Pages

Showing posts with label zalim. Show all posts
Showing posts with label zalim. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Kezaliman zionis !



KASIH SEORANG AYAH...
Kezaliman zionis !
Warga Palestin mengucup tengkorak anak yang ditahan zionis selama 35 tahun..

فلسطيني يقبل جمجمة ابنه التي احتجز جثته العدو الصهيوني 35 سنة
Seorang warga Palestin terpaksa mengucup tengkorak anaknya yang ditahan oleh rejim zionis selama 35 tahun. Warga Palestin tersebut berbuat demikian setelah mendapat pengesahan daripada pihak zionis dan kerajaan Palestin, bahawa tengkorak tersebut adalah anaknya yang telah ditahan di penjara zionis dan telah dibunuh oleh pihak zionis.

sumber->http://www.waraqat.net/18957/

Wednesday, August 31, 2011

Jauhi Orang Zalim!




Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya pengkhianatan seseorg di antara kalian di dlm ilmunya adalah jauh lbh jahat d/p pengkhianatannya di dlm hartanya.” (Al-Bihar 2:68)
Imam Ali as berkata, “Manusia yg paling hebat penyesalannya pd saat sakratul maut adalah org2 alim yg tidak mengamalkan ilmunya!” (Mizan al-Hikmah 6:513, hadis no. 13746)
Imam Ali as berkata, “Allah telah mengambil perjanjian atas orang-orang alim agar mereka tidak “mengenyangkan” orang zalim dan tidak “melaparkan” orang yang dizalimi!” (Nahjul Balaghah, hlm. 52)
Rasulullah Saw bersabda, “Barangsiapa yang berpaling dari memusuhi orang zalim atau malah menolongnya, maka Allah turunkan malaikat maut (ketika sakratul maut) sambil berujar : “Kabar gembira bagimu dg laknat Allah dan neraka Jahannam, yang merupakan seburuk-buruk tempat kembali!” lalu ujarnya lagi “Barangsiapa yang mendorong orang zalim utk berbuat zalim lagi maka kelak temannya adalah Haman di neraka Jahannam!”
(Al-Bihar 104:293; Al-Hayah 2:309, hadis no. 1)

Sunday, December 12, 2010

Allah menyesatkan orang zalim

يُثَبِّتُ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللّهُ مَا يَشَاءُ
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Surah Ibrahim, Ayat 27

Wednesday, August 18, 2010

10 Sifat Yang Zalim



  • http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs020.ash2/34377_121935977851709_100001059228114_128419_6058035_n.jpg
  • Sufyan Atstsauri berkata: “Sepuluh macam daripada kekejaman iaitu:
  • Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukminin
  • Seorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat
  • Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat solat sunat Tahiyyatul Masjid.
  • Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan tidak mendoakan untuk ahli kubur
  • Seorang yang sampai disuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang Jumaat secara berjemaah
  • Seorang yang didaerahnya didatangi oleh seorang alim, dan  tidak mengambil peluang untuk mempelajari agama daripadanya.
  • Dua orang bertemu diperjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
  • Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang
  • Pemuda yang tidak ada kerjanya dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  • Seorang yang kenyang sedang ia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak diberi dari makanannya itu. 
  • Sunday, February 21, 2010

    Isteri-isteri mangsa ISA Sabah tekad berjuang bebaskan suami

    SANDAKAN, 16 Feb 2007 (Hrkh) – Berat mata memandang
    berat lagi bahu memikul, mungkin itulah ungkapan yang
    amat sinonim dengan apa yang dideritai sejak sekian
    lama oleh empat belas orang isteri tahanan ISA dari
    Sabah.

    Yang pasti, apa yang dideritai itu turut dikongsi oleh
    anak-anak kecil mereka yang masih lagi tidak memahami
    erti sebuah kehidupan sebenar. Mahu atau tidak
    kehidupan harus diteruskan walaupun tiada insan yang
    bergelar suami di sisi.

