Pages

Showing posts with label cemar. Show all posts
Showing posts with label cemar. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Dunia semakin teruk tercemar karbon dioksida



GENEVA - Agensi meteorologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, pencemaran karbon dioksida (CO2) di udara adalah paling tinggi pada tahun lalu.
Agensi berkenaan yang dikenali sebagai Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) memberitahu, kadar kandungan CO2 di atmosfera kini meningkat 40 peratus berbanding sebelum Zaman Industri yang bermula sekitar tahun 1700.
Beberapa pegawai WMO semalam turut berkata, terdapat 30 peratus peningkatan kesan pemanasan iklim dunia antara tahun 1990 dan 2011 yang berpunca daripada gas CO2 hasil pembakaran bahan api fosil.
Setiausaha Agung WMO, Michel Jarraud berkata, sebanyak 350 bilion metrik tan gas CO2 dilepaskan ke atmosfera Bumi sejak tahun 1750. - AP

Saturday, September 17, 2011

Buku teks Eropah burukkan Islam

BERLIN 16 Sept. - Hasil kajian di lima negara terhadap buku-buku sekolah di Eropah menunjukkan ia mengandungi gambaran yang mencemarkan nama baik Islam dengan menggunakan stereotaip yang mencetuskan kesangsian terhadap Islam dan penganutnya.
Seorang daripada penyelidik institut buku teks Jerman, Georg Eckert yang menganalisis 27 buku yang digunakan di sekolah-sekolah di Britain, Perancis, Austria, Sepanyol dan Jerman, menyifatkan pandangan negatif tersebut sebagai 'perkauman budaya'.
Laporan yang dibentangkan di pejabat Kementerian Luar di Berlin itu merupakan antara yang pertama diterbitkan di Eropah.
"Islam sering digambarkan sebagai agama yang ketinggalan dan tidak berubah sejak ia disebarkan," kata pengarah projek institut berkenaan, Susan Krohnert-Othman.
Dalam pada itu, kumpulan pengkaji turut menyimpulkan Islam kerap digambarkan sebagai sebuah entiti bangsa yang seragam tanpa mencerminkan sebarang kepelbagaian di dalam semua aspek di dunia.
Laporan itu bagaimanapun tidak menemui perbezaan utama antara lima negara yang dikaji.
Buku-buku teks yang digunakan di peringkat sekolah menengah pula memaparkan Islam merupakan agama yang kuno dan menentang pemodenan Eropah serta bersifat bercanggah antara satu sama lain.
Melalui pendedahan sedemikian, sikap fobia terhadap Islam di kalangan pelajar sukar ditangkis.
Para pengkaji menyeru pihak sekolah untuk membentangkan maklumat mengenai reformasi yang diperjuangkan oleh ulama dan intelektual Islam serta proses pemodenan dalam agama.
"Penganut Islam tidak lagi boleh disifatkan sebagai kumpulan asing yang terdiri daripada pendatang bukan Eropah yang secara tradisinya menghalang integrasi," ujar kumpulan tersebut. - AFP

Tuesday, March 22, 2011

Pencemaran radiasi dalam makanan di Jepun serius




GAMBAR tidak bertarikh Jabatan Kesihatan Taiwan yang disiarkan kelmarin menunjukkan sampel kacang parang tercemar radiasi yang diimport dari Jepun.


TOKYO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pencemaran radiasi dalam makanan susulan letupan di loji nuklear Fukushima-Daiichi akibat gempa bumi dan tsunami merupakan situasi yang serius.
Dalam satu kenyataannya semalam, WHO memberitahu bahawa debu radioaktif yang kini tersebar di udara telah menyebabkan makanan dan bekalan air bersih tercemar.
"Tidak dapat dinafikan, pencemaran ini adalah serius," kata jurucakap WHO di Manila, Peter Cordingley dalam wawancara telefon dengan agensi berita Reuters.
"Ia jauh lebih serius berbanding jangkaan awal bahawa pencemaran ini cuma terhad dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji tersebut. Beberapa bahan makanan tercemar telah ditemui di luar zon kontaminasi," tambahnya.
Susulan perkembangan tersebut, Kementerian Luar Jepun menggesa orang ramai yang tinggal dekat dengan loji berkenaan supaya tidak meminum air paip selepas ia dikesan mengandungi bahan iodin radioaktif.
Setakat ini, beberapa kes sayuran dan susu dicemari radiasi mencetuskan kebimbangan di Jepun dan negara-negara serantau walaupun Tokyo berulang kali memberi jaminan bahawa tahap pencemaran itu tidak merbahaya.
Sebagai langkah pencegahan, kerajaan Jepun melarang penjualan susu mentah dari negeri Fukushima dan bayam di sebuah kawasan berdekatan. Mengulangi jaminan kerajaan Jepun sebelum ini, Cordingley berkata, tiada bukti bahawa makanan tercemar yang dikeluarkan di Fukushima sampai ke negara-negara lain.
BEBERAPA pekerja sedang menyiapkankubur besar untuk mengebumikanmangsa-mangsa tsunami di BandarHigashimatsushima, negeri Miyagi.


Jepun mengeksport buah-buahan, sayuran, produk tenusu dan makanan laut dengan Hong Kong, China dan Amerika Syarikat (AS) merupakan pelanggan terbesarnya.
Sementara itu, Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano mengaku situasi nuklear Jepun masih amat serius tetapi memberi jaminan negara itu akan dapat menanganinya secara efektif.
Amano melahirkan keyakinan itu ketika mempengerusikan satu mesyuarat tergempar 35 negara yang membentuk lembaga pentadbiran IAEA di Vienna semalam.
"Krisis loji nuklear Fukushima-Daiichi yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo masih belum selesai dengan situasi di loji itu masih serius. Namun saya yakin ia akan dapat ditangani," katanya.
Beberapa reaktor nuklear di loji Fukushima-Daiichi meletup dan terbakar seterusnya melepaskan pencemaran radiasi sejak timur laut Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami pada 11 Mac lalu.
Setakat ini, angka rasmi kematian adalah 8,450 orang dengan 12,931 masih hilang manakala anggaran kerugian akibat malapetaka berkembar itu mencecah AS$235 bilion (RM717 bilion). - Reuters
-kosmo

Tuesday, June 8, 2010

Burung berlumuran minyak dapat diselamatkan




BURUNG-BURUNG undan yang bergelumang minyak ekoran limpahan bahan galian itu di Teluk Mexico berjaya diselamatkan dan kini ditempatkan di Pusat Penyelidikan Penyelamat Burung Antarabangsa, di Buras, Louisiana.
Para jurutera syarikat BP melahirkan keyakinan dapat mengekang limpahan minyak yang terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat itu. -- Foto REUTERS