan kakinya bengkak dengan teruk.
“Lazimnya, cacing hidup di dalam usus selepas larvanya memasuki ke dalam badan menerusi minuman yang tercemar. Haiwan itu akan menembusi ke dalam kulit manusia dan kemudian akan keluar melalui kesan lepuh pada kulit.
“Namun, proses itu akan mengambil masa selama bertahun-tahun. Cacing itu boleh hidup atau mati di dalam badan manusia sehingga mendatangkan kesakitan di bahagian jangkitan,” katanya.
Warga Sudan itu kini bagaimanapun semakin sembuh selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan dua ekor cacing itu.
Cacing guinea yang menyebabkan penyakit dracunculiasis ditemui di Selatan Sudan, Ethiopia, Ghana dan Chad. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3LjHjMgmW 
Hakcipta terpelihara 

Vladimir Putin Individu Paling Berpengaruh 2014


13 Disember 2014 1:40 AM
  0  0 Google +0



MOSCOW 12 Dis. – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengungguli senarai Individu Paling Berpengaruh 2014 yang dikeluarkan AFP, tahun yang diselubungi konflik di Eropah dan Asia Barat dan episod-episod kezaliman melampau.
Selain pemimpin Rusia berusia 62 tahun itu, ketua kumpulan militan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi dan sekumpulan pelajar perempuan dari Chibok yang diculik militan Boko Haram juga mengisi senarai itu.
Kecekalan ibu bapa kepada wartawan Amerika Syarikat (AS), James Foley, yang dibunuh oleh IS turut mengisi senarai AFP itu yang dikumpulkan oleh pengarang-pengarang kanan AFP selepas mengadakan rundingan dengan lebih 370 wartawan AFP di seluruh dunia.
Kecekalan Diane dan John Foley itu ditunjukkan menerusi kempen untuk anak lelakinya, yang menjadi tebusan pertama dibunuh oleh militan IS.
Video pembunuhan ngeri tersebut disiarkan di Internet sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Tahun lalu, AFP menerbitkan senarai individu paling berpengaruh diketuai Edward Snowden, bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), yang membocorkan butiran program pemantauan sulit AS.
Presiden Iran, Hassan Rowha­ni dan remaja Pakistan, Malala You­safzai yang juga penerima hadiah Nobel Keamanan tuut menjadi tumpuan dalam senarai AFP itu pada tahun lalu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/vladimir-putin-individu-paling-berpengaruh-2014-1.35790#sthash.BIxqQajG.dpuf

Unsur kimia di Candi Borobudur dikaji

Beberapa kakitangan Pusat Pemuliharaan Borobudur  melakukan kajian
Beberapa kakitangan Pusat Pemuliharaan Borobudur melakukan kajian terhadap unsur kimia di dalam cecair lilin dan jelaga asap yang terdapat di Candi Borobudur. – AGENSI
MAGELANG, Jawa Tengah – Pusat Pemuliharaan Borobudur (BKB) Magelang kini sedang melakukan kajian terhadap unsur kimia di dalam cecair lilin dan jelaga 
asap yang terdapat di Candi Borobudur, bagi mengetahui 
kesannya terhadap struktur 
binaan kawasan ibadat 
penganut Buddha itu.
Ketuanya, Marsis Sutopo berkata, usaha tersebut 
dijalankan bagi memulihara 
kelestarian candi tinggalan 
raja-raja dinasti Syailendra 
yang sudah terbina 
berabad-abad lamanya.
“Ramai orang datang ke 
Candi Borobudur bukan semata-mata mahu melancong, 
tetapi ada juga datang mahu 
mengerjakan ibadat keagamaan.
“Kami mengesan begitu banyak limpahan cecair lilin dan jelaga asap yang digunakan dalam 
upacara keagamaan di Borobudur. Kajian dijalankan bagi mencari kesan buruknya ke atas struktur binaan tempat bersejarah itu,” jelasnya kepada Kompas.com.
Kata Marsis lagi, hasil kajian akan diserahkan kepada pihak 
berwajib supaya tindakan 
sewajarnya dapat diambil.
Selain itu, beliau turut berharap orang ramai yang mahu beribadat di Candi Borobudur supaya tidak melakukan sebarang perkara 
yang boleh menjejaskan 
keaslian reka bentuk dan 
struktur binaannya.
“Kami tidak melarang mereka melakukan upacara keagamaan tetapi mereka harus ingat, 
jangan sesekali menitiskan lilin atau mengeluarkan asap 
berhampiran batu candi,” 
ujarnya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/unsur-kimia-di-candi-borobudur-dikaji-1.35726#sthash.3vQLMfx2.dpuf

