Pages

Friday, October 14, 2011

Kilang sembelih ayam sakit diserbu

myMetro | Kilang sembelih ayam sakit diserbu: "JEDDAH: Satu pasukan pemeriksa menyerbu sebuah kilang penyembelihan ayam kerana menyembelih dan menjual daging busuk kepada restoran di sini.

Pihak berkuasa berkata, kilang itu membekalkan daging ayam ke restoran terkenal dan kuantitinya mencecah kira-kira 3,000 ekor ayam sehari.


Pihak berkuasa menerima laporan daripada seorang penduduk mengenai ‘bau busuk di serata tempat’. Terdapat pagar di keliling kilang itu untuk mengelakkan penceroboh. Menurut penduduk itu, ada trak kecil yang masuk ke kilang pada waktu petang dan keluar bersama beratus-ratus kotak.

Ketika premis itu diserbu oleh pasukan pemeriksa daripada Majlis Perbandaran Biman, mereka dapati ayam di situ sakit, setem tarikh luput palsu dan beratus alat yang digunakan untuk menyembelih ayam di situ."

'via Blog this'

Suspek tidak boleh dipercayai, mata duitan

myMetro | Suspek tidak boleh dipercayai, mata duitan: "CORPUS CHRISTI (Texas): Pelampau Iran yang didakwa merancang membunuh Duta Arab Saudi di Amerika Syarikat bekerja sebagai penjual kereta terpakai selama bertahun-tahun di bandar pesisir pantai Corpus Christi.

Manssor Arbabsiar - memegang pasport AS dan Iran - ditahan 20 September lalu di Lapangan Terbang John F Kennedy di New York.


Manssor, 56, muncul di khalayak ramai ketika dibawa ke mahkamah Manhattan, pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa, Manssor mengaku dan menyediakan keterangan mengenai peranan Iran dalam rancangan itu. Rakan dan kenalan Manssor menganggap lelaki terbabit tidak boleh dipercayai dan lebih berminat kepada wang berbanding aspek keagamaan atau ideologi.


Dia didakwa bersama anggota Tentera al-Quds, Gholam Shakuri, merancang membunuh Duta Arab Saudi, Adel al-Jubeir.


Manssor juga dituduh cuba mengupah kartel dadah Mexico membunuh Adel dengan bayaran RM4.7 juta. Bekas teman sebilik Manssor di kolej berkata, jika dia memang merancang membunuh, ia hanya dilakukan demi wang, bukan kerana jihad atau Iran. - AFP"

'via Blog this'

Hillary ajak semua negara berpakat hukum Teheran

myMetro | Hillary ajak semua negara berpakat hukum Teheran: "WASHINGTON: Amerika Syarikat menggesa dunia mengambil tindakan bersepadu ke atas Iran atas dakwaan pembabitan negara itu merancang membunuh Duta Arab Saudi di AS. Setiausaha Negara, Hillary Clinton, berkata pendedahan itu adalah perkembangan yang berbahaya.

“Kami menggesa negara lain menyertai kami mengutuk ancaman terhadap keselamatan dan keamanan antarabangsa ini,” katanya. Bagaimanapun, tidak diketahui apa rancangan sebenar AS ke atas Iran.


Kata Hillary, plot membunuh duta itu adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan AS secara terang-terangan.

“Tindakan melulu ini mengetepikan norma dan sistem antarabangsa.


“Iran mesti dipertanggungjawabkan,” katanya.


Sementara itu, Perbendaharaan AS mengenakan sekatan ke atas syarikat penerbangan komersial Iran, Mahar Air, kerana membawa anggota tentera elitnya ke negara itu. - AFP"

'via Blog this'

Arab Saudi timbang tindakan tegas

myMetro | Arab Saudi timbang tindakan tegas: "DUBAI: Arab Saudi mempertimbangkan tindakan tegas terhadap dakwaan rancangan Iran membunuh dutanya di Washington, lapor agensi berita rasmi negara itu, SPA, semalam.

