Pages

Showing posts with label naik. Show all posts
Showing posts with label naik. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Pengguna perlu bayar lebih

Kenyataan akhbar syarikat telekomunikasi mengenai caj baharu pembeli kad prabayar.

KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.
-kosmo

Tuesday, May 10, 2011

Harga gula naik 20 sen mulai esok


PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi Negara menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
Mohd Zain berkata, sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.
Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya. – Bernama

Friday, April 1, 2011

Petrol RON 97 naik 20 sen mulai tengah malam ini - PDAM

KUALA LUMPUR 1 April - Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lepas.

'Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat ekoran situasi di Timur Tengah itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lepas, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - Bernama
Utusan Malaysia Online - Terkini: "

Saturday, December 4, 2010

Siren berbunyi paras air naik di Venice





PARAS air naik di Dataran St. Mark di Venice, Itali semalam.



VENICE, Itali - Pelancong-pelancong asing semalam di Venice bangun akibat terdengar bunyi siren ekoran paras air naik menyebabkan 55 peratus di bandar itu dipenuhi dengan air.
Sejurus sebelum subuh, siren dibunyikan bagi memberi amaran bahawa paras air naik setinggi 1.10 meter.
Pada pagi semalam, paras air itu meningkat kepada 1.40 meter di atas paras laut.
Paras air itu naik ekoran cuaca buruk dan arus yang luar biasa di lagun Venice. Bandar Venice yang dibina daripada ribuan pulau kecil kerap dilanda banjir.
Dataran St. Mark di sini telah dilanda banjir 100 kali setahun. - AFP