Pages

Showing posts with label denda. Show all posts
Showing posts with label denda. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Denda lembu, kambing kerana langgar adat

PM Zimbabwe kena hukum kahwin pada bulan suci

HARARE: Perdana Menteri Zimbabwe, Morgan Tsvangirai, didenda dua ekor lembu dan dua ekor kambing biri-biri oleh seorang pemimpin masyarakat kerana melanggar budaya tempatan yang melarang perkahwinan diadakan pada bulan November, lapor akhbar di sini.

Tsvangirai, 59, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tempatan, Locadia Tembo, dalam satu upacara tradisi 21 November lalu.


Media tempatan turut memberi tumpuan kepada kakak Tembo yang juga seorang ahli politik yang menganggotai parti Presiden Robert Mugabe.
Tsvangirai dilaporkan membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan dikenali sebagai ‘lobola’, iaitu wang tunai AS$36,000 (RM113,679.79) dan 15 ekor lembu kepada mentuanya.

Dua belas hari selepas itu, Tsvangirai mengumumkan beliau menamatkan perkahwinan mereka serta mendakwa dia sudah membayar ganti rugi kepada keluarga Tembo selepas wanita itu hamil kembar.

Ketua masyarakat berkenaan, Negomo of Chiweshe di daerah tengah Mashonaland, mendenda perdana menteri dengan dua ekor lembu, dua ekor biri-biri dan 10 meter kain putih kerana membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan ketika bulan suci November.

Isteri barunya pula dikenakan denda dua ekor lembu, dua ekor biri-biri dan seekor kambing kerana menerima mas kahwin itu. Tetapi, Tsvangirai sebelum itu sudah menegaskan bahawa beliau tidak mengiktiraf bidang kuasa ketua tempatan berkenaan.
Isteri pertamanya, Susan meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada 2009. Tsvangirai cedera parah dalam kejadian itu. – AFP
Berita Harian Online | Denda lembu, kambing kerana langgar adat:

'via Blog this'

Tuesday, December 7, 2010

Didenda sebabkan Concorde terhempas




GAMBAR fail menunjukkan api pada sayap kiri pesawat Concorde Air France sebelum ia terhempas di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 25 Julai 2000.




PONTOISE, Perancis - Sebuah mahkamah memutuskan bahawa syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Continental Airlines dan seorang mekaniknya didapati bersalah membunuh 113 orang dalam nahas pesawat supersonik Concorde yang terhempas di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di sini.
Pesawat Air France menuju ke New York itu terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle pada 25 Julai 2000 mengorbankan 109 orang yang menaikinya, kebanyakannya warga Jerman dan empat orang di darat.
Mahkamah di bandar Ponoise di sini mengarahkan syarikat penerbangan Continental membayar denda AS$265,000 (RM833,716) manakala mekaniknya, John Taylor didenda sebanyak AS$2,650 (RM8,335).
Taylor juga dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan manakala semua tertuduh lain termasuk bekas penyelia Taylor yang kini sudah bersara, Stanley Ford dibebaskan daripada sebarang tuduhan.
Hakim mengesahkan hujah para penyiasat bahawa nahas tersebut berpunca daripada sekeping logam titanium milik pesawat DC-10 syarikat penerbangan Continental yang terjatuh di atas landasan.
Pesawat itu lebih awal berlepas dari pesawat Concorde.
Menurut siasatan lagi, satu tayar pesawat Concorde tersebut koyak apabila ia melanggar kepingan titanium itu.
Tayar itu meletup dan serpihannya mengenai enjin dan tangki minyak pesawat Concorde sehingga menyebabkannya terbakar sebelum ia terhempas. - AP

Saturday, October 30, 2010

McDonald’s diarah bayar pekerja




SAO PAULO - Sebuah mahkamah di Brazil mengarahkan restoran makanan segera McDonald’s supaya membayar pampasan kepada bekas pengurus cawangannya yang menjadi gemuk selepas bekerja di restoran itu selama 12 tahun. 

Lelaki berumur 32 tahun itu dianugerahkan bayaran pampasan sebanyak AS$17,500 (RM54,000) selepas beratnya meningkat sebanyak 30 kilogram sepanjang berkhidmat di McDonald’s. 

Bekas pekerja yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia terpaksa menguji sampel makanan setiap hari bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi kerana McDonald’s mengupah 'pelanggan misteri' yang bertugas melaporkan keadaan makanan di restoran itu. 

Polisi McDonald’s yang memberikan makanan tengah hari percuma kepada pekerja turut menyebabkan pengambilan kalori hariannya meningkat menyebabkan kegemukan. 

McDonald’s dalam keterangan balas mendakwa syarikat itu memberikan pilihan makanan yang seimbang bagi pengambilan harian pekerjanya.