Pages

Showing posts with label jala runtuh. Show all posts
Showing posts with label jala runtuh. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Kaki dua mangsa cedera parah terpaksa dipotong




ORANG ramai melihat kawasan tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam.


KUALA LUMPUR - Kesemua sembilan orang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat kelmarin dan sedang dirawat di hospital dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Lapan mangsa dirawat di Hospital Ampang manakala seorang lagi mangsa dirawat di Hospital Pakar KPJ Kajang.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, enam mangsa kejadian di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Al-Taqwa itu ditempatkan di wad khas di Hospital Ampang manakala dua lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.
"Dua mangsa berumur 13 dan 33 tahun kini stabil di ICU walaupun kaki masing-masing terpaksa dipotong akibat kecederaan teruk," kata Rosnah sambil menangis kerana sebak dengan kejadian itu.
Kosmo! Online - Negara

Friday, November 19, 2010

Rusuk patah kereta rempuh batu


KERETA MyVi yang dinaiki Mohamad Radzuan dan anaknya yang terlanggar satu bongkah batu yang tiba-tiba jatuh dari tebing bukit di lebuh raya berhampiran Terowong Menora, Selasa lalu.

IPOH - Seorang pesara patah tulang rusuk kanan selepas kenderaan dipandu anaknya merempuh seketul batu besar yang jatuh di laluan ke arah Selatan berdekatan Terowong Menora, Lebuh Raya Utara-Selatan pagi Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, Mohamad Radzuan Taib, 53, turut cedera di kaki kanan akibat tertusuk papan pemuka kereta manakala anaknya, Shafiq Affandi, 24, pula cedera ringan.
Menceritakan kejadian, Shafiq berkata, dia dan bapanya dalam perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
Katanya, setelah 500 meter melepasi Terowong Menora, dia ternampak seketul batu besar di atas jalan namun tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.
"Bongkah batu itu sama saiznya dengan kereta MyVi saya," katanya.KOSMO

Monday, February 8, 2010

Malaysia ' Juara ' Runtuh ( Jalan Runtuh )

Awas! Jangan pandu kereta laju-laju kerana jalan runtuh dimana-mana , bila-bila masa boleh berlaku terutama di musim hujan. Berhati-hati ketika memandu.