Dikeluarkan lewat kelmarin, kenyataan itu turut mengutuk “rancangan keterlaluan dan kejam” berkenaan, sambil menegaskan komitmen Riyadh untuk terus bekerjasama rapat dengan AS.


“Kerajaan memberi pertimbangan untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan tindakan jenayah untuk mengancam kestabilan Arab Saudi, mengancam keselamatan negara serta menghasut orang ramai,” kata kenyataan itu. - Reuters"

'via Blog this'

Usah masuk jerat AS: Iran

myMetro | Usah masuk jerat AS: Iran: "TEHERAN: Iran semalam menggesa Arab Saudi supaya “tidak terjerumus ke dalam perangkap” dengan mempercayai dakwaan Amerika Syarikat kononnya Teheran mendalangi rancangan membunuh duta mereka.

Timbalan Menteri Luar Iran, Ali Ahani, berkata sebarang masalah dalam hubungan diplomatik di Timur Tengah hanya menguntungkan AS dan rejim Zionis.


“Kami berharap Arab Saudi dapat memahami matlamat rancangan itu yang digerakkan AS,” katanya.

Menurut Ali, konspirasi dicanang AS sangat kabur, malah ia diragui media dan kalangan ahli politik negara itu.


Katanya, perancang plot itu mesti menyatakan apa faedah diperoleh Teheran daripada pembunuhan duta berkenaan.


“Tuduhan itu hanya mahu mengalihkan perhatian warga AS daripada masalah ekonomi dan kegagalan dasar luarnya di Timur Tengah,” katanya.

Sementara itu, Riyadh menganggap plot pembunuhan itu keji dan berdosa.


Pengerusi Majlis Kerjasama Teluk, Abdullatif al-Zayani, berkata pembabitan Teheran dalam rancangan itu mengancam hubungan di antara negara anggota pertubuhan itu dengan Iran. - AFP"

'via Blog this'

Wanita New Delhi dapat ‘senjata baru’ hadapi perogol

NEW DELHI: Wanita di bandar raya ini tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.

Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa.


Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi.

Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan.


Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.


Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis.

Ia juga dipaparkan dalam Facebook dan Twitter.


Perkhidmatan itu akan dilancarkan bulan depan. Pengasas bersama Whypoll yang pencipta aplikasi itu, Hindol Sengupta, berkata keselamatan wanita menjadi isu besar di India.

myMetro | Wanita New Delhi dapat ‘senjata baru’ hadapi perogol:

'via Blog this'

Penggodam telefon selebriti hadapi 26 tuduhan

LOS ANGELES: Seorang lelaki disyaki penggodam yang mencuri gambar bogel Scarlett Johansson ditahan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), semalam.
Christopher Chaney, 35, didakwa 26 pertuduhan menggodam komputer, mencuri identiti dan mencuri dengar perbualan telefon.

Penahanan itu dibuat melalui siasatan di bawah Operasi Hackerazzi FBI.

Polis melancarkan siasatan bagi mengesan pihak bertanggungjawab mencuri imej peribadi daripada peralatan elektronik sehingga 50 selebriti wanita.

Selain Scarlett, turut menjadi sasaran ialah Miley Cyrus dan Vanessa Hudgens.

Imej bogel Scarlett muncul di Internet bulan lalu selepas didakwa dicuri penggodam dari telefon bimbitnya.


Bintang High School Musical, Vanessa, menemui ejen FBI Mac lalu.

Penggodam juga mencuri gambar sulit Mila Kunis bersama pasangannya dalam filem Friends With Benefits, Justin Timberlake, dari telefon aktres terbabit.

Kata laluan laman web jadi wasiat


KELLY...banyak simpan dokumen digital.
KELLY...banyak simpan dokumen digital.

LONDON: Amalan menuntut pusaka dengan mendaftar masuk ke sistem komputer bakal menjadi amalan lazim apabila semakin banyak kata laluan Internet dimasukkan ke surat wasiat.
Hasil kajian itu diterbitkan ketika ramai pengguna menyimpan pelbagai barangan berharga, termasuk filem, video dan muzik, dalam dunia maya melalui pelbagai perkhidmatan seperti Hotmail, Facebook, iCloud dan Flikr.

