Pages

Showing posts with label DADAH. Show all posts
Showing posts with label DADAH. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Lebih satu tan dadah dibakar




BEBERAPA pegawai polis dan orang ramai melihat dadah berjumlah lebih satu tan dibakar dalam satu majlis di Phnom Penh semalam.


PHNOM PENH - Kerajaan Kemboja memusnahkan pelbagai jenis dadah berjumlah lebih satu tan dalam satu majlis yang berlangsung di sini semalam.
Media tempatan melaporkan, semua dadah tersebut yang merupakan hasil rampasan oleh pihak berkuasa dibakar pada majlis berkenaan.
Selain pihak media, polis dan orang awam majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan termasuk Gabenor Phnom Penh, Kep Chuk Tema dan Timbalan Pihak Berkuasa Kebangsaan Dalam Memerangi Dadah, Keo Khondara. - Reuters

Monday, May 14, 2012

Seorang mati, 2 koma selepas langgan pelacur




       
BANGKOK: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dan dua lagi tidak sedarkan diri, di sebuah bilik hotel di Pattaya, semalam.

Mangsa yang mati dikenali sebagai Business Chan, 57 manakala dua lagi Sanjib Saha, 54 dan Rashid Harunur, 58 yang koma, dibawa ke Hospital Memorial Pattaya.
Saksi berkata, mereka nampak ketiga-tiga lelaki itu membawa pelacur ke bilik mereka di Hotel Bella Express.

Polis percaya, pelacur itu memberi dadah kepada lelaki terbabit dan kemudian mencuri barang milik mereka memandangkan tiada tanda pergelutan.



Dadah dijumpai dan kesan barang kepunyaan tiga warga Bangladesh itu didapati diselongkar dan beberapa barang berharga hilang. - Bangkok Post

Friday, April 13, 2012

Polis Filipina musnahkan lebih 200kg dadah bernilai RM58.3 juta




SEORANG anggota Agensi Penguatkuasaan Antidadah Filipina berkawal di hadapan unit penguraian termal syarikat IWMI di bandar Cavite semalam.


CAVITE - Agensi Penguatkuasaan Antidadah Filipina (PDEA) menusnahkan lebih 200 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis yang dirampas di negara berkenaan. Semua barang terlarang itu yang dianggarkan bernilai sekitar 807 juta peso (RM58.3 juta), dimusnahkan melalui proses penguraian termal oleh sebuah syarikat tempatan, IWMI di sini, selatan Manila semalam.
Ketua PDEA, Jose Gutierrez berkata, proses haba berkenaan digunakan untuk memusnahkan 22kg kristal shabu, 206 liter cecair shabu, 95 liter cecair efedrina, 186kg daun ganja kering dan beberapa dadah jenis lain seperti kokain dan heroin. - Reuters

Friday, March 23, 2012

Whitney Houston mati kerana lemas, ambil dadah





2012/03/23

LOS ANGELES: Whitney Houston didapati meninggal dunia akibat lemas dan kesan daripada pengambilan dadah jenis kokain serta penyakit jantung, demikian menurut koroner daerah Los Angeles, hari ini.

Penyanyi terkenal yang meninggal dunia pada usia 48 tahun yang dijumpai di bilik air di sebuah hotel Beverly Hills, bulan lalu didapati terdapat kokain dalam badannya yang menyumbang kepada kematiannya.

Perkara itu dinyatakan oleh koroner daerah berkenaan dalam kenyataannya hari ini.
Kematian penyanyi itu diklafikasikan sebagai mati 'mengejut' manakala punca yang dinyatakan disebabkan lemas dan 'kesan daripada penyakit jantung serta penggunaan dadah'.

“Bagaimana kecederaan berlaku: Didapati takungan mandi penuh dengan air serta penggunaan dadah," kata kenyataan itu.

"Tiada truma atau kejadian jenayah disyaki berlaku," kata kenyataan itu dengan menambah laporan penuh koroner akan dikeluarkan dalam masa dua minggu lagi.

Sementara itu terdapat dadah lain dalam badan Whitney tetapi tidak menyumbang kepada kematiannya iaitu marijuana, alprazolam (Xanax), cyclobenzaprine (Flexiril) dan Diphenhydramine (Benadryl). - AFP

Saturday, February 18, 2012

Wajah jelik angkara dadah

RODRIGUEZ
RODRIGUEZ

MIAMI: Seorang remaja nakal yang hanya tinggal separuh kepala berikutan satu kemalangan, semalam menyalahkan arak dan dadah yang menyebabkan wajahnya agak jelik.
Ini kali pertama remaja itu bercakap mengenai kemalangan itu.
Carlos 'Halfy' Rodriguez, yang lebih dikenali sebagai Sosa, kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta sebelum jatuh kepala dulu di atas jalan raya.

Dalam satu video baru, dia menggunakan pengalamannya untuk menasihat orang ramai supaya tidak minum arak dan mengambil dadah.

Doktor terpaksa memotong sebahagian besar daging dan tulang kepala untuk menyelamatkan dia dan sejak itu dia meneruskan kehidupannya di Miami, Florida.

“Saya khayal kerana mengambil dadah. Saya memandu dan melanggar tiang yang menyebabkan saya tercampak keluar menerusi cermin depan,” katanya dalam mesej menerusi You Tube.

Sambil menunjukkan kepalanya ke arah kamera, dia berkata: “Dan inilah akibatnya. Kerana itu, adalah tidak bagus untuk minum arak atau mengambil dadah dan kemudian memandu. Ia tidak bagus,” katanya.

Menurut akhbar Jerman, Bild, Sosa mengalami kemalangan itu ketika berusia 14 tahun.

“Saya bersama seorang sepupu dan seorang rakan, mencuri kereta. Kami memandu terlalu laju dan hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya

'Rodriguez menjadi terkenal dua tahun lalu selepas dia ditahan atas dakwaan cuba melanggan pelacur.

Polis Miami berdepan dengan masalah dalam menyediakan laporan. Dokumen itu tidak mempunyai nama, kecuali perkataan ‘Separuh Kepala.’

Gambar yang menunjukkan dia tidak berdahi dan bahagian atas kepala termasuk ke dalam tersebar ke seluruh dunia tetapi ramai yang menyangka ia berita palsu.

Bagaimanapun, video baru itu membuktikan dia dan kecederaan melampaunya itu memang benar.

Tetapi, walaupun dengan mesej yang serius untuk menjauh narkotik, Rodrizuez kelihatan masih jauh daripada mengubah gaya hidupnya apabila dia mengaku masih menghisap dadah.

Dalam kenyataan mengejutkan, dia menuduh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga berbuat demikian.

“Ini yang saya lakukan setiap hari, menghisap dadah,” katanya.

“Obama ialah Presiden Amerika Syarikat dan dia juga menghisap dadah. Dan kenapa saya tidak boleh menghisapnya.”

‘Halfy’ bukan satu-satunya orang yang terselamat dan menjalani kehidupan dengan separuh kepala.

Di Britain juga ada beberapa orang sepertinya.

Remaja belasan tahun, Ben Maycock bernasib baik kerana terselamat selepas diserang dengan tukul besi yang menyebabkan sebahagian besar tengkoraknya lekuk pada 2010. - DM


myMetro | Wajah jelik angkara dadah:

'via Blog this'

Friday, December 23, 2011

Dadah 4.15kg dalam bagasi warga Kemboja dan Nigeria

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan dua cubaan penyeludupan dadah seberat 4.15 kilogram yang bernilai RM1.037 juta.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden berkata wanita Kemboja, 39, dan
pelajar Nigeria, 26, ditahan di Terminal Utama KLIA pada 4.30 pagi dan 6 petang pada Rabu lalu.

"Ini merupakan kali pertama warga Kemboja ditahan kerana cuba menyeludup dadah di KLIA," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam tangkapan pertama pada 4.30 pagi, Govinden berkata wanita Kemboja yang menaiki pesawat dari Dhaka-Kuala Lumpur menyorok dadah seberat 3.1 kg yang bernilai RM775,000 dalam beg bagasi tarik yang direka khas untuk menyorok dadah.

Semasa pemeriksaan, beliau berkata pegawai Bahagian Penguatkuasaan JKDM turut menemui dua 'kasut wedges' yang mana apabila dikopek didapati tersorok satu bungkusan dadah jenis Methamphetamine (syabu).

Dalam tangkapan kedua pada 6 petang, Govinden berkata JKDM menahan seorang lelaki Nigeria yang ditawar belajar Bahasa Inggeris selama setahun di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Beliau berkata pelajar yang menaiki pesawat dari Lagos-Doha-Kuala Lumpur itu cuba menyeludup dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 3.1 kilogram dalam beg bagasi tariknya.

"Bagasi milik pelajar itu didapati meragukan ketika diimbas. Apabila pemeriksaan dilakukan, kami mendapati terdapat satu ruangan rahsia yang direka khusus dan selepas dibuka dan diperiksa, kami mendapati 1.05 kilogram dadah jenis Methamphetamine (Syabu) yang bernilai RM262,500," katanya.

"Pelajar itu ditawar belajar selama setahun di sini namun tiket penerbangan balik ialah Isnin depan (26 Disember). Suspek mengambil kesempatan ini untuk terlibat dalam penyeludupan dadah di sini," katanya.

Pada tahun ini, Govinden berkata JKDM KLIA berjaya mematahkan 41 kes penyeludupan dadah yang membabitkan 200 kilogram dadah yang bernilai RM40 juta dan menahan 23 individu, termasuk tiga wanita. - Bernama
myMetro | Dadah 4.15kg dalam bagasi warga Kemboja dan Nigeria:

'via Blog this'

Saturday, October 22, 2011

Jual diri demi satu tin gam

GADAI MARUAH...Alia (kiri) mencari pelanggan tepi jalan.
GADAI MARUAH...Alia (kiri) mencari pelanggan
tepi jalan.

KUANTAN: Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.
Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.

Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dan berjaya berbual-bual dengannya.

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.


“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba. Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai. Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia.
“Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan.

Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan.

“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan.

“Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.

Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.

Tuesday, October 11, 2011

Ramalan tarikh kematian sendiri tepat



LAMAN Twitter Mikey Welsh yangmeramalkan kematiannya.


CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Ramalan bekas pemain gitar bes kumpulan rock Weezer, Mikey Welsh bahawa dia bakal menemui ajal pada 9 Oktober lalu menjadi kenyataan apabila dia itu ditemui mati di bilik hotel penginapannya kelmarin, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Welsh meninggal dunia dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan pada usia 40 tahun. Dia menginap di hotel berkenaan di sini kerana mahu menonton persembahan Weezer.
Selebriti itu meramalkan dengan tepat lokasi dan masa kematiannya di laman perkongsian sosial, Twitter pada 26 September lalu.
"Saya bermimpi saya mati di Chicago pada hujung minggu depan kerana diserang sakit jantung semasa tidur. Saya perlu menulis wasiat saya sekarang," kata Welsh dalam akaun Twitter miliknya.
Kemudian dia berkata: "Pembetulan, saya akan mati pada hujung minggu satu lagi."
Selain ramalan tepat itu, pemuzik berkenaan turut membuat beberapa ramalan berhubung peristiwa yang akan berlaku dalam akaun Facebooknya. - Agensi

Saturday, September 24, 2011

Raja dadah Bolivia kena 14 tahun penjara di AS

MIAMI: Mahkamah Persekutuan Miami semalam menjatuhkan hukuman 14 tahun penjara terhadap bekas raja dadah Bolivia selepas didapati bersalah atas tuduhan menyeludup dadah.

Jeneral Rene Sanabria, yang pernah menjadi pegawai tertinggi polis dalam skuad khas memerangi dadah ketika pentadbiran Presiden Evo Morales pada 2007-2008, ditahan di Panama, Februari lalu sebelum diektradisi ke Miami untuk menghadapi tuduhan itu.
Hakim Ursula Ungaro turut menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara terhadap pembantu Sanabria, Marcelo Foronda.
Saksi memberitahu, sebaik hakim membaca hukuman, Sanabria menangis dan merayu Ungaro mengurangkan tempoh penjara terhadapnya.

Peguam Sanabria berkata, anak guamnnya akan membuat rayuan terhadap hukuman itu. - AFP 

Monday, September 19, 2011

Thailand bakar dadah bernilai RM247.24 juta di Ayutthaya




YINGLUK SHINAWATRA menunjukkan beg-beg yang mengandungi pelbagai jenis dadah di sebuah kawasan perindustrian di Ayutthaya kelmarin.


BANGKOK - Thailand kelmarin membakar dadah bernilai AS$80 juta (RM247.24 juta) yang dirampas dalam satu siri serbuan di seluruh negara.
Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengetuai majlis pembakaran itu di sebuah kawasan perindustrian di Ayutthaya dekat Bangkok.
Dadah itu termasuk methamphetamine seberat 821 kilogram selain heroin, kokain, ganja dan ekstasi.
Menurut Kementerian Kesihatan, lebih 93,000 orang dirawat di beberapa pusat pemulihan dadah sejak Oktober tahun lalu.
Kira-kira 12,000 daripada mereka berumur di antara tujuh dan 17 tahun. - AFP

Saturday, September 10, 2011

Doktor mangsa seks, dadah






SURESH Surendranath Nair (tiga dari kiri) dikawal oleh anggota polis ketika dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berhubung kematian dua teman sosial di kediamannya di Sydney, Australia. – The Daily Telegraph


Sebagai seorang pakar bedah saraf, Suresh Surendranath Nair memiliki segala-galanya. Hidup di bandar besar Sydney, Australia, lelaki kelahiran Malaysia itu mempunyai pendapatan yang cukup lumayan dan tinggal di apartmen mewah bernilai A$1.7 juta (RM5.37 juta).
Namun gara-gara ketagihan dadah dan seks, kehidupan lelaki berusia 43 tahun itu kini musnah. Karier hebat yang dibinanya sejak bertahun-tahun juga hanya menjadi memori silamnya. Dia akhirnya terpaksa menerima padah apabila disumbatkan di penjara selama tujuh tahun 10 bulan.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Daerah New South Wales selepas Nair mengaku bersalah berhubung kematian dua teman sosial di kediaman mewahnya itu setelah dibekalkan kokain berlebihan semasa melakukan hubungan seks.
Mangsa pertamanya, Suellen Domingues-Zaupa, wanita Brazil berumur 22 tahun manakala mangsa kedua, Victoria McIntyre berusia 23 tahun ketika kejadian.
Walaupun hukuman itu boleh dianggap ‘ringan’, ia dijatuhkan selepas pihak pendakwaan mengemukakan tawaran pengakuan bersalah kepada lelaki berkenaan. Menyedari kesilapannya harus dinoktahkan, Nair menerima tawaran itu lalu mengaku bersalah menyebabkan kematian Domingues-Zaupa di kediamannya pada November 2009.
Dia juga mengaku bersalah membekalkan kokain kepada McIntyre, yang meninggal dunia di apartmen sama pada Februari 2009.
Selain itu, Nair mengaku bersalah membekalkan kokain pada Januari 2010, apabila didapati melanggar syarat ikat jamin selepas ditemui bersama dua pekerja seks dan turut mengambil kokain.
Hakim Robert Toner menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nair yang telah meringkuk di penjara sejak ditangkap pada Januari 2010. Tarikh paling awal Nair layak mendapat parol adalah pada April 2015.
Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Toner menegaskan bahawa lelaki yang tinggal di Australia sejak berusia 11 tahun itu telah ‘didorong oleh kepentingan hawa nafsu’ selain gagal mendapatkan perkhidmatan kecemasan sewaktu wanita-wanita itu sedang nazak di hadapannya.
Hakim Toner menjelaskan, Nair terlalu cuai kerana tidak memanggil ambulans sewaktu Domingues-Zaupa mengalami kekejangan akibat daripada penggunaan kokain sewaktu melakukan hubungan seks.
Menurut beliau, Nair yang turut mengambil dadah dalam jumlah yang besar ketika itu menyebabkan dia tidak dapat membantu wanita berkenaan.
Suellen Domingues-Zaupa


‘‘Tingkah laku Nair yang berulang-ulang bukan hanya disebabkan oleh penagihan dadah. Sebaliknya didorong oleh ‘pentingkan diri sendiri dan hanya untuk memuaskan nafsunya sendiri’,’’ kata Hakim Toner.
Di samping itu, Nair telah mengetepikan rasa tanggungjawabnya pada masa itu biarpun dalam kehidupan profesionalnya, ‘dia telah melakukan banyak kebaikan’, ujar hakim tersebut lagi.
Nair dikatakan kerap membelanjakan wangnya untuk menyertai ‘pakej parti’ anjuran agensi-agensi tertentu yang turut membekalkan kokain dan pekerja seks sehingga lima orang dalam satu malam.
Semasa pendengaran kesnya pada bulan lalu, Nair memberitahu, dia menyedari ketagihan dadah dan seks yang dialaminya adalah di luar kawalannya sewaktu kematian teman sosial yang pertama.
‘‘Saya telah melakukan satu kesilapan besar dan segalanya semakin menjadi di luar kawalan. Sebahagian daripada diri saya menyedari perkara tersebut telah menjadi di luar kawalan tetapi sebahagian lagi daripada diri saya memilih untuk tidak mempedulikan pemikiran waras saya.
‘‘Jika saya menguruskan perkara ini dengan cara yang berbeza dan berlaku jujur dengan diri saya, saya dapat rasakan bahawa tiada apa-apa yang akan berlaku kepada Suellen,’’ katanya.
Lembaga perubatan negeri mengenal pasti masalah penggunaan kokain oleh Nair sejak 2004 dan menggenakan beberapa syarat terhadap pendaftaran perubatannya, termasuk ujian air kencing yang terpaksa dilalui sebanyak tiga kali seminggu.
Nair kemudiannya telah digantung perkhidmatan oleh lembaga perubatan terbabit setelah dia membuat pengakuan melakukan jenayah tersebut dan dia kini sedang menunggu pendaftaran semula.

Friday, September 9, 2011

Gadis Thai jadi keldai dadah


NOOR RASHID menunjukkan sebahagian ganja yang dirampas daripada beberapa individu pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah membabitkan warga Afrika kini lebih licik apabila menukar modus operandi dengan menggunakan jalan darat dan menjadikan wanita Thailand sebagai keldai dadah.
Jalan darat dipilih selepas sindiket mendapati sistem keselamatan pintu masuk di kesemua lapangan terbang di negara ini dipertingkatkan menyebabkan mereka menghadapi kesukaran.
Wanita Thailand pula dipilih kerana negara itu dijadikan transit oleh pengedar dadah sebelum dijual di tempat lain.
Bagaimanapun, apa juga usaha mereka, polis yang sentiasa mengekang kegiatan haram tersebut dapat menumpaskan tiga sindiket dianggotai tujuh individu berusia di antara 20 dan 41 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.6 juta sejak Selasa lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, daripada jumlah tangkapan itu, empat merupakan warga asing dari Thailand dan Nigeria. Kesemua keldai dadah itu ditahan di Lembah Klang dan Terengganu.
Katanya, tangkapan pertama melibatkan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki Thailand di Bandar Sri Damansara pada pukul 11.15 malam kelmarin.
"Ketika ditahan, kesemua suspek menaiki sebuah kereta jenis Toyota Crowne yang dipandu lelaki Thailand tersebut.
"Pemeriksaan menemui sebanyak 60 ketulan mampat ganja yang disorokkan di dalam ruang khas yang telah diubahsuai di dalam kereta itu," katanya di sini semalam.-kosmo

Friday, August 26, 2011

Lelaki terjebak sindiket dadah Peru pulang



Oleh Halina Mohd Noor dan Nurul Farina Nazlan
bhnews@bharian.com.my
2011/08/26

KUALA LUMPUR: Doa pemandu teksi yang diselamatkan wartawan Berita Harian daripada menjadi keldai dadah di Lima, Peru supaya dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama isteri dan anak berusia empat bulan di tanah air termakbul. 

Ini kerana lelaki berusia 47 tahun yang tersadai di negara Amerika Selatan sejak lebih seminggu lalu akan pulang dan tiba di ibu negara pada Ahad ini hasil bantuan Kelab Putera 1Malaysia dan boleh beraya bersama keluarganya minggu depan.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, semalam berkata pihaknya menerusi Sekretariat Misi Menyelamatkan Mangsa Dadah Dianiaya, terpanggil sekali lagi membantu keldai dadah selepas menaja kepulangan seorang lagi mangsa, Rosna Shariff baru-baru ini.
Katanya, usaha berterusan itu membuktikan komitmen kelab untuk menyelamatkan warga Malaysia yang teraniaya oleh sindiket dadah yang kebanyakannya menggunakan rakyat asing warga Afrika sebagai ejen memerangkap mangsa. 

"Ini adalah misi kedua yang dilaksanakan hasil pendedahan Berita Harian. Dia bernasib baik kerana bertemu wartawan sebelum sempat berangkat ke Sao Paulo, Brazil yang dipercayai bagi mengambil barang seperti yang diarahkan seorang lelaki kulit hitam. 

"Dia tidak tahu kemungkinan barang yang bakal dibawanya itu sudah dicelup dengan bahan kimia dadah. Alhamdulillah, dia tidak ditangkap polis," katanya kepada Berita Harian semalam. 

Abdul Azeez berkata, usaha yang sama akan dipertingkatkan untuk menyelamatkan banyak lagi mangsa, wanita terutama pelajar dan ibu tunggal yang dimanipulasi sindiket untuk menyeludup dadah di luar negara. 
"Kita akan meminta mereka menjadi jurucakap Kelab Putera 1Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi berkongsi pengalaman terpedaya dengan tipu helah 'Awang Hitam' yang menawarkan janji manis, ayat cinta dan keseronokan bercuti di luar negara," katanya. 

Akhbar ini semalam melaporkan wartawannya, Halina Mohd Noor menemui lelaki berkenaan di lapangan terbang di Peru pada 21 Ogos lalu selepas selesai tugasan menemubual dan membawa pulang Rosna ke Malaysia. Hasil perbincangan dengan lelaki itu, dia bersetuju supaya diletakkan di bawah perlindungan pejabat kedutaan Malaysia dan pihak berkuasa Peru dan tidak meneruskan perjalanan ke Brazil seperti yang diarah anggota sindiket itu. 

Lelaki itu, ketika dihubungi sebelum ini berharap Kelab Putera 1Malaysia dan Berita Harian dapat membantu membawanya pulang sebelum Aidilfitri kerana terlalu merindui isteri dan anaknya yang berusia empat bulan. 

"Saya memohon bantuan Kelab Putera dan Berita Harian untuk membeli tiket penerbangan pulang ke tanah air dengan segera. Tiket yang disediakan sindiket tidak boleh digunakan lagi atas faktor keselamatan dan saya bimbang jika mereka melakukan tindakan yang membahayakan nyawa saya," katanya.. 

Thursday, August 25, 2011

Pasangan kekasih ditahan edar 3.3 kilogram heroin





2011/08/25

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai terbabit mengedar dadah jenis heroin dalam dua serbuan berasingan Isnin lalu di Kuala Kubu Baru dan Petaling Jaya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir, berkata dalam serbuan pertama, polis menemui lima bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi heroin yang disorok selepas menahan sebuah kereta dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita di kawasan rehat dan rawat Hulu Bernam.
"Polis turut menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai sedang berurus niaga dengan lelaki dan wanita di dalam kereta berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Beliau berkata, maklumat seorang suspek lelaki yang ditahan membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Taman Aman, Petaling Jaya pada hari sama dan polis menjumpai tiga bungkusan plastik lutsinar dipercayai turut mengandungi heroin. 

Katanya, seorang wanita yang merupakan kekasih suspek lelaki terbabit turut ditahan di rumah berkenaan. 

Nordin berkata, jumlah keseluruhan rampasan dadah terbabit ialah lapan bungkusan lutsinar seberat 3.3 kilogram yang bernilai kira-kira RM74,000. 

Beliau berkata, semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 47 tahun itu dipercayai anggota sindiket yang bergiat aktif sejak tiga bulan lalu dan mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di utara dan mereka yang ditahan di Hulu Bernam dipercayai baru mendapat bekalan dadah dari Pulau Pinang. 
Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Nigeria ditahan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada kira-kira 4 petang hari yang sama selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan. 

Nordin berkata, selepas diperiksa, polis menemui dadah dipercayai jenis Syabu seberat 1.3 kilogram dan dianggar bernilai RM260,000 dalam beg bimbit komputer riba milik suspek berusia 28 tahun itu yang baru tiba dari Doha, Qatar. 

Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA 

Pasangan kekasih ditahan edar dadah



25/08/2011 6:07pm

SHAH ALAM — Polis menahan dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai terbabit mengedar dadah jenis heroin dalam dua serbuan berasingan Isnin lepas di Kuala Kubu Baru dan Petaling Jaya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP, Nordin Kadir berkata, dalam serbuan pertama, polis menemui lima bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi heroin yang disorok selepas menahan sebuah kereta dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita di kawasan rehat dan rawat Hulu Bernam.
"Polis turut menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai sedang berurus niaga dengan lelaki dan wanita di dalam kereta berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Beliau berkata, maklumat seorang suspek lelaki yang ditahan membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Taman Aman, Petaling Jaya pada hari sama dan polis menjumpai tiga bungkusan plastik lutsinar dipercayai turut mengandungi heroin.
Katanya, seorang wanita yang merupakan kekasih suspek lelaki terbabit turut ditahan di rumah berkenaan.
Nordin berkata, jumlah keseluruhan rampasan dadah terbabit ialah lapan bungkusan lutsinar seberat 3.3 kilogram yang bernilai kira-kira RM74,000.
Menurutnya, semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 47 tahun itu dipercayai anggota sindiket yang bergiat aktif sejak tiga bulan lepas, dan mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di utara dan mereka yang ditahan di Hulu Bernam dipercayai baru mendapat bekalan dadah dari Pulau Pinang. — Bernama

Sunday, August 14, 2011

Pil khayal ketagihan Hollywood

Foto
PERUBAHAN ketara pada wajah dan fizikal selepas pengambilan pil khayal.

Foto
FERGIE pernah mengambil pil khayal.



Dadah bermutu rendah boleh rosakkan otak

LOS ANGELES: Penggunaan 'crystal methaphetamine' atau pil khayal kini menjadi dadah terbaru mendapat pilihan di Hollywood selepas kokain.
“Dadah itu mula diedarkan dan semakin mendapat sambutan,” kata pakar ketagihan dan penulis Younger (Sexier) You, Dr Eric Braverman.
Dadah itu mula diedarkan dan semakin mendapat sambutan Lagipun, ia tidak perlu diimport dan mungkin boleh dibuat di rumah. Oleh itu, ia antara yang sukar untuk dikesan oleh polis atau dikawal. - Dr Eric Braverman, Pakar ketagihan/ Penulis Younger (Sexier) You
“Lagipun, ia tidak perlu diimport dan mungkin boleh dibuat di rumah. Oleh itu, ia antara yang sukar untuk dikesan oleh polis atau dikawal,” katanya.

Beberapa selebriti mengakui mereka mula menggunakan dadah terbabit. Di sebalik kejayaannya, Fergie, penyanyi ‘Black Eyed Peas’, mengakui sudah ketagih dengan dadah berkenaan.

Tidak lama selepas itu, anak lelaki Farrah Fawcett dan Ryan O’Neal, Redmond turut mengambil bahan berkenaan selepas pihak berkuasa menemui dadah itu di rumahnya di Malibu.

Kesan kepada ketagihan dadah khayal ini adalah ia boleh menjejaskan kesihatan dengan dahsyat. Dadah itu boleh menjejaskan keupayaan otak untuk mengawal bahagian yang mengeluarkan isyarat keseronokan dan ia boleh mengakibatkan kerosakan otak, kata Braverman. 
Penggunanya juga akan mendapat tenaga fizikal berterusan sekiranya terus menggunakannya. Biarpun diketahui mempunyai kesan kemusnahan yang menakutkan, ‘cyrstal meth’ masih terus mendapat tempat dalam industri hiburan.

“Sering kali banyak tekanan untuk mempertahankan hubungan Hollywood dan ‘crystal meth’ meningkatkan prestasi seksual seseorang,” kata Braverman.

Alasan lain yang menjadikan dadah ini semakin popular dalam industri perfileman disebabkan ‘meth’ yang biasanya dirujuk sebagai kokain bermutu rendah disebabkan ia lebih murah berbanding dadah lain.

“Dadah ini amat murah dan dibuat daripada bahan kimia yang boleh anda dapati dari kedai ubat,” kata pengasas dan pengarah pusat rawatan alkohol dan dadah Passages Malibu, Pax Prentiss.

“Dadah paling mahal adalah heroin dan ia tidak biasa di kalangan seseorang selebriti yang mempunyai ketagihan heroin untuk membayar sejumlah AS$500 (RM1,500) sehari atau AS$200,000 (RM600,000) setahun.

“Tetapi bagi dadah jenis ini, ia hanya membabitkan kos antara AS$20 (RM60) hingga AS$40 (RM120) sehari menyebabkan meth semakin diminat,” katanya. – Agensi

Friday, August 12, 2011

Pil kuda dalam bas ekspres

 Mazlan   (berdiri) bersama   anggota UPP  memeriksa pil kuda  yang dirampas dalam operasi 'Ops Letup' di Bukit Yong.
Mazlan (berdiri) bersama anggota UPP memeriksa pil kuda yang dirampas dalam operasi 'Ops Letup' di Bukit Yong.



UPP rampas dadah RM280,000 dalam operasi 'Ops Letup'

PASIR PUTEH: Taktik penyeludupan dadah yang membawa barangan itu melalui bas ekspres bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terbongkar, apabila Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas bungkusan mengandungi pil kuda bernilai RM280,000 dalam operasi 'Ops Letup' pada sekatan jalan raya di Bukit Yong, malam kelmarin.
Dalam operasi itu, UPP Kelantan memeriksa bas ekspres dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan kira-kira jam 11.15 malam dan hasil pemeriksaan mereka menemui sebuah beg di tempat simpanan barang yang mengandungi beberapa bungkusan mencurigai.
Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid, berkata berikutan itu seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bagi siasatan lanjut.

"Pada mulanya kita tidak tahu siapa pemilik sebenar beg berkenaan tetapi selepas siasatan dilakukan, kita menemui pakaian milik suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi itu.

Mazlan berkata, pihaknya percaya pil berkenaan diperoleh dari negara jiran bagi pasaran di negeri berkenaan.

"Kami menyedari kegiatan penyeludupan melalui bas ekspres dan operasi kali ini buat pertama kalinya pihak kami berjaya melakukan rampasan dadah,” katanya. -bharian

Tuesday, August 9, 2011

Wanita ketuk ketampi bogel bebas



PETALING JAYA – Wanita yang sebelum ini dirakam melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel sewaktu dalam tahanan polis enam tahun lalu, Hemy Hamisa Abu Hassan Shaari boleh menarik nafas lega selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam daripada tuduhan memiliki dadah.
Majistret Nor Afidah Idris memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tertuduh.
Menurut beliau, pihak pendakwaan gagal membuktikan siapa sebenarnya pemilik, kawalan, jagaan dan pengetahuan tertuduh berhubung dadah berkenaan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mahkamah turut membebaskan suaminya, Kamarul Hamri dan tiga yang lain daripada tuduhan serupa.

Saturday, August 6, 2011

Tangisan iringi hukuman mati


BERSALAH...Masoumeh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
BERSALAH...Masoumeh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam

SHAH ALAM: Seorang wanita Iran menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar hampir tiga kilogram (kg) syabu di sebuah hotel di Petaling Jaya, dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu terhadap pekerja salun, Masoumeh Ghulami Khaveh, 25, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Noor Azian pada penghakimannya berkata, mahkamah menolak keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa dadah dalam beg yang ditemui bersamanya kepunyaan lelaki bernama Amin.

Beliau berkata, ini kerana tertuduh membawa beg berkenaan dari lapangan terbang ke hotel penginapannya dan dadah itu tidak ada kaitan dengan Amin. Malah, katanya, ada banyak keterangan wanita itu yang tidak munasabah termasuk berasal dari keluarga susah, tetapi pada masa sama sudah memasuki negara sebanyak enam kali.

Menurutnya, keterangan Masoumeh bahawa keluarganya akan mengirimkan duit melalui sebuah syarikat asing diragui.

Pada masa sama, katanya, tindakan pihak pendakwaan tidak memanggil Amin saksi juga tidak memudaratkan kes pendakwaan.

“Sudah tentu, Amin tidak akan mengakui dadah itu miliknya,” katanya. Mengikut pertuduhan, Masoumeh didakwa mengedar 2.865kg syabu di Hotel One World, Petaling Jaya, kira-kira 8.10 pagi, pada 15 November 2009.Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh didakwa mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Datuk N Sivananthan.Sepanjang perbicaraan, seramai lima saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.hmetro

Remaja Malaysia telan 84 kapsul heroin ditahan di Surabaya

SURABAYA: Kastam Indonesia menahan seorang warga Malaysia berusia belasan tahun yang cuba menyeludup 700 gram heroin dengan menelannya.
Pegawai kastam Lapangan Terbang Surabaya, Buhari Surait berkata semalam, Ling Shao Chi, 18, ditahan di lapangan terbang itu Sabtu lalu, sebaik tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur.

“Ling mengaku dibayar 2.5 juta rupiah (RM750) untuk menyeludup dadah itu dengan menelan 84 kapsul serbuk heroin,” kata Buhari.

Beliau menganggarkan nilai dadah itu ialah kira-kira 1.7 juta rupiah (RM602,000).

Mereka yang didapati bersalah menyeludup dadah di Indonsia boleh dihukum penjara seumur hidup atau mati. - AFPhmetro