Pages

Showing posts with label berat. Show all posts
Showing posts with label berat. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

Limousin paling berat di dunia




RUANG dalam limousin yang diiktiraf sebagai yang terberat di dunia.


LOS ANGELES - Sebuah limousin di Amerika Syarikat (AS), Midnight Rider, mencatat nama dalamGuinness Book of Records sebagai yang paling berat di dunia dan berkemungkinan yang terbesar, lapor sebuah akhbar semalam.
Limousin itu boleh membawa 40 orang dan turut mempunyai ruang untuk aktiviti tarian tiang dan seberat 22.7 tan selain 22 buah tayar.
Ia sepanjang 21.3 meter, dilengkapi tiga ruang rehat, sebuah bar dan lima set televisyen, sistem bunyi dan penerima kabel satelit.
"Kenderaan ini merupakan limousin paling mewah dan unik di dunia dengan ruang keseluruhan seluas 42.7 meter persegi," kata pemiliknya, Pamela Bartholomew Machado, dari negeri California.
"Ia lebih menyerupai sebuah kelab malam bergerak walaupun dikategori sebagai limousin," tambahnya.
Kenderaan itu yang disewakan pada kadar AS$1,030 (RM3,146) untuk sejam, memerlukan penyewa memperuntukkan wang AS$713 (RM2,178) bagi mengisi minyak penuh. - Agensi

Monday, June 14, 2010

Wanita mahu gelaran manusia paling berat



NEW JERSEY - Seorang wanita dari bandar New Jersey mula berkempen untuk menjadi wanita paling berat di dunia. 

Berat badan Donna Simpson, 42, mencecah 600 paun (272 kg) dan dia mensasarkan untuk mencapai berat 1000 paun (455 kg). 

Ibu kepada dua orang anak berusia tiga dan 14 tahun itu menjadi model di dalam sebuah laman web di mana peminat dan orang luar membayar untuk menonton Simpson makan atau berjalan. 

Simpson mengaku dia inginkan perhatian dan suka makanan yang berkalori tinggi. 

Menurut jurucakap Guiness World Records, tuntutan Simpson untuk gelaran ’wanita paling berat di dunia yang pernah melahirkan anak’ sedang dikaji.