Kajian menunjukkan, 25 peratus daripada 2,000 orang dewasa menyimpan harta mereka yang bernilai lebih �200 (RM986) di dalam talian.
Hampir satu pertiga menganggap, nilai itu memadai untuk diwariskan kepada orang tersayang dan 11 peratus pula sudah menuliskan kata laluan Internet dalam wasiat masing-masing.

Tanpa kata laluan dalam wasiat, semua harta berkenaan akan hilang.

Kajian itu - dilakukan syarikat komputer Rackspace - mendapati 53 peratus responden menyimpan “harta” dalam perkhidmatan Internet.
Rackspace menganggarkan warga Britain mengumpulkan kira-kira RM11.3 bilion wasiat digital setakat ini.

Jumlah itu diperoleh dengan mendarabkan 24 peratus daripada 11,568,000 populasi Britain berusia lebih 18 tahun dengan �200, iaitu nilai purata fail yang ada dalam talian. myMetro | Kata laluan laman web jadi wasiat:

'via Blog this'

Gadis hilang ikut rakan Facebook



MOHD. SABRI bersama isterinya, Nur Hafizah Nordin (dua dari kiri) menunjukkan gambar Nurul Nur Syawaltie yang hilang dari rumah di Kangar semalam.


KANGAR – Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Menurut Mohd. Sabri Samat, 35, kehilangan anaknya, Nurul Nur Syawaltie, 14, disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.

Ujarnya, dia kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

“Saya hanya menjumpai basikal anak saya yang ditinggalkan di taman perumahan di sebelah sekolahnya.

“Selepas menunggu hingga lewat malam, dia masih tidak pulang ke rumah dan berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato Jaafar di sini semalam.

Mohd. Sabri berkata, dia mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

“Sejak kebelakangan ini, dia kerap bermain Facebook dan sehari sebelum kejadian, saya terdengar dia berbual di telefon bimbit dengan rakan yang mengajaknya berjalan-jalan di Pulau Pinang,” ujarnya.

Malah, katanya, beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook.

“Sebelum ini, kami sekeluarga menetap di Pulau Pinang lebih lima tahun ketika saya bekerja di sana dan kami baru setahun tinggal di Kangar,” ujarnya.

Ujarnya, dia percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Katanya, orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Sengat ikan pari dikeluarkan dari punggung selepas lapan tahun



CHE MOHD. NURUL menunjukkan sengat ikan pari yang dikeluarkan dari punggungnya. Bahagian sengat ikan pari (dalam bulatan).


DUNGUN - Derita seorang pemuda yang terpaksa menahan sakit ekoran disengat ikan pari di punggungnya sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat itu berjaya dikeluarkan melalui pembedahan di Hospital Daerah Dungun petang kelmarin.

Che Mohd. Nurul Che Anuar, 23, yang ditemui di Kampung Sura Gate di sini tidak menyangka sengat pari itu dapat dikeluarkan setelah pelbagai ikhtiar untuk mengeluarkannya sebelum ini gagal.

Katanya, dia disengat pari kira-kira lapan tahun lalu ketika duduk di Pantai Teluk Lipat di sini semasa melihat bapa saudaranya pulang daripada menangkap ikan.

Sejak itu, dia yang bekerja kampung terpaksa hidup dengan sengat pari di dalam badannya dan sakit pada saraf setiap kali melakukan kerja.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

'Harta ibu bernilai jutaan ringgit'



KHAIRUL ANAM menunjukkan surat tuntutan harta sepencarian ke atas bapa mereka di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seramai 11 orang anak kepada seorang jutawan syarikat bas ekspres terkemuka di sini menuntut daripada bapa mereka harta sepencarian dipercayai bernilai jutaan ringgit milik ibu mereka yang telah meninggal dunia pada 2008.

Kesemua mereka memfailkan tuntutan ke atas Che Ibrahim Che Ismail, 56, yang merupakan pemilik syarikat bas Ekspres Mutiara di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 2 Oktober lalu.

Mereka ialah Khalilullah, 31; Tamtini, 30; Amalina, 29; Khairul Azhan, 28; Khairul Anam, 26; Khairul Adnin, 24; Salsabila, 20; Siti Nahwan, 18; Muhammad Atifuddeen, 16; Muhammad Amar, 11 dan Nurul Aufa, 13.

Ibu mereka, Paizah Mohd. Yusoff meninggal dunia pada tahun 2008 ketika berusia 49 tahun setelah koma selama empat tahun berikutan kemalangan jalan raya pada tahun 2004.

Mereka selaku plaintif menuntut harta sepencarian arwah ibu mereka bermula dari tarikh perkahwinan arwah dengan Che Ibrahim pada 22 Februari 1979 sehingga ibu mereka meninggal dunia pada 24 September 2008.

Kesemua plaintif turut mengemukakan notis permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara ex-parte di mahkamah yang sama bagi menghalang defendan daripada melakukan sebarang transaksi terhadap harta sepencarian milik ibu mereka yang jumlahnya akan ditentukan kemudian.

Menurut penyata tuntutan harta sepencarian itu, arwah telah berkorban sepenuh jiwa dan raga mengharungi suka duka hidup berumah tangga bersama defendan sebagai teman yang membantu dan memberi dorongan sehinggalah defendan memperoleh kesenangan dalam hidup.

Sementara itu, anak sulung Che Ibrahim, Khalilullah ketika ditemui di sini semalam berkata, harta sepencarian ibu mereka itu bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata, harta tersebut meliputi kawasan tanah di sekitar Kota Bharu, Gua Musang dan Kuala Lumpur, beberapa rumah banglo dan bangunan serta syer di dalam Ekspres Mutiara yang didaftarkan atas nama Mutiara Pahim Sdn. Bhd.

"Tuntutan harta sepencarian ini dibuat bagi membolehkan ayah mengagihkan harta itu secara adil kepada kami semua kerana ia adalah harta arwah ibu yang menjadi hak kami adik-beradik dalam mewarisi pusaka tinggalan arwah," katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Khalilullah lagi, bapanya telah berkahwin dengan seorang wanita lain selepas empat bulan ibunya koma akibat kemalangan pada tahun 2004.

"Selepas ibu meninggal dunia kami telah bertanya perkara ini kepada ayah beberapa kali tetapi tidak diendahkan.

“Kami juga telah berusaha dengan pelbagai cara, antaranya dengan meminta bantuan bapa saudara ayah saya, tapi tidak berjaya.

"Setelah tiga tahun berusaha, kami tidak ada jalan lain dan inilah jalan yang terbaik," ujarnya.

Khalilullah juga berharap, bapanya yang juga penerima anugerah Jaksa Pendamai perlu menunaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anak meskipun lelaki itu telah berkahwin dengan wanita lain.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Raja Naga kahwini orang biasa



PASANGAN pengantin diraja Bhutan mendukung seorang kanak-kanak selepas majlis perkahwinan mereka.


PUNAKHA, Bhutan - Pemerintah Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck berkahwin dengan pengantin perempuan daripada golongan rakyat biasa dalam istiadat purba mengikut agama Buddha yang diadakan di sebuah kuil bersejarah di Bhutan.

Memakai gelaran Raja Naga Kelima, Raja Jigme Wangchuck turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha besar semalam, sebelum meletakkan mahkota di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Pema.

Kemudian, Raja Jigme, 31, kembali ke takhtanya. Sementara Pema duduk di sisinya sebagai permaisuri baharu Bhutan.

Pema yang baru berusia 21 tahun dan masih belajar merupakan anak perempuan seorang juruterbang komersial.

Upacara perkahwinan diraja itu disiarkan secara langsung di Bhutan, sebuah negara yang memiliki cuma 700,000 penduduk.

Beribu-ribu orang yang memakai pakaian tradisi negara di Banjaran Himalaya itu berkumpul di luar kuil berkenaan untuk memeriahkan lagi istiadat perkahwinan diraja tersebut. - APKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Gangguan perkhidmatan Blackberry merebak ke AS


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Pengguna BlackBerry di seluruh dunia kelmarin berang berikutan gangguan e-mel, perkhidmatan mesej serta Internet melibatkan telefon pintar berkenaan tersebar ke AS dan Kanada selepas memasuki hari ketiga di rantau Eropah, Asia, Amerika Latin dan Afrika.

Gangguan perkhidmatan Blackberry kali ini adalah yang terbesar dalam tempoh beberapa tahun.

Perkembangan itu berlaku menjelang pelancaran model telefon pintar iPhone baharu keluaran Apple, iPhone 4S hari ini.

Pengeluar Blackberry, Research In Motion Ltd (RIM) menyatakan, satu sambungan penting dalam prasarananya di Eropah mengalami kegagalan pada Isnin lalu dengan sambungan bantuan turut tidak berfungsi.

Gangguan teknikal tersebut bagaimanapun telah dibaiki. Menurut kenyataan RIM lagi, masih terdapat lambakan mesej dan e-mel dalam sistem datanya yang belum dapat diselesaikan.

Lambakan e-mel dan mesej itu beransur berkurangan setakat tengah hari semalam.

Dalam suku kewangan terbaharu tahun ini, RIM telah menjual sebanyak 10.6 juta Blackberry, susut daripada 12.1 juta unit dalam suku kewangan sama tahun lalu. -APKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Bangkok siap sedia hadapi banjir



AFP
KEADAAN wat Chaiwattanaram di bandar Ayutthaya yang terletak 80 kilometer di utara Bangkok yang ditenggelami air kelmarin.


BANGKOK - Para pekerja dan anggota tentera Thailand bertungkus-lumus membina tembok-tembok penghadang di sini semalam berikutan banjir yang menenggelami sekitar satu pertiga negara berkenaan kini mengancam ibu negara Thailand tersebut.

Sekurang-kurangnya 238 orang terkorban di Thailand akibat hujan lebat, banjir dan banjir lumpur sejak akhir Julai lalu. Situasi bertambah buruk sejak beberapa minggu lalu apabila beberapa kawasan industri besar telah ditenggelami air, sekali gus menjejaskan ekonomi negara.

Selepas mengadakan pertemuan dengan barisan menteri, Ketua Tentera Thailand, Prayuth Chan-ocha memberitahu wartawan bahawa tembok penghadang di tiga kawasan paling berisiko dilanda banjir di sini sudah hampir siap dibina.

"Kami berbincang mengenai pelan perpindahan untuk membantu penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Chao Phraya. Kami sedia untuk bertindak sekiranya berlaku kecemasan.

"Apa yang membimbangkan ialah air pasang besar akan berlaku bermula hari ini hingga 19 Oktober depan. Kami perlu mengalirkan air banjir ke laut secepat mungkin," jelas Chan-ocha.

Air banjir dari utara Thailand diramal tiba di bandar raya itu pada hujung minggu ini bersama air pasang. Keadaan pasti diburukkan lagi dengan ramalan ribut dan hujan lebat sepanjang tempoh tersebut.

Bangkok menyumbang sekitar 41 peratus ekonomi Thailand. Sebarang gangguan serius terhadap kehidupan di ibu kota berkenaan dikhuatiri boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi Thailand.

Dalam perkembangan berkaitan, wilayah Ayutthaya di utara bandar raya itu teruk dilanda banjir dengan sekurang-kurangnya tiga tapak industri besar terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Sebuah kilang kamera digital SLR milik Nikon Corp dan kilang pemasangan kereta Honda Motor Co. Ltd. di lokasi tersebut telah ditutup.

Setakat ini, pengarah jabatan saliran dan pembentungan Bangkok, Sanya Cheenimit berkata, banjir di tiga daerah timur bandar raya ini kebanyakannya berlaku di kawasan pertanian.

"Saya ingin menyatakan bahawa situasi banjir di sini masih terkawal.

"Semua 50 daerah di sini bersedia dengan pelan perpindahan tetapi setakat ini, tiada tanda-tanda bahawa kita perlu berpindah," katanya.

Lebih dua juta penduduk terjejas dalam banjir di seluruh Thailand dengan bekalan asas di beberapa kawasan turut berkurangan ekoran banyak jalan raya ditenggelami air. - ReutersKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Pelumba basikal lasak dirempuh antelop



SEEKOR antelop cuba menanduk Van der Spuy yang sedang mengayuh basikal.


JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Satu kemalangan melibatkan seorang pelumba basikal lasak dengan seekor antelop sudah cukup untuk mencetuskan sensasi di Internet.

Seorang penganjur perlumbaan, Max Cluer kelmarin berkata, Evan van der Spuy, 16, dirempuh mamalia tersebut ketika menyertai satu perlumbaan hujung minggu di sebuah taman hidupan liar di sini.

Antelop yang melanggar pelumba remaja itu adalah dari jenis hartebeest dengan berat lebih 200 kilogram.

Seorang pelumba lain yang merakam insiden tersebut kemudian menghantar klip video berkenaan ke laman perkongsian video YouTube bersama kata tanda bermaksud "Dahsyatnya!".

Ia ditonton lebih 5 juta kali setakat Rabu lepas.

Menurut Cluer, Van der Spuy tidak cedera teruk, manakala antelop tersebut kembali bersama kawanannya selepas kemalangan itu berlaku.

Van der Spuy pula memberitahu akhbar tempatan bahawa dia tidak ingat apa-apa tentang peristiwa itu, tetapi topi keledarnya yang pecah menjadi bukti pertembungan liar tersebut. - APKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

PC tewas kepada IPad dan telefon pintar



PENGGUNA kini lebih cenderung mendapatkan iPad atau Samsung Galaxy Tab 10.1 berbanding PC.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Firma perunding Gartner kelmarin melaporkan jualan komputer peribadi (PC) di seluruh dunia merosot pada suku tahun kewangan yang berakhir baru-baru ini kerana pengguna lebih gemar membeli komputer meja dan telefon pintar.

Di AS, bilangan PC yang dieksport dalam suku kewangan ketiga tahun ini terus menurun.

"Pasaran PC pengguna terus lemah," kata penganalisis kanan Gartner, Mikako Kitagawa.

"Ia susulan gajet bukan PC termasuk tablet media seperti iPad dan telefon pintar yang semakin popular dan menjadi pilihan terkini pengguna," tambahnya.

Menurut Kitagawa lagi, Hewlett Packard (HP) kekal pengeluar komputer terbesar dunia, tetapi Lenovo yang berpangkalan di China semakin kukuh apabila jualan PC syarikat itu melonjak 25 peratus sekali gus merampas tempat kedua daripada Dell sepanjang tahun ini.

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Bali digegarkan gempa bumi kuat, 44 cedera


AP
SEORANG lelaki menolak motosikalnya di sebalik kesan runtuhan bangunan di Kuta, Bali, Indonesia semalam.


KUTA, Indonesia - Satu gempa bumi kuat melanda pulau Bali semalam, menyebabkan 44 orang cedera selain mencetuskan situasi panik apabila ratusan pelancong bertempiaran lari meninggalkan bangunan-bangunan yang bergegar.

Pegawai daripada Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia di Bali, Endro Tjahjono berkata, gempa bumi bermagnitud 6.0 pada skala Richter itu menggegarkan daerah pelancongan utama, Kuta selama beberapa minit.

"Situasi panik berlaku. Semua orang berlari keluar dari bangunan-bangunan. Apabila kami kembali ke pejabat, kami mendapati beberapa rekahan pada dinding bangunan dan plaster dinding tercabut," kata Tjahjono.

Agensi Kaji Selidik Geologi AS (USGS) menyatakan, pusat gempa bertempat di lautan di kawasan selatan ibu negeri pulau Bali, Denpasar. Namun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang beribu pejabat di Hawaii memberitahu, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa tersebut.

Beberapa buah hospital, tiga buah sekolah dan dua bangunan pentadbiran mengalami kerosakan dalam bencana alam tersebut.

Gempa itu turut dirasai di beberapa kawasan berdekatan termasuk bandar Surabaya, Blitar dan Malang di Jawa Timur. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'