Pages

Friday, February 15, 2013

400 cedera akibat lintasan meteor


pix_topright
MOSCOW: Seramai 400 orang cedera apabila meteor yang melintas langit Wilayah Ural, Russia, menyebabkan bebola api jatuh ke kawasan penduduk dan memecahkan cermin bangunan serta menyebabkan penggera kereta berbunyi, pagi tadi (waktu tempatan).

Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi letupan dan gegaran serta melihat cahaya terang di langit ketika kejadian, lapor agensi berita Reuters



Meteor berkenaan dilihat melintasi langit dan meninggalkan kepulan putih yang boleh dilihat sejauh 200 kilometer.

Malah penggunaan telefon bimbit juga dilaporkan terganggu akibat impak meteor berkenaan.

Foto
Seorang wanita membersihkan serpihan kaca. FOTO AP
Foto
Kontrail meteor kelihatan di langit Chelyabinsk. FOTO AP

Pihak berkuasa Chelyabinsk melaporkan penduduk yang cedera kebanyakan akibat terkena serpihan kaca.


Sementara itu, Akademi Sains Russia berkata, meteor itu dianggar seberat 10 tan.

Ia memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan sekurangnya 24,000 kilometer sejam dan hancur kira-kira 30 hingga 50 kilometer di atas permukaan bumi, katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

Meteor timpa Rusia 400 cedera



Meteor timpa Rusia 400 cedera
Meteor timpa Rusia 400 cedera
MOSCOW - Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi ini (waktu tempatan) menyebabkan bola api dan mencederakan lebih 400 orang di selatan negara itu.

Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang telah dimasukkan ke hospital.

Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah.

Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.

Menurut laporan agensi berita rasmi, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan.

Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) dari bandar Satka, di Chelyabinsk.

Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannya terbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural.

Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island.

Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang.

Doktor sembuh kanser



Dr. Hayley Farmer
LONDON 13 Feb. - Seorang penyelidik yang menghidap kanser servik berjaya pulih daripada penyakit itu dengan bantuan sejenis ubat yang dihasilkan melalui kajian yang dijalankannya sendiri.
Dr. Hayley Farmer, 39, bertugas di Cancer Research UK dalam satu pasukan yang bertanggungjawab menjalankan ujian klinikal ke atas ubat dan vaksin baharu.
Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang melakukan kajian ke atas ubat Cisplatin, sejenis ubat kemoterapi yang diuji ke atas pelbagai jenis kanser.
Farmer berkata, dia berkhidmat di Cancer Research UK kerana neneknya meninggal dunia akibat kanser.
''Namun, ketika bertugas di pusat penyelidikan itu saya tidak sedar saya sendiri menghidap penyakit kanser servik sehinggalah saya menjalani ujian rutin pada 2007.
''Saya seperti tidak percaya apabila dimaklumkan bahawa saya menghidap penyakit itu.
''Namun, saya melihat penyakit ini sebagai satu perkara positif,'' katanya.
Farmer berkata, ketika menyedarinya, peringkat kanser yang dihidapinya sudah terlalu lewat untuk dibedah dan beliau diberikan rawatan radioterapi dan Cisplatin.
Beliau bersyukur dan bernasib baik kerana ada perkhidmatan pemeriksaan kanser untuk mengesan kes-kes seperti itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130214/lu_05/Doktor-sembuh-kanser#ixzz2KyYa7FQh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Manusia boleh sebar virus pembawa maut?



Virus korona
Virus korona ini juga menunjukkan simptom seperti jangkitan Sars. Foto: AP
LONDON - Britain melaporkan kes ketiga melibatkan pesakit dijangkiti virus berbahaya yang semakin mencetuskan kebimbangan terhadap penularannya dalam kalangan manusia, menurut pegawai kesihatan, kelmarin.

Sehingga kini, seramai lima orang yang pernah berkunjung atau tinggal di negara rantau Arab dilaporkan maut akibat serangan virus korona dikenali sebagai NCoV - to 11 sejak September lalu.

Difahamkan, apabila pesakit diserang NCoV, mereka akan menunjukkan simptom jangkitan Sars (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) seperti demam panas, sukar bernafas dan batuk tanpa kahak.

Hasil kajian beberapa badan kesihatan di London menunjukkan ia kini boleh disebarkan oleh manusia walaupun risikonya dikatakan masih rendah.

November lalu, saintis di Netherlands melaporkan sampel diambil daripada pesakit di Arab Saudi menunjukkan virus pembawa maut dalam bentuk baru tersebut dibawa oleh spesies kelawar Tylonycteris pachypus dan Pipistrellus abramus dari Asia.

Dalam satu kenyataan, Dr Ron Fouchier di Pusat Perubatan Erasmus di Rotterdam memberitahu kajian mereka jelas menunjukkan haiwan mamalia itu menjadi penyebar utama virus korona tersebut.  - Reuters

Spesies baharu burung hantu ditemui di Indonesia

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor burung hantu 
spesies baharu yang ditemui di Lombok.

JAKARTA - Sekumpulan penyelidik menemui spesies baharu burung hantu di Indonesia, kata seorang saintis, George Sangster semalam.
Burung hantu Rinjani Scops berwarna putih dan perang itu pada mulanya ditemui di Pulau Lombok pada tahun 2003 ketika para penyelidik mencari burung hantu lain.
"Kini terdapat seekor burung hantu yang cantik berasal dari pulau itu.
"Kami berharap lebih ramai pemerhati burung akan melawat Lombok," kata Sangster. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2KwON2oJS 
Hakcipta terpelihara 

Komponen senjata api dijadikan peralatan muzik



REYES berdiri di belakang sebuah peralatan muzik yang dicipta dengan menggunakan komponen senjata api tetapi boleh mengeluarkan bunyi gitar bes.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang pengukir terkenal, Pedro Reyes menghabiskan masa selama dua tahun untuk menghasilkan pelbagai jenis peralatan muzik dengan menggunakan komponen daripada 6,700 senjata api.
Menurut laporan agensi berita AP semalam, bekalan senjata api itu diperoleh daripada polis yang merampasnya.
Reyes juga memperoleh bekalan tersebut daripada pemiliknya yang menyerahkannya secara sukarela kepada polis.
Antara peralatan muzik yang dihasilkannya ialah xilofon, piano dan dram.
Dia juga mencipta peralatan muzik yang boleh mengeluarkan bunyi seperti gitar bes. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2KwOA0sIA 
Hakcipta terpelihara 

'Tandas terapung terbesar' berlabuh




GAMBAR bertarikh 11 Februari lalu menunjukkan sebuah bot kecil mengawal kapal Carnival Triumph di Teluk Mexico.


MOBILE, Alabama - Penderitaan para penumpang kapal persiaran Carnival Triumph bakal berakhir apabila ia mendarat di sini semalam.
Kapal itu sebelum ini mengalami masalah bekalan air dan elektrik apabila enjinnya terbakar sehingga menyebabkan ia terpaksa ditunda ke sebuah pelabuhan di sini.
Kira-kira 4,000 orang menaiki kapal tersebut semasa ia hanyut sejak berlepas dari Galveston, Texas pada minggu lalu.
Kebakaran itu berlaku pada Ahad lalu menyebabkan kapal tersebut hanyut dan ditunda dengan menggunakan bot.
Beberapa penumpang mengadu kepada saudara-mara mereka tentang keadaan kotor di atas kapal tersebut selepas berlaku kebakaran itu selain kesukaran untuk mendapatkan makanan.
Para penumpang turut mengadu bau busuk dan najis di atas lantai.
Ramai penumpang yang tidur di dek untuk mendapatkan udara segar.
Seorang penumpang, Jamie Baker bercakap kepada stesen televisyen NBC bahawa tiada bekalan elektrik di atas kapal berkenaan manakala hanya beberapa buah tandas berfungsi.
Wanita tersebut menyatakan dia terpaksa menggunakan beg plastik untuk pergi ke bilik air dan menunggu dalam barisan selama beberapa jam untuk mendapatkan makanan.
Baker berkata, dia melihat seorang wanita memotong barisannya.
Menurutnya, dia dan beberapa rakannya terpaksa memakai jaket keselamatan semasa tidur pada satu malam kerana kapal berkenaan berada dalam keadaan senget.
Syarikat Carnival Cruise Lines meminta maaf berhubung penderitaan para penumpang.
Menurut pihak syarikat itu, ia akan membiayai kos penghantaran penumpang ke beberapa buah bandar di Texas.
Seorang lagi penumpang, Renne Shanar memberitahu saudara kandungnya, Vivian Tilley bahawa kabin tidurnya amat panas dan berbau seperti asap keluar dari enjin. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2KwNK2stE 
Hakcipta terpelihara 

Gempa bumi kuat landa Siberia Timur, Rusia




KUALA LUMPUR — Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Siberia Timur di Rusia pada 9.13 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa itu berpusat di 1,822 kilometer barat laut Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dan 7,000 kilometer timur laut Kudat, Sabah.

Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami, dan jabatan berkenaan sedang memantau perkembangan terkini. — BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2KwM78sIo
Hakcipta terpelihara