    Setiap keluarga mangsa, setiap waktu dan ketika pula,
    tidak pernah jemu-jemu menadahkan tangan ke hadrat
    Ilahi agar diberi kekuatan iman dan kesabaran
    menghadapi ujian seperit itu di samping disusuli
    harapan yang menggunung tinggi suatu hari nanti pasti
    dapat bertemu dengan suami masing-masing sebaik
    dibebaskan.

    Namun soalnya, bilakah tarikh keramat itu menjelma,
    masih menjadi tanda tanya.

    Walaupun begitu, mereka tidak bersendirian mengharungi
    ujian getir itu apabila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
    dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
    Dewan Muslimat PAS Pusat (LKK DMPP) dan Lajnah
    Kebajikan Dewan Muslimat PAS Sabah (LK DMPS)mengadakan
    program khas bersama mereka dekat sini baru-baru ini.

    Antara matlamat program itu diadakan selain merapatkan
    lagi hubungan silaturrahim, ia juga bertujuan
    mendapatkan maklum balas mengenai kegiatan dan
    perancangan program bersama pada masa-masa akan
    datang.

    Selain itu, menyelaras kegiatan bersama GMI di Sabah,
    bagi menjaga kebajikan isteri-isteri dan keluarga
    mangsa ISA Sabah itu turut diberi perhatian.

    Antara Ahli Jawatankuasa dari GMI yang hadir ialah
    Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh Al-Habsih, Latifah
    Koya (AJK, Peguam), Ustazah Norlaila Othman (AJK,
    Isteri tahanan ISA) dan Normah Ismail (AJK, Isteri
    tahanan ISA).

    Sementara wakil daripada DMPP, Ustazah Nuridah Mohd
    Salleh Pengerusi LKK DMPP merangkap Ketua Dewan
    Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dan AJK GMI, Wan
    Hasrina Wan Hassan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor
    dan tiga orang Ahli jawatankuasanya.

    Manakala bagi pihak DMP Sabah diwakili oleh Pn
    Noramalina Ahmad Ajk DMP Sabah merangkap Ketua DMP
    Kawasan Sandakan dan beberapa orang lagi ahli
    jawatankuasanya.

    Program yang berlangsung selama dua hari itu diisi
    dengan pelbagai aktiviti antaranya ialah pameran
    kegiatan GMI dan ilustarasi kezaliman yang dilakukan
    terhadap tahanan dalam penjara, sesi dialog, ceramah
    umum, lawatan ke rumah keluarga mangsa dan majlis
    penyampaian bantuan kepada Isteri-isteri tahanan dan
    fakir miskin.

    Daripada empat belas keluarga tahanan itu, tujuh
    daripada mereka ditahan sejak tahun 2002 lagi atas
    tuduhan terlibat dengan Jemaah Islam (JI) manakala
    yang lainnya pada awal tahun lalu atas tuduhan
    terlibat dengan kumpulan Darul Islam yang dikatakan
    mahu mewujudkan Daulah Islamiah Nusantara.

    Sebelas daripadanya berasal dari Sandakan, Tawau (2)
    dan Kota Kinabalu (1).

    Sebelum ini, sejak suami mereka ditahan, mereka
    merasakan tiada siapa yang peduli dan tidak tahu ke
    mana hendak mengadu. Perasaan bimbang dan takut
    mengenai keselamatan diri dan anak-anak pula sentiasa
    bermain di benak mereka. Bahkan soal makan minum,
    kesihatan dan persekolahan anak-anak juga terus
    menjadi bebanan fikiran.

    Manakala kehadiran polis cawangan khas (SB) pula
    sering mengganggu perasaan.

    Mereka turut mengadu, dipujuk rayu oleh SB agar
    berdiam diri dan dilarang terlibat dengan mana-mana
    pergerakan jika mahu suami mereka dibebaskan lebih
    awal.

    Mereka juga memberitahu, SB sering mengunjungi mereka
    dengan memberi bantuan kewangan, kononnya mereka juga
    simpati dengan apa yang didertai oleh mereka selama
    ini.

    Bahkan kata isteri-isteri tahanan tersebut, masyarakat
    persekitaran termasuk teman-teman dan keluarga sendiri
    yang tidak memahami perkara sebenar seolah-olahnya
    memandang serong dan tidak mengambil peduli hal ehwal
    mereka.

    “Kami jadi bingung dan amat tertekan dengan keadaan
    ini.

    “Banyak lagi perkara yang harus kami fikirkan,
    kesihatan anak-anak, persekolahan mereka dan sumber
    kewangan kami yang amat terhad,” ujar salah seorang
    isteri tahanan terpaksa bekerja sendiri termasuk
    menjual kuih dan mengambil upah mengajar Al-Quran di
    rumah-rumah jiran untuk menampung keperluan keluarga.

    Itulah antara persoalan penting yang diajukan oleh
    isteri-isteri tahanan dan dibincangkan dalam pertemuan
    yang julung kali diadakan itu.

    Walau apa pun, pertemuan itu menjadi satu azimat
    kepada mereka untuk bangkit dan terus berjuang
    menentang kezaliman akta rimba itu (ISA) sehinggalah
    suami mereka dibebaskan.

    Bahkan pertemuan itu amat menggembirakan mereka dan
    mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua yang
    terbabit kerana dengannya mereka mendapat kekuatan dan
    semangat baru untuk terus berjuang membebaskan suami
    tercinta.

    Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis ceramah
    bertajuk “Pencabulan Hak Asasi Satu Kezaliman” yang
    diadakan pada sebelah malamnya, Pengerusi GMI Syed
    Ibrahim Syed Noh al-Habshi berkata, pihaknya akan
    terus mendesak pihak kerajaan untuk memansuhkan akta
    itu sekaligus meminta kesemua tahanan dibebaskan atau
    dibicarakan di mahkamah terbuka untuk membuktikan
    kesalahan mereka.

    “Sama ada tahanan kesemuanya telah dibebaskan atau
    tidak, kami akan terus berjuang bagi memastikan tiada
    lagi akta yang menindas rakyat yang tidak berdosa, ini
    adalah akta yang zalim dan bercanggah dengan hak asasi
    manusia,” katanya tegas.

    Beliau turut meminta kepada keluarga tahanan agar
    tidak berasa bimbang dan takut untuk terus menyuarakan
    hak mereka kerana mereka dilindungi undang-undang.

    Sementara itu, ketika turut menyampaikan pandangan
    dalam majlis ceramah itu, Ustazah Norlaila
    mengingatkan agar isteri-isteri tahanan yang terbabit,
    terus berjuang dan bergerak dalam satu pasukan
    bersama-sama dengan GMI bagi menuntut pembebasan
    suami.

    “kita jangan takut, kita sebagai isteri jangan berdiam
    diri sahaja. Sama ada kita berjuang atau tidak suami
    kita tetap dalam tahanan. Maka sebab itu lebih baik
    berjuang daripada berdiam diri.

    “Perjuangan inilah sebagai hadia kepada suami kita,”
    kata Ustazah Norlela.

    Norlela turut mengingatkan Isteri-isteri tahanan
    suapaya jangan sekali-kali melayani kehendak dan
    kemahuan SB.

    “Sama ada mereka bagi wang atau tidak jangan layan
    mereka. Ini taktik yang digunakan untuk mendapatkan
    maklumat sekaligus melemahkan semangat kita untuk
    berjuang,” ujarnya lagi.

    Beliau yang juga salah seorang isteri tahanan ISA,
    begitu yakin Allah pasti akan membantu usaha murni ini
    dan akan dianugerahkan pahala yang besar disisiNya. -
    mks.