Keris dalam batu jadi perhatian penduduk

Objek aneh mirip batu mustika putih berbentuk bujur yang mempunyai
Objek aneh mirip batu mustika putih berbentuk bujur yang mempunyai keris berwarna emas di dalamnya ditemui di Manggarai, Nusa Tenggara Timur.
MANGGARAI, Nusa Tenggara 
Timur - Penduduk Kampung 
Redong, Langke Rembong 
di sini digemparkan dengan 
penemuan sebuah objek aneh mirip batu mustika 
putih berbentuk bujur yang 
mempunyai keris kecil 
berwarna emas di dalamnya.
Hasil tinjauan portral 
VIVAnews, keris itu berukuran 
panjang kira-kira 13 sentimeter dengan berat mencapai 500 gram.
Pemilik objek aneh itu, Mining Jeharum berkata, batu bujur 
itu dijumpai anak keduanya, 
Nino yang berusia lapan tahun 
dan anak saudaranya Soni, 15, 
ketika sedang menggali lubang tandas di belakang rumahnya 
pada 4 Disember lalu.
“Ketika menggali pada 
kedalaman dua meter, penggali yang mereka gunakan 
terkena objek yang mulanya 
disangka batu.
“Namun setelah dikutip dan dibersihkan, benda yang disangka batu itu sebaliknya berwarna 
putih pucat dan di tengahnya 
terdapat keris kecil berwarna emas,’’ kata Mining.
Kata Mining, Soni dan Nino selepas itu cuba memecahkan batu itu bagi mengambil keris di dalamnya, namun tidak berjaya meskipun mereka menggunakan tukul besi.
Menurutnya, dia tidak 
didatangi tanda-tanda aneh 
mahupun bermimpi sebelum 
batu bujur itu ditemukan.
“Kami tidak mahu penemuan ini dikaitkan dengan perkara 
mistik. Suami saya pada mulanya tidak mahu menghebohkan 
penemuan objek itu,’’ katanya 
sambil menambah, dia dan 
suaminya tidak akan menjual 
objek aneh tersebut.
Dalam pada itu, tinjauan VIVAnews mendapati penduduk kampung sudah mula 
mengunjungi kediaman 
Mining bagi melihat objek 
aneh itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/keris-dalam-batu-jadi-perhatian-penduduk-1.35708#sthash.LFIgc242.dpuf

Ritual unik hormati nenek moyang

Ritual Ma’nene menyaksikan   mayat nenek moyang dipakaikan pakaian
Ritual Ma’nene menyaksikan mayat nenek moyang dipakaikan pakaian baharu di Toraja, Sulawesi Selatan.
TORAJA, Sulawesi Selatan - Pelbagai cara dilakukan masyarakat untuk menghormati nenek moyang mereka hingga ada kalanya, kaedah itu dianggap agak unik seperti mana dilakukan penduduk di daerah Toraja Utara di sini.
Setiap tiga tahun sekali, 
penduduk yang menetap di sekitar kawasan pergunungan Sesean akan mengadakan acara 
tradisi Ma’nene atau adat 
menggantikan pakaian jasad nenek moyang mereka yang 
dikebumikan di dalam peti mayat di kawasan perkuburan Patane.
Ritual itu dimulakan dengan berkunjung ke lokasi perkuburan nenek moyang penduduk 
yang dinamakan Patane di 
kampung atau Lembang Paton, mukim Sariale.
Di Patane, mayat moyang penduduk yang telah berusia ratusan tahun masih tersimpan dalam keadaan baik kerana telah diberikan bahan pengawet.
Proses Ma’nene dilakukan oleh pihak keluarga yang membersihkan badan mayat dengan menggunakan kuwas atau alat mengecat sebelum dipakaikan dengan pakaian baharu.
Mayat lelaki akan dipakaikan dengan sut lengkap bertali leher dan berkaca mata hitam.
Sebelum membuka pintu kubur dan membersihkan peti mayat, ketua adat yang dipanggil Ne’ Tomina Lumba, terlebih dahulu akan membacakan doa dalam bahasa Toraja kuno bagi memohon izin nenek moyang supaya masyarakat mendapat rahmat dan keberkatan setiap kali musim menanam hingga mendapat hasil melimpah ruah.
Ritual yang diadakan tiga tahun sekali itu juga bertujuan 
membawa ahli keluarga yang tinggal di perantauan agar pulang menjenguk orang tua mereka demi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.
“Adat Ma’nene ini diadakan setiap tiga tahun sekali berdasarkan kesepakatan mesyuarat Lembang, di samping mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga yang berada jauh di perantauan,’’ kata seorang penduduk, Piter Rayub kepada Tribunnews.com.
Piter berkata, Ma’nene 
diadakan sebelum musim 
menanam bermula atau selepas musim menuai dengan hasil 
yang diperolehi digunakan semasa ritual itu berlangsung.
Proses menukar pakaian 
satu mayat tidak lama iaitu hanya memerlukan masa kira-kira 30 minit.
Selepas menggantikan pakaian mayat nenek moyang mereka, penduduk kampung di Lembang Poton kemudiannya berkumpul 
untuk menyertai acara makan 
beramai-ramai.
Makanan yang dihidangkan adalah hasil sumbangan setiap 
keluarga yang menjayakan 
adat berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ritual-unik-hormati-nenek-moyang-1.35706#sthash.WYllInFr.dpuf

Bayi 6.4 kilogram lahir di Amerika


WASHINGTON 12 Dis. – Seorang ibu di Amerika Syarikat (AS) melahirkan seorang bayi seberat kira-kira 6.4 kilogram pada awal bulan ini, dipercayai antara bayi terberat pernah dilahirkan di negara ini.
Yessica Ortiz Delgado meriba bayi lelakinya, Francisco Leon Ortiz yang dilahirkan dengan berat kira-kira 6.4 kilogram di Hospital Komuniti Grays Harbor di Washington pada 2 Disember lalu. – AGENSI
Bayi lelaki berkenaan yang diberi nama Francisco Leon Ortiz dilahirkan oleh seorang wanita Yessica Ortiz Delgado di Hospital Komuniti Grays Harbor di Aberdeen pada 2 Disember lalu.
Saiznya sangat besar sehingga memaksa bapanya, Francisco Leon Diaz membeli pakaian lain kerana pakaian bayi yang dibelinya tidak muat dipakai oleh bayi itu.
Portal berita Mail Online yang memetik kenyataan Pengarah Hal Ehwal Perhubungan Awam hospital itu, David Quigg melaporkan, ini merupakan kali pertama hospital itu menyambut kelahiran bayi seberat Ortiz.
Menurutnya, dua anak Yessica yang lain sebelum ini lahir dengan berat kira-kira 5.4 kilogram dan doktor menjangkakan berat Ortiz dalam lingkungan 5.8 kilogram.
Yessica dan anaknya dilaporkan berada dalam keadaan sihat, walaupun pada mulanya Ortiz ditempatkan di unit rawatan rapi sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Kebiasaannya bayi yang baru lahir mencapai berat purata 3.4 kilogram.
Mengikut rekod dunia, bayi terbesar yang pernah dilahirkan adalah di Kanada pada 1879 apabila wanita yang dikenali sebagai Anna Bates melahirkan anak lelaki seberat 10.43 kilogram, tetapi bayi berkenaan meninggal dunia 11 jam kemudian.
Pada 2005, seorang wanita melahirkan bayi seberat 7.7 kilogram yang diberi nama Admilton dos Santos.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-6-4-kilogram-lahir-di-amerika-1.35861#sthash.KeEfvesZ.